Tuesday, September 28, 2010

haruslah nak excited

Assalamualaikum & Selamat Malam :)

izzati kembali ceria.episod emo sudah berlalu.jadi sila lupakan Elmo.kaitan?ntah.haha.hari-hari yang mendatang, jika dipanjangkan umur & masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini, insyaAllah akan terus disinari cahaya matahari.cukuplah ayat skema.apakah sinonim kepada matahari?TET.10 saat berlalu tanpa sebarang jawapan.haha.skema jawapan izzati mengatakan, matahari ialah sinonim dengan pantai.bila matahari sangat baik, itu hari yang baik untuk ke pantai.dan oh yeah, hari sabtu ini kami akan ke pantai!hooray!

setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke dalam air laut.rindu rindu rindu.sebelum ni musim sejuk, haruslah haram nak pergi pantai.kalau pergi jugak memang cari nahas nak bekukan diri sendiri.tapi orang putih memang suka buat benda pelik.waktu winter lah dia nak buat acara mari terjun ke pantai beramai-ramai.terjun ke pantai?hentam je lah.direct translation kot.haha.

jadi, sekarang saya excited.kawan-kawan saya pun apatah lagi.super-excited.riuh rendah dekat facebook ajak ramai-ramai pergi pantai.mula dah ada yang pasang niat nak shopping spek mata hitam besar, topi besar, dan macam-macam lagi.izzati nak beli apa?izzati nak beli tikarrrrrr.haha.kalau takde tikar takkan nak duduk atas pasir ye dak?kakaka~

aten cakap, jangan lupa bawak pelampung kartun.saya cakap, goggle pun jangan lupa.nak menyelam-nyelam usha ikan-ikan.kononlah izzati.padahal laut tu tak pernah pergi jauh pun.bila air dah sampai pinggang dah undur balik.haha.tapi ada niat nak snorkeling tau.teringin.tapi tak tahulah bila.kakaka~

anak gadis, tak elok mandi pantai.anak gadis, bermain di gigi-gigi air sudah.jangan ikut orang putih.tak sopan.*tutup mata*

apa kata spek hitam ganti dengan spek merah ke spek pink macam ni.mesti meriah nanti.variety sikit, colourful pulak tu.lagi meriah kalau tiap-tiap orang pakai kaler lain-lain.BORIA.hahaha.

Ho.hO.Ho.hO excited.hahaha.

p/s: lagi satu pergi pantai ni seronok photoshoot jugak.itu yang buat saya super-excited!haruslah belum habis semester lagi dah sibuk plan macam-macam untuk summer holiday.

emo bukan ELMO

Assalamualaikum & Salam Hari Selasa

entri ni bukan nak promote kartun sesame street.betul-betul bukan.

ini ialah ELMO.ELMO boleh emo.tapi emo bukan ELMO.apalah yang aku mengarut nih.apa-apa lah kan.hari ini betul-betul takde mood.super-takde mood.entahlah mood hilang pergi mana.rasa super-lesu, super-penat.duduk dalam kelas pun takde perasaan nak senyum.walaupun hakikatnya memang takde motif nak senyum dalam kelas.haha.tengok.tulis entri ni pun main bantai je.

entah apalah yang buat saya jiwa kacau hari ni.tak larat tu mungkinlah sebab puasa.jalan jauh pergi kelas alah macam tak biasa.kakaka.tapi serius bukan penat macam biasa.ini luar biasa punya penat.ibaratnya kalau boleh pengsan tengah jalan, lebih baik pengsan dulu.bangun nanti baru sambung jalan balik.hahaha.bingung aku dengan kau ni izzati.bingung!

even tadi jalan balik kelas pun, berjalan tanpa perasaan.menonong je berjalan.tak pandang kiri kanan.satu : beg berat HAHA.dua: super-lesu.biarlah budak kecik comel lalu sebelah, memang dah tak pandang dah.minta maaf adik, kakak emo.tetiba.haha.nasib baik Grafton Bridge tak ada tiang tengah-tengah jalan.kalau tak, dah lama langgar tiang.

