Thursday, July 19, 2012

Ramadhan 2012

Alhamdulillah.
diberi peluang bertemu Ramadhan (insyaAllah) di tanah air tercinta, setelah dua tahun bermusafir di bumi asing.gituh kan ayat tak boleh bermadah helah lagi.
semoga kita semua sentiasa diberkati dan dilindungi Allah S.W.T sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ni.azam Ramadhan kali ni, aku mahu menyahkan lemak-lemak degil melampau.katanya nak beraya sebagai Megan Fox Malaya.HAHA.

dua tiga menjak ini, aku ketandusan idea untuk berblog.kekreatifan banyak disalurkan ke tempat lain, yakni bilik darjah.setiap hari, muka aku yang pergi fotostat worksheets.setiap masa, meja aku paling teruk bersepah dalam bilik guru semata-mata buat teaching aids.cebisan kertas berterbangan seantero dunia, akulah punya pekerjaan itu.

anugerah guru berdedikasi, please.

Selamat Berpuasa buat semua.aku dah berasa bahang bahang kesibukan sebagai bakal guru.tak terbayang cemana kalau dah kahwin lepas tu jadi cikgu.ok salah.jadi cikgu lepas tu kahwin.kena jaga suami lagi, anak murid lagi.budak darjah 1 lagi.

aik apasal budak darjah 1?

sebab diorang ni manjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tahap ketujuh puluh tiga ribu billion.semua benda nak cerita dekat cikgu.tak kiralah cikgu tu mengajar dia ke tidak.pukul berapa pun nak bagitahu cikgu.jam baru, kasut baru, kena cubit, kena pegang semua bagitahu cikgu.paling comel, duit sepuluh sen jatuh dalam longkang pun report dekat cikgu.cikgu cakap "alah seposen je pun" dia cakap "nak jugak".mujur cikgu cakap "nanti cikgu bagi seposen dekat awak".kalau tidak, mahu diangkatnya penutup longkang demi duit seposen tersayang.

guru penolong kanan bercakap dekat depan, diorang sibuk nak bercerita dekat cikgu.mentang-mentanglah cikgu harini comel terlebih sebab pakai tudung bersulam atas kepala dari Indonesia.

OK.SELAMAT BERPUASA (baru sedar dah kelaut padahal sepatutnya tulis pasal Ramadhon je HAHA)

lukisan paling cincai cincau dalam dunia.

Semoga Ramadhan kali ini dilimpahi rahmat dan barakah dari Allah S.W.T.
Jom banyak banyak baca Quran dan kumpul pahala!


7 comments:

shera haifa said...

selamat berpuasa di tanah air..;)

sizuka[Izzati] said...

thank you shera.awak pun :)

nik rosmawati said...

salam ramadhan dear
selamat berpuasa :)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

tergolak jap akak bab duit seposen jatuh lam longkang pon nk report cikgu haha


jd cikgu ni ada seronoknya..ada juga part yg x seronoknya (part bnyk keroje hahah)..harap bertabah yaa

sizuka[Izzati] said...

@kak nik: hehehe salam ramadhan kak :)

@cik betty: HAHAHAHA dorg ni kengkadang over manja melampau.cikgu pun kemain duk gelak ahaha.

itulah.ada pros dgn cons.penat takyah ceritalah.sampai tahap taknak bangun pun ada bila dh tido HAHA.

Cik Jannah said...

salam izzati. jannah nak mintak add :)
nak hantar kad :)
email kat cikjannah@gmail.com yea. thanks :)

sizuka[Izzati] said...

@cik jannah: hehe esalam.okies :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...