Saturday, March 3, 2012

Air Terjun Kota Tinggi

Assalamualaikum.

JB asyik hujan semenjak dua menjak ni.semenjak dua menjak ini juga, aku berasa rajin dalam hati nak turun padang berjogging.tapi setiap kali nak pakai kasut sukan, hujan turun.terbantut niat di hati apakan daya.terus cabut kasut and you know what happen next.

internet juga tidak berkelakuan baik semenjak dua menjak ini.ada satu hari tu aku tak tahulah laptop berkelakuan pelik atau wifi yang terlalu fussy.tak boleh online guna laptop.no internet connection katanya.pakai handphone boleh pulak.nampak sangat sengaja kat situ.bila guna handphone, muncul masalah dunia kedua.terlalu kecil dan rumit untuk insan berjari gabak macam aku.

minggu ni agak menceriakan untuk pelajar tahun akhir.tiada assignment perlu disubmit.maka kami merasakan bahawa kami perlu reward diri sendiri dengan aktiviti yang mengujakan.

MAIN AIR.

i'm lovin' it.bab main air, kau serah dekat kitorang.semua gila main air.

AIR TERJUN KOTA TINGGI

google pasal air terjun ni.tengok orang review.ada yang cakap mahal, banyak kena bayar et cetera.sebab air terjun ni paling dekat dengan JB, maka hati pun meredhoi wang yang berterbangan.

RM7.50 entrance fee (an adult)
RM3.00 for a car
RM5.00 for camera[?]

terkujat jugak bila tengok ada fee untuk bawak masuk kamera.FYI, I did bring my camera.tapi bila tengok senarai harga camtu, terus simpan kamera dalam beg.musnah berkecai impian nak camwhore di pinggir air terjun.ewah.

makanya, berlakulah peristiwa kebergantungan terhadap kamera 3 megapixels daripada telefon bimbit tajaan LG.oklah daripada tak ada langsung.tapi sebenarnya bila dah masuk air tu memang tak ambik kisah pasal gambar pun.terlalu sibuk berkuak lentang HAHA.

main air is fun.duduk dekat bawah air terjun yang menderu[?] juga fun.berenang dikelilingi ikan yang menggigit[?] juga fun.banyak yang fun.cuma part yang tak berapa fun tu, tahu je lah kan.

(1)sejak bila pulak air terjun jadi tempat mencari jodoh pun aku tak tahu.(2)drama romantis ala-ala hindustan ialah wujud.jadi, selamatkan diri anda dari angkara syampu Sunsilk jika anda ternampak pengunjung yang mengendong syampu siap dengan berus gigi.jauhi.

in tshirts and track bottoms.tak tahulah nampak bebudak sangat ke apanya.berani betul bebudak high-school zaman sekarang.mengorat je kerjanya ya.

from the view of 3MP handphone camera

Ditaja oleh Choki Choki, Cokelat Pasta, the ultimate happiness for your hungry tummy.

p/s: kalau Puan Seri ada, mesti lagi best.mungkin lain kali boleh pergi lagi :)

longlai seluruh badan.moga moga ada lemak terbakar.puh puh.

10 comments:

Si BuDaK KaChAk said...

bejalan sakan no....hahaha

NIA said...

haruslahhhh.huehue.

NzA said...

bestnya musim panas p mandi manda kt air terjun...semua pic tu menarik.

amy syifa said...

bdk2 high school yg ngorat tu xtau u sbnArnya soon to be teacher dah.. haha..camera = rm5? pndai ambik kesempatan..lama x g mndi2 cengini..

noreenrara said...

seronoknye !
dh lame tak maen air..hoho

NIA said...

@kak nza: hehehe best kak.berendam sepanjang hari.mekasih :)

NIA said...

@amy syifa: HAHAHA kan?benda kecik je padahal *ok fine kamera besar* but still kamera je kot.lagipun tu alam semulajadi bukan hak dia kan?lol emo.

NIA said...

@noreenrara: hehe ayuh mandi manda :D

Puan Seri said...

sdihh tauu xdpt joing..

NIA said...

nnti kite g ea puan seri :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...