Sunday, February 20, 2011

Summer Trip : Coromandel Peninsula :)

Assalamualaikum & Hello :)

Cik Tembikai Susu a.k.a Silah, i pergi holiday youuuuu.sebab tu blog ni terbiar sampai rasa nak terjun gaung bila tengok trafik.kau gila nak terjun gaung semata-mata trafik blog menurun?takde takde.siap happy ulalala chupa chups pergi pantai HAHAHA.

tapi...sedihlah jugak sebenarnya.[gitewww drama tetiba]

by the way, buang yang keruh ambil yang jernih [motip?].HAHAHA.okay okay.percutian musim fanas kali ini membawa saya & kawan-kawan ke Coromandel Peninsula, syurga pepantai yang indah & menggamit kalbu.makanya, tema trip kali ini ialah Mari Ke Pantai~!

biasanya, dalam entri-entri trip pada masa dahulu [eceh masa dahulu lah sangat], saya ialah pemegang mohon besar kamera agung pertama.errrr bermaksud kamera saya ialah kamera utama sepanjang trip,membawa maksud gambar saya memang tak berapa nak banyak.trip kali ni, akak letak jawatan, serah mandat dekat Saifful KAHKAH.seronok rupanya posing sakan nih.

maka, dalam entri ni tak berapa banyak gambar sebab semua ni dari kamera sendiri.itu pun lepas suruh Saifful tolong ambikkan atas alasan weh tolong ambik gambar, nak masuk blog nih.nanti tunggu yang dari kamera kau lambat sangat.HAHAHA.



tengok tengok!basikal terbang!sebenarnya benda ni dua orang yang naik.saya naik dengan Aten tapi gambar belum ada lagi.yang ni pun mintak Saifful emailkan sekeping atas alasan nak masuk blog jugak.nampak sangat muka gayat tapi cover buat peace lepas tu tunjuk gigi luas-luas.HAHAHA.



ini dekat Cathedral Cove.subhanAllah cantik sangat laut dia, pantai dia.cumanya on the way nak turun naik track tu memang adventure habis.berselut bagai, yeks tapi dapat mud spa free KAHKAH.sampai dekat pantai banyak batu-batu besar.konon nak berlagak lanun lompat atas batu sana-sini kan.last sekali tersalah lompat, tersepit kaki celah-celah batu.dapat luka free dekat ankle.HAHAHA.



3 gelang pink cantik & menggamit kalbu ini hanya $5.berbaloi-baloi.sudahlah cantik, murah pulak tu.memanglah izzati berkenan benda-benda macam nih.sekali pakai kalah mak datin fofular HAHAHA.



ini towel dinasour saya.comel tak saya?[gila geli tulis macam ni HAHAHA]

kitorang mandi pantai.kononnya nak merasa mandi dekat pantai negara orang putih ni kan.cuba bayangkan ada 4 orang budak perempuan pakai full dengan tudung siap, duk main air macam seronok nak mati sambil menjerit tak berhenti sebab seronok sangat dekat pantai yang dipenuhi mat salleh yang berbikini & berseluar pendek sahaja.diorang memang jakun habis.HAHAHA.sampaikan Life Guard siap mintak kitorang jangan main dekat tempat ombak besar sebab ombak jahat.HAHAHA.tak tak tak.maybe dia ingat kitorang budak-budak kot.yelah sekejap ombak sampai habis semua menjerit melompat.amboi suka sangat kan.HAHAHA.bila sampai ombak besar sikit habis tergolek semua masuk air, siap air laut yang masin tuh masuk hidung telinga bagai.

tengok orang surfing, macam best weh.maka sewalah sebijik bodyboard.seronok~!tapi penatlah nak merempuh ombak bagai.ombak dekat sini super-kuat.patutlah orang putih gila surfing.best tapi penat.habis naik otot-otot duk mengusung board sana sini HAHAHA.

actually kitorang ada buat archery.tapi gambar semua ada dekat kamera utama.tak sempat nak snap guna kamera sendiri sebab seronok sangat memanah.kalah robin hood kau.HAHA.



hari last, kitorang pergi Shakespear Bay.niat nak kutip kerang, buat masak lemak cili api nyum nyum.tapi boleh kutip kerang bila air surut je.kitorang gamble je lah sebab bukan check pun waktu air pasang surut ke apa.akhirnya niat suci murni itu tercapai.air surut rupanya.seronok weh kutip kerang~!ianya ialah suatu aktiviti yang mengasyikkan dan menagihkan.susah nak stop sebab dekat mana-mana pun ada banyak kerang.last sekali kitorang stop sebab Adrian cakap sudah cukup kot.perlu jaga ekosistem.hah kau keluar bahasa sains siap HAHAHA.



kutip kerang sampai kuku pun dah macam hantu.ni kalau hantu tengok pun boleh cabut kot.KAHKAH.



kan dah kata, kitorang memang niat je nak kutip kerang mulanya.semua pakai baju macam nak pergi shopping kan HAHAHA.last sekali bila sampai sana, air surut pulak, hentam je lah dengan jeans siap pergi kutip kerang.lepas ni kalau nak pergi kutip kerang lagi nak pakai tracksuit je.baru syok bersila atas selut.hakhak~

p/s: GiveAway Sizuka-World-Of-Life is coming soon~!

Wednesday, February 16, 2011

and here I am, in Auckland 'The Concrete Jungle'

Assalamualaikum & Hello :)

Disini saya berlintas langsung dari Auckland, namun mata,hati dan jiwa masih merindui kedamaian Roxburgh.sampaikan bila sampai Auckland Airport terus rasa pening tengok orang ramai + panas.not really hot actually, but hotter than my precious Roxburgh.errr errr okay macam ini.ianya ibarat suasana desa dengan sungai mengalir tenang bayu bertiup sayu bla bla bla VS bandaraya kuala lumpur.beza memang berbeza i say you.

currently, NZ is having the hottest month ever.plus no more beautiful fluffy clouds here in Auckland yang melindungi anda dari sinaran matahari + UV paling tinggi di alam semesta ini.bangunan, kereta dan manusia kesana kemari, errr okay bangunan tak bergerak HAHAHA.

I miss Roxburgh, really.John ada cakap, bila duduk dekat Roxburgh, kita boleh ada perasaan macam pekan kecik tu kita yang punya.terlalu tenang dan terlalu damai.

Roxburgh, you are awesome.



















maka dengan ini, I'll be away AGAIN for 3 days.ke suatu tempat yang diharapkan dapat mengubati hati yang berduka lara merindukan Roxburgh *ayat jiwang bluerk.sepak!*

i wonder...siapa ingat lagi pengumuman yang saya pernah buat dulu?tiada gurauan, saya serius.idea dah ada dalam kepala.tunggu masa nak bocor rahsia je.hakhak.

by the way, nak bagi tips kemenangan ni.rajin-rajinlah 'study' entri-entri sepanjang saya berada di Roxburgh sampai saya dah balik Auckland sehingga hari ini dan saat ini.anda mampu mengubahnya.HAHA~

adios~!

p/s: I'll be away until 19th Feb.Off to Coromandel Region *google cepat :P*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...