Saturday, July 24, 2010

macam-macam

"Girls are meant to be round"

Masa dalam lecture 'educational psychology' hari isnin hari tu tiba-tiba lecturer tersebut mengeluarkan kata-kata hikmat ini.Sangat hikmat.Gadis-gadis yang sedar diri mereka kurang kurus*saya*cough*cough*terus tersentap.terus tanpa sedar dah rasa tak perlu diet makan salad dengan mayonis tiap-tiap hari.kahkah.padahal tak pernah makan salad dengan mayonis pun.Haha.Reaksi gadis-gadis sangat melampau.SANGAT.Ada yang gembira senang hati,ada yang muka pelik.mungkin yang buat muka pelik adalah mereka yang bukan 'round'.haha.saya dikira dalam kategori 'round' jadi saya adalah antara insan yang paling tersengih panjang.kahkah.kan.Rasa semua tahu gadis-gadis sangat sensitif pasal berat badan.yakni boleh tersentap dengan kadar yang sangat pantas.dan mungkin perang dunia kesepuluh boleh tercetus.tak percaya?pergi cuba sana.

"eh kau gemuk"
"kau pernah makan selipar?nak cuba?"

macam tu lah kot lebih kurang.cubalