Tuesday, August 30, 2011

of Practicum & little kiddy

Assalamualaikum & Hello :)

Sebagai mukaddimah,

SELAMAT HARI RAYA
dan
SELAMAT HARI MERDEKA

sini raya besok, tapi tak kisahlah kan.raya dekat sini selalu je overdue [Munirah,2011].HAHA.oh well, aku tak bercadang hendak taip entri seribu perkataan kerana aku begitu penat dan berasa tak larat.boleh diibaratkan bagai orang mengantuk lagi suka kalau disorongkan bantal.eceh.

Practicum is awesome.dua hari menjadi guru, aku berasa suka hati although it's tiring.balik rumah rasa macam nak tersungkur depan pintu.tapi belum lagi.dan harapnya janganlah.boleh sakit jantung jiran kalau nampak cikgu comel tersungkur depan pintu HAHAHA.habis keluar sawadekap kejap lagi kang.

1st day was a bit awkward.those kids are not familiar with this face of mine, eh.ours.some of them called us brown people.wah wah kan.mentang-mentang semua putih melepak HAHA.sekolah yang aku pergi ni high standard, anak orang kaya belaka.nervous memang tak hengat ah.

Alhamdulillah everything was fine and great.cikgu-cikgu semua baik, especially my tutor teacher.she is such a great woman, I must say.seronok bangat.little kiddies apatah lagi.geram rasa nak cubit je semua orang.NOTE: I am working with 5 years old[Year 1].they call me Zati.comel sangat.

semalam birthday two of the girls in class, one of the girl's daddy baked some cupcakes.so waktu morning tea, cikgu dia agih-agih cupcakes dekat semua orang.kebetulan, masa tu I was away to meet my lecturer.the children have no idea what fasting is, what Ramadhan is bla bla bla.but the teacher told them that I am fasting, which I'm not eating the cupcakes.then, one of the boys asked the teacher...

[Boy]Why Zati didn't eat the cupcakes?
[Teacher]Because she's fasting, she only can eat when the sun goes down, when it's dark.*you can't use extraordinary words to explain things to 5 years old kid*.
[Boy] Can we just switch off the lights so it will be dark here and she can eat the cuppies?

nak pengsan aku gelak bila cikgu dia cerita balik.HAHAHA.deyyy comel sangat kenapa?

2nd day was fun, but more tiring.hari ni ada Flower Day.comel gila serius.little kiddies brought fruits,vegetables and flowers to school and make their own creation/model.OMG awesome!hari ni dah tak berapa awkward dah.dah siap beriba lagi dah sorang sorang.manja bukan main.yang takleh blah, ajak aku join aktiviti mewarna.HAHAHA.

semalam, yang boys boleh tahan tahap keegoan masing-masing.rasa nak cubitttttt.hari ni, kurang sikit.sorang-sorang mintak tolong potongkan carrot, tolong tebuk apple nak letak marble.dasyat ah tahap kreativiti sorang-sorang.aku pun tak terpikir nak tebuk apple buat letak marble HAHAHA.

tadi, a kid came and give me a hug.auwwww~



p/s: lenguh-lenguh rasa bahu ni.baru dua hari jadi cikgu, izzati oih.haaaaa~


Sunday, August 28, 2011

sizuka.sampai bila?

baru saja check Nuffnang.tak tak bukan check earning.err check jugak.namun disebabkan aku sedia maklum bahawa pendapatan ialah tipis buat masa sekarang,aku hanya klik, renung lalu beralih arah ke button lain.*sadis lah kononnya kan*.

aku periksa bahagian analytics or analysis or whatever they call it.aktiviti kesukaan aku ialah, lihat keywords yang membawa manusia ke blog ini melalui alam virtual *wallahhhh ayat gila teknologikal*.

keyword paling top dalam carta, world of sizuka.Alhamdulillah tak ada benda-benda pelik mahupun 18XL dalam senarai keywords tersebut.HAHA.namun kebanyakannya berkisar sizuka.samada world of sizuka atau worldofsizuka.sizuka pun ada.

lalu aku terfikir-fikir, sampai bilakah aku akan guna nama 'sizuka' untuk blog ni.2 tahun lagi kah, 5 tahun lagi kah, sampai aku punya anak kah, sampai aku punya cucu kah.*amboi primadona betul kalau dah ada cucu nanti blog ni still ada HAHA*

persoalannya, sampai bila?

Supernatural

p/s: untuk praktikum, akan lenyapkah aku dari dunia virtual ini?

p/s/s: sudah buat Current Status di sebelah kanan sana.bajet ada orang nak tahu perkembangan semasa HAHA.



dah nak Raya

sekejap je rasa Ramadhan kali ni, tetiba je dah nak masuk Syawal.dah nak dekat Raya ni, haruslah buat ucapan Raya untuk orang dekat Msia.semalam aku call mak, tipu ah kalau aku cakap aku tak sebak.sebak di hati hanya aku & Allah je yang tahu.cakap telefon sambil gelak ketawa seronok-seronok.tapi dalam hati, pilu.

aku dengar suara mak pun macam sebak je, tapi dua-dua kontrol macho.

kenapa aku call awal?kenapa aku tak call pagi Raya?

sebab aku taknak pergi sekolah mata bengkak merah macam Edward Cullen.tak stylo ah cikgu mata merah nanti HAHAHA.sempat lagi kan kau.

