Thursday, March 31, 2011

kakak kakak, adik adik semua

buenas noches~!ouchhhh TERspanish pulak tetiba.ini semua sebab penangan toro churro yang sedap sangat sehingga menjilat jari nyum nyum.

ok izzati.enough about fooooooods.

actually, i don't really plan to write anything today.pening sangat kepala sampai rasa ketar satu badan.and i got a test tomorrow.BELUM STUDY LAGI, MAK!

tentang semalam, sebenarnya saya memang excited sangat bila tengok letter box penuh.bermaksud, benda-benda cantik dah sampai.YESSSSS senyum sampai telinga okay.gorgeous sangat mereka semua!i mean, necklaces & pendants tu.

sebab saya excited sangat, semalam jugak saya post entri.tak fikir apa dah.HAHAHA.

disebabkan most of the items are just limited to one for each style, hari ni saya dah halo halo insan berkaitan mintak tempah lagi duaratustigapuluhsembilan rantai.HAHAHA taklah mana beratus bagai.takdok duit weh.tapi ada lah tempah lagi sikit.so, ada certain style yang akan available more than 1 piece.hehe.

whatever it is, besok saya update eh.hari ni kena hadap nota, buku dan komputer [?] dulu.saya baca nota lah.kehkeh.


besok lah baru ada gambar rantai dengan model okeh.heee~

Wednesday, March 30, 2011

check this out ladies~!

Assalamualaikum & Hello everyone~!

hey ladies out there~!rossa tetiba kan.terasa hyperactive tetiba.excited sangat, mungkin.actually, i've been thinking of this like few weeks ago.after i posted this entry about my accessories collection.

dah cuba geledah semua tempat yang boleh digeledah, yang boleh disogok kad kredit, habis semua dah disogok HAHAHA.

tieah asyik tanya mana gambar, anddddd i know amirrah zawani gonna love this, perhaps chenta too, and not forgotten misz molecule.alsoooooooooo schubert serenade and dayana nasir, yeah?cik jannah pun.ye tidak?hehehe~silah?entahlah dia.kehkeh.

so, here we are ladies.ini yang ada dalam koleksi saya sekarang, and they are all FOR SALE.tapi harga belum ditetapkan lagi.perhaps just around RM23-RM30 together with postage.seronok takkkkkkkk?

tempahan boleh dibuat, tapi just boleh janji untuk 4 pendants je; except for the camera & spectacles.sebab yang tu macam tak jumpa cari dekat mana nak beli or tempah.but i can try, kan?

i'll update again some other time with photos of my friends or myself wearing them.just in case nak tahu panjang mana cantik ke tak gorgeous ke tidak bla bla bla.

so for this time, all these items are limited; only one available for each style :)


lupa nak bagitau : available for people in New Zealand and Malaysia :)

p/s: tapi untuk NZ, harganya kena guna NZD lah kan.kehkeh.

merambang

inilah kesannya bila biasanya hari ni ada kelas, tetiba tak ada kelas.seronok, itu haruslah.tapi b.o.s.a.n.bukannya tak ada apa nak buat.cuma malas nak buat apa benda yang perlu dibuat.

i need to study for a test on Friday, BUT 'luckily' my laptop is in front of me.HAHAHA.too bored with the notes and wordings, I click 'Paint' and start doodling.i am not a good doodler.trust me.most of the time, I made things worst.HAHAHA.

at the end...



my 'cik bulat'.obviously this is not me.kalau lukis diri sendiri haruslah kena lukis cantik-cantik.HAHA.plus this one nama dia 'cik bulat'.so semuanya bulat-bulat belaka.me not.mata i sepet sikit.KAHKAH.anddddd dia ni persatuan puteri Islam.sebab tu pakai tudung pink.motipnya??tak ada motip.saja suka-suka.rindu zaman sekolah, mungkin.


boleh tahan kreatip jugak kekadang saya nih*tampar diri sendiri*.kena tunggu feeling hebat tu sampai dulu.masalah negara dia, feeling tu biasa datang setahun sekali je.macam musim deghiyan a.k.a durian kata orang KL.kehkeh.

kena sambung baca nota balik.kalau tak, boleh menangis tahap world tak dapat jawab soalan test nanti.

