Sunday, April 10, 2011

lumba troli lembu jantan merah

weekend ni macam tak berapa nak melekat di rumah.semalam pergi tengok futsal, hari ni pergi menengok lembu jantan pula.

rupanya izzati ni pencinta binatang juga ya.

op OP op OP.jangan jadi tipah tertipu dulu.program hari ni sebenarnya tak ada kaitan pun dengan alam haiwan.alam tumbuhan mungkin ada menyibuk sikit.


Red Bull Trolley Grand Prix
[Lumba troli lembu jantan merah.prix tu apa dia hah?]

dekat sini, memang banyak kejohanan yang boleh masuk anugerah kejohanan pelik dunia.kau hengat kereta Evo aje boleh masuk Grand Prix?troli yang angkut coklat selori pun boleh masuk, tahu?HAHAHA.

saya pergi sebab terlalu curious apakah rupa kejohanan lumba troli ni.apa bentuk rupa troli yang dia guna pun tak tahulah.tak pernah tengok.dalam kata lain, JAKUN.hahaha.

tapi orang ramai sungguh masyaAllah.saya yang gembira-gembira ni boleh bertukar! jadi selonglai-longlai manusia.saya ni dah 167 sentimeter pun berjalan dekat celah-celah bahu orang lagi.dapat pandang rendah dekat budak-budak je.HAHAHA.

event ni lebih kurang macam hiburan untuk seisi keluarga.makanya banyaklah keluarga-keluarga bahagia datang.tapi, bukan main banyak budak hilang tadi.mungkin mak ayah dia misplace.HAHA.lagipun budak-budak sini memang lasak.tak adanya mak ayah diorang nak dukung ke apa ke.main lepas camtu je anak bergolek atas rumput.kau nak terbongkang ke, berguling ke ikut suka kaulah.kalau orang Melayu tu dah lama dah...

'hah duduk!duduk!tinggal kang!'
'hishhhh.habis seluar kotorrrrrr!*tepuk bont*t'


pakcik tu keluar bulu dekat belakang dia!


eeeeeee.sini ada hantuuuuu.
hantu: I am not available.I'm married *tunjuk cincin*


ni lah contoh troli yang berlumba.istilah troli tu sebenarnya sebab diorang memang tak guna enjin ke apa-apa yang berbahaya untuk flora fauna.memang sepenuhnya kuasa manusia.ada crew yang tolak, lepas tu driver troli itulah yang kena pulun handle troli tu tak bagi terbongkang tengah jalan.sebabnya, ada beberapa halangan yang diorang kena lalu.banyak troli terbongkang lepas lalu bonggol.HAHAHA.kemaen kena gelak tapi yang itulah biasanya dapat markah tinggi.mungkin sebab orang putih ni suka benda-benda fun, so kalau berjaya sampai ke garisan penamat tanpa aksi dramatik tu sort of bosan sikit lah kot.

part seronoknya sebab troli-troli yang masuk Grand Prix ni memang didesign secara kreatif.askar tugu negara ada, lanun ada, patrick ada, badut ada,hantu kak limah ada [?].itu yang sampai ada pakcik keluar bulu ikut belakang badan dia tuh.HAHA.troli pun macam-macam jenis, rupa bentuk semua.habis tak nampak troli.pup pap pup pap gitar yang meluncur.

nak tengok lagi gambar-gambar troli boleh klik sini :)

kitorang tak stay sampai habis.tak larat ah.longlai kaki berjalan.

before balik, sempat snap seratus dua gambar dekat winter garden.kihkih.first time pergi winter garden tahun ni.





ini satu dua gambar lah izzati.bukan kau cakap seratus dua kah tadi?

tetiba kan aku nak tepek semua seratus dua gambar dalam blog ni.ingat ni galeri?HAHA.

Saturday, April 9, 2011

kaki bola

kalau perihal sukan, biasanya blog si izzati ni gemar sangat cerita pasal ragbi.cuba kau godek godek blog dia ni.mesti jumpa tiga empat bijik entri pasal ragbi.

satu, dua, tiga & empat bijik cerita pasal ragbi kesemuanya.

but I am not a rugby player, OBVIOUSLY.tak sanggup weh.pecah muka pecah gigi semua.walaupun sebenarnya, pemain ragbi dekat sini tahap glamour dia boleh kalah artis.tapi beranganlah sangat aku ni nak jadi pemain ragbi dekat sini pulak kan.sekali kena sondol mahu pengsan.HAHAHA.

cukuplah tentang ragbi.nanti aku excited tak boleh berhenti.HAHAHA.

hari ni, pergi menyokong housemate tersayang Fareha & the geng main futsal.ada futsal tournament antara Malaysian students.best, enjoy semua ada.part paling best haruslah part menjerit kalah referee.HAHAHA.

tadi saya ada 'menembak' sikit-sikit.sikit tak sikit mana jugaklah.dekat tiga ratus keping gambar jugak HAHAHA.

sekali sekala, seronok bila dapat berkumpul sesama Malaysian macam ni.


tetiba teringat abah.biasa kalau tengok bola dekat TV, mesti abah taknak tengok dengan anak sulung dia ni.sebab bisingnya bukan main.sekejap marah referee, sekejap tuduh players berlakon sakit kaki sebab nak tagih simpati penalti.sekali emak-anak bergabung,memang abah boleh tumbang.HAHAHA.

p/s: dulu saya gila WWE.HAHAHAHAHAHAHA.cop The Undertaker copppppppp!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...