untuk praktikum nanti, aku dapat kelas Year 1, 5 years old.bebudak dekat sini mula sekolah umur 5 tahun, masuk sekolah sehari selepas birthday diorang yang ke-5.kiranya kalau macam aku, lahir 3 december, 4 december kena masuk sekolah ah kiranya.HAHA syurga tak rasa?lagi lambat lahir, lagi lambat masuk kelas.

habis tu macam mana syllabus belajar diorang?kesian ah budak yang masuk lambat.

untuk itu, kamu kena nantikan entri aku yang bertemakan sistem pendidikan di New Zealand.bila?aku pun tak tahu.HAHA.

aku berdoa agar kanak-kanak akan mencintai aku sepenuh hati.nomnomnom~

hari ni, dapur rumah kitorang berkumandang dari pagi.hebat menggoreng ayam dan mengusahakan bawang cili segala.sebab hari ni ada iftar bersama coursemates.ecehhh.bersempena sebelum memulakan praktikum mungkin.kitorang memang selalu buat gathering bila duduk sini.yelah nak berkumpul dengan siapa lagi kan.sobs sobs.

tetiba rasa macam entri ni tak bermotip.HAHA.otak aku dah merewang ke tempat lain.bahaya ni.HAHA.

untuk itu *lagi*,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN untuk semua yang bertandang ke blog ni.ampun maaf dipinta andainya ada tersalah/terkasar bahasa selama 3 tahun lebih aku menulis blog.0 - 0 ok?heeeee~

tahun depan ada siapa nak datang beraya rumah aku?
punya awal promote HAHAHAHA.

Friday, August 26, 2011

barang FREE

haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii *bajet retis*.OK Assalamualaikum :)

adakah Nabilah saja yang curious mengapa aku menyepi sehari dua ini?kalau Nabilah je, memang I love you Nabilah.kalau ada yang lain jugak, I love you Nabilah and others.boleh ka?HAHAHA.Nabilah haruslah dapat priority sebab beliau berasa penyepian aku.auww sungguh tacing.

padahal takdelah menyepi mana pun.sehari dua je.semalam aku sibuk pergi sekolah, balik petang terus terbongkang.sebenarnya takdelah tunggu sampai rumah, dalam bas pun aku dah terlena secara hebat sampai teleng kepala HAHA.tak nyempat nak berblog sakan.ewahhh.hari ni pulak ada test lagi.memang hebat ah aku bersilat malam tadi.konon je padahal lepas terawih pergi makan ayam goreng HAHA.

aku macam berasa luka di dalam hati *eceh* bila tengok news feed dekat Facebook.semua orang sibuk balik kampung.sobs sobs.Syawal kali ini aku bakal sambut di dalam kelas bersama kanak-kanak Year 1 yang berumur 5 tahun.Raya kali ni kena pergi praktikum wuwuwu~
Praktikum at Ponsonby Primary School [29th August-9th September]

secara silap mata, mid-sem break ghaib secara tiba-tiba.derita tapi benar.

nampak gaya aku memang dah ke laut jauhnya.nah barang FREE sempena Raya.








kalau dapat hadiah kita kena cakap apa murid-murid?
*roh cikgu pendidikan moral masuk badan*


Wednesday, August 24, 2011

promosi terhebat untuk blog comel anda

kata-kata dalam tajuk entri ialah untuk tujuan propaganda-propagandi.tapi betul lah blog anda comel kennn?kalau tak comel pun angguk je lah.HAHA.ok ok semua comel *kang tak pasal ada yang kerja nak melempang aku bulan puasa nih*.

OK.

entri ini ialah suatu entri promosi yang bakal menggamit kalbu sekalian umat manusia di alam maya ini.

rasa sunyi?inginkan teman berbicara?ingin menambah kenalan?

NOOOOOOO ini bukan promosi kena taip ON CINTA ON TEMAN atau begitu begini.NEHI.

tengok tak macam mana blog ni bertukar rupa semenjak dua menjak tiga menjak ni?tuan blog sendiri pun kekadang tak sedar HAHA.pagi tadi header rupa macam ni, petang kang dah jadi rupa lain dah.magika sungguh :D

header

background

untuk makluman anda, design blog ini ialah hak milik sepenuhnya oleh izzati...punya Mr.K.HAHAHA.aku nak buat benda-benda ni?dok ghetiiii wehhh.tengok je muka Mr.K tu macam cool, dalam hati ada taman imaginasi tahap tertinggi wohh.aku pun dah tak terbayang tahap galaksi mana dia punya imaginasi.memang budak multimedia semua otak berimaginasi tinggi ea?

jadi, kalau siapa teringin nak ada Header atau Background custom made, pasal harga, insyaAllah RM20 dan kebawah untuk both items.memang special promotion sekarang ni.nak dekat raya kan.so aku namakan Promosi Lebaran Menjelang Tiba.HAHA.

kalau header fuiyoh fuiyoh memang serah dekat beliau 100%, tapi kalau siapa nak header biasa biasa comel macam Kamal Effendi,Asada Ryutaro,Fareha & Puan Seri, itu gua bisa beresinnn dong.*aku pulak promote diri sendiri KAHKAH*.aku punya header lagi murah lah kan.itu memang pasti.

tawaran istimewa: siapa buat tempahan dengan Mr.K, ada FREE gift untuk anda :)

Doodle Badge by Nur.Izzati.Azhar

siapa cepat dia dapat!heeeee~

NOTE: Mr. KAN juga menyediakan perkhidmatan web design, tshirt design dan lain-lain design.kad kahwin juga boleh rasanya.beliau adalah bekas pelajar Lim Kok Wing University dalam jurusan Multimedia.*ayat aku sangat autobiografi.wallah.*

di sebelah kiri anda, blog designer.di sebelah kanan anda, blog owner.

p/s: kalau berdiri dengan beliau, memang aku akan nampak sungguh tak kurus.tapi berdiri dengan orang lain pun nampak tak kurus HAHA.haiiiiilahhh lemak.