Tuesday, March 29, 2011

unstable condition

Assalamualaikum & Hello

mood tidak berapa hendak bagus hari ini.sedikit muram, tapi masih boleh ketawa kuat-kuat HAHAHA.suhu semakin menurun [sekarang 10.50pm, 17 celcius], bermaksud aktiviti memakan makanan semakin rancak dan proses penternakan lemak memang berlaku secara sangat jayanya.

tak lama lagi, daylight saving nak habis dah.dulu masa mula-mula sampai sini, kemain jakun apabenda lah daylight saving nih.semua nak huru-hara.sekarang pukul berapa bla bla bla.

ini entri saya bila daylight saving habis tahun lepas

sini pulak entri saya bila daylight saving mula balik, dalam bulan september kot.

oh ya, sekarang autumn a.k.a musim luruh.sekarang ni lah merata-rata boleh jumpa daun mohabbatein.silap tak ada Shah Rukh Khan je.kalau ada, dah boleh dah jadi heroin filem hindustan dah.HAHAHA.heroin yang hidung tak mancung lah tapinya.pipi pulak macam kereta sorong KAHKAH.

teman-teman tidur budak-budak perempuan apartment tingkat limabelas

makin lama, malam makin panjang.haruslah heaven gila budak-budak perempuan nih berhibernasi.huahuahua~

Jumaat ada test, besok tak ada kelas HOORAY!sebabnya kelas Primary Maths off untuk 2 minggu.actually seminggu study week tak tahu apa motip padahal exam jauh lagi, seminggu lagi praktikum.tapi untuk first year students jahhhhh.senioritas third year ni duduk rumah goyang kaki lahhhh.HAHAHAHA.(actually lecturer pesan suruh study tapi faham-faham aje lah kan.benda yang orang suruh buat tu lah paling payah sekali nak dibuatnya.tapi kalau benda yang tak disuruh tuh kemaen mencicit dia.kalah watson nyambek).

sebenarnya entri ni tak ada motif pun.randomly bukak browser, klik Dashboard dan secara tetiba tertaip entri ni.sebab tu tetiba terkeluar Shah Rukh Khan entah dari mana-mana.HAHAHA.

p/s: yang mana-mana belum join GA saya tuh, kalau nak hadiah baik join cepat.haaaaa nak tolong promote boleh jugak.kot kot lah tetiba dapat Anugerah Promoter Terbaik.ngehhhh~

Churp Churp~!

Hola~!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

jika ianya terlalu amat complicated untuk difahami, click for more details.mudah dan senang.jom join ChurpChurp ramai-ramai~!

The More The Merrier~!

saya sudah, anda bila lagi?huehuehue~

Monday, March 28, 2011

SIZUKA's GiveAway : nak tutup dah

Assalamualaikum & Hello

sebab tak berapa ramai yang join GA sulung saya ini, makanya saya nak tutup penyertaan dah.nak merajuk bawak diri ke hujung dunia.meluncur pasir.hadiah-hadiah tu semua buat simpan sendiri je.

KALAU

KORANG

PERCAYA

SILA

RENDAM

KEPALA

DALAM

SINKI

SEKARANG

!!!

HAHAHAHAHAHAHA

saja buat saspen sikit.KAHKAH.lempang budak izzati ni kang.lempang ah nak lempang.tak dapat hadiah kang.HAHAHA ugutan keras.

actually nak bagitahu tarikh tutup penyertaan GA saya ni.nanti karang tak ada tarikh tutup mula ada yang postpone entri sampai tahun depan,tahun lusa tulat tubin bingka ubi bagai.sampai berjanggut beruban saya kena tunggu.nak tengok saya berjanggut beruban?tinggal harapan.



yang dah join, TAHNIAH.yang belum join, TAKZIAH.kejamnya.tahu.tapi saya nak gesa orang suruh join,pandai.orang nak bagi hadiah, taknak hadiah.bila orang taknak bagi hadiah, masa tu lah dia sibuk mintak hadiah.pelik tidak?HAHA.

oh ya lagi satu, tak ada dah sticky post untuk penyertaan.kalau NAK JOIN, klik banner yang dekat atas tuh.yang ada tulis 'SIZUKA's GiveAway Ceremony'.

motif tarikh tutup 15 April:
  • 16April-20April saya ke Australia, Easter Break trip.maka, kot-kotnya termurah hati nak beli hadiah dari Ostolia pulak ke, tak ke namanya murah rezeki korang semua nanti?
  • sebelum saya ke Australia, bolehlah saya habiskan terjah blog-blog yang baru masuk arena pelumbaan perebutan hadiah.gitewwww.[lempang diri sendiri.suka sangat tulis ewwww ewwww.biasa dia nih]
ini bukan paksa rela, ini serta paksa.HAHA.apa beza dua-dua pun aku tak tau.

nak makan megi pecah telur.chiow~!

Sunday, March 27, 2011

meluncur pasir di Tanah Utara a.k.a Northland

Assalamualaikum & Hello :)

kalau ada yang singgah sini sempat baca kata-kata terakhir saya sebelum pergi meluncur pasir itu, tahniah.yang tak sempat, kesiannya.HAHA taklah taklah.

overall, seronok sangat.tak ada drama, tak ada cerekarama.sempoiiiii.cuma ada sikit drama dekat bahagian tak jumpa tempat nak hire surfboard, which is HAHAHA dekat situ je tempatnya?punyalah cari sana sini sampai rasa macam nak mengamuk satu Cape Reinga yang tak ada line telefon tu.

mozilla ni asyik not responding je.rosak mood nak update blog.grrrr.
sekali lagi not responding, serius aku uninstall engkau.sakit tengkuk ni, tahu.aku ni bila sakit tengkuk, cepat emosi.jangan cari pasal dengan godzilla.

HAHAHA.



here we are, at Cape Reinga.frust sebab foggy sangat.tak ada rezeki nak tengok pertemuan Tasman Sea dengan Pacific Ocean.tapi suasana dia dengan kabus bagai seriously seram.dah tu, katanya The Entrance of The Underworld.



sayang housemates sangat~!



nampak bukit-bukau pepasir dekat belakang sana?itu tempat kitorang sand surfing, probably.ni masa randomly berhenti tepi jalan sebab nak ambik gambar.YA semata-mata untuk gambar.HAHAHA.





cari mana mata izzati.





masa ni perasaan rasa macam dekat Gurun Sahara.cuma tak panas.nyaman-nyaman je.



seronok.tapi haruslah kan bergelumang dengan pasir bagai.ada sekali saya accident yang memang tahap world punya accident.tetiba buat stunt sebab surfboard melayang dulu, lepas tu baru saya terlayang.plus, tempat kitorang pilih nak meluncur tu memang menjunam sangat.bak kata housemate-housemate saya, dah macam G.I.Joe.lagi horror sebab tudung pun melayang sekali.HAHAHAHA boleh gelak sekarang sebab bila saya tengok video tu balik saya pun ketawa KAHKAH.nak tengok video tu?kirim salam.HAHA.





I am the Queen of the Desert.yessss permaisuri yang terbongkang atas pasir HAHAHA.



favourite pic of the season.sayang sangat kamera polaroid~!

p/s: encik Azroy Kassim.nantikan video sand surfing.kena tapis-tapis dulu.HAHAHA.

p/p/s: sekian lama tak drive, trip kali ni saya drive.challenging okay sebab jalan macam lipan kena ketuk dengan penyapu lidi.waktu malam berkabus siap plus hujan.huooooo~debaran tak payah tanya tahap keberapa.level world punya.kuikui~

Friday, March 25, 2011

off to Cape Reinga

rasanya kalau siapa-siapa perasan dekat Twitter ekhemmm silah ekhemmm, saya asyik tweet tak sabar nak weekend.silah tanya 'kenapa'.saya cakap 'rahsia negara'.HAHAHA.padahal sebenarnya semua orang pun tak sabar nak weekend kan.so what's the deal yang izzati nak menjoyah sangat nih.*sentap*

izzati bukan joyah.siapa panggil saya joyah, siap sedia lutut anda akan meretakkan diri sendiri.

IKLAN UGUTAN.haha~

hah mari sini saya nak kasi pecah rahsia negara.

petang ini, izzati & housemates rockers beliau akan bertolak ke Cape Reinga, bukan KeRengga.pejadah apakah nama tempat sebegitu pelik?