itu hal tiang.ni nak cerita hal orang.biasalah kalau dah lesu, tangan kemaen lagi nak hayun.even tangan pun rasa berat.haruslah tak logik dekat situ.buat-buat logik je lah kan.hayun tu bukanlah bermaksud saya hayun sekuat hati.standard lah hayun tangan.tetiba.nak jadi cerita.bertembung dengan minah salleh yang agak besar saiznya.jalan kemaen rileks.saya sorok tangan sikit takut terlanggar dengan tangan dia.at the end, tangan dia nak jugak langgar tangan saya.kuat pulak tu.saya yang tadinya jalan menonong-takde-perasaan, terkejut jugaklah.tapi still, heartless.lepas tu dengar bunyi benda jatuh, tengok-tengok handphone dia.saya sempat cakap 'sorry' je lah.itu pun tak tahu dengar ke tak.saya pun tak pasti handphone tu jatuh sebab berlanggar tangan tadi ke apa.sebabnya handphone tu jatuh lambat sikit.entahlah malas nak fikir.

disebabkan tadi punyalah malas nak layan perasaan-kena-langgar sambil berjalan, sekarang baru dapat rasa tangan saya sakit.hahahahaha.

p/s: dapat berita baik.dapat kerja dekat South Island bulan Jan-Feb nanti.tapi hati kacau-bilau.habislah blog bersawang nanti.sobs~

Monday, September 27, 2010

mari main masak-masak.episod dua:)

Assalamualaikum & Selamat hari Isnin :)

hari isnin sangat tidak seronok.penat.namun dilalui dengan tabah.takpe 5 minggu lagi.lepas itu habis semester dannnnn it's summer holiday oh yeah.boleh pergi jalan-jalan tepi pantai like so nak artis dengan topi besar spek hitam besar gaun kembang segala, lepas tu photoshoot ala-ala hindustan guling-guling atas rumput.muahaha.oh ya.entri hari ini ada bonus yawww.ada dua bijik video special untuk korang.

mari menonton program memasak para bloggers keluaran Auckland.
juruvideo: Sizuka [dah kenal kan.tak payah link takpe.kakaka]
chef-chef utama: Azmi [pengat pisang]
: Fareha [mi goreng basah]
tukang rasa : Amirah [terhebat di abad ini]

disebabkan frust dengan video uploader dekat blogger, maka mari terus upload ke youtube.



abaikanlah suara macam kartun & yang gelak macam nak gila tuh.haha.diorang ni kalau buat lawak memang tak menahan.boleh cramp otot perut.tak kiralah dekat dapur ke dekat kelas ke.tengah jalan pun menjadi.haha.azmi macam dah boleh ganti Chef Wan.nasib baik tak keluar ting tang ting tang alexander.haha.tapi azmi ialah super-hebat.setelah lama kepingin, dapat jugak izzati & fareha makan pengat pisang hari ini.wheeeee~


siapa tak puasa, tapi makan dengan orang puasa, nanti jadi ulat gonggok.itu mitos azmi kepada amirah.hahaha.sebab hari ni saya, fareha & azmi puasa.amirah jadi tukang rasa makanan.jadi jelas disitu beliau sorang tak puasa.haha.berbuka puasa macam ini ialah super-syok.especially bila dah import chef dari IH, Chef Azmi.tepuk tepuk tepuk.kalau bab makanan tradisional, serah kepada beliau.superrrrrrr powerrrrrr.pooofff!keluar jin!hahaha.

izzati tiada dalam video.yang ada ialah suara ketawa di balik kamera yang super-melampau.haha.ntah bila izzati nak masuk video.dengar suara sendiri pun dah rasa segan.inikan nak masuk muka.gambar banyak-banyak tak apa.hahaha.video ini bergerak.mungkin sebab itu saya segan.kahkah.motif apa nak segan pun aku tak taulah kau ni izzati.

makan dengan senang hati & banyak sambil bercanda ria gelak kuat-kuat dekat aras tiga.hahaha.mengimbau kenangan lama yang memang super-lawak.nak pengsan gelak boley.hahaha.

p/s: bila daylight saving dah ON ni mula ada masalah tidur tak cukup pulak.huhu.siang semakin panjang.waktu tidurku menghilang.ohhhh~

