Saturday, July 17, 2010

Cendol's Winter Roadtrip [final part]

sudah tak mahu banyak mengarut.mari tengok gambar.banyak cerita best tertangguh semata-mata nak habiskan entri roadtrip.pasal my new baby orange dan B.Ed.TESOL 3rd Anniversary bla bla bla.tunggu tunggu tunggu.nak habiskan cerita ni dulu.sumpah lepas ni dah takde 'bersambung...'.betul tak tipu.

ini semua geng Cendols.wah kreatip tak akak.hah kau puji diri sendiri.haha.abaikan abaikan abaikan.magic words saya untuk geng cendol adalah...
'mungkin mereka nampak gila tapi mereka kawan-kawan saya yang sangat disayang'
*eceh tetiba feeling lebih.HAHA.bff cendols sekalian.sesungguhnya kalian sangat awesome.selalu thumbs up kan.kali ni nak buat hands up pulak.boleh?haha~*

ini German Angora Rabbit.hah ingat.rumus add math dulu tak pernah pernah nak ingat.sudah.bukan nak cerita pasal add math.fokus hari ini adalah arnab.YES.arnab tuan puan sekalian.sesungguhnya arnab ini sangat maha besarnya.Allah Maha Berkuasa.wujud arnab sebesar ini.geram geram jugak bila tengok tapi takut nak pegang.sudah termaktub diri ini takut dengan binatang berbulu.sedangkan hamster comel dirumah pun dicampak ke dinding.inikan pula arnab sebesar ini.kalau bagi saya pegang, arnab ini akan melayang ke Waitomo Caves mungkin.siapa tahu.haha.namun bulu arnab ini sungguh sangat dan terlalu lembut.sangat seronok jika fulus bertaburan dalam akaunku.sudah tentu boleh riang gembira 'swipe' kad kredit dan membeli souvenir untuk keluarga tersayang.sungguhpun begitu.itu semua khayalan semata-mata.aduh pahal aku buat perangai tulis ayat novel nih.haha.abaikan~

masa ini semua dah kena penangan arnab tersebut.semua pun nak jadi arnab sebab rasa comel.eceh.haha.semua dah cacat.kesian kan~

ini lepas keluar dari gua.eh?gua apa?dekat sini orang tak sebut gua.diorang sebut CAVE.betul tak tipu.pergi tengok kamus sana.haha.ada orang rasa nak sepak?jangannnn.nanti tak habis entri nih.ini baru lepas keluar dari Waitomo Caves lepas tengok glow worms.erk?worms?masuk gua tengok cacing?haaa jangan buat hipotesis sendiri.pergi google sana.lepas tu kalau nak WOW baru datang sini balik sambung baca.haha.

bak kata chapix.masuk 2km bawah tanah.berani?

dah habis cerita pasal roadtrip.seronok tak terhingga.lepas ni rasanya dah takde roadtrip kot.maybe airtrip?tetiba kan.lepas ni pergi melancong naik flight ke kereta api lah pulak kot.ataupun bot atau feri.mungkin rakit?sudah sudah.mungkin motor?sudah.nanti saya cerita pasal baby baru okeh:)

Thursday, July 15, 2010

Cendol's Winter Roadtrip [part 3-mari main ski]

episod 3 - mari main ski *tetiba macam starting cerita doraemon*

alkisah.first time nak tengok sentuh lihat dan rasa salji.gila jakun semua sekali.bila sampai lodge dekat Whakapapa Village dah malam so yang kitorang tahu menggigil dan mulut bising 'sejuk.sejuk.sejuk'.betul takde perkataan lain.untuk sepanjang hari itu favourite words.tibe kan.besok pagi semua terbeliak bijik mata tengok salji penuh dekat kereta.ok tipu.bukan penuh sampai meliputi seluruh kereta.sikit sahaja.tapi sangat obvious.sebagai orang pertama sampai dekat kereta wajiblah saya yang menggemparkan rakan-rakan cendol lain dengan kehadiran salji yang melekap dekat kereta.'weh salji weh.weh salji weh.snow snow snow.'hah kau orang putih semua pelik kenapa excited duduk cungkil cungkil dekat pintu kereta nak test benda tu salji ke tak.haha.padahal memang salji pun.saja kan.lepas tu bajet kebal tak pakai gloves biar suhu dah -5°c.cuba check fridge anda suhu berapa.rasanya lepas ni balik Msia dah boleh test duduk dalam fridge kot.haha.gila kentang.pe kaitan kentang dengan salji?sudah.abaikan.

masa ni dah sampai Ski Area.semua muka ketat sebab but ketat.first time pakai kan.semua tak selesa.tapi semangat nak belajar ski berkobar-kobar di hati.semua pun semangat.coordinator*saya*apatah lagi.semangat tak sabar nak jumpa instructor.tetiba.haha~

tengok semua pun dah macam pakai uniform maskot musim sejuk.tanyalah berapa lapis.tebal macam nih pun sejuk lagi tahu.boleh beku hati usus segala.tetiba.tapi semua tetap senyum manis baru cool.

