Friday, March 26, 2010

'street artist' at Queen St.

Assalamualaikum w.b.t
Entri kali ini adalah kesinambungan dengan entri ini
cuma kali ini versi foto pula
mempersembahkan...
'street artist of Auckland City'


'homeless&hungry'...tapi sangat berbakat...sebak tapi hanya mampu membantu sekadar yang ada...to this guy-all the best and be strong to face the life...

inilah uncle 'patung' yg saya pernah cerita dalam entri ini..seronok sebab dapat bergambar dengan dia=))

to uncle...hope you always happy and be strong to face the life...I'll always pray for your happiness=))

nampak tak betapa tabah mereka mengasah bakat semata2 untuk mencari rezeki dengan usaha mereka sendiri...bukan hanya dengan menadah bekas di tepi jalanan...

sekian episod kali ini...daaa~

Thursday, March 25, 2010

tag dari cik rose~

assalamualaikum w.b.t~
hai sume...episod kali ini ialah menjawab tag dari blog cik rose nina
*semoga die berpuas hati=p

1. Spell your name backwards.
run itazzi*canggih je bunyinye..haha

2. Where are you right now?
on the chair,in front of my laptop,in the room(345),at HUIA Residence,Grafton,Auckland*penuh kau ak bagi..haha

3. What is the closest object to you?
keyboard laptop...skinship gitu yaw~

4. Do you talk to yourself?
yes..a lot..haha..mengomel sendirian..apekah?=p

5. Who knows a secret about you?
emm..me myself??

6. How long is your hair?
not short...lol~

7. How much money do have on your wallet now?
do I really need to mention it here??*takot nanti ade org nak peras ugut..bahaya taw~

8.What is/are the latest movie that you have watch?
Alice in The Wonderland=))

9. Do you like anyone now?
yes.*this question don't ask 'who' right??=D

10. When was the last time you lied?
I've done it few times*tapi yg kecik2 punye hal je okeh..tak penah tipu besar punya

11. When was the last time you cried?
yesterday...because I just knew that he's sick-___-'

12. Is your birthday on a holiday?
YES!summer kot kalau kat sini?kalau kat Malaysia pun cuti jugak boleh??

13. What do you spend most of your money on?
for now is...my dear D60 baby la kot...in future...marriage la kot...*gedik je..haha~

14. Last thing you cooked today?
oh hari ni belum masak lagi sebab lepas workshop tadi saje gedik pegi dressmart..haha~

15. What are you listening to?
bunyi angin dari tingkap-bunyi kete kat Grafton Rd.-bunyi helikopter kat Hospital-_-'

16. Why is the sky blue?
sebab bukan warna warni=p

17. What do you do when you first wake up?
bukak mata-termenung-tengok jam

18. Where is your cell phone?
tah mana tah...dalam beg kot

19. Have any regrets?
of course*mengimbau kejadian semalam-___________-'

20. Do you use an alarm clock?
absolutely yes...cellphone tu kire alarm clock la kan?=p

21. What is your cellphone network?
maxis & Vodafone...celcom bersemadi kat Malaysia=))

22. Single?
will be marry soon*haha..~

23. When do you give your cell number to someone?
bila admin suh letak kat group fb..haha~

24. What do you feel when someone asked you your number?
takde rase pape..kalau org tu kacak..rasa 'ada kupu2 dlm perut'..haha~

25. Have you tried asking someone their number?
mestilah ada..kalau tak cane nak dpt nombor org laen?

*sekian episod kali ini..babai!

Wednesday, March 24, 2010

a very bad dream

I was like fooling myself because I was part of the team
the team is good, very good
and most of them were awesome
but...
because of my nervousness
and because of my little-tiny skills in basketball
I was like 'don't-know-what-to-do' during the match
maybe I become more nervous because of our opponent
they were like SUPER huge!!
I mean they were very tall and very big!
I am 167cm but still counted as one of the shortest??
a big apologize to my team mates
so sorry guys
all the best for the next game!
and I am paying my fault by booking the basketball court for my team on this Sunday
*haha...Chris is the one who ask for my ID..lol~
btw thanks Chris for giving me chance to be part of the team
and Saifful, you know how nervous I am
-_-'
next, maybe I still part of the team
but...
I prefer to watch the game
and you will see me taking pictures ONLY
very glad to have my 'tough' camera bag
my dear D60 baby was protected from the heavy rain
but me myself
fully W E T
......

