Monday, January 30, 2017

Hong Kong Trip during Chinese New Year 2017

Assalamualaikum. Hi!

Alhamdulillah selesai sudah pengembaraan tiga beranak ke Hong Kong selama 4 hari 3 malam. Sebenarnya tak cukup OK 4 hari 3 malam tapi apakan daya masa beli tiket pun pilih date secara hentam keromo dengan kecekalan di hati dan harapan menggunung supaya departure date mengena hari cuti.

Yay! Tepat 26 Januari sekolah dah cuti. Maka, hati pun lega tak perlu nak kena ambik cuti sebab awal tahun macam ni bos mana bagi cuti oi. Berbunga riang gembira la kekdahnya. HAHA. 

InsyaAllah sangat sangat berhasrat untuk memblogkan perjalanan ke Hong Kong kali ni. 

First, sebab LAMAAAAAAA gila dah tak travel. So this time semangat nak travel tu macam dah muncul balik. Seronok ok travel sana sini (kalau banyak duit boleh la selalu). Tapi, seriously its not about money. Boleh aje nak travel ekonomi. Janji kena cuba. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan. InsyaAllah. Tak salah kalau menyimpan untuk reward diri sendiri pergi jenjalan tengok tempat orang. HEHEHE. 

Kedua, sebab nak kongsi pengalaman sendiri bawak anak kecik pergi Hong Kong secara ekonomi dan dengan bajet sedang-sedang aja. Eh eh takkan lah nak bawak anak kecik duk backpackers? Perlu ke duduk hotel besar dan selesa dan ada bath tub bagai? Adakah selesa budak kecik duduk hotel kecik? Gitew banyak sunggoh pertanyaan HAHAHA.  

Ketiga, its good to share. Sebabnya masa nak pergi Hong Kong ni pun aku banyak refer blogs. Banyakkkkkk blog aku baca dengan pengalaman yang pelbagai. Dan seriously SANGAT SANGAT MEMBANTU. So why not aku share jugak pengalaman aku manalah tahu suatu hari nanti dapat membantu sesiapa sesiapa yang nak pergi Hong Kong yang terserempak dengan blog marhaen aku ni. KEKEKE. 

Please please doakan kakak istiqomah kali ini ya. Rasanya mungkin ada dua tiga empat kali kakak nak buat. Nak divide helok helok supaya senang korang nak refer. Agitew. 


Bye!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...