Friday, February 25, 2011

Blog Pink

Sudah terang lagi bersuluh dengan spotlight blog ni warna pink.Tak payah suluh dengan spotlight pun blog ni memang warna pink.Ada apa dengan pink?*ewahhhhhh kau dah macam pengacara warna warni Malaysia pulak*HAHAHA~

kenapa saya buat blog saya warna pink?kenapa saya buat blog saya warna pink?kenapa saya buat blog saya warna pink?

ce cite ce cite ce cite

sebab pink bestttttttttt.kenapa pink best?sebab warna lain tak best.bolehkah cakap begitu?boleh kalau kau nak mintak pelempang Malaya dari tauke blog biru dan blog hijau, blog kuning juga mungkin.tidak boleh cakap macam itu.tak baik tahu.

saya buat blog saya warna pink sebab walaupun saya garang tapi dalam hati ada taman bunga tahu [HAHAHA].saya buat blog warna pink sebab saya rasa warna pink macam sedap which is obviously saya tak tahu kenapa saya cakap warna pink sedap sebab saya tak pernah makan warna pink.apa ayat panjang berbelit nih.tumbuk kang.okay okay.tapi saya rasa benda-benda yang warna pink semua sedap-sedap especially bubble gum, dan candyfloss, dan aiskrim strawberry, dan apam warna pink, dan kuih sagu, dan errrrr okay itu je.TAPI binatang yang warna pink bunyi hok hok hok tu tak tahu sedap ke tak.harommmmmmmmm tahu?HAHA.

jeng jeng jeng.nak tag geng-geng pink nih:

MamaGee
Ryna Tri Asmara

nak join jugak tapi bukan blog kaler pink?bolehhhh.warna apa-apa pun hatta biru kehijau-hijauan pun boleh kalau ada dalam senarai. klik sini okay :)

Thursday, February 24, 2011

dah nama pun hidup berjiran

Hidup di apartment sebegini, sebenarnya bukan seindah biasa.ianya seindah luar biasa.bagaimanakah luar biasanya?di samping dapat berborak sakan bersama housemates sendiri, sebenarnya hendak berborak dengan jiran tetangga juga boleh-kalau-korang-nak.dan bila ada jiran yang suka masak megi kari pecah telur tak kira siang malam, bersabarlah dan istighfar banyak-banyak.

cerita orang terjun apartment dah buat junior kitorang freak out nak apply duduk sini tahun depan.

'taknaklah duduk Volt.ramai suka terjun bangunan.'

bunyinya macam terjun bangunan itu ialah suatu hobi kegemaran pada waktu lapang dan aktiviti yang dibuat beramai-ramai.HAHAHA.

nama: XXXXX
hobi masa lapang: terjun bangunan

ini apartment kami.Volt On Queen dan ianya berbentuk 'V' jika dilihat dari atas.bermaksud, balkoni kitorang memang menghadap balkoni jiran-jiran tetangga.dan apabila jiran-jiran tetangga bukan setakat orang yang menggunakan English sebagai bahasa perantaraan, bermaksud tingkat atas boleh dengar orang cakap Korean dan tingkat bawah sikit kau boleh dengar orang cakap Mexican mahupun Arabic ataupun Hindustan dan boleh jadi bahasa-bahasa lain yang kau tak pernah dengar.





dan kitorang punya rumah dekat tingkat 15, tingkat paling atas sekali.bermaksud, kau boleh tengok macam-macam kerenah orang dari balkoni rumah sendiri.satu hobi kegemaran orang yang duduk sini, main jerit-jerit dari balkoni ke balkoni.tak kiralah sorang tingkat empatbelas, sorang lagi dekat tingkat lima.pulak tu entah bahasa apa dia cakap pun tak tahulah.

sekejap dengar...

'Hoi!espadacelomonalesketambola~!'

lepas tu mesti dengar ada yang jawab.sayup-sayup je bunyinya...

'Paolo!el amor no es como la pintan!'

tetiba mesti ada yang menyelit...

'Si.Si.noescomolacintanlameskon~!'

dia tak peduli orang lain dah.tengoklah nanti.kitorang nak main jerit-jerit jugak dengan Rose dekat tingkat 12 HAHAHA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...