Cape Reinga ialah penghujung New Zealand, di sebelah utara.di pulau selatan, penghujung New Zealand namanya Invercargill.nampak beza bukan?dan beza memang berbeza ialah penghujung utara ini panas, penghujung selatan sana sejuk.sebab dah dekat dengan Antartika.eh sekejap.*tanya Fareha*.hah betullah Antartika.

menurut bahasa Maori, Reinga membawa maksud underworld & Cape merujuk kepada the centre point.digabungkan, The Centre Point of The Underworld.*tegak bulu kening*.

tapi, kami bukan pemburu hantu.

motif pergi Cape Reinga tempat pertemuan Laut Tasman & Lautan Pasifik itu ialah untuk meluncur pasir also known as sand surfing, juga jalan-jalan tengok pemandangan.

semalam telefon mak saya, beritahu nak pergi meluncur pasir.nak tahu apa emak saya cakap?

duduk sana habis semua benda nak diluncurnya.salji dah, ombak sudah.ini pasir pulak.macam-macam.

jauh perjalanan, luas pemandangan.setuju?

tapi bukanlah pergi sana lima hari empat malam.besok balik dah HAHAHA.tapi bercuti jugak namanya, ye dak?

doakan keselamatan kami.trip all girls pulak kali ni.girls' power gituh.confirmlah tak boleh nak update blog since saya guna handphone kokak je.maka, kalau nak update dari saya, jenguk Twitter okayyy?

p/s: KALAU saya beli banyak banyak necklace owl yang sungguh gorgeous itu, ada yang nak beli dari saya tak?:)

Thursday, March 24, 2011

nama pun perempuan

Assalamualaikum & Hello :)

perempuan memang suka benda-benda cantik.tell me, siapa tak suka benda benda cantik dan benda cantik cantik?semua orang suka kan?even lelaki pun suka kalau isteri dia cantik.ini dah kenapa tetiba masuk bab perkahwinan pulak.HAHA.tapi, ianya suatu kenyataan, bukan cobaan.ininya betul-betul kejadian.

saya perempuan, dan saya memang suka benda-benda yang sedap mata memandang.pulak kalau yang berkerlipan-kerlipan.sebab itu perempuan suka barang kemas.tapi bukan saya nak mintak barang kemas.yang itu tunggu dulu,belum sampai seru nak berEMAS suasa.kalau terfikir nak jual nasi kerabu,mungkin waktu itu boleh consider nak beli gelang emas sembilanpuluhsembilan karat.HAHAHA.serupa macam binatang bernama kelip-kelip.kalau senang nak dapat, memang dah lama boleh buat jadi belaan.HAHAHA.

tamat kisah izzati dan si kelip-kelip.tetiba.

saya ada jugak sikit koleksi barang-barang a.k.a aksesori yang so-perempuan-punya-barang.haruslah.habis tu takkan nak beli jersi rugby bola rugby kasut rugby topi rugby segala, ye dak?melawan lumrah kejadian manusia bernama perempuan namanya itu.tapi, kalau beli sebab minat rugby tak apa.tak salah.HAHAHA.



siapa yang minat tengok drama Korea, haruslah tampar diri sendiri kalau tak kenal rantai ni.minat Lee Min Ho?tengok Boys Before Flowers?ingat tak rantai yang Gu Jun Pyo bagi dekat Geum Jan Di?this is similar to it.tapi bukan original, yang pasti SAMA.hehe~



ini cincin a.k.a i am the lord of the rings.HAHA.ada dua.dua-dua memang gedabak punya cincin.satu BUNGA, satu HEE CHUL.aik?Hee Chul tu apa dia?





ini Hee Chul.kalau siapa yang minat Super Junior, tak kenal dia, lebih baik rendam kepala sendiri dalam sinki.HAHAHA.


yang ini, baru beli hari ni.KONON tambah koleksi.jatuh cintaaaaaaaa.kalau macam ni, haruslah tiap-tiap minggu melayang $20 semata-mata untuk benda-sedap-mata-memandang.seriously, sungguh sedap mata memandang.rasa nak pengsan tak tahu nak pilih yang mana satu.buy 2 free 1.lemayannnnnn~

p/s: hulalalalalala hulahuppppp tak sabar nak weekend~!

Wednesday, March 23, 2011

kucing meow~


comel gila oh kucing ni.geram rasa nak pegang, tapi sedar diri yang sebenarnya saya memang tak berani.okay jom gelakkan izzati beramai-ramai HAHAHA.*muka redha*.ini kucing encik K, dijaga dari dia kecik.jumpa dekat mana tah.sekarang, beliau [si kucing] sudah punya kerjaya.dah jadi model untuk studio encik K.memang pandai posing.kalau tengok profile picture encik K, beliau dah macam dukun kucing, sebab kucing tu melingkar atas bahu beliau.kalau tukar kucing jadi ular, encik sayang saya akan jadi dukun ular.oh tidakkkkkkk.HAHAHA imaginasi tahap langit kelapan.pfffft.

ingat lagi tak patung biri-biri comel yang encik K sibuk jahitkan baju seluar bagai tu?itu ialah si kucing ini punya favourite toy.

boleh tak, nak bagi alasan, saya tak berani a.k.a takut a.k.a geli nak pegang kucing sebab badan dia suam-suam?as in macam uuuuu gelinya badan dia panas.sentuh sikit tak apa.boleh lagi berlagak macho usap-usap bulu dia.sekali melompat atas riba,or paling koman pun dia duk bergesel dekat kaki, don't ever imagine what I'll do.meremang bulu roma akhak.

