Wednesday, April 28, 2010

perah kering2


kepada asTTle...
sila nyah sekarang...
kamu buat saya dan otak saya menderita...
kamu buat otak saya diperah sampai kering...
babai~
sayonara~
sila jangan datang lagi dalam hidup saya.

oh...hai si kacak Legolas :)

hello Gimli si comel ;)

hai Aragorn sayang*tibe..haha :D

oh hello semua :)
*assignment dah siap tapi ada kesan sampingan yang menyebabkan otak saya tak berfungsi begitu baik hari ini.
*seronok dengar lagu kuat2 guna headphone macam nak pecah kepala sebab stress
T_______________T

Friday, April 23, 2010

orang gila

tengah syok tengok jang geun suk hensem tiba-tiba ada orang ketuk pintu kuat2
dah agak memang adik2 kulit putih pun
sejak bila pulak kita kawan?
nasib baik tak roboh pintu tu tahu?
tolong tengok betul2 nombor bilik okeh
kalau bukan bilik geng anda sila jangan mengganggu ketenteraman hidup orang lain harap maklum
bersyukurlah saya nih jenis sabar a.k.a penakut sikit
kalau nak buat gila jangan buat dekat depan pintu saya
i feel like going out and punch you hard sampai pengsan

Thursday, April 22, 2010

mood gembira


tiba-tiba saja nak happy kan
*baru lepas baca satu kisah cinta sebenarnya
terus rasa macam dalam hati ada taman
[dah delete part yang kat sini sebab rasa macam hangat sangat..=p]
eh sebab dah sedar diri ke umur dah nak masuk 21 tahun ni?
rasanya bila masuk 21 tahun first sekali kena jadi pengundi
tapi lambat lagi lah kan
saya baby disember^^
tadi tiba2 ada akak add kat facebook lepas tu dia panggil saya 'akak'
sebab tengok profile picture katanya
adakah kerana saya sudah 'matured' sekarang?

*profile picture kat facebook
[sebok jugak nak letak kat sini padahal kat tepi tuh dah ada]
oh..oh..oh..
tak tahu gembira ke sedih ke ape kan
takde motip*tibe~
bak kata chapix kan..mula2 tengok macam ayu tapi rupanya ganazz..hahaha~
lalu saya berkata..'dont judge me by my adorable look'
[yaw perasan comel..haha]*okeh ini pekerjaan makcik tersayang pegi conteng bibir seksi i dengan lipstik merah..nasib baik makndak i upload gambar kat facebook buat black & white..kalau tak habes pengsan semua orang..haha

p/s: siyes tak tahu motip entri nih..mungkin sebab entri bawah nih macam sedih sebak segala kan..oh semua orang dah tahu ke saya ni 'such a crybaby'..jatuh saham i..*tibe!yang penting menangis buat saya mengantok..siyes tak tipu

haha lagi satu lupa nak bagitau..sekarang kalau pegi jalan2 kat Newmarket ke Queen St. ke memang kena pejam mata dulu..kalau tak habislah duit i hangus begitu sahaja kat Sapro..*tiba kan Sapro jadi mangsa..=p

