Sunday, June 27, 2010

geng cendol dan kegilaan malam sabtu

hari ini birthday nuna*kapten pesawat cendol kami*[actually kereta je sebenarnya.haha.mana dapat nama cendol?sebab kereta yang kitorang sewa masa pergi trip waktu Easter Break tu warna macam cendol.YES hijau,terang dan menggamit kalbu.eh silap.menarik perhatian.haha]ini keadaan sebelum kitorang mem'prank' nuna.konon meeting pukul 8.30pm.kitorang dah menggila dekat bawah dalam pukul 7.45.siap sedia semua lah konon.eceh.memang bersiap sedia.bila aten bagitau diorang dah on the way turun kaulah yang paling kalut kan izzati.sampai jerit macam komando tentera suruh semua orang berkumpul depan lif.yang terbaiknya diorang ikut je pulak cakap kau.siap berlari-lari lagi bawak spray kek segala.haha.

ini masa nuna kena serang.tengok muka adrian memang macam pahlawan istana takeshi.penyembur tepat bak kata orang.memang dia hentam dekat muka kaw kaw.mana tak nuna rasa macam nak pengsan.dalam lif semangat nak meeting pasal winter trip berkobar-kobar.tetiba nak keluar lif kena sembur.haha.kesian sangat nuna.aten dekat belakang join berdebar kena sembur.haha.
ini menu untuk birthday nuna.anies si sihat menaja anggur.kek coklat terbaek tu tajaan tim.cikedis yang macam dalam plastik double decker si bas merah tu tajaan chapix.dessert yang ada lilin sebatang tu tajaan nisa dengan aten.mac"n"cheese tersedap ditaja oleh nisya.ok dah.eh sendiri punya belum bagitau.haha.benda pelik dalam bekas bentuk teddy bear tu tajaan bersama fareha & izzati cooperation*pasal nama kau ada lebih sikit ni*haha.well tak tahu nak describe macam mana.semalam diorang tanya 'apa nie?apa nie?'.skema jawapan standard adalah 'korang benamkan sudu dalam tu.cedok.masuk mulut.lepas tu tahulah apa dia makhluk dalam tu.'actually dalam tu jelly perisa*ke perasa?*strawberry.lepas tu dah takde idea pakat dengan fareha sembur whipped cream.lepas tu tabur marshmallow dengan manik-manik*bukan manik yang buat rantai tu.ni manik boleh makan*ke seluruh pelusuk encik teddy.haha.eh lupa encik teddy tu tajaan aten tersayang:)

ini gambar bonus.sila fokus dekat expression setiap entiti.hahaha*sambung gelak*

di sebalik kemeriahan gambar ni ada perangai kurang senonoh disitu.hahaha.eh siapa siapa?tak tahu~

ini kami semua*abaikan yang hujung yang tengah gigit spork[spoon+fork] macam lapar sangat tuh*

semua orang boleh lagi perasan kamera sambil makan.kau boleh makan sampai tak nampak mata izzati.aigoooo.haha~

lepas kenyang wajib kena mengkemas.dah pandai sepah sepah mesti kemas.kalau tak nanti kaki pakcik receptionist naik ke muka.haha.eh bukan.pakcik receptionist akan menarik muka beliau sambil menjeling ke arah karpet-karpet beliau yang diselaputi benda-benda pop-up yang kitorang main tuh.tengok semua orang pun berkemas.abaikan si tukang vakum.beliau terlalu bersantai di situ.

puan puan akak akak makcik makcik.kalau nak vakum karpet tanpa penat sila amalkan teknik ini.vakum sambil bersimpuh.ye sangat efektif untuk mengelakkan sakit pinggang dan lenguh lenguh badan di samping boleh berehat selepas makan.hahaha.boleh praktis dekat rumah cik puan boss nih.

p/s: ok macam biasa.wish untuk semua orang.
HAVE A NICE DAY EVERYONE!

9 comments:

zulkoa said...

bestnye bile ade xtvt cani..:)..kek tu wat sniri?..

kek ke puding?..=P

NIA said...

best sgt.heee.kek tu beli.haha kantoi.kek ada puding pun ada.erk pencuci mulut kot.takdela puding sgt.hehe~

NzA said...

siap sembur2 lg...sapa lak tukang cuci dinding yg dh trkena smburan tu.....hi.

Taz Jaafar said...

yg tedi bear tu pelik. tapi comel sesangat :) boleh makan ke? hehhee

[z@ck] said...

hahaha..jadi makcik cleaner plak ko ea.

Noor Fatin said...

bersimpuh sambil vakum?
great!!
hehehe

NIA said...

sis nza: haha sendiri buat sendiri kena cuci:P

taz: boleh boleh.jelly sebenarnya tuh.haha.diselaputi whipped cream aje.dijamin selamat:)

zack: cleaner tanpa gaji*sob*haha~

noor fatin: teknik baru tuh.haha~

ciek niena said...

owh, ingatkan apa la benda putih bermashmellow tu.. rupa-rupa nya jelly.. hehehe..

NIA said...

yg putih tu whipped cream.hehe.jelly dekat layer bawah kaler merah makngah.aum aum.haha~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...