Saturday, January 30, 2010

♥suka dan duka=(


hai kawan-kawan
kalau tengok tajuk entri ni macam suspen kan
takde takde
semua okey baik punya!
^~^
memperkenalkan anak kepada sepupu saya
*err..boleh kira anak sedara saya jugak la kan?
♥Najwa Najiha
♥09 November 2009
saya panggil dia Najiha...sangat comel boleh tak+tembam sangat
comel dan manja
sebelum ni saya tengok mak+makcik+sepupu saya jaga baby macam senang
dodoi-dodoi terus tido
tapi rupanya tak senang jugak nak tidokan budak kecik ni
memang sangat mencabar minda
*eh minda??ngarut~
Najiha sangat suka didodoi
didodoi disini bermaksud dukung sambil berhayun-hayun
*berhayun??bukan seperti buai ok tuan-tuan dan puan-puan
alah macam tak biasa pulak kan
dukung sambil jalan-jalan pastu nampak macam goyang inul sikit
*inul?bukan-bukan..nanti tercampak budak tu
kira macam dodoila sambil nyanyi lagu-lagu merdu
ala-ala lullaby gitu
ooppss tapi kalau saya yang dodoikan Najiha saya tak nyanyi ok
nanti dia tak tido sebab saya asyik nyanyi lagu korea-rock kapak-jepun je..mix ok..haha~
oohh saya akan sangat merindui dia~
*walaupun kau mendera maklong mu ini dengan membiarkan maklong kepenatan mendodoimu sehingga maklong terlelap tapi kau masih berjaga, maklong tetap menyayangimu♥
oohh lepas tu macam tersedar...betapa besar pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya...
saya baru jaga Najiha 8jam dah kepenatan...bayangkan bagaimana tabahnya seorang ibu yang menjaga& mendidik anaknya sehingga besar dewasa~
I LOVE U MAK

ooohh siapakah di atas ini!!
SAMSUNG ES60 secara rasminya telah menjadi hak milik kekal saya bermula hari ini
oohh sangat gumbira sangat ceria
harga memang berpatutan+kaler pink=satisfied!
walaupun hasrat memiliki DSLR belum tercapai
akan kutanam niat itu sehingga tumbuh sepohon pokok
*eh camane tu??
mungkin saya boleh bermula dengan kamera comel saya ini
apa salahnya kan?
kreativiti tak dinilai mengikut kuantiti
kreativiti=kualiti
^_^
-------------------------------------------------------------------------------
saya sangat berduka kerana simcard maxis saya rosak
lalu menyebabkan Nokia 3500 Pink saya meragam
oohhh sangat hiba~
sangat sayang boleh tak

Wednesday, January 27, 2010

kau ingat kau bagus sangat?

kawan-kawan
harap maaf jika entri ini agak kasar
namun apa yang terjadi kepada saya hari ini memang sangat mendukacitakan
ooohh ayat sangat skema!
-_-'
bukan setakat dukacita tapi dah memang mendidih dah tadi
alkisahnya
saya nak keluar simpang ke jalan besar
nak dijadikan cerita tiba-tiba kereta sangat banyak dan tak putus2 dari jalan besar
kalau korang pun takkan nak gadai nyawa nak keluar terus dari simpang yang kecik tu kan?
boleh dikatakan agak lama jugak kami (saya & emak) menunggu peluang untuk mencelah keluar dari simpang tu
tiba-tiba...
'WOI!!!'
terkejut gila boleh tak
saya tekan minyak keluar simpang tu bila kereta dah tak banyak
masa tu saya abaikan jeritan yang baru berlaku
lepas tu baru mak cakap mungkin orang tu jerit kat kitorang
a.k.a
saya kerana saya yang memandu
saya pun apa lagi
memang tak puas hati sangat lah
kepada pemandu kereta putih dan kereta biru yang berada di belakang kereta saga hijau WJK XXXX dekat simpang tepi PASAR BESAR PEKAN
ini ucapan saya untuk anda
BUTA ke RABUN ke tak nampak KERETA berderet-deret kat jalan besar tuh???
kau tak nampak ke kereta depan kau nie (kereta saya) ada pelekat P kaler merah??
kalau kau nak bangga kereta kau gear AUTO-tak mati enjin-tak terundur,sila bangga sekarang sebab Encik Saga WJK saya tu manual okey??aku cabar kau bawak kereta aku tu boleh?
kau nie tak sekolah ke tak tengok tv ke...kau tak pernah tengok iklan pemandu berhemah?
lesen kau lesen terbang ke?cikgu sekolah memandu kau tak ajar ke tips-tips menjadi pemandu berhemah??
sape ajar kau boleh jerit2 kat orang lain kalau dia lambat sangat keluar simpang??
apa barang cari pasal dengan pompuan...tak jantan la kau
.........
.........
.........
oohh..kegeraman sudah terubat sedikit
sebaik sampai ke rumah terus mengadu dengan abah
abah saya cakap
'biarkan je orang macam tu...'
dengan sangat macho dan kacak bergaya
abah saya dah memandu lebih dari 20tahun
tapi tak pernah pulak abah jerit kat orang kereta depan kalau dia lambat sangat keluar simpang
so salah siapa??

pesanan penaja:
JADILAH PEMANDU YANG BERHEMAH
INGATAH ORANG TERSAYANG
*terover pulak^~^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...