Friday, April 16, 2010

homesick='(


oh malam ni saya kalah
menangis jugak akhirnya setelah lebih kurang 2 bulan lebih menetap di Auckland
bukan sebelum nih tak menangis
tapi malam ni memang menangis sebab homesick
puncanya...
alkisah...
kelmarin sepupu saya buat video call guna ym live dari umah tok
dapat tengok muka tok...dengar suara tok...sob~
lepas tu sepupu saya cakap besok(semalam)nak pegi umah saya a.k.a umah family saya
nak buat video call live dari sana
semalam dapat tengok muka mak sambil cakap dengan mak..tsk~
biasa dengar suara mak je sebab call guna superbuzz..tu pun line kadang2 macam hampeh..-__________-'
lepas tu sepupu saya cakap besok(hari ni) adik2 saya balik dari hostel
boleh buat video call lagi
seronok sangat
tak sabar nak tengok muka adik excited nampak along dia dalam laptop
hari nie...
saya tunggu dari pukul 2pm (waktu M'sia) a.k.a pukul 6pm (waktu NZ)
pukul 8pm..kawan2 ada buat potluck...saya turun makan2
rupanya masa tu sepupu sampai rumah..adik2 dah sedia excited nak tengok along dorang
berapa kali miscall kat ym saya tak angkat sebab saya ada kat floor 2[ym selalu online harap maklum]
saya naik bilik dalam pukul 9lebih
tengok banyak miscall..sepupu saya cakap adik2 dah tak sabar nak tengok muka along
buzz!buzz!buzz!
sepupu saya cakap diorang dah otw balik
bermaksud memang dah takde peluang nak buat video call nak tengok muka adik
kena tunggu next time...next week...or next...xtahu
tsk~
tiba2 rasa bersalah
terus call mak guna superbuzz yang memang sangat banyak berjasa
dengar suara mak...cakap dengan adik...mak cakap mak sempat tengok gambar kat facebook...
banyak...cantik...saya sebak...nak sangat bawak mak datang sini='(
mak cakap...kalau mak ada duit...mak nak sangat datang...='(
saya cakap kat mak...kalau ada duit...hujung tahun ni saya nak balik...nak jumpa mak abah...nak makan masakan mak...sebab tiba2 malam nie saya rasa rindu mak sangat2x...saya nangis...malam ni saya nangis sebab rindu mak='(
saya cakap saya dah mabuk sebab tak makan belacan dah 2bulan lebih...saya dengar mak gelak...rindu mak='(
kalau mak baca nie...jangan nangis tau...sebab kalau mak nangis...along nangis 2kali ganda tau macam kat klia aritu='(...along sayang mak~

Thursday, April 15, 2010

ROADTRIP 10-13 April *tiba!

Assalamualaikum dan hello anda semua
Hari ni rasa macam ada ketenangan sikit nak update blog nih
maklumlah semalam macam gile bekerja dengan gambar video segala kan
haha..tapi macam biasalah..saya memang suka upload gambar lepas tuh cerita
sebab tak larat nak tulis panjang2*tiba!
ROADTRIP ni sangat banyak memberi pengajaran kepada saya dan kawan2:
  • pentingnya kerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain terutama bila tergelincir dari landasan GPS dan peta segala
  • saling memahami sesama sendiri dalam hal ehwal makan,minum dan keselesaan peribadi di saat semua memerlukan keselesaan untuk tidur
  • friendship must go along with tolerance
Friends,
I will always remember the moments:
-shopping makanan ramai2 kat Woolworths
-serang kedai kebab malam2 lepas tuh buat bising
-tidur ramai2 menggigil dalam kereta...
-kena marah dengan makcik toilet
-drama kereta cendol 1
-sesat GPS,map segala
-ketawa ramai2 dalam kereta
-pesta menjerit bila bagi biri2 makan
-karaoke lagu rock kapak,rock cintan,lagu siti 90's whatever yang hawa tak suka tuh=p
-karaoke lagu nasyid paling best
-menjerit kuat gila walaupun tukang jerit just tengok orang yang buat bungy/swing segala
-spa treatment untuk kawan2 yang sakit
-risau macam kakak2 bila Adrian kena sengat
-rasa nak nangis tahu bila roadtrip nih dah nak habis as in kita otw balik Auckland
-tiba!!yg tu saya paling ingat
-layankan Adrian & Saifful yang gila nak hiking semata2 nak tengok Black Crater sampai semput akak tahu!
-->GUYS,you rocks!!
Adrian-Saifful-Chapix-Fareha-Hawa-Nisha-Nisa-Ema-Bill-Ateen-Husna



















mungkin diorang nampak gila tapi diorang kawan saya dan saya sayang diorang=)
saya gila?mungkin...gila gambar...haha~
rekod sepanjang trip nih:
1750 pictures-31 videos
kalau nak tengok video yang gila2 sila lawat facebook saya sekarang
oh sori saya tak letak gambar panorama yang cantik dan mengagumkan kat sini sebab dekat facebook dah ada satu album siap...=)
kalau nak tengok panorama indahnya Ciptaan Tuhan klik sini
jangan risau mereka bukan private kalau anda bukan friends saya kat facebook..ahaks~
dan lagi satu gambar panorama tu saya shoot & edit sendiri...sendirian berhad gitu=D
suka?komenlah kat gambar tuh..*tibe kan promote..ahaha~
ah sudah tengok kan dah tak boleh berhenti menaip
okeh nak pegi beli barang dapur sebab dah 4hari dapur tak berasap*tiba!
babai korang!

