Friday, July 13, 2012

si tomey tomey

Assalamualaikum.

Hi, long time no see.kehidupan semenjak dua menjak ini ialah sedikit sibuk (banyak sebenarnya) berbanding kehidupan biasa sebagai seorang pelajar.

blog-blog anda masih dibaca, setiap hari kalau yang rajin update tu. cumanya tidak berkesempatan untuk berkomen-komen.kerana ada tugas penting lain menunggu untuk diselesaikan; rancangan pengajaran dan pembelajaran, alat bantu mengajar, nota, refleksi et cetera.(maklumlah bakal guru cemerlang.giteww).

mimpi apa tetiba terajin nak menaip malam ini, entah.biasa waktu macam ni aku dah di alam mimpi.mungkin sebab esok kena observe pertama kali, terus kena darah gemuruh sampai tak boleh tidur.

ok tipu.sebenarnya aku dah terlelap petang tadi lepas balik sekolah.jadi, sekarang mata aku buat mogokan berjaga.tapi sekejap lagi bakal tumpas juga nih.HAHA.

and now meet my tomey tomey...


thanks and muchas gracias to adik comel Ryna Tri Asmara sebab tolong kakak dalam misi pencarian case telefon comel idaman gadis masa kini.case jenama LG adalah di tahap RARE dekat Msia.serius, aku tanya kedai jual case telefon semua tak ada jual LG.kalau dekat JB takde, dekat Kuantan lagilah selamat jalan romeo.sadis sungguh realiti kehidupan.nampak sangat racist dekat LG.mujur tak bakar kedai.hello, LG pun awesome ok.terhempas dah berapa kali tapi masih gagah bak harimau bintang.hewhew.

by the way, kalau nak cari case telefon comel berserta aksesori idaman gadis comel masa kini, boleh tengok SINI - CIk Yana Official Blogspot.

sedangkan LG pun ado, apetah lagi jenama terkemuka dunia seperti IPhone, Samsung Galaxy & Blackberry.jadi, kalau nak jadi comel macam aku, cepat beli case comel ni.HAHA.

ok itu contoh nasihat yang tak berapa berfaedah.

mari kita recap bersama-sama zaman jahiliyah telefon bimbit aku suatu ketika dahulu.

 Auckland, NZ (Summer, 2011).beli telefon seminggu sebelum balik Msia.tak sempat beli case (tambahan pula, harganya mahal melampau). bila parcel tiba, haroslah jadi manusia paling excited dalam dunia.almaklumlah sebelum ni tak merasa pakai telefon canggih.canggihlah sikit dari yang dulu.jadi, jangan persoalkan kenapa bergambar dalam tandas universiti.waktu ini, rupa telefon masih boring.tapi sebab excited, jadi layankan ajelah.

Disember, 2011.Malaysia.
masih boring.sebab bila pergi semua kedai case telefon semua tak ada jual LG.dang.sedangkan emak punya telefon pun ada case warna pink lubang-lubang.lepas tu angah punya warna pink gelap berlubang lubang jugak.kakde pun ada warna ungu lubang-lubang.masa tu banyak orang jual case berlubang-lubang nih.boleh kata trend semasa juga lah.

aku takdelah nak ikut trend pun.tapi tetiba telefon aku je macam paling plain boring dalam dunia.

sebelum beli case yang bertelinga ni, aku ada case warna merah jambu (I kan girlish HAHA).agak mahal nak compare dengan case telefon yang jual bebanyak tu tapi berbaloi sebab casenya gagah gitu.itu pun jumpa dekat Danga City Mall, dekat kedai telefon LG.

sekarang ni tiap-tiap hari rasa comel bila pegang telefon.HAHAHA.

p/s: motip sangat cakap pasal case telepon.by the way, saya memang peminat aksesori.maka atas sebab itu, case telepon termasuk dalam kategori perkara yang diminati saya.teehee.


5 comments:

fya zainal said...

alaa comelnyeee...my bb *yg bertahun2 ketinggalan zaman* skrg dh susah nk carik casing >.<

sizuka[Izzati] said...

mungkin kes rare jugak tu kot.teehee.

fareha said...

comet nyat! bahasa tomey enough? hahha

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

henpon akak takda casing hihi..x comel la henpon kiterr

sizuka[Izzati] said...

@fareha: HAHAHA tomey tangat!LOLZ.

@cik betty: tapi henpon akak dah canggih takpe teehee :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...