Tuesday, August 23, 2011

kalau sakit hati, cari harimau

.
.
.
.
.
.
.
.
taknak panjang-panjang ah.sampai sini je.

kenapa benda-benda random selalu buat aku ketawa berdekah hah?HAHAHA.blog siapa ada benda random yang aneh-aneh lucu boleh promote sekarang.

baru habis satu test.longlai perasaan [?].

Monday, August 22, 2011

kerepek raya

Dear Silah...also you gorgeous who read this post...


Yang benar,
Izzati Si Peminat Kerepek Bawang/Pisang dan sewaktu dengannya.

p/s: silah, i told you i'm serious.tak nampakkah manusia perantauan yang desperate kerepek ini?HAHAHA.

hari raya = praktikum *sedih*

stylo habes cikgu bawak bekal kerepek pergi sekolah.HAHAHA.

#luarbiasa

Sunday, August 21, 2011

kartun Ramadhan sizuka *forget the past*


this kind of activity *melukis mewarna menconteng* happens accidentally, kadang-kadang few times a day.tapi kadang-kadang tak happens pun.

but in these few days...

NO NEHI KABHI NEHI and DON'T

go away mood menconteng.I have testS *hint 'S'= more than 1 test*

but testS can't stop me from merepek kerepek in my blog.
i wonder why...

Saturday, August 20, 2011

of Rem and my weird behaviour

kenal Rem?err tak kenal?OK.google sekarang.taip Rem Malaysia.ingat.Rem Malaysia.kalau taip Rem je, scroll lah sampai page berapa baru jumpa.this happened to me few seconds ago.terasa loser.jadi kalau taknak berasa loser, taip Rem Malaysia.

jumpa?BAGUS.

tak ada benda luarbiasa dengan Rem.yang luarbiasa, aku.mungkin juga, aku dan adik-adik aku.tak berapa ingat tahun berapa Rem menceburi bidang hiburan tanah air *eceh ayat*.tapi yang aku ingat, masa tu zaman aku dengan adik aku gila hafal lagu tapi tak kenal artis KAHKAHKAH.


ni lagu Rem yang menjadi keGILAan aku dengan adik aku dulu.tapi Rem tu sape?harammmm tak tahu.HAHA.yang kitorang tahu, penyanyi dia kulit cerah hensem-hensem sikit *budak-budak kot masa tu HAHA*

sebab tak tahu nama Rem, kitorang bagi nama sendiri dekat dia.cuba teka.

jeng...

jeng...

jeng...

[jeng jeng jeng bukan nama.ni nak kasi efek saspen sikit]

Prak Prak

tak comel langsung nama kan?sebab apa bagi nama tu?

sebab dalam lagu atas ni, suara Rem banyak pecah-pecah.tapi suara pecah yang sedap.err faham ke?dan bunyi suara pecah dia tu diimaginasikan seperti bunyi prak prak oleh dua beradik yang innocent dan comel yang minat lagu Rem.HAHAHA.

so bila Rem keluar tv...

haaa along tu prak prak!kata adik aku, angah.

p/s: sebab apa aku tulis entri ni?sebab aku duk layan lagu melayu dekat youtube dari tadi.lagu 90-an ok.setakat purnama merindu, a to z memang dalam kepala dah.i kan kanak-kanak 90-an.HAHA.tapi lahir hujung 80-an.cumanya masa lahir tu kan bayi, belum layak dipanggil kanak-kanak.ok merepek.

kenapa merepek?sebab sekarang aku sedang diserang selsema yang aku rasa antara paling hebat dalam sejarah hidup.hidung tersumbat bla bla bla.dan perlu bergantung dengan tisu dan vics.aktiviti menghembus bogie di khalayak ramai boleh dikira aktiviti yang agak memalukan ye.

*bogie=hing*s [kamus kanak-kanak NZ]

p/s: AWAS.next week ada 3 tests menunggu.seperti yang sedia maklum, satu lagi perangai luarbiasa aku ialah, ketika masa kental sebegini aku lebih ADHD dalam mengupdate blog.kali ini, antara YA atau TIDAK.sebab dua tiga menjak ni aku berasa blank.tapi siapa tahu idea muncul dari langit?[?].

kad raya giveaway~!

siapa nak kad raya special dari NZ angkat tangan laju-laju sekarang!

takdelah.

OK.

nak kad raya?

hurmmmm...

hurm...

hurm....

tabiat apakah yang engkau buat nih izzatiiiii

OK serius.siapa nak kad raya, boleh klik sini sekarang.bak kata encik adriad, kad raya ni special dekat tempat lain memang tak ada dekat NZ je ada.NGAHAHA *gelak tak boleh nak sopan ke*.ok.HIHIHI.

haaaa ape tunggu lagi.jomlah join ghamei-ghamei~!*ramai-ramai-loghat pahang*

Jika kita mengejar lailatul qadr dan berlumba menambah kebaikan, maka beruntunglah. Jika kita hanya mengejar raya dan persiapannya, maka rugilah. Ramadan sale is going towards the end. He is ar-Rahman. He is ar-Rahim.

dicopy dari status Kak Qila kite dekat Facebook, dan dipastekan dalam blog Kak Zati kitewww.ewwww~

HAHA.

p/s: aku bila nak buat giveaway kad raya?haaaa~


Thursday, August 18, 2011

Jumaat ketiga, Ramadhan 2011 :)

Assalamualaikum :)

sempena hari Jumaat yang mulia, saya paparkan foto hasil kerja tangan kurniaanNya untuk tatapan semua.semoga, kita dapat sama-sama memanfaatkan bulan yang mulia ini.peringatan untuk diri sendiri juga.