3 kesayangan saya memang sangat sungguh suka kucing.first, encik K haruslah kan.second, Fareha yang selalu sangat rindu kucing dia siap webcam dengan kucing okayy HAHA.third, adik bongsu saya.dia ni buat perangai tidur dengan kucing pun ada.selimut siap.bukan setakat kucing lah sebenarnya.hamster pun dia main bawak dalam baju dia.dia cakap besar nanti adik nak jadi doktor binatang.baiklah, adik.

p/s: seriously lupa nak publish gambar dari gulungan filem sulung, hasil kamera superheadz comel saya itu.dalam entri lepas, gambar saya pakai kaca mata hitam macam zaman ago-go itu ialah gambar dari filem.bukan filem sembilu kasih lah.filem kodak tuh.HAHAHA.

Tuesday, March 22, 2011

Sizuka's GiveAway: Check Penyertaan

Assalamualaikum & Hello

Alhamdulillah dah terima dua penyertaan dari BH dengan JaA.thanks sebab join.haaa yang lain-lain tu tunggu apa lagi.jomlah join sekali.makin ramai join, nanti makin banyak hadiah yang akan ditawarkan!*ayat iklan* HAHA.kalau lambat, yang dikejar tak dapat, yang dikendong bersepai di tengah jalan hecehhhhhh.

nak tengok senarai pelumba pelumba GA ni, sila rujuk gambarajah dibawah,






siapa nak dapat hadiah kaca mata hitam yang gorgeous?*takde motip* :P

p/s: nak bersiap pergi kelas~!

Sunday, March 20, 2011

Rugby is awesomeeeeeeee~

Assalamualaikum & Hello :)

semalam pergi tengok Rugby match dekat Eden Park, tempat bakal berlangsungnya Rugby World Cup Ogos nanti.seriously the stadium is awesome AWESOME awesome.triple awesome aku bagi.rasa nak pengsan bila mula-mula sampai stadium.cantik sangat!beza memang berbeza dari tahun lepas.

semalam SuperRugby, BLUES vs HURRICANES.haruslah sokong Blues sebab players dia semua kacak dan panas panas belaka HAHAHA.tak tak tak.kitorang sokong Blues sebab Blues cool dan perasaan cam best bila sokong Blues.maka, kesimpulan dia Blues memang hebat.tetiba kan.

dapat seat yang betul-betul at the centre of the earth.syok habis.jelas terang tang tang.seronok sangat perasaan.snap gambar sampai tak sedar dah lebih tiga ratus keping.penangan zoom lens tersayang.tak rugi beli zoom lens.bila tengok gambar rasa jatuh cinta sangat.

Blues won the game & penyokong Blues pulang dengan hati gembira :)

baiklah.giliran gambar menguasai blog.











sebenarnya ada tiga ratus keping gambar.tapi takkanlah tetiba nak tepek semua tiga ratus dekat sini kan.pengsan semua orang.semua ada dekat Facebook.itu pun bukan semua.hahaha.



bila lah agaknya kamera saya nak jadi sebesar ini.HAHAHAberanganlahengkauizzati.entah entah boleh tertonggeng ke belakang kalau saya yang bawak KAHKAH.

p/s: sayang sangat zoom lens~!jatuh cinta dengan lens sendiri.

Saturday, March 19, 2011

SIZUKA's First GiveAway :) [Sticky Post]

Assalamualaikum & Hello :)

Welcome to Sizuka-World-Of-life kepada warga homo sapiens sekalian.Selama 3 tahun berblog, this is my first GA, so hopefully it will be successful.kalau yang ini sukses, makanya sebelum saya balik Msia hujung tahun ni insyaAllah saya buat contest pulak :).So, harap-harapnya mendapat sambutan daripada segenap pelusuk dunia *tu dia nak exaggerate dah*.kalau tak dapat sambutan, dapat rambutan pun tak apa HAHAHA.

baiklah.sebelum saya merepek secara lebih kerepek lagi, jomlah tengok terma & syarat penyertaan.gitewwwwww [lempang diri sendiri].

