Tuesday, September 28, 2010

emo bukan ELMO

Assalamualaikum & Salam Hari Selasa

entri ni bukan nak promote kartun sesame street.betul-betul bukan.

ini ialah ELMO.ELMO boleh emo.tapi emo bukan ELMO.apalah yang aku mengarut nih.apa-apa lah kan.hari ini betul-betul takde mood.super-takde mood.entahlah mood hilang pergi mana.rasa super-lesu, super-penat.duduk dalam kelas pun takde perasaan nak senyum.walaupun hakikatnya memang takde motif nak senyum dalam kelas.haha.tengok.tulis entri ni pun main bantai je.

entah apalah yang buat saya jiwa kacau hari ni.tak larat tu mungkinlah sebab puasa.jalan jauh pergi kelas alah macam tak biasa.kakaka.tapi serius bukan penat macam biasa.ini luar biasa punya penat.ibaratnya kalau boleh pengsan tengah jalan, lebih baik pengsan dulu.bangun nanti baru sambung jalan balik.hahaha.bingung aku dengan kau ni izzati.bingung!

even tadi jalan balik kelas pun, berjalan tanpa perasaan.menonong je berjalan.tak pandang kiri kanan.satu : beg berat HAHA.dua: super-lesu.biarlah budak kecik comel lalu sebelah, memang dah tak pandang dah.minta maaf adik, kakak emo.tetiba.haha.nasib baik Grafton Bridge tak ada tiang tengah-tengah jalan.kalau tak, dah lama langgar tiang.

itu hal tiang.ni nak cerita hal orang.biasalah kalau dah lesu, tangan kemaen lagi nak hayun.even tangan pun rasa berat.haruslah tak logik dekat situ.buat-buat logik je lah kan.hayun tu bukanlah bermaksud saya hayun sekuat hati.standard lah hayun tangan.tetiba.nak jadi cerita.bertembung dengan minah salleh yang agak besar saiznya.jalan kemaen rileks.saya sorok tangan sikit takut terlanggar dengan tangan dia.at the end, tangan dia nak jugak langgar tangan saya.kuat pulak tu.saya yang tadinya jalan menonong-takde-perasaan, terkejut jugaklah.tapi still, heartless.lepas tu dengar bunyi benda jatuh, tengok-tengok handphone dia.saya sempat cakap 'sorry' je lah.itu pun tak tahu dengar ke tak.saya pun tak pasti handphone tu jatuh sebab berlanggar tangan tadi ke apa.sebabnya handphone tu jatuh lambat sikit.entahlah malas nak fikir.

disebabkan tadi punyalah malas nak layan perasaan-kena-langgar sambil berjalan, sekarang baru dapat rasa tangan saya sakit.hahahahaha.

p/s: dapat berita baik.dapat kerja dekat South Island bulan Jan-Feb nanti.tapi hati kacau-bilau.habislah blog bersawang nanti.sobs~

Monday, September 27, 2010

mari main masak-masak.episod dua:)

Assalamualaikum & Selamat hari Isnin :)

hari isnin sangat tidak seronok.penat.namun dilalui dengan tabah.takpe 5 minggu lagi.lepas itu habis semester dannnnn it's summer holiday oh yeah.boleh pergi jalan-jalan tepi pantai like so nak artis dengan topi besar spek hitam besar gaun kembang segala, lepas tu photoshoot ala-ala hindustan guling-guling atas rumput.muahaha.oh ya.entri hari ini ada bonus yawww.ada dua bijik video special untuk korang.

mari menonton program memasak para bloggers keluaran Auckland.
juruvideo: Sizuka [dah kenal kan.tak payah link takpe.kakaka]
chef-chef utama: Azmi [pengat pisang]
: Fareha [mi goreng basah]
tukang rasa : Amirah [terhebat di abad ini]

disebabkan frust dengan video uploader dekat blogger, maka mari terus upload ke youtube.



abaikanlah suara macam kartun & yang gelak macam nak gila tuh.haha.diorang ni kalau buat lawak memang tak menahan.boleh cramp otot perut.tak kiralah dekat dapur ke dekat kelas ke.tengah jalan pun menjadi.haha.azmi macam dah boleh ganti Chef Wan.nasib baik tak keluar ting tang ting tang alexander.haha.tapi azmi ialah super-hebat.setelah lama kepingin, dapat jugak izzati & fareha makan pengat pisang hari ini.wheeeee~


siapa tak puasa, tapi makan dengan orang puasa, nanti jadi ulat gonggok.itu mitos azmi kepada amirah.hahaha.sebab hari ni saya, fareha & azmi puasa.amirah jadi tukang rasa makanan.jadi jelas disitu beliau sorang tak puasa.haha.berbuka puasa macam ini ialah super-syok.especially bila dah import chef dari IH, Chef Azmi.tepuk tepuk tepuk.kalau bab makanan tradisional, serah kepada beliau.superrrrrrr powerrrrrr.pooofff!keluar jin!hahaha.

izzati tiada dalam video.yang ada ialah suara ketawa di balik kamera yang super-melampau.haha.ntah bila izzati nak masuk video.dengar suara sendiri pun dah rasa segan.inikan nak masuk muka.gambar banyak-banyak tak apa.hahaha.video ini bergerak.mungkin sebab itu saya segan.kahkah.motif apa nak segan pun aku tak taulah kau ni izzati.

makan dengan senang hati & banyak sambil bercanda ria gelak kuat-kuat dekat aras tiga.hahaha.mengimbau kenangan lama yang memang super-lawak.nak pengsan gelak boley.hahaha.

p/s: bila daylight saving dah ON ni mula ada masalah tidur tak cukup pulak.huhu.siang semakin panjang.waktu tidurku menghilang.ohhhh~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...