Wednesday, April 14, 2010

serabot!



ROADTRIP
Auckland-Hamilton-Matamata-Rotorua-Taupo-Waitomo-Hamilton-Auckland
oh tak tahu macam mana nak cerita
nak cerita mana dulu mana kemudian
sebab seronok sangat
sampai tak dapat nak fikir
guna keyboard pun dah macam gila
facebook menggila
upload sampai 4 album serentak dalam masa sehari
tengok gambar tu gambar nih
gelak sorang2 senyum sorang
*tibe~
tapi siyes memang trip nih best gila
dah tak tahu nak cakap best tahap hape dah
hari ni seharian menghadap laptop
bekerja dengan gambar2
rekod baru kot
1750 pictures + 31 videos
dalam masa 4hari
nak tengok?
sila ke facebook saya sekarang
babai!

Friday, April 9, 2010

Tiritiri Matangi Island


Assalamualaikum dan hello korang!*tibe kan excited~haha..
08042010 kanak2 b.ed.tesol cohort 1 telah pegi melancong ke Tiritiri Matangi Island...

Located 30km north east of central Auckland and just 4km from the end of Whangaparaoa Peninsula, Tiritiri Matangi Island is one of New Zealand's most important and exciting conservation projects. 120 years of farming saw this 220-hectare island stripped of 94% of its native bush but between 1984 and 1994, volunteers planted between 250,000 and 300,000 trees. The island is now 60% forested. The remaining 40% will be left as grassland for species such as the Takahe.

In conjunction with this planting programme, all mammalian predators have been eradicated and a number of species of threatened and endangered birds have been successfully introduced. Nowhere else in New Zealand can you readily walk amongst so many species in such significant quantities.

Ferries depart from both Gulf Harbour and downtown Auckland allowing 150 visitors per day to visit the island. This is in addition to any private craft that may land. For ornithologically minded people, no visit to Auckland would be complete without a trip to Tiritiri Matangi.

haa mesti dah penat baca kan?jom kite tengok gambar pulak!

kegigilan di atas feri...arrrr~windy gila kot..


okeyh...yang gmbr bawah2 nih adalah model2 yg telah menggunakan khidmat saya untuk snap gambar diorang...thanks guys sebab yakin dengan saya=))








Ini adalah pantai!gila cantik sangat!walaupun sekarang ni autumn, suhu 10-14celcius..rasa macam nak terjun pegi berenang je..gila cantik ah!

okeh..ini pose dari kawan2 saya untuk family di Malaysia...tibe kan~

mereka adalah kawan2 saya...cohort-mates...ye memang kitorang rocks..haha~

ini pula sesi penggambaran mengejar camera-girl..haha~

drama dalam hutan sambil jalan tengok burung

ini kumpulan guided tracking kitorang...kitorang punye tour guide nama dia Liz...siyes comel gila+nice sangat...thanks Liz!kitorang seronok sebab dia cakap kitorang nih the lucky one sebab sume jenis burung kuar nak tengok kitorang...(bukan sepatutnya kitorang yang tengok burung ke?haha)


okeh..ini atas feri lagi..super windy kot?tapi chapix mantain dengan short-sleeve kan..penebat ke hape saya pun xtahu..=p

gambar nih memang tak ikut turutan kan..haih..malas nak layan..nie mase baru je bertolak..masing2 kemabukan disebabkan laut yang bergelora..*tibe puitis..=p

ini burung...bukan ayam...burung besar yang menakutkan...boleh je kalau nak fikir dia macam ayam...tapi siyes takot gila kot kalau die datang bawah meja tengah makan..Liz cakap dia boleh lompat atas meja amek makanan kite..takot gila boleh?tiap kali dia bertandang kat meja kitorang yang tengah makan nih sume buat muke creepy...especially saya lah kot kan..sebab geli binatang berbulu..heeeee~


kitorang group pertama sampai..hakhak..


oh penat gila balik terus upload gambar kan..eh bukan..buat editing dulu..sakit pinggang kot..hukhuk..tapi takpe..besok saya dah 'away' lagi sekali pegi 'outstation' pulak..haha..ROAD TRIP ROTORUA 10-13April menanti!!hooray!okeh nak pegi cas kamera+packing nih..gila excited=p
*Encik KAN pun outstation gak 12-17April nih..dia pegi Bali,shooting kat sana..jeles jeles jeles..tapi saya sayang dia..hehe..harap2 die tak lupa souvenir untuk saya+limau bali dari Bali..wheeeeeeeee~