Sunday, September 26, 2010

hari ahad saya

Assalamualaikum & Salam Hari Ahad :)

mesti ada yang nak tau cerita pelik apa izzati ada hari ni.sebab hari ni daylight saving dah ON.tapi hari ni izzati ialah super-duper-okay.bangun tidur, rileks adjust jam.cool & tenang.tanpa sebarang gangguan, gunalah shieldtox.haha.tapi ada orang yang buat saya ketawa pagi-pagi.a good friend of mine, Fareha.

alkisah, jam 9.45 pagi [yahoo messenger],
...jom pergi photoshoot pukul 11...
...on...

jam 11.10 pagi,
saya keluar bilik, menuju ke bilik Fareha, mengharapkan beliau dah bersiap & boleh terus pergi photoshoot.ketuk pintu & masuk...
eh tak siap lagi?
eh bukan nak pergi pukul 11 ke?ni baru pukul 10
daylight saving daylight saving weh.adjust jam tak?
OMG.patut aku pelik apasal lah lambat sangat ko ajak keluar tadi.rupanya aku yang lewat sejam.
HAHAHA

fareha, sori asyik gelakkan ko hari ni tau.but you really make my day become a super-fabulous Sunday.thanks :)

oh no.dah tahu ke kitorang nak buat apa hari ni?photoshoot photoshoot.dalam kata lain membawa baby exercise.baby harus exercise untuk menghasilkan gambar yang selalu cantik.perasan!haha bila izzati dah buat ayat perasan maka jangan dilayan.terus ke agenda seterusnya please.

teman setia kalau keluar photoshoot, siapa lagi kalau bukan Fareha.buah hati pengarang jantung merangkap model paling setia di abad ini.dan mungkin kalau murah rezeki dia pun nak beli baby DSLR sebijik.oh yeah lepas ni boleh lagi selalu keluar photoshoot!

sekarang ni, haruslah kalau tak keluar photoshoot seminggu sekali boleh rasa tak senang duduk.sebab tu album gambar dah beratus, gambar dah nak berjuta.HAHAHA.actually plan asal nak pergi beli groceries SAHAJA.alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.ewah ewah peribahasa pulak kau izzati.matahari menyinari bumi sungguh indah sekali.susahlah buat ayat indah jiwang segala ni.make it simple izzati.matahari cantik, angin sepoi-sepoi bahasa.nak cakap, cuaca yang perfect untuk kickstart photoshoot sempena spring.hoooooyeahhhh me love it!jadi, usung kamera menuju ke universiti, berposing sakan di Albert Park, menyimpang ke Queen St. sekejap dan lepas itu baru betul-betul pergi beli groceries lepas bateri kamera habis.buatnya bateri tak habis, ntah pukul berapa baru pergi beli groceries.kahkah.

mari tenung gambar.
[kalau gambar saya, itu Fareha yang shoot.kalau gambar Fareha, itu saya yang shoot.kalau gambar kami dua orang, itu SELF-TIMER punya kerjaaaaaa.hahaha]

penaja saya, NIKON.belilah Nikon.dimana jua anda berada.sentiasa bersamamu.itu Digi lah.

khairul suruh buat profile pic FB.tengoklah macam mana nanti.sekarang pun ada 9 friend request pending.ceh baru sembilan.kalau buat gambar ni jadi profile pic?tak habes habes kau nak perasan izzati.HAHAHA.saya mengarut je tahu.saya tak perasan saya panas [HOT] okeh.saya panas kalau berjemur tengah panas je.itu memang panas.kalau korang tak rasa panas tak tahulah.ada belajar ilmu ghaib ke?hahaha.

props ialah milik Fareha.izzati bila nak dapat iPhone?hantaran kahwin boleh?hahaha.


ala-ala Garden Girls gituhhhh~haruslah kan musim bunga nak dress kembang-kembang segala.kalau time winter buat hal macam ni bekulah akak.hahaha~

actually frust sebab tetiba ntah fokus pergi lari tang mana.but the picture came out very nice.heeee~ala-ala drama gituewwww.gedik tetiba.hahaha.