Ramadhan is the (month) in which was sent down the Quran, as a guide to mankind, also clear (Signs) for guidance and judgment (Between right and wrong). So every one of you who is present (at his home) during that month should spend it in fasting, but if any one is ill, or on a journey, the prescribed period (Should be made up) by days later. Allah intends every facility for you He does not want to put to difficulties. (He wants you) to complete the prescribed period, and to glorify Him in that He has guided you and perchance ye shall be grateful.
[Al-Baqarah : 185]

p/s: ada ternampak status someone dekat Facebook.few days ago, if I'm not mistaken.yang ni bukan exactly apa yang dia tulis, but this is what I understand from the quote.

'setiap kali bangun pagi, renungkan.kenapa Allah masih menghidupkan kita walaupun kita banyak berbuat dosa.bersyukurlah.kerana sesungguhnya Allah masih memberi kita peluang untuk menebus dosa dan memohon keampunanNya'

sekejap je rasa Ramadhan kali ni.tup tup besok dah Jumaat ketiga.

Wednesday, August 17, 2011

Tuesday, August 16, 2011

terima kasih, emak :')

entri ini amat berisiko tinggi untuk menjadi sebuah entri berepisod air mata.

asalnya, aku tak mengharap baju raya tahun ni.even tak mengharap mak pos barang-barang apa pun.sebab hujung tahun ni dah nak balik for good.biar aku je yang pos barang dekat mak.camtulah kira.mak ada tanya tanya berapa kali sure ke taknak, sure ke taknak.aku punya ego boleh kira menggunung jugaklah kan HAHA.takpe.along boleh pakai baju kurung tahun lepas.

tapi, mak tahu aku tak banyak bawak baju kurung datang sini.ada 5 pasang je [sikit gila kan].tetiba pulak raya tahun ni aku kena pergi praktikum [lagi sedih ok].orang sini mana tau pun kita beraya.sobs sobs.pergi praktikum kena pakai baju formal.haruslah baju kurung ye tak?ke nak tengok cikgu pakai skirt?auwww HAHA.

minggu lepas kot, aku telefon mak.tetiba gedik tanya pasal baju raya.lepas tu mak offer lagi sekali nak baju raya ke tak.aku tanya, mak banyak orang tempah baju raya tak.kang tak sempat jahit takpelah.tapi mak cakap, boleh je.nanti mak jahit.dah pos mak bagitau.

beberapa hari lepas tu, mak SMS cakap dah pos baju kurung.

seriously, aku tak tahu mak pos baju kurung mana satu.sebab bertambun kain pasang dekat umah HAHA.walaupun aku takde dekat umah, tiap kali diorang beli kain pasang, mesti ada aku punya jugak :').

mata aku berair weh.kejap cari tisu.kalau housemates aku nampak jap lagi,habis.jatuh saham.HAHA.

ok sambung.

lepas 10 hari menunggu, hari ni parcel sampai.excited.tapi sebab aku dah lewat pergi kelas, aku letak kotak atas katil lepas tu terus lari laju-laju *tipulah* pergi kelas.

balik kelas, aku sambung balik perasaan excited yang tadi tu.HAHA.serius suspen sebab aku tak tahu kain pasang yang mana satu mak aku jahitkan buat baju.

bukak je kotak, aku mula lah kan genyeh-genyeh mata.kontrol nak nangis sebenarnya.aku ni nampak je garang macam singa, dalam hati I ada taman bunga tau.HAHAHA.

emak, kenapa sweet sangat?:')

mak, cantik sangat baju ni.along suka :')

lepas tengok baju tu, aku ok lah kan.stabil balik perasaan.eceh.seronok, rindu,sebak tu Allah je tahu.tetiba rupanya ada lagi benda dalam kotak tu,


aku memang lemah bab baca karya tulisan emak sendiri.kalau dalam novel, penulis dia tulis cenggini 'airmata sudah tidak dapat dibendung lagi'.itu penulis novel lah.kalau aku yang tulis, lain ah.lain.HAHA.

tahun lepas, mak kirim kad raya ada lagu yang bikin aku meraung tiap kali bukak kad tu.tak sempat baca lagi pun padahal.bukak je, dengar lagu ne net ne net tu, terus airmata aku mengalir sederas air terjun Niagara.entah-entah kalah air terjun tu.HAHA.

tahun ni, tak ada kad raya.tapi sekeping kertas ni mampu buat aku nangis lagi hebat.

'Selamat memakai baju baru...sorry...kad raya tak sempat beli...nak cepat pos baju raya ni...'

mak,along rindu :'(





Monday, August 15, 2011

salji di Auckland

mula-mula sekali, ayuh kenali sedikit sebanyak tentang Auckland berdasarkan Wikipedia *ekhemm*.

baiklah.tak perlu panjang cerita.kita narrow down topik kepada cuaca.kasi senang cerita.

Auckland, ialah boleh dikata tempat paling hangat di New Zealand.hangat bermaksud panas, dan panas bermaksud tidak sejuk [?].sejuk juga, tapi kalau lawan dengan tempat lain dekat NZ, Auckland tangga tercorot ah kan.bila musim sejuk *macam sekarang*, HUJAN ialah sangat normal dan sinonim.salji?dalam mimpi lah.memang antonim.