dalam ramai-ramai orang dekat Ski Area ada sorang ni je yang pakai uniform macam nih.HAHA.meriah tak payah cakap.pink oren kuning hijau daun ungu merah hati biru laut semua pun dia nak sapu.semua warna ada dekat baju dia.orang lain semua pakai warna dull tetiba dia sorang striking habes.kahkah.baru COOL kan.aik kenapa saya cakap orang ni COOL?sebab orang dalam gambar tu adalah saya.hahaha.

ini Felix.ops ops bukan Felix The Cat.ini Felix The Cute.tetiba.haha.dia instructor kitorang geng Cendols.almaklumlah first time main ski.semua pun masa ni lah nak tergolek terguling dan segala macam ter- lagi.dia dengan tabah hati mentengok kitorang terkedek-kedek dengan ski & poles.paling tak tahan belum pakai ski lagi masing-masing dah gayat nak turun dekat cerun Ski Area tuh.semua pun sibuk pegang orang ini orang itu kekonon takut jatuh.padahal budak 5 tahun boleh turun dekat situ rileks muka bangga habes.tak tinggi pun.kalau kira-kira macam satu anak tangga je.tapi sebab first time jalan atas snow semua takut tergolek.dengan but berat macam 5 kilo lagi.boleh jatuh saham kau tergolek atas salji.haha.

ini masa masing-masing tryout dengan ski & poles masing-masing.abaikan budak sweater striking dengan beanie pink tu.dia bukan watak utama walaupun dia nampak macam dah pro main ski dan tampak COOL.kahkah.cuba tengok yang belakang dia tu.ya.yang full-attire black @ dark blue ituh.macam nak ukur jalan bukan?haha~

model tanpa gaji untuk sekeping poskad.tetiba.rasa-rasa kalau jual poskad ni berapa saya boleh untung?

tertonggeng terjatuh terpelanting tersembam dan segala macam ter- lagi memang sangat sinonim dengan orang yang first time main ski.saya?memang tak terkecuali.ni sebab takde orang sempat snap gambar i tergolek je.kalau tak habis akak.jatuh saham woi.kahkah.gegurau okeh.*ok prefix lagi*.pedulik apa saham saham nih.gua tak main saham.gua main UNO je.haha.

snowman macam dah jadi hukum wajibul ghunnah kalau jumpa salji.tak sejuk mana pun sebenarnya.diorang ni buat snowman guna tangan sendiri.YES tanpa gloves.baru syok oh.kesejukan salji meresap ke dalam urat sendi dan nadi.hah ayat novel keluar dah.haha.

ingat aku kerja amik gambar orang je?nak jugak gambar sendiri.kalau tak mana nak tunjuk bukti dah pegang salji dekat orang kampung.haha tetiba kan.kalau tak mana gambar ni jadi profile picture dekat facebook kan.hah hah jeling atas kiri lah tuh.haha.memang gambar ni.takde lain.

kekonon nak kalahkan pendaki Gunung Everest.sekali tengok seluar terbalik.siapa?HAHAHA.

tengok tengok tengok.seronok bebudak nih jumpa salji.ish ish ish.haha.sampai baring-baring macam mat salleh di tepian pantai.tetiba.haha.masa ni dah tak kira sejuk ke hape dah.janji salji.mana ada salji situ diorang landing.layan~

muka excited.tengok tengok.semua muka jakun lagi.kan.haha.

kesian Fareha kena serang snowballs.ops ops not me.saya snap the moments je.gituh~HINT tu tangan dengan gloves purple tuh.ntah tangan siapa.tapi dia lah paling excited sekali serang orang dengan snowballs.kahkah.

hadiah dari Mt.Ruapehu kepada saya.luka kecik tapi darah macam sebotol.beku pulak tuh sebab sejuk.tulah.siapa suruh takut derma darah lagi.free free je bagi darah dekat ski.padahal ski tuh tak memerlukan darah kau pun.haha.ini bahana tergolek dari chairlift.macam nangka wa cakap lu.bahaya betul.tak sempat nak menjeling dekat abang yang selamatkan saya tuh.dengar 'are you okay mem' je.pahal kau ingat aku mem kau.tetiba emo.haha.hello tengok muka sikit.awet muda tahu.haha.

paling sadis my baby D60 hilang sebijik bateri masa makin ski.serius sadis.saya macam orang gila masa on the way balik dalam kereta.macam orang hilang anak.meracau sana sini mengarut sedih sedih segala.nasib baik bukan my baby yang hilang.kalau baby yang hilang mahu aku tawaf Mt.Ruapehu tuh sampai jumpa.

to be continued*lagi*

p/s: lepas ni cerita last day dah.ada benda menarik.menarik sangat la der~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...