  • warganegara Malaysia, yang ada di Malaysia[nanti senang nak pos hadiah].terbuka kepada semua peringkat umur.tak ada kategori belia,wirawati ataupun veteran.nehi nehi.
  • haruslah punyai blog.tak kisahlah dot blogspot ke, dot wordpress ke, dot com ke dot apabenda lagi lah yang wujud.mesti blog, bukan blok blok asrama ataupun blok batu bata.
  • nak follow sila, taknak follow tak apa.tapi segala urusan pasal contest ni saya akan update ikut blog je.makanya, stay tuneeeeeeee :D
kalau semua layak, baguslah.so, kalau nak join, ini cara-caranya :

  • buat satu entri dalam blog anda, pasal blog saya.supaya situasi tidak menjadi tegang & kucar-kacir, dalam bahasa senangnya buat review tentang blog ini.tajuk bebas.
  • tidak perlu 1000 patah perkataan.10 patah perkataan pun boleh jadi, asalkan kreatif dan boleh buat saya suka hati.makanya, jumlah perkataan ialah bebas.
  • ikut kreativiti masing-masing.siapa kreatif dia menang.kalau nak dapat hadiah, kena pandai bodek bodek tauke, ye tidak?HAHAHA.

ini hiasan semata-mata

dan lengkapkan slogan "saya suka blog sizuka-world-of-life kerana .....[tidak lebih 25 patah perkataan]

lepas dah siap buat entri, publish & tinggalkan link entri anda di bahagian komen di bawah post ini :)

Hadiah [khas dari NZ]:

Keychains






Pens



Fridge Magnets






saya akan pilih 6 entri bertuah, yang mana pemilik blog-blog berkaitan boleh memilih hadiah mana yang berkenan di hati.siapa cepat dia dapat.senang je kan?

mungkin, saya akan tambah lagi hadiah kalau ramai yang join.hehe :)

anddddddd ada special prizes for 2 lucky blogs :).yang ini kriteria dia rahsia, tapi macam yang saya cakap dekat atas tadi lah, stay tuneeeeee :)

  • Sizuka's BEST Slogan
  • Sizuka's SPECIAL Awards
basically, rasanya semua faham nak buat macam mana kan?kalau tak faham, jangan segan-segan bertanya.malu tanya sesat jalan.hehe~

email: izzatinur33@yahoo.com

tarik tutup penyertaan : 15 APRIL 2011.00.00am [waktu Malaysia okayyy] buat waktu New Zealand karang payoh pulok :P

Friday, March 18, 2011

jeng jeng jeng versi 002

Assalamualaikum & a great Hello to everyone,

baiklah.agaknya ada ramai orang selain Prince Halilintar yang bertanya tanya kenapalah dari dulu si izzati ni selalu pot pet hendak bagitahu pengumuman hendak bagitahu pengumuman tapi batang hidung pengumuman entah kemana mana.asyik asyik entri emosional dengan homo sapiens berwarna hijau.HAHAHA.

makanya, sebelum puaka niyang merepek saya menjelma, marilah kita cepat cepat habiskan entri ni.jangan tangguh lagi, izzati.ianya membuat hati terasa berat dan gundah-gulana.

presenting...


inilah yang KONONNYA nak buat suspen dekat semua orang tu.haaaaaaaaaaa.first time buat GA tau.seronok ada, nervous ada, kucar-kacir pun ada.perasaan macam nak dapat anak sulung pun ada jugak HAHAHAHAHA.

Thursday, March 17, 2011

nak bagitahu pengumuman

i really want to make the special announcement, tapi manusia manusia hijau yang bersepahan dekat Queen Street membantutkan hasrat suci murni saya.sungguh cis bukan?saya tahu.plus, jejiran yang tidak mengerti bahawa hari ini mereka sepatutnya merayakan St. Patrick's Day, secara sungguh tetiba melaungkan Happy Christmas secara kuat dan bertalu-talu.baling periuk kang.

dan mereka rasa bergayutan di balkoni rumah sambil buat bising sampai jiran-jiran comel semua tak senang hati nak buat kerja sekolah universiti [ekhemmmmmmm] ialah ganas.baiklah, anda ganas.tapi aku panas.

bukti panas : entri pendek yang berunsur ganas.


p/s: bila baca balik entri ni, nak gelak pun ada.sebab tulis sambil emosi bergelora.sekarang dah habis emo, elmo pulak datang.KAHKAH.