On 27 July 1939 Auckland received its only recorded snowfall.[Wikipedia]

aku punya mukaddimah macam berjela kan?ni lah susah kalau kepala dah biasa buat essay ribu ribu.HAHAHA.

ok.hari ni salji turun dekat Auckland.

tak nampak excited?

O-EM-GEE SALJI TURUN DEKAT AUCKLAND HARI NI CAN YOU BELIEVE THAT?


ok.situasi dia macam ni.aku bangun tidur, aku bukak email check apa yang patut et cetera.tetiba tak boleh bukak Facebook.maka, untuk jangka masa sejam lebih, aku tak terupdate dengan dunia luar.*motipnya*

sejam kemudian, dah boleh.macam biasalah, aku memang suka scroll news feed sampai bawah.dannnn aku nampak status orang pasal snow turun.and I was like ??tengok luar terang benderang macam tak ada apa.aku fikir hmmm tak apalah.

hari ni memang sungguh gloomy dan sungguh sejuk secara luarbiasa.4 celcius -.-.tetiba aku nampak kawan aku tweet 'so its really snowing in Auckland'.

aku bangun, terus lari pergi sliding door, menapak dekat balkoni.aku rasa korang dapat agaklah aku nampak apa kan.


dan dalam jangka masa 30 minit, Auckland jadi tempat paling hingar-bingar dalam dunia HAHA.termasuk rumah aku.termasuk apartment aku.termasuk kawan-kawan dekat Facebook.semua orang update status dekat Facebook pasal snow.aku?haruslah tak ketinggalan.tapi ce teka aku taip apa?


tu je yang aku mampu taip KAHKAH.akibat terlalu sangat excited.

Imagine, the last time snow falls in Auckland was in 1939, and now in 2011.sungguh menakjubkan!betapa besar kuasa Yang Maha Agung.Subhanallah.and it's during the middle of Ramadhan :)

Wellington sedang hebat dilimpahi salji sekarang, juga tempat yang asing bagi salji-salji sekalian untuk turun.mungkinkah Auckland juga bakal menjadi seperti Wellington besok?teeeheeee.

p/s: tapi serius oh sejuk gila sehari dua ni.brrrrrrrr~



Sunday, August 14, 2011

Iftar this weekend

Assalamualaikum :)

13th August 2011

we went to Pt.Chevalier.Rose & Ena told me about a 'bukak puasa' event there, every Saturday.untuk manusia yang baru nak menyelongkar 'misteri' Auckland *like me*, this is on my must-do-list, must go.so we went there.and it was a great experience, really.get to know people, as in other Malay Muslims in Auckland yang sungguh ramah and adorable kids muka melayu kacukan dengan accent new zealand.OMG such lovely little creatures!

as usual, she wrote better than me *wink*.so, go and read hers.lepas tu datang sini balik ok *LOL*.

me?oh let me tell you the story with photos, can I?credits to Rose Nina for all the gorgeous photos.since these photos were not mine, so banyaklah muka aku menepek HAHAHA.


siapa nih?


14th August 2011

our awesome cohortmates [Kamala,Fayizah & Nirro] invited us for 'bukak puasa' at their place.serius awesome.rajin gadis-gadis ni masak kari.sedap pulak tu.nomnomnom.sambil makan, sambil bergelak ketawa update kisah kehidupan masing-masing [macamlah duduk jauh sangat kan semua orang HAHA].beramah mesra mengeratkan silaturrahim gitu.dah duduk jauh dengan family, kawan-kawanlah jadi tempat menumpang kasih sayang *eceh*.

oh tahun ni aku belum buat episod air mata sebab parcel dari bonda belum sampai :P



Aten bilang aku nampak pelik dalam gambar ni.mungkinlah kot.(1)sebab biasanya aku menyengih dalam gambar.(2)hari ni warna baju/tudung aku lembut sangat a.k.a tak vibrant KAHKAH *sebab jarang pakai tudung putih*.biasa aku pakai tudung hitam je kennnnn.teeeheeee.

patutlah aku tengok muka aku macam suci murni je HAHAHAHAHA.

*gelak camtu memang tak suci murni dah lah wei*

p/s: hari ni enam tujuh lapan kali cuba call rumah tak dapat.frust ah.


Friday, August 12, 2011

'kan kalo orang puasa mesti sabar eh ma'

kita, kalau puasa, tingkatkan kesabaran, banyakkan senyuman.*eceh*.biarlah orang buat perkara yang paling engkau tak suka dalam dunia sekalipun, engkau senyum aje lah.insyaAllah, hati bakalan tenang walaupun kau rasa nak baling kerusi dekat dia.

sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.


olohlohloh budak gedebush ni buat aku rasa geram nak cubit-cubit pipi dia.celoteh bukan main.tapi tengok mak dia, cool jek uli tepung.teeeeheeee~

p/s: kena praktis cakap Indon nih, nanti pergi melancong negara jiran boleh berlakon jadi orang tempatan.bisa tawar menawar sihhh :D



'Abang, tunggu mak di syurga ya'

ternampak artikel yang dikongsikan di Facebook oleh seorang teman pada pagi Jumaat yang mulia ini.aku baca.melihat tajuknya, aku fikir aku kuat untuk baca sampai habis.rupanya aku tak sekuat yang disangka.separuh pembacaan, aku berhenti sebab tak mampu teruskan.airmata aku menitis sambil aku teruskan pembacaan.habis pembacaan, aku termenung.mampukah aku menjadi setabah ibu ini.kisah benar yang insyaAllah memberi iktibar & pengajaran kepada kita.