Monday, April 5, 2010

sayonara daylight saving~

assalamualaikum kawan-kawan,
berjumpa lagi kita kali ini dalam episod 'sayonara daylight saving'
daylight saving?apekah?
kejap mintak tolong google oppa^^

'Daylight saving time (DST; also summer time in British English—see Terminology) is the practice of temporarily advancing clocks so that afternoons have more daylight and mornings have less. Typically clocks are adjusted forward one hour near the start of spring and are adjusted backward in autumn.[1] Modern DST was first proposed in 1895 by George Vernon Hudson.[2] Many countries have used it since then; details vary by location and change occasionally.'

Untuk New Zealand,

Daylight Saving commences on the last Sunday in September, when 2.00am becomes 3.00am, and ends on the first Sunday in April the following year, when 3.00am becomes 2.00am.

* Daylight Saving began on Sunday 27 September 2009 (when clocks went forward one hour)
* It ends on Sunday 4 April 2010 (when clocks go back one hour)

Daylight Saving Dates
In 2010, Daylight Saving begins again on Sunday 26 September 2010.

jadual daylight saving...heee~
sekali setahun okeyh
Year End Start
2010 4 April 26 September
2011 3 April 25 September
2012 1 April 30 September
2013 7 April 29 September
2014 6 April 28 September
2015 5 April 27 September
2016 3 April 25 September
2017 2 April 24 September
2018 1 April 30 September
2019 7 April 29 September
2020 5 April 27 September

Note: These dates are calculated under the New Zealand Daylight Time Order 2007. Any changes to the Order will likely changes these dates. You may wish to check closer to the time before relying on this information.

dan kini blog saya dah jadi macam google oppa^^satu lagi saya duk kat sini sampai 2011 je so yang tarikh sampai tahun 2020 tu special untuk pengetahuan Kiwi's (New Zealanders)*tibe~
jadi daylight saving dah berakhir 4 April haritu..dimana sebelum nie jarak masa Malaysia dengan New Zealand adalah 5 jam dah bertukar ke 4 jam..^_^? yang pasti daylight saving nih berjaya membuat saya ter'jakun' sekejap..mana taknye..subuh 5.11 dah masuk, syuruq dalam 6.30 (sebab masa tu dah siang..siyes tak tipu), zohor pukul 12.24, asar pukul 3.39, maghrib pukul 6.10, isyak pukul 7.36..siang pendek, malam panjang (bunyik macam 'heaven' gila sebab boleh tido sepuas mungkin)..betul jugak kot..hihi..tapi besok kalau bangun matahari dah tegak pun baru pukul 8 pagi.hari first lepas daylight saving tamat, saya ditipu jam handphone.siyes cuak gila kot. tengok jam kat handphone dah pukul 8 pagi. gila lambat bangun. bukak je laptop tengok status orang kat facebook. berpinar mata. pukul berapa nih? cet sungguh. baru pukul 7 rupanya. saje buat orang cuak. -_-' handphone buruk kan, kalau masa bertukar2 nih terpaksa guna cara manual.kalau ada handphone macam fareha baru gempak..hihi~ automatik tukar macam laptop. seronot seh~nak jugak handphone baru..nak nak nak..*takde duit tak sedar diri.=p..sekarang nih memang kena alert lah kan.tengok matahari dah tinggi macam sekarang padahal baru pukul 9pagi. lepas tuh kalau nak main kejar2 ke baling selipar kat domain, pukul 4 dah kena pegi.kalau nak buat macam dulu, pukul 5 lebih baru nak pegi..maenlah kejar2 dalam gelap..mak marah nanti tau maghrib baru balik^^. pukul 8 malam dah 'heaven' gila tercongok buat assignment. eh tak jugak kot. buat assignment sambil on facebook? memang mustahil nak fokus. tambah lagi bila ada yang ajak buat call conference kat skype.niat asal nak ajak bincang assignment. ended up sampai ada pergaduhan rumahtangga berlaku.memang haramlah nak siap assignment kan.hahaha.dahla tuh.penat tulis panjang2.padahal entri asal nak cerita pasal daylight saving je.sekarang dah membebel panjang pulak.nantikan entri lain pulak okeh!chow~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...