Tuesday, September 7, 2010

hari yang best

Assalamualaikum.Salam sejahtera.Salam perantauan~

Hari ini ibarat impian menjadi nyata.bukan menang loteri ataupun lori.haish haish.semua pun fikir duit je kan.bukan bukan.impian menjadi nyata bila dapat jumpa anak-anak murid Skype nun jauh di mata tapi dekat di skrin setiap hari Jumaat jam 9.45pagi untuk sesi belajar melalui Skype.ye ye memang canggih.saya pun jakun mula-mula.belajar guna Skype?yakin ke budak tu boleh belajar?insyaAllah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.sebenarnya benda ini ialah suatu research.jadi kami sebagai tutor, yang membantu research belajar melalui Skype dilaksanakan.ewah ayat kau dah skema dah izzati.haha.izzati punya anak murid bernama Junior.namun hampa kerana Junior tidak datang sekolah hari ini.tsk~sudah bukan masa untuk drama izzati.
mula-mula sampai setelah 45minit terpengsan dalam bas.haha.biasalah.dah tahu jauh, memang dah set awal-awal nak tidur dalam bas.padahal baru 5 minit je naik bas dah lentok.macam mana tu.hahaha.
Junior takde.ganti dengan budak ini.haiyoo super-hyperactive ini budak.penat nak melayan.ada budak perempuan sebelah dia.mula-mula nampak saya sengih comel-comel baik punya.dia cakap, "you look nice." saya cakaplah "thanks."then saya senyum se'nice' mungkin.[i am nice*saya cakap dalam hati*]miahaha.ceh senget kau izzati.hahaha.

ada budak sorang ni tadi tanya "are you chinese?".terkejut jugaklah kan.dah lama takde orang tegur muka macam cina.haha.mungkin sebab tidur tak cukup jadi mata saya super-sepet.ke terlebih tidur?ahhh tak penting.haha.rupanya tak berjaya lagi misi membulatkan mata nih.hahaha.
children are wonderful.aren't they?

berkalung-kalung penghargaan kepada cik tieah di atas hadiah hari raya ini.oh lupa nak copy kad raya tuh.aiyooo nyanyuk.haha.tapi cik tieah,pantun anda memang super-cool lah.saya sukaaaaaa~lagi satu rasa macam terharu ada nama dekat atas tuh.rasa macam nak touching pulak raya nih.kakakaka~

ini dari kakak pp, pelipat surat cinta terbaik zaman sekolah Shah Pekan.kakakaka~

Puasa penuh tak taun nie?
errrr.saya perempuan normal.jadi jangan mengada buat tak faham.libas laju-laju nak?tetiba garang.haha~

Kalo saya mintak maaf, awak sudi maafkan??
mestilah.saya kan baik.heeeee~

Kampung kat mana?
kampung dekat Pahang.dekat Malaysia sana.sobs~

Awak rasa blog saya ni comel tak? kasi sebab sikit
gojes.sebab saya taknak cakap comel.kakakaka~

Awak nak tag org, tag aje laa T____T
taknaklah.boley?haha~

thanks kakak pp tembam:P

p/s: besok dah nak start shopping barang-barang untuk sambutan hari raya nanti.oh busy busy.assignment belum start lagi.minggu depan dah start kelas balik.ohhhhh~

Sunday, September 5, 2010

cerita hari ahad

Salam hari Ahad.Salam Ramadhan dan Salam Perantauan.

minggu lepas, aktiviti hari ahad ialah menjadi emak-emak bershopping groceries di New World kan.aktiviti minggu ini ialah, sehari di Pak N Save.di Wellington, zack cakap beliau selalu ke Pak N Save.namun di Auckland ialah super-lain kerana Pak N Save tiada di kawasan city.jangan tanya kenapa sebab izzati pun tak tahu kenapa.haha.di Auckland, kami selalu pergi Countdown & Foodtown.boleh kata itulah tempat kami bermain.ewah ewah bermain kau.menghabiskan duit it is.haha.