Wednesday, March 16, 2011

matematik itu sedikit gila

maths is fun, but teaching maths to children can be...errr...i don't know the right word to describe it.especially bila kita dah terlalu sangat terror buat tambah tolak bahagi darab secara algebra, but suddenly you need to explain how and why did you get that answer in the most simplest way.as in tak perlu guna kaedah
458
+ 387
_____
_____

kerana Margaret bilang itu ialah kaedah yang sungguh old skool.pengsan sepuluh kali.ada suatu kaedah lain yang beliau cakap lebih simple dan mudah difahami oleh kanak-kanak.for me [even you,you and you], yang simple itu lah yang susah sebab dah biasa guna kaedah yang macam nak pecah kepala otak.HAHAHA.

jangan tanya macam mana kaedah yang new skool itu.saya belum pro nak terang dalam blog.nanti silap haribulan keluar blog ajaran sesat matematik.HAHA.tak pasal-pasal je.

as for my maths' test,it's totally fine.seronok sangat jawab soalan matematik sekolah rendah.tapi sampai part kena explain kenapa jawab macam itu macam ini, perasaan jadi kucar-kacir.

p/s: kalau besok saya lapang, saya umumkan pengumuman penting itu okay.bebarang semua siap sudah.tunggu masa saja.makanya, stay tune babe~!

p/s/s: sebulan lagi weh~!!!


Tuesday, March 15, 2011

kelengkapan bayi~

Assalamualaikum & Hello

This week, nothing much.tak ada keseronokan.kelas kelas dan kelas.tanpa kesedaran, minggu depan kena submit assignment which is oh nooooooo tak buat apa lagi ni.minggu lepas, seronok main tabur duit dekat Dressmart which is OMG habis duit berterbangan.sekarang dah jadi mama kendana [bini papa kendana] balik.tsk~sedih pulak kan.padahal bila duk tabur duit tu tak menyedar langsung.cis.dasar syaitan menyesatkan manusia.astaghfirullah~

selepas setahun menunggu, one of my babies dapat barang kelengkapan peribadi beliau; polaroid films.sekarang, beliau tak boleh menyalahkan 'emak' comel beliau lagi.nak filem sangat nah hambik.ecehhhh garang kan.harus garang sebenarnya.barang-barang dia ni bukannya murah.kena menabung setahun baru boleh dapat.kalau dia pandai demand, boleh bankrap tahu.



first photo :


haruslah gambar adik-beradik dia yang mula-mula.kalau tidak, mahu ada yang pakat boikot dia KAHKAH.filem dia ni kena jimat-jimat.sekeping NZD$1.65.makanya, kalau nak ambik gambar kena fikir sepuluh dua puluh kali dulu.HAHAHAHA kudekutkudekutkudekut.

mintak maaflah background gambar tu beg-beg kamera yang bersepahan.tak sopan betul.

p/s: nak umum something tapi nantilah.sekarang tengah sibuk.kalah dokter.

Monday, March 14, 2011

jeng jeng jeng

gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati
kalau lapar, perut berbunyi

tiap kali hari isnin, hidup mesti miserable.malaslah nak cerita.ish dia ni lempang kang.



siapa nak ole-ole dari sini?siapa nak?cepat cepat cepat.tak percuma tapi tak perlu keluar duit.aik[?].cuba kira berapa orang yang nak.kalau ramai, menjadilah plan saya itu.kalau tak ramai, nampaknya kusangka panas sampai kepetang rupanya hujan di tengahari [ecehhhhhhhh] aje lah.hehehe~

dah.itu aje.

cantik kan loket ni?nak beli nak beli.


p/s: petang-petang ni layan lagu Aishah sedap jugok.janji manismu hooooooooo!