Sunday, March 21, 2010

mari baca sambil tengok gambar

assalamualaikum w.b.t
hai semua pembaca sekalian
episod kali ini ialah 'mari baca sambil tengok gambar'
jadi entri kali ini adalah cerita yang berkaitan dengan gambar yang ada kat bawah nih...


satu perkara yang betul-betul buat saya seronok sangat hari nie ialah pegi warehouse.eh ape kaitan pulak?*tibe~betol lah kan.kalau saya tak pegi warehouse hari nie mesti saya tak jumpa barang2 comel tuh(sila jeling gambar atas nih).oh seronok gila boleh?memang kepala bisnes lah kat sini.nak tunjuk kekreatifan sikit guna barang2 NZ nak buat aksesori.chewah~.dulu masa duduk JB gila bayang dok cari barang2 comel camni.kat sini berlambakan kat warehouse.oh boleh mula bisnes lepas nie.haha.ade ke orang nak beli?tak tahulah.belum cuba belum tahu.eh dah ada orang berminat ke tuh?jangan malu jangan segan selalulah lawat online shop saya okeh?sekarang maybe belum buat lagi kot sebab assignment berlambakan...tunggu cuti easter nanti okeh?

murah gila coklat kat sini.memang tak payah tanye sebab ape kalau tiba-tiba balik Malaysia gemok.yang coklat besar punya dalam gambar nih dibeli oleh Cik Farry ye kawan-kawan.harga??$3.99 je..percaya tak?hah cepat pegi warehouse kalau nak..heee~*promoter tak rasmi..haha~

nama dia Basher.Basher comel kan?mesti Basher bangga sebab dapat buat sis Farry senyum memanjang hari nih...heeeee~

Basher nyorok dalam beg warehouse sebab takut kena ngorat..haha~

oh dah makan kat Angie's Kitchen.komen?hmmm..kalau duit banyak boleh lah nak makan kat sini.kalau duit tarak sila masak sendiri*macam tak bese..haha~

perhatian kepada mak ndak,kakngah,kaklong dan keluarga sekalian, biskut ping pong ada kat sini.jadi sila jangan risau kalau stok saya habis.ngeeee~saya boleh pegi beli kat Lim Chorr Supermarket kalau dah habis nanti.cuma saya risau uncang Teh O kegemaran ada tak kat sini.-_-'.

oh apekah ini??inilah akibat 'over excited' main basketball.kempunan ke hape saya pun tak tahu.azmi cakap salah urat.saya pun tak tahu.tapi lepas 3hari dah hilang.mungkin sebab empunya badan buat tak tahu je so urat tu balik tempat die semula..haha~

nasi goreng buatan NZ..hahah~tipu sangat.yang masak kitorang2 jugak.

yang nih dah memang berkurun lama dah.yelah kan.orang jakun first time naik flight.bila time makan excited gila sebab makanan penuh satu tray.tengah2 makan risau pulak sebab tok cakap toilet dalam flight takde air.kalau nak membuang dah jadi masalah besar pulak.makan cukup2 je lah kan.sempat seludup ferrero rocher 4biji bawak bekal mase turun flight.haha~



ah saya rindu budak 3 orang nih.amani-najiha-syahirah.nanti saya balik tahun depan diorang sume dah besar.ntah ingat ke tak kat saya nih.oh semalam webcam dengan aqil&arfan.terkejut diorang nampak saya dalam laptop kakngah.aqil siap jerit nak bagi saya dengar suara comel die.oh rindu~


oh rindu nak drive kereta saga hijau.rindu patung pink yang godek2 dalam kereta tuh.adik sila jaga patung pink tu elok2.nanti kalau along balik tengok benda tu takde siaplah.encik hippo pink dapat ikut sebab kalau tak bawak encik hippo pink nanti encik KAN merajuk.=)

saya rindu encik KAN.sekarang pun tgh ym dengan dia.hihi~

*tu je untuk hari nie.babai!