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka
lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu.
Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air
bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.
Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turu
n naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia

Abang pada tahun 2007.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana
cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di
sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana

ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di
sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)





:'(

Thursday, August 11, 2011

bila malam bulan mengambang [metaforikal]

ramai yang respon entri kuih berbahaya semalam.ramai peminat kuih-muih rupanya dekat sini.nanti kita buat gathering peminat kuih-kuih ok.semua wajib bawak kuih satu jenis sorang.kuih tunjuk pun kira kuih lah kan?HAHAHA.

dekat sini, kalau jalan malam-malam best.except for the drunk/partayyy people.berjalan menghirup udara segar dan menikmati kedamaian malam.damaikah di sana?jika dibanding dengan KL/JB punya kemeriahan malam *sebab sini bandaraya jugak*, memang kalah mati ah sini.sungguh damai.sejuk juga kerana masih winter.

KOSONG.

bukti?



aku fikir, kerana manusia ramai 'berdamaian' di kelab-kelab hiburan.maka yang berdamaian menikmati suasana malam, ialah manusia-manusia comel yang mencintai alam buana [erk].

kalau mahu buat Guiness World Record juga boleh, tidur atas jalanraya dalam bandaraya.cuba tengok negara mana menang.HAHA.

semakin dekat Rugby World Cup, semakin gundah-gulana hati[hipotesis sains].nanti manusia dari seluruh pelosok dunia datang.mungkin makin susah nak jumpa Kiwis [New Zealanders] yang berhati suci.mungkin suasana malam akan semakin meliar.tatott~*aku rasa aku belum pernah cerita betapa baik orang dekat sini.mungkin sebab itu negara ini ditabalkan antara 10 negara paling selamat dalam dunia.sumber: sini, klik sini untuk tengok ranking dari 10-1 :)*

baiklah.

untuk teka-teki cari beza gambar (1) dan (2) dalam entri ini, seratus kalung tahniah kepada:


sila hantarkan foto favourite anda *pastikan clean & clear* ke email izzatinur33@yahoo.com untuk pemprosesan hadiah mega yang digembar-gemburkan *eceh* semalam.

dan hadiah mega tersebut ialah:

bukan gambar ni lah.ini contohnya aja dong.HAHA.

custom design by me.insyaAllah bukan semua design sama sebijik, cuma mungkin akan menjadi seakan-akan.sebabnya ilham muncul dari akal hak milik jasad yang sama.hehe.konsepnya lebih kurang macam inilah.sesuai untuk dibuat header, banner, mahupun ramuan mata untuk juadah berbuka [?].

p/s: mula-mula nak buat doodle.tapi ada orang cakap doodle aku tak comel, maka tak jadi ah nak buat doodle.HAHAHAHA.

kepada kakak boonga_kecik, kita memang kongsi boss.hehe.kampus kite dekat JB, jauh gila dengan kampus akak boonga yang di Perlis nun, tapi kite orang Pahang *jawab soklan Cik Betty :P*



Wednesday, August 10, 2011

jenis-jenis kuih yang berbahaya [katenyer]

hari ni aku hiperaktif terlebih.post entri sampai tiga kali HAHAHA.Al-kisahnya semalam lepas berbuka, aku diserang migraine.penangan makan coklat bentuk bola dua tiga biji.sungguh sengsara.siapa ada migraine tahulah rasa dia macam mana.pening sebelah kepala.rasa nak hantuk kepala dekat dinding kuat-kuat.haaa memang brutal lah kan.tapi aku tak berapa brutal.jadi aku ambik towel, basahkan, lalu letak atas dahi macam bayi-bayi.auwww [HAHA].

berujuk tajuk entri, aku sepatutnya menaip sesuatu berkisarkan kuih-muih, dan bukan penyakit migraine.maka, marilah ke episod kuih-muih bersama kakak izzati *eceh*.

benda ni aku nampak dekat Facebook, lepas tu aku klik, lalu aku baca.dan aku rasa ianya sungguh menggelikan hati.HAHAHA.oh ya, bila aku pening, aku berasa nak baca benda kelakar yang boleh dijumpai dalam blog macam blog akak senduk.bila baca blog beliau, migraine aku berasa hilang.#magika.terima kasih akak senduk :)

oklah.pasal kuih-muih tadi kan?[merapu kelaut jauhnya].

credits to Farisha Elyana [copied from other surce]

Perhatian, senarai Kuih yang merbahaya![cikgu aku cakap tak pernah ada imbuhan MER-.salah imbuhan, sepatutnya BER-]sempat lagi kau

Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi
Kuih paling keji = Taik Itik
...Kuih bajet cute = Cek mek molek
Kuih untuk awet muda = Seri Muka
Kuih takut untuk dimakan = NAGAsari
Kuih paling ***** = doDOL (ini kuih ke?)
Kuih paling style = Kuih CARA
Kuih untuk mekap = Tepung Gomak
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih berlagu = Qasidah
Kuih ala hispanic = Kuih Lopez
Kuih paling lembap = Kuih Siput
Kuih paling kaya = Jala Emas
Kuih paling jauh = Kuih Bulan
Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
Kuih meletup/pengganas = Kuih Bom
Kuih suka pukul = Kuih Lompang
Kuih dalam zoo = Badak Berendam
Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik = Sampreeeeettttt
Kuih Mami Penang Lip Lap Lip Lap = Kuih Gelang
Kuih suka pow = Pau
Kuih kuat cikcur disebalik batu = Cucur Udangzzzzz
kuih yg bangun sendiri - kuih bangkit
kuih org x mandi = BAU-LU
kuih paling tenteram - kuih makmur
kuih paling banyak = kueh mueh
kueh bajet gebu = apam gebu

aku je ke yang berasa funnehh?

not-very-wordless wednesday.compare and contrast.