sakura.haruslah super-excited kalau jumpa bunga sakura dekat sini.belum lagi jumpa cardcaptor sakura.harus histeria kalau jumpa cardcaptor sakura.nak sainnnnnnnn.hahaha.

paling suka waktu spring ialah bunga-bunga kecik warna putih ni tumbuh celah-celah rumput.Ya Allah super-cantik they are.baru-baru masuk spring ni tak boleh nak ambik gambar guling-guling atas rumput lagi sebab tanah still lembab.tunggulah summer nanti.habes semua rumput aku guling yeahhhhh.hahaha.

dekat rumah tak pernah nak panjat pokok.gayat katenye.dekat sini kemain panjat pokok.jangan percayalah.pokok ni rendah je.hahahaha.

struktur bumi Auckland NZ.kalau saya ambik lesen dekat sini, sumpah failed dekat bukit tuh.hahaha.boleh cramp kaki main minyak dengan clutch kalau kereta manual.

jangan fokus kasut.tu budak dua orang yang dalam cermin tu.hahaha.


gaun kembang awwww.hahaha.

Chicken Kebab on Rice with Orange Yakult Tea with pearl. perfect combination for a perfect lunch :)


hohhhhhh.siapalah budak yang melekat dekat dinding tuh.

haruslah drama paling penting.hahahaha.

banyak lagi gambar sebenarnya.tapi takkanlah nak letak semua dekat blog.dekat facebook pun ada sikit.bukan semua jugak.kalau nak semua, ada 236 keping gambar.untuk jalan-jalan tadi sahaja.hahaha.padahal pergi jalan-jalan dua orang je pun.kalau dah nama gila gambar, tak boleh buat apa lahhhhh.hahaha.

p/s: besok dah hari isnin?T_____T.ada lecture 6 jam straight.arghhh~tetiba emo.tak pasal-pasal je.kakakaka~

Saturday, September 25, 2010

hai hai daylight saving:)

menatang hape lah kan daylight saving ni.google cepat google.tak payahhhhhhhhhhh.sila klik sini tuan-tuan & puan-puan.izzati dah 'tolong' definisikan apakah daylight saving [walaupun cilok dalam google jugak.HAHA].siap ada jadual sampai tahun 2020.bapak over budak izzati ni.by the way, entri tu ditaip zaman-baru-sampai-NZ-dan-masih-jakun.ada cerita budak jakun jadi super-jakun masa daylight saving habis.haha.dalam kata lain, daylight saving habis bermaksud beza waktu Msia-NZ dari 5 jam tukar jadi 4 jam.sekarang ni daylight saving dah kembali ke dalam hidupku.bermaksud, dah kembali lah kan.dari beza 4 jam dah tukar balik jadi 5 jam.homaigodddd izzati pun pening nak tulis.korang pening tak baca?sori tauuuu~

ntah perangai hape izzati gian nak cerita pasal daylight saving pening pening ni.almaklumlah, Malaysia kan the best.mana ada sekejap tukar jam sana sini nak pengsan migrain segala.sampai dekat sini haruslah pelik pasal misteri dunia segala siap boleh tukar jam sekejap cepat sekejap lambat.baju pun kena shopping ikut musim sejuk panas hujan kemarau redup panas bunga-bunga.eh itu kes lain.kahkah.

besok, daylight saving dah start balik.bermaksud.jarak kita [saya & mereka yang berada di Msia], dari 4 jam akan jadi 5 jam.bulan April tahun depan baru tukar balik dari 5 jam jadi 4 jam bila dah sampai seru daylight saving untuk off.benda-benda pelik ni bertukar masa nak masuk autumn & masa nak masuk spring.haihhhh pening tau fikir pasal benda-benda-geografi nih.tak pasal-pasal korang kena belajar geografi pada hari sabtu yang bahagia.soriiii.kakaka~

even manager hostel pun hantar email pasal daylight saving.

put clocks 1 hour forward.tak ke pelik suka hati nak ubah-ubah jam.itulah misteri duniaaaaaa yang sampai bila nak difahami pun tak boleh nak faham.kalau nak faham jugak, sila bersedia untuk migrain.haha.

even, waktu solat pun dianjak 1 hour forward.

kalau korang dah baca entri sayonara daylight saving tu, korang tahulah apa yang jadi dekat saya pagi hari daylight saving off tu kan.hahhh besok daylight saving on balik, nantikan entri izzati di pagi daylight saving on pulak.hahaha.

p/s: hal-hal daylight saving ni, ada beberapa Jam je yang akan betul.Jam dari google, Jam laptop dan Jam dalam Iphone untuk siapa-siapa yang guna Iphone.blackberry ke blueberry saya tak tahu.yang saya tahu, handphone cikai saya ni memang takleh percaya waktu daylight saving on ke off.kena adjust sendiri.bukan auto.jadi kalau kelas pukul 10, kau kunci jam pukul 9, kebetulan hari tu daylight saving on balik[jam kena set cepat 1 jam].habeslahhhhh.hahaha.nasib baik besok hari ahad.lalala~

Friday, September 24, 2010

hai budak botak

*tajuk takde kaitan*
siapa tak suka budak-budak angkat tangan please.errr bukan tak suka.i mean malas nak layan.dalam kata lain malas nak ambik kisah.hah kau nak nangis, nangislah.peduli apa aku.itu satu contoh.tapi kalau boleh janganlah sampai macam tu.kasar yawww.satu lagi contoh ialah alergik dengan budak-budak.hish nak buat apa dengan budak ni.tak reti lah nak layan dia.menangis budak ni nanti dengan aku sekali histeria tak tau nak buat apa.err ada ke macam tu?ada kot.hahaha.gambar macam biasa, cilok dekat google.nak ambik gambar budak kecik comel, takde anak lagi.jadi, ape-ape lahhh.hahaha.jangan tanya izzati bahasa apa yang dia tulis dekat bawah tuh.yang izzati biasa dengar, main tumhare intezar karongga yang dalam cerita hindustan tuh.ni ada pulak khao khao ni macam sawadekap pun ado.hahaha.yang penting gambar super-comel.main gigit-gigit.sebelum u geget kasut i, i geget skinhead u dulu arrrrrr.haha.

makin lama belajar nak jadi cikgu sekolah rendah ni, makin excited bila jumpa budak-budak.tiap kali pergi school-visits mesti rasa nak cubitttttt.budak-budak dekat NZ masuk darjah 1 masa umur 5 tahun.boleh bayang tak tahap comel tu macam mana?super-comel it is.bayangkan budak 5 tahun tu terkedek-kedek dalam kelas, menulis pandai, cakap bukan main petah.saya dah memang cepat kagum dengan budak-budak yang cakap bahasa lain dari bahasa Melayu.takyah cakap lah.budak kecik yang cakap loghat utagha ke loghat kelate pun saya boleh kagum bukan main.korang bayangkan budak kecik cakap loghat.OMG comel gila boleh?bunyi macam orang tua, tapi yang cakap tu budak-budak.hahaha.

mungkin disebabkan saya ialah bakal cikgu English, jadi saya cepat jatuh cinta dengan budak-budak kecik yang speaking-pun-nak-comel.macam ini.klik PLAY.kliklah.tak rugi punya.




saya suka ulang-ulang video ni banyak kali.dengar suara budak tu.sekarang pun tengah dengar.kakaka~video dipetik dari Youtube, diterangkan oleh encik koshary dalam blog 100penulis.isi kandungan video berkisar tentang facebook.itu satu.jadi sila hayati maksud video ini.betullah apa yang encik koshary cakap, suara budak tu buat video ni jadi super-menarik:D

dah habis hayati, mari ke point sebenar.dengar suara super-comel dalam video tu?itu yang buat saya sengih sorang-sorang depan laptop.speaking bukan main comel, accent bukan main sedap.friend jadi fwenssss.cheeky cloud...wound and wound [round and round].electricity paling tak leh blah.comel gila!

p/s: budak-budak sekarang dah up dari zaman saya dulu.saya, sepanjang sekolah rendah memang gian main pondok-pondok kau mak kau bapak aku anak, masak-masak daun pokok bunga emak, buat kek tanah segala.tak ingat apa dahhh.masa tu emak-emak sibuk risau kena hinggap kutu bab* je.budak sekarang?tiap-tiap hari menghadap komputer main facebook.aigoooo~