tapi destinasi penjelajahan kami hari ini ialah Pak N Save Mt.Albert, berdekatan Avondale.idea asal ialah mahu naik bas dengan tambang $4.40 satu hala.namun izzati yang tak pernah naik train dekat Auckland menyuarakan hasrat untuk naik train.haha kau memang macam-macam izzati.beza tambang hanya 40sen dengan tambang bas.tapi pengalaman naik train itu adalah satu dalam seribu. [NZ tak macam Msia.train mereka macam KTM kita.bak kata Azmi atau Fareha, mereka takkan buat komuter atau LRT yang canggih segala.sebabnya kalau sekali gempa bumi, rugi berjuta-juta.kalau berpuluh kali gempa bumi?hah jawablah sendiri.]jadi keputusan muktamad ialah kami naik train di Grafton Station.

sekarang musim takde duit.jadi $4 ialah super-precious demi misi mencari plastik untuk membuat nasi himpit sewaktu sambutan hari raya yang bakal menjelang.menjelang hari raya...berakhirnya puasa...stop it izzati.namun Allah itu Maha Berkuasa.sepatutnya kami perlu berbelanja $8 untuk tiket train pergi-dan-balik ke Pak N Save Mt.Albert, tetibaaa pihak MAXX bermurah hati menyediakan perkhidmatan train secara percuma sepanjang hari ini sempena Father's Day di NZ.jadi siapa yang murah rezeki?kami jugak.heeeee~selamat duit.

sesampai di Pak N Save, first time in Auckland [yang dekat Welly dah pernah sampai.heee~]

sini ada bahagian HALAL meats.kalau dekat Countdown atau Foodtown, jangan harap.memang tak ada.kalau nak daging HALAL kena tempah segala.sebab itu saya dengan Fareha selalu makan sayur & telur.kakaka~


NZ memang famous dengan dairy product bukan?jadi memang tak pelik lah semua supermarket dekat sini memang jual hasil tenusu secara super-banyak dan super-murah.jadi siapa suka minum susu lembu, mari datang New Zealand.tetiba promote.kakaka~

rambang mata tengok kekacang dan kerepek.menggila sekejap dengan zipper bags.haha.ada nampak gula-gula kan?itu untuk lawatan ke Flatbush Primary besok.it's time to meet the children!

bila dah jalan-jalan dalam supermarket dengan orang sekeliling ialah orang-warna-kulit-lain-dari-kita, maka tendency untuk jalan-sambil-buat-muka-tak-tahu ialah sangat tinggi.tadi, saya tunggu troli sementara Azmi & Fareha sibuk memilih barang.biasalah pandang sana sini dengan pandangan kosong.ecewah ayat nak novel.haha.nampak Indomie pun buat tak ada selera je.haha.tiba-tiba ada sorang pakcik melintas.'bila raya?' tercengang sekejap budak izzati ni.'err.minggu depan.' saya jawab sambil sengih sengih.betul terkejut.rupanya pakcik tu Malaysian.dia bukan Islam tapi dia tahu kita-kita ni puasa dan akan raya tak lama lagi.pakcik tu dah lama duduk NZ.dah dapat Permanent Resident pun.tapi still boleh cakap Melayu.memang respect pakcik ni.Azmi & Fareha joined the conversation and then berborak sekejap dengan dia dan teruskan misi bershopping.motif saya cerita ni?saya pun tak tahu.kakaka~

motif utama pergi Pak N Save jauh-jauh ni sebab nak cari plastik untuk buat nasi himpit untuk jamuan hari raya nanti.kemaen susah nak cari plastik nih.bukan nak duduk dekat bandar.dekat ceruk Avondale ni jugak dia pilih.ish ish ish~

ini gambar beberapa hari yang lalu...

korang panggil ini lontong atau lodeh?

nasi himpit buatan sendiri live in Auckland~

actually dah 3 hari Azmi berkampung dekat HUIA sebab membuat persediaan untuk sambutan hari raya kelak.Azmi ialah Chef Besar sambutan hari raya nanti.jadi beliau agak stress dengan bahan-bahan masakan sekarang sehingga selalu tersasul hari demi hari.sorry azmi.hahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...