Thursday, September 30, 2010

Ceritera 100 penulis

Assalamualaikum & hello hello :)

mungkin ada antara anda-anda yang dah tau pasal blog 100 penulis bukan?bagi yang belum tahu, mari duduk bersila atas kerusi, minum air laici dan baca apa yang saya nak cerita.biasa 'dengar' cerita kan,tapi manalah nak ada suara dalam blog ni tetiba nak bercerita story telling segala.jadi, mari baca.
blog 100penulis ada 100 penulis.hahhh izzati dah start dah buat ayat pening-pening dia.haha.ok sambung.di mana, 100penulis akan bergabung tenaga membangunkan satu blog yang diberi nama blog 100penulis.

apa yang menarik?

cuba klik blog 100penulis.korang akan jumpa macam-macam info yang ada dalam blog itu.sebab?sebab blog 100penulis mempunyai sejumlah penulis yang mempunyai cara penulisan yang berbeza-beza & tersendiri sehingga menghasilkan variety dalam setiap entri di blog tersebut.kesihatan, agama, cinta, teknologi, fotografi, pelik tapi benar & macam-macam lah.semua ada dalam 100penulis.com.bak kata pakcik astro, macam-macam adaaaaaaa.

bukan setakat membaca & mengikut perkembangan semasa, malah korang pun boleh jadi salah seorang editor di blog 100penulis macam saya kakakaka.sepanjang saya menjadi salah seorang editor di blog 100penulis, rakan-rakan baru semakin bertambah terutama di kalangan bloggers.seronok tu boleh kata memang tak terhingga lah.kongsi pengalaman, idea segala kan.lagipun bukan semua bloggers Msia, ada dekat Msia.ada jugak yang di perantauan macam saya *lagi*.hahaha.memang mengeratkan silaturrahim lah orang cakap.sejauh-jauh NZ, lautan Pasifik akan ku renangi.ewah ewah~

tapi siapa-yang-ada-masalah-cinta tak perlu rujuk sana.memang kita tak dapat nak tolong.sebab entri yang ditulis memang ikut-suka-hati editors nak tulis pasal apa.contoh terdekat, saya lah.walaupun semalam izzati-buat-macam-pro cakap pasal cinta, tak semestinya dia pro dalam cinta.ecewahhhh.hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintanggggggg aaaa aaaa aaaa aaaa~itulah...oppps bernasyid sudah.haha.

p/s: jomlah jenguk blog 100penulis!:D

Wednesday, September 29, 2010

cinta [hahhhhhhh?]

Assalamualaikum & Selamat Hari Rabu :)

actually plan asal petang ni nak pergi photoshoot, namun selepas bershopping barang-barang makan dekat Countdown terasa keletihan tahap melampau.maaf ema, kita pergi weekend ye?heeee~

bila cakap pasal pantai, semua orang fikir bikini.haishhhhh.pakai bikini boleh sun-burn tahu.lagipun, boleh dapat dosa free kalau pakai bikini.apa jadah korang fikir kitorang nak pakai bikini nih?hahaha.tak baik tauuuuuu.mengucap mengucap astaghfirullahalazim~kakaka gurau-gurau je.takkanlah nak pakai bikini, kalau boleh pakai baju kurung pergi pantai memang dah lama dah.tapi nak buat macam mana.angin kemaen hebat kalau dah nama tepi pantai tu.silap-silap kalau pakai baju kurung pun boleh jadi seksi kalah bikini.hahaha.ingat Allah ingat Allah.tengok orang pakai bikini pun dosa tau.aurat aurat.haaaaa~

haissshh apasal asyik cakap pasal bikini nih?

semenjak dua menjak tiga menjak ni,banyak dengar pasal kes-kes cinta.sana cinta sini cinta.apa bendaaaaaa izzati.

gantung diri dekat kipas, buang bayi, terjun bangunan lima tingkat. kebanyakan kes tu semua gara-gara cinta kan?memang gara-gara lu cinta!tetiba drama.haha.itu kes buruk-buruk.kes baik-baik pun ada.sana kenduri kahwin, sini kenduri kahwin.semua pun pasal cinta jugak kan?gituhhh~

fuiyohhhhh izzati cakap hal cinta kot.nak fuiyoh apa.sepak nak?haha.tak tak.jangan ada yang duk fikir izzati nak kongsi kisah cinta beliau dekat sini ke?sama sekali tidak.walaupun ada lah beberapa kali kan.hahaha.tapi ini bukan pasal izzati lah.ini pasal semua orang.

i bet you.kebanyakan orang pernah jatuh cinta kan?tak kisahlah bertepuk sebelah tangan atau tepuk dua-dua sekali.tapi pernah lah kan?CINTA, ada super-power tahu.memang super-powerful punya kuasa.bukan punca kuasa dua lah tapi.haha.ini betul-betul punya kuasa.

Cinta, boleh buat orang cerdik jadi bodoh, orang kaya jadi miskin, orang normal jadi gila dan bla bla bla.tapi boleh juga jadi sebaliknya kalau kena dengan cara.jadi, bercintalah selagi kena dengan cara.

zaman sekolah sibuk cinta monyet, dating dekat nak habis prep, lipat surat siap ada 'posmen' segala.saya tak buat.cuma pernahlah jadi posmen sekali dua.hahaha.eh ke tiga kali?hahahahaha.apa-apa lahhh.zaman baru masuk maktab ke universiti, mesti pernah terfikir.paling cikai pun sekali.masuk u ni bolehlah cari jodoh.ada terfikir tak?haaaaa jangan tipu.hahaha.sekarang, dah masuk era-era kedewasaan.waktu sekarang ni istilah cari boyfriend/girlfriend dah tak boleh pakai.sekarang, proses pencarian bakal suami/isteri bermula.ada certain yang emak dah bising haishhh kau ni takde kawan dengan sape-sape lagi ke [you know who you are.kakaka].kadang-kadang rasa macam haishhh betul ke kita ni dah 20-an.macam tak percaya je.rasa macam syok je lagi main pondok-pondok.

kesimpulannya, apa kejadah izzati buat entri pasal cinta petang-petang ni?



"LOVE CAN HEAL, LOVE CAN HURT"

"Why does loving someone who's so wrong can feel so right?"

p/s: Cintakan bunga, bunga akan layu.Cintakan manusia, manusia akan mati.Cintakan Allah, kekal abadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...