Thursday, September 23, 2010

satu kotak penuh dengan...kuih raya!

tajuk macam nak suspen.macam tak biasa.kakaka~

dah lebih 10 hari beraya TAPI kuih raya baru sampai hari ni!haha.punya excited si izzati tunggu.kemaen tiap-tiap hati bagi jelingan manja dekat kotak pos.baru hari ni si kotak pos membalas jelingan manjaku auwwww.gedik gila izzati.hahaha.

emak, along sayang mak banyakkkkkkkkkk.chup chup3x[versi ton ton]:P

siapa rasa nak pos barang sangatlah super-dipersilakan.alamat tu jangan buat-buat tak nampak.hahaha.kejap KEJAP kejap.tapi alamat dekat atas tu valid sampai bulan 11 je.sebab lepas bulan 11 dah nak pindah rumah baru pulak.oh yeah rumah baru lalalala~*excited*haha~

fareha sayangggg.masihkah kau ingat kotak teaching aids kita nihhhh.struggle siang malam sakan dok balut kotak kertas Double A.akhirnya beliau sampai jugak ke Auckland.hahaha~

haruslah kan barang-barang yang nak masuk New Zealand semua kena label.tempeyek pun hentam keromo lah letak chips.hahaha.taknak label?pakcik buang!pakcik kastam yang cakap.

tapi nak buat macam mana kan.nasiblah kalau dah pos tuh.tunggang terbalik tertonggeng tergolek segala.macam ni lah hasilnya.kuih semperit almond london chocolate chips segala dah bercampur.ntah mana london ntah mana paris.tetiba.hahaha.tempeyek semua dah tak gaya kerepek.tapi TAPI tapi.masih sodap yoooo~

seronok sebab kali ni pakcik kastam tak bukak parcel + tak buat sesi rampas merampas barang.ingat dulu sup bunjut kena rampas, baru-baru ni serunding kena rampas.nak tebus balik barang-barang tu punyalah mahal.redha je lah kena dispose.nasib baik belacan i selamat.kalau tak, dua tahun akak kempunan belacan kauuu.hahaha~

Wednesday, September 22, 2010

jangan jadi mat bunga

lupakan sekejap kisah angin kencang ribut taufan segala.yang penting sentiasa berdoa agar semuanya selamat dan akan kembali seperti sedia kala serta dilindungi Allah S.W.T daripada sebarang bencana.ajal maut di tangan Tuhan.tiba-tiba cakap pasal maut rasa seram.ibadat belum cukup.orang yang bijak ialah orang yang selalu mengingati mati.sekian tazkirah untuk hari ini.tetiba masuk tazkirah.

untuk pengetahuan encik koshary , pakcik asada , orang-orang Msia & di benua-benua lain.actually sekarang dah masuk musim bunga yakni spring di New Zealand.tapi ntah mengapalah kan masa inilah angin nak jadi super-windy, masa inilah hujan air semua bertukar jadi hujan batu.izzati pun dah jadi super-jakun.apasal tetiba cerita hal cuaca pulak ni kan.tetiba blog izzati jadi jabatan kaji cuaca.hahaha.

sebenarnya nak bagitau ini.

siapa rasa nak tengok bunga-bunga dekat New Zealand ni rajin-rajinlah klik gambar atas ni ye.actually dah letak dekat facebook tadi linknya.tapi bukan semua yang baca blog saya ni add saya dekat facebook kan.jadi nak kepoh buat pengumuman dekat blog jugak.hahaha.moga-moga ramailah sedar akan kewujudan blog sizuka nombor dua nih.eceh ayat nak buat kesian.haha.just macam biasalah.kadang-kadang blog ni terbiar.bila sampai penyakit malas tu, maka terkontang-kantinglah blog ini.jangan risau.izzati tak banyak membebel langsung dekat blog nombor dua dia nih.banyak gambar je.lepas tu ada lah sikit-sikit design-perasan-kreatif untuk quotations yang saya cilok dekat google.kahkah.tapi seriously.gambar sahaja.tiada bebelan.tak tipu.

p/s: but still, tak boleh lawan encik koshary dengan gambar lebah terbang-terbang dia:P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...