Saturday, March 20, 2010

m a l a s

assalamualaikum
belum ada rasa nak update blog
yang penting autumn memang sejuk gila
kalau winter tak tahulah mungkin boleh jadi gila
ah sejuk sejuk
sedapnya kalau dapat makan biskut pingpong cicah teh o
yum yum yum~
assignment banyak takleh nak elak
tapi trip pergi rotorua buat aku terkinja-kinja
lol~
*ngarut je nih sebab tengah sakit leher...sila abaikan
terima kasih

Wednesday, March 10, 2010

the street life*Auckland Version~

assalamualaikum ya habibi ya maulana
*hape mimpi nih~
sudah lama kemalasan mempengaruhi saya
dan kali ini saya bangkit untuk mengupdate blog terchenta
dan episod hari ini ialah the street life*Auckland version~
korang mesti dah sedia maklum yang saya nie suka jalan2..sangat suka
*kalau ada yang belum maklum nie meh akak nak story meh
saya dan kawan kamceng (Fareha,Farry nama femes)sangat suka pergi ke Queen St.
oh sangat ke?takde la obses kot..lol~
tapi Queen St. memang meriah kot
macam2 gaya orang kita leh tengok
satu perkara yang sangat menarik perhatian saya tentang Auckland
'susah nak jumpa peminta sedekah'
sebab utama
sepanjang apa yang saya tengok setelah bermastautin kat sini selama sebulan
peminta sedekah susah nak jumpa
tapi kitorang selalu jumpa 'street artist'
apekah?
'street artist' adalah artis yang menghiburkan orang ramai di Queen St. dalam pelbagai cara
menyanyi-bermain muzik-bermain gitar dan pelbagai lagi
kebanyakan orang menghargai mereka dengan cara 'membayar' ke dalam bekas yang berada di hadapan mereka setiap kali mereka membuat persembahan
(lebih kurang macam beri sedekah)
tak kiralah kotak ke ape ke
dan apa yang buat saya terkejut ialah mereka akan 'pause' persembahan mereka semata2 untuk mengucapkan 'thank you' kepada orang yang memberikan mereka penghargaan itu
serta merta hati saya terusik
tulus suci hati mereka...ikhlas menghiburkan warga kota yang sibuk di jalanan
Ya Allah...bantulah mereka(bisik saya dalam hati)
dan serius mereka sangat berbakat
pagi tadi sewaktu berjalan di Queen St.
masa saya dan Farry berjalan melintasi sebuah 'patung'
saya dapat rasakan yang 'patung' itu bukan sebuah patung
lepas tu saya pusing dan serta merta terkejut
kerana memang lelaki itu bukan patung
seorang lelaki tua yang hanya mempunyai tangan kiri manakala tangan kanan palsu(lengan&tapak tangan disambung dengan besi) membuat pertunjukan dengan menjadikan dirinya seakan2 robot
dia hanya berdiri tegak dengan sesuatu gaya untuk jangka masa yang lama
dan ketika itu saya terlihat seorang kanak2 kecil menghampiri beliau dan meletakkan sekeping not di dalam case yang berada di hadapannya
serta merta dia bergerak seakan robot dan menunjukkan ibu jari tangan kirinya tanda terima kasih kepada kanak2 tersebut
sayu hati bila tengok betapa tabah pakcik tu berdiri di jalanan semata2 untuk menyara kehidupan dengan menghiburkan orang ramai dengan aksi robot beliau
saya akan sentiasa mendoakan pakcik
perjalanan diteruskan
kali ini terserempak pula dengan seorang lagi 'street artist'
pada tanggapan saya juga seorang lelaki tua kerana dia memakai topeng gorila yang ganas
tetapi mengalunkan muzik merdu daripada 'seruling' beliau
duduk di tepi Valleygirl sambil memainkan 'seruling' tanpa jemu
saya ada sedikit perasaan takut untuk mendekati beliau namun saya beranikan juga
setelah saya meletakkan sedikit 'penghargaan' ke dalam bekasnya
serta merta dia berhenti mengalunkan muzik dan mengucapkan 'thank you so much'
di sebalik topeng itu...saya dapat melihat sepasang mata yang mempunyai seribu harapan
*oh taknak elaborate beria sebab nanti terover feeling..haha~
oh tiba-tiba sebak
stop
sudah sudah
tanggungjawab saya untuk membantu sesama manusia
tidak kira agama mahupun warna kulit
semoga mereka beroleh kehidupan yang lebih sempurna
*tak tahu kenapa feeling lebih sangat..okeh okeh
tutup episod hari ini
bersambung~