Saturday, March 12, 2011

pendek je.serius.

hai~!

betullah kata orang, masa itu emas.yang dah lepas tak boleh berulang.sama macam kalau terjadinya hal seronok dalam kehidupan, kalau tak tulis dalam blog, lama-lama boleh hilang seronok dan hilang arah [?].

mood nak update blog tiap-tiap hari entah hilang terbang kemana.meskipun setiap hari, akan terjadi suatu perkara seronok dalam hidup.i don't know why.ke antartika mungkin, ataupun ke gurun sahara.





minggu ini disulami [aicewahhh ayat novel] aktiviti yang sedikit mengeluarkan duit.tanpa sedar, dapur kami tak berasap langsung except for instant noodles & breakfast, which is HAHAHA baru ku sadar.

oh ya, our lecturers from Msia are here in Auckland right now.kitorang jadi 'tour guide' bawak diorang 'merambang' around Auckland this week.makanya, weekend ini full.

okayyyy nak habis dah ni.

I've got a new watermark.okay silap.I've made myself a new watermark.a transparent watermark.HUAHUAHUA sukasuka.


haruslah korang faham kenapa ada warna pink melekat dekat situ.kannn?

p/s: mostly photographers ialah golongan jejaka-jejaka.makanya jaranglah ada gambar yang ada cop warna pink.makanya ulalalalala tarakucah tarakucah :P

Thursday, March 10, 2011

bayiku bukan bayimu

tajuk entri haruslah dramatik.errr sebenarnya tak adalah dramatik mana, cuma sikit-sikit ada lah.aih apa daaaa kau ni cakap berbelit serupa orang lidah bercabang.macam mana kah rupa lidah bercabang?apakah kejadahnya lidah bercabang ini?haaaaa itu yang kita tak tahu.kita balik ke sri pentas.

puaka niyang merepek sudah TERjelma tetiba.mintak maaf.

bayi, tahu?baby, tahu?baguslah kalau tahu.tapi bayi also know as baby milik saya bukan manusia, tahu?

kalau belum tahu, nah ambillah tahu.ambil tahu lah bukan tauhu.kuikui.rendam kepala izzati dalam singki sekarang~!

hey!orang cakap siapa cepat emo, dia cepat tua tau.sebab muka asyik kerut-kerut je.err sekejap.kerut-kerut ke kedut-kedut?lalalala~

dah ambil tahu belum?kalau sudah, boleh scroll kebawah.ecewahhhhh pantun pulak kannn.

kini, persatuan bayi-bayi sedunia Izzati menerima ahli keluarga baru,spesies baru juga.presenting...Black Slim Devil.



hey people.don't judge me by my 'evil' name.I am an adorable super-light little camera.My name is Black SLIM Devil, and I'm not a terrorist.hint: SLIM.tetiba lens dia pulak SUPER FAT.kahkah.lawak je anak aku ni.aik[?].HAHAHA.


Welcome to Magical Camera World

'anak' saya yang baru ni spesies Holga, jenis Superheadz.ringan gila sampai rasa macam kamera mainan je.testimonial saya :it's worth it.teeeheeeheee.advantage: dia punya SUPER GEMOK lens.gambar lagi besar punya!!HAHAHA tak tak.bukan besar tapi luas.

belum beli film lagi untuk dia.nantilah besok lusa ke.takpun tahun depan.HAHAHA.even 'anak' saya yang polaroid tu pun baru tahun ni dapat film.setahun duduk diam dalam kotak HAHAHA.kejam betul punya 'emak'.

Wednesday, March 9, 2011

mari tengok katak & lily pad

semalam dah cakap nak tunjuk sembilan ekor katak hijau, satu keping lily pad dengan kad nombor satu sampai sembilan bukan?

presenting...



errr tapi katak tinggal tujuh ekor, lily pad masih satu keping dan korang takkan nampak nombor enam dalam banyak-banyak kad tu.dannnnnnnnn...faham-faham ajelah kenapa lily pad tu warna pink okayyyyyy.tengok warna blog pun dah faham.HAHAHA.

kerana...saya bagi dua ekor katak & kad nombor enam dekat anak murid saya tadi.tapi tadi saya nampak dia pegang sekor je katak dengan kad nombor enam tu.lagi sekor katak entah pergi mana.motif bagi nombor enam?sebab tadi dia cakap i'm turning six soon.makanya, nah nombor enam, anakku.ecewahhhhh anakku dah sekarang?HAHAHA.berasa sangat dah nak jadi cikgu aku ni.

nasiblah.dapat anak murid 5 tahun yang keletah & cerdik amat serta mulut pot pet.saya sebut nombor dia kira katak.lepas tu dia pulak nak sebut nombor, saya yang kena kira katak HAHAHA.

nak jadi cikgu, kena sabar tahu.


ada gaya cikgu penyabar tak?huehuehue~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...