Sunday, June 27, 2010

geng cendol dan kegilaan malam sabtu

hari ini birthday nuna*kapten pesawat cendol kami*[actually kereta je sebenarnya.haha.mana dapat nama cendol?sebab kereta yang kitorang sewa masa pergi trip waktu Easter Break tu warna macam cendol.YES hijau,terang dan menggamit kalbu.eh silap.menarik perhatian.haha]ini keadaan sebelum kitorang mem'prank' nuna.konon meeting pukul 8.30pm.kitorang dah menggila dekat bawah dalam pukul 7.45.siap sedia semua lah konon.eceh.memang bersiap sedia.bila aten bagitau diorang dah on the way turun kaulah yang paling kalut kan izzati.sampai jerit macam komando tentera suruh semua orang berkumpul depan lif.yang terbaiknya diorang ikut je pulak cakap kau.siap berlari-lari lagi bawak spray kek segala.haha.

ini masa nuna kena serang.tengok muka adrian memang macam pahlawan istana takeshi.penyembur tepat bak kata orang.memang dia hentam dekat muka kaw kaw.mana tak nuna rasa macam nak pengsan.dalam lif semangat nak meeting pasal winter trip berkobar-kobar.tetiba nak keluar lif kena sembur.haha.kesian sangat nuna.aten dekat belakang join berdebar kena sembur.haha.
ini menu untuk birthday nuna.anies si sihat menaja anggur.kek coklat terbaek tu tajaan tim.cikedis yang macam dalam plastik double decker si bas merah tu tajaan chapix.dessert yang ada lilin sebatang tu tajaan nisa dengan aten.mac"n"cheese tersedap ditaja oleh nisya.ok dah.eh sendiri punya belum bagitau.haha.benda pelik dalam bekas bentuk teddy bear tu tajaan bersama fareha & izzati cooperation*pasal nama kau ada lebih sikit ni*haha.well tak tahu nak describe macam mana.semalam diorang tanya 'apa nie?apa nie?'.skema jawapan standard adalah 'korang benamkan sudu dalam tu.cedok.masuk mulut.lepas tu tahulah apa dia makhluk dalam tu.'actually dalam tu jelly perisa*ke perasa?*strawberry.lepas tu dah takde idea pakat dengan fareha sembur whipped cream.lepas tu tabur marshmallow dengan manik-manik*bukan manik yang buat rantai tu.ni manik boleh makan*ke seluruh pelusuk encik teddy.haha.eh lupa encik teddy tu tajaan aten tersayang:)

ini gambar bonus.sila fokus dekat expression setiap entiti.hahaha*sambung gelak*

di sebalik kemeriahan gambar ni ada perangai kurang senonoh disitu.hahaha.eh siapa siapa?tak tahu~

ini kami semua*abaikan yang hujung yang tengah gigit spork[spoon+fork] macam lapar sangat tuh*

semua orang boleh lagi perasan kamera sambil makan.kau boleh makan sampai tak nampak mata izzati.aigoooo.haha~

lepas kenyang wajib kena mengkemas.dah pandai sepah sepah mesti kemas.kalau tak nanti kaki pakcik receptionist naik ke muka.haha.eh bukan.pakcik receptionist akan menarik muka beliau sambil menjeling ke arah karpet-karpet beliau yang diselaputi benda-benda pop-up yang kitorang main tuh.tengok semua orang pun berkemas.abaikan si tukang vakum.beliau terlalu bersantai di situ.

puan puan akak akak makcik makcik.kalau nak vakum karpet tanpa penat sila amalkan teknik ini.vakum sambil bersimpuh.ye sangat efektif untuk mengelakkan sakit pinggang dan lenguh lenguh badan di samping boleh berehat selepas makan.hahaha.boleh praktis dekat rumah cik puan boss nih.

p/s: ok macam biasa.wish untuk semua orang.
HAVE A NICE DAY EVERYONE!

Saturday, June 26, 2010

winter di Auckland

Assalamualaikum hello semua orang.Hari ni kira-kira dah beberapa hari diumumkan telah masuk musim hibernasi bagi penduduk Auckland.eh eh silap.musim sejuk.tapi lebih kuranglah kan.musim sejuk orang banyak tidur sebab malam lama dari siang lepas tu banyak makan sebab selalu lapar bila duduk depan laptop online 24/7.hah siapa tu?tak tahu tak tahu.lalalala~semalam kan...semalam kan...dah habis last paper.hahaha.ok tak kelakar.eh best pulak lagu waka waka nih.ok keluar topik.kalau sebelum ni pagi-pagi tengok asap keluar mulut bila bercakap*bukan merokok okeh.rokok mahal.merokok membahayakan kesihatan.hah kau tetiba masuk iklan pulak.haha*punyalah jakun.tapi semalam sampai penat nak jakun sebab asap memang asyik ada sepanjang hari tidak kira dimana jua anda berada.pagi petang siang malam lim chorr ke ayutthaya ke seoul trading ok mengarut.tapi boleh pulak semalam pergi exam orang lain sibuk bergaya dengan but kasut segala kau boleh pakai selipar getah crocs izzati.mahu beku kaki bila berjalan dalam hujan.rasa macam kena bius.tak tipu.tengok weather forecast dekat atas tu.tu cuaca hari ni [26 Jun 2010].suhu 7°c menunjukkan bahawa berada di dalam bilik dengan heater yang suam-suam air suam adalah sangat lebih bagus daripada bergayutan di luar*hang out*.FOG pula menunjukkan bahawa encik kabus tebal telah datang melawat Auckland hari ini.mari beramah mesra dengan encik kabus.


ini tadi.sekarang encik sunny si sunshine telah menunjukkan taringnya kepada encik kabus.memujuk encik kabus supaya segera meninggalkan Auckland.shhoooooohhhh~siapa dekat Auckland cuba bukak tingkap.rasa nyaman sampai ke tulang.kalah peti ais.

hari ni tak jadi pulak pergi kerja.semalam dah habis semangat tidur awal berkorban sanggup tak tengok brazil lawan portugal.tup tup pukul 3 pagi cik puan boss hantar SMS cakap dia ada hal tak payah datang hari ni.alang-alang dah terjaga konon nak turun tengok bola.hmmph.segan pulak kalau tiba-tiba aku turun bola dah habis,hatiku berkata-kata.tidur lebih baik.haha~tiba-tiba di pagi yang indah nan segar ni sedang aku bercanda ria membaca blog kawan-kawan dapat SMS lagi.duduk dekat Auckland ni bukan selalu handphone berbunyi.sekali sehari pun belum tentu.hah SMS dari cik puan boss yang ala-ala pelakon bollywood lagi.aigoo.hari ni tukar besok?oh my precious sunday.tapi takpe.semata-mata untuk mencari rezeki yang halal rela kukorbankan hari ahadku.eceh ayat nak lawan novel.haha.siapa yang nak tahu saya kerja apa klik sini.

p/s: sekali sekala layan lagu rock kapak syok jugak.kain cinta putih.eceh jiwang pulak.haha.
semuaaaaaaaaa oranggggg have a nice day!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...