Thursday, March 4, 2010

tak suka

salam dan hai teman-teman sekalian
melonjak-lonjak rasa jantung ini nak gosip dalam blog pasal kejadian yang baru je berlaku tadi
*maaf kalau bahasa agak kasar~
memang nak baran lah nie kan
sebelum nie memang tak pernah la pulak nak hangin satu badan dengan omputih kat 3rd floor nih
syok2 tido lepas penat maen basketball pagi tadi
tibe2 rasa nak tercabut jantung bila ada org ketuk pintu kuat gila
nasib baik tak roboh kalau tak nanti aku tak dapat balik deposit $100
manalah aku tahu ada mesyuarat tergempar kat common room tu
kau pun ketuk bilik aku tak cakap ape2
aku ingat budak2 kulit putih kurang waras main ketuk2 pintu
memang dah biasa sangat dah
aku tahulah korang tu budak2 lagi
tapi matanglah sikit
pergilah enjoy-party-pub-sosial habis
tapi jangan kacau hidup aku dengan kawan aku
jangan ingat aku tak perasan korang pandang senget kat kitorang sebab kitorang pakai tudung
mata hitam,kulit sawo matang,saiz kecik dari korang...kami tak segan
tak boleh ke kau 'beradab' sikit nak bagitau aku yang ada meeting kat common room?
ini suka hati je jerit 'Oi!Oi!'
kau ingat aku pekak ke hape?
nasib baik aku perasan kau jerit kat aku
kalau aku buat tak layan je mesti kau dah malu kat mamat2 hensem dalam common room tuh
*hensem la sangat~
dengan kitorang kau bapak kerek
jumpa kat kitchen buat tak nampak
muka poyo habis bajet kau cantik sangat
mata kau tajam sangat ke sampai nak jeling2 masakan kitorang tuh?
yang pasti tomyam yang kitorang masak lagi sedap dari brownies kau tuh
dengan bebudak laki sama kulit dengan kau boleh pulak menggedik jerit2
kau buat aku menyampah tahu?
kau ingat kau tu superior sangat?
padan muka last2 aku tak pergi meeting tuh
kalau aku datang nanti mesti kau bajet bagus sebab berjaya panggil aku datang meeting
nasib baik jiran aku novea si comel dan bukan kau minah omputih poyo yang kerek dan kurang ajar
----------
----------
----------
alhamdulillah lega rasa hati dah lepaskan semua
sekian untuk hari ini


Tuesday, March 2, 2010

shopping & shopping

hai kawan-kawan
*ade ke orang bace nih?
tak kisah la kan
hari ni cam dah dapat topik nak bebel2 kat sini
mm..kalo dikira-kira dah dekat 3 minggu kot kitorang menjejak kaki di bumi Auckland nih
terkejut tak kalau saya bagitau yang kitorang dah tahu 'port2' best nak shopping?
hahaha
over over excited
dalam kepala fikir nak shopping je
mana taknya..baju dah 5helai kot beli kat sini
hahaha..summer special kan
baju pun harga $5 je sape taknak beli
memang konfirm rambang mata
dahlah cantik gila
kalau kat Malaysia mau dekat RM50 tuh
kat sini senang2 je dapat $5
lepas dah syok beli 2 helai konon2 baru nak menyesal
lalu sebelah glassons buat2 tak pandang je sebab takut kena goda dengan dress cantik kat dalam
-_-'
belum cerita hal memasak lagi
senior2 kat sini dah tunjuk 'port' baik punya nak cari bahan2 masak
memang terbaik~
Asian Food Market,Countdown,Foodtown,Downtown,Lim Chorr
hah...ape lagi
memang banyak lah!
paling terbaik Avondale lah kan
murah gila kot sayur kat 'pasar tani' tiap2 hari Ahad
tapi tambang bas pulak mahal sebab Avondale duk kat ceruk bandar
bayangkan eh
10 batang lobak merah hanya $1
sape nak bagi tuh?
2 buku bunga kobis yang besar punya $1.50
stok 2minggu tuh kot~
belum cerita pasal epal lagi
kat sini epal Royal Gala memang sedap gila
sekilo $1.99
???!!
boleh kurus duk kat sini kalau buah-buahan murah gila
takyah makan nasi pun takpe
lagipun saya sekarang nih tengah giat nak turunkan berat badan
seronok pegi gym
tambah seronok bila berat dah turun 2kilo
^_^


Monday, March 1, 2010

its her birthday!


HAPPY BIRTHDAY
to
NURUL FAREHA MD NOOR
sweet 21st
smile always & be happy
may Allah bless you
ganbatte kudasai!

semester dah start
lecture pun dah start
ganbatte!
*siyes tatao nape rase malas sangat nak update blog walaupun tenet laju bak kuda belang
-_-'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...