1.
credits to Nisa's boyfriend

2.

Kami pelajar University of Auckland, New Zealand ingin mengucapkan Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri buat keluarga kami yang berada di Perak (Kuala Kangsar), Sarawak (Sibu), Terengganu (Marang) dan Pahang (Pekan).Tidak dilupakan kepada warga pendidik & rakan-rakan yang berada di IPGM Kampus Temenggong Ibrahim (JB), MRSM Lenggong, SMK Banting, MRSM Kuantan, SHAH Pekan, juga kepada semua umat Islam yang berada di Malaysia.Dari kiri Khairunnisa, Fatin, Fareha & Izzati.

p/s: cuba tengok apa yang berbeza.siapa jawab betul, ada hadiah mega untuk kamu.[kualiti gambar bukan perbezaan ye :P]

Berita Harian Online | Murid mati makan juadah berbuka


Berita Harian Online | Murid mati makan juadah berbuka

NOTE: biasa orang cakap, berhati-hati di jalanraya.kali ni nak tukar sikit, berhati-hati di bazar puasa.Al-Fatihah untuk arwah adik Nurdini, dan takziah kepada keluarganya.kepada yang berniaga, beringat-ingat selalu.ingatlah orang yang tersayang.

BEWARE


Tuesday, August 9, 2011

air batu campur

NA NA NA tak ada gambar air batu campur dalam entri ni.jangan runsing.padahal aku ni ha betapa susah nak jumpa air batu campur,*memang tak akan jumpa dekat sini* perihal apakah tetiba tulis entri tentang air batu campur?

aku maksudkan, entri ini akan bertemakan bercampur baur seperti air batu campur.*izzati si metaforikal*

aku baru lepas baca blog Fatin, beliau cerita tentang pengalaman pakai Detox Foot Patch yang sedut toksin dalam badan manusia itu.aku manusia,haruslah punya toksin, jadi aku tentulah berminat.sebenarnya dah lama berminat, juga dah menyuarakan kepada emak.tapi emak cakap, tunggu balik Msia lah.kerana kastam NZ sungguh cerewet.patutkah aku retrieve kisah sup bunjut adabiku dirampas kastam?juga kisah serunding dagingku musnah bersama kad raya berlagu yang membawa tangis.tak terkecuali, kisah kuih raya & kerepekku bergelimpangan.

my mum is one superwoman.tahun lalu, beliau giat mengepos barang makanan, bimbang anaknya ini bersedih hati tanpa bungkusan dari bonda.eceh.tahun ini, giliran anak mengepos periuk dan pinggan mangkuk kerana emak hendak merasa pakai periuk dan pinggan mangkuk dari NZ.kalau abah tahu, beliau akan berucap secara terang-terangan sambil jari menunjukkan almari pinggan emak yang berisi koleksi.AHAHA.

aku cakap pasal Detox Foot Patch dengan Kastam NZ tadi kan?HAHA.kelaut rupanya.
aku dah warning entri ni bercampur baur.sabar.sabar.puasa semua ni kan?:P

aku merasa bahawa setibanya aku dekat Msia nanti, aku akan grab KFC dulu, lepas tu Detox Foot Patch.kerana sekarang aku berasa tua.berasa sungguh tak larat dan suka bermalas-malasan.aku fikir ini pekerjaan toksin dalam badan.aku fikir mungkin untuk aku, perlu tampal dua lapis patch.bimbang tak sampai 8 jam, terjadi kes bocor toksin.HAHAHAHA.

tapi betulkah benda sedut toksin ini berkesan?Cik Nina*eceh* kasi link ini dekat aku, minta baca, dan fikir.bagi aku yang tak memihak mana-mana pihak, aku berasa pening.sudahlah aku tak gemar perkataan saintifik dan pelik, diterangkan pula dalam bahasa biologi.duhh.

jika benar berkesan...
Oh Detox Foot Patch, you are my hero.come to mommeehhh.

p/s: ingatkah lagi aku pernah mengadakan GiveAway suatu ketika dahulu?[lama gila tapi baru sekarang nak hantar hadiah.maaf pos dari sini mahal.maka aku kirim dengan orang Msia yang datang bercuti haritu hikhik *gedik*].hadiah anda-anda sudah dipos semalam.dengan ke'efisyen'an Pos Malaysia, diharap hadiah-hadiah kecil semua akan sampai sebelum Raya :)

errr boleh dikira ganti kad raya tak?teeeheee~

Monday, August 8, 2011

syoknya puasa!


tapi jangan pulak waktu Asar dah berbuka ye.kuikuikui *gelak apa neh*

p/s: Click HERE.Wardina Safiyyah is one lovely mother, don't you think?*my mum too*.how I wish to be like them, someday insyaAllah.*berangan nak kawin dia ni*.

Sunday, August 7, 2011

sosej Turks [gambar]

hari ni aku berikrar taknak banyak bebel macam semalam.semalam, awal-awal entri aku cakap aku blank tak tahu nak tulis apa kan.tapi at the end of the day, aku came out dengan entri yang sama panjang dengan essay yang aku patut hantar dekat lecturer.KAHKAH.

OK.

ini sosej Turks.sebagai menghormati kalian yang masih berpuasa *kitorang dah habis terawih teeeheee*, aku hindari diri dari bakar sosej, keluarkan dari oven, present atas pinggan putih bersama sos cili, tangkap gambar dan tepek dalam blog.maka, terimalah gambar sosej yang masih dalam paket.


aku harap usaha aku nak membandingkan sosej Turks dengan sebatang pensil 2B dapat memberi kefahaman kepada kamu-kamu tentang tahap kegemukan sosej Turks ini.

satu paket sosej Turks ialah 1 kilogram.dalam 1 paket, ada lebih kurang 13 sosej.jadi, berapakah berat [dalam gram] untuk 1 sosej?*roh cikgu matematik masuk dalam badan*.


Saturday, August 6, 2011

sosej Turks

actually, aku nak cerita hal kitorang pergi Pak N Save [macam Giant dekat Msia] hari Rabu haritu.tu yang keluar entri wordless wednesday yang ni.tapi entah kenapa tetiba blank.duhhhh tak best ah cani T____T.

just bukan apa, sebab plan nak pergi tu serius spontan.dalam kelas, terbayang sosej Turks.*memang tak patut.sepatutnya dalam kelas kena terbayang buku lah oi*.maka terus terpacul ajak pergi Pak N Save [the only place yang ada jual sosej Turks.].oh sosej Turks sungguh enak dan lazat.TETIBA.

padahal Pak N Save tu bukan dalam city.boleh tahan jauh jugaklah.FAKTA: kitorang ni biasanya kalau plan spontan memang jadi je.tapi, kalau plan yang dah seminggu tu, peratusan jadi ialah lebih kurang 50%.#sungguhluarbiasa.

tiba di Pak N Save.selepas sejam lebih pung pang pung pang tolak troli[s], bukan setakat sosej Turks yang kitorang dapat.ianya berupa stok makanan untuk sepurnama lamanya.KAHKAH.orang nak pergi berkhemah pun tak beli bekal banyak camni.


5 orang, dua troli besar ok adik-adik.besar as in BENAR BENAR BESAR.kalah troli Giant yang dahulunya suka buat aku jalan tak tentu hala dalam pasaraya mega itu.

aik?kenapa barang tu semua tak duduk dalam plastik?korang curik ea?

aah curi sekali dengan troli HAHAHA.

OK ACAH JE.

nak pelastik?bawak sini seposen.nah pelastik sehelai.

kalau beli barang yang bergudang-gudang?

pengsan sebab kena bayar harga plastik sekali
*sebab tu letak barang dalam shopping bag/kotak je*

marilah bersama menjaga alam sekitar *IKLAN*

kembali ke sosej Turks yang sangat sedap itu.

aku fikir, bekalan sosej Turks takkan bertahan sampai sebulan.sebab aku makan dua sosej pada satu sesi *lepas terawih.moreh la konon*, dua hari sekali.NOTA: sosej dekat sini ialah gemuk-gemuk [nanti aku upload gambar].aku tak pasti macam mana aku akan survive dengan sosej Ayamas yang nampak mini di mata aku buat masa ini.HAHAHAHA.*nafsu menggajah*

dan aku semakin tak mengenal erti menggoreng sosej.sebab dekat sini, kami BAKAR sosej *brutal*.sebenarnya masuk dalam oven je.HAHA.bakar lah tu kan?ngehhhh~cepat dimasak sedap dimakan nomnomnom.

SEDAP DAN SIHAT.tak ada minyak.kurang lemak.sungguh enak dimakan begitu saja :D

Oh Turks, kenapakah tahun ni aku baru mengenali dirimu.sobs.*bercakap dengan sosej*

Selamat Berbuka Malaysia!

Friday, August 5, 2011

sweet 555 :)

Assalamualaikum :)

hari ini, hidup ialah sangat huru-hara.bangun pagi-pagi bersiap pergi uni cepat-cepat ingatkan ada meeting cohort, rupanya tak ada.hampa.bukan sebab mesyuarat tak ada.tapi sebab dah bangun pagi-pagi semangat pergi uni walhal orang lain masih di kamar diulit mimpi.lsfhbsidajbt.[HAHA].

lalu terus lepaking di uni, bersemayam dekat computer lab *macam biasa*.aku ialah pelanggan setia syok.org.terima kasih kerana wujud di atas muka bumi ini.dapatlah orang macam aku merasa tengok cerita Kl Gangster yang sangat lu langsi lu mati tu tanpa merasa ketinggalan zaman.

OK.tanpa melengahkan masa...sebenarnya niat aku nak taip sikit je sebab ada assignment yang kena dikerjakan, tapi biasalah kan.bila dah masuk roh blogging, macam susah je nak berhenti menaip KAHKAH.ok fineee bukan roh blogging sebab hari ni aku tak sempat blogwalking langsung T___T.I'm sorry![tiru gaya Amir.prapppp [aik?]

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang raji menyinggah dekat sini.oh ya, perkenalkan pengikut yang ke-555 *kacak gila nombor kan*.

Shahira Meur Johari *takde link bila check profile.kalau ada boleh backlink :P*

I found this on Facebook.THIS IS HILARIOUS!

____________________________________________________________________
p/s: teringat tazkirah yang haritu, lebih kurang macam ni lah.

'kerjakan apa yang kamu katakan.Ia sangat dibenci Allah jika kamu hanya mengatakan, tetapi tidak mengerjakannya.'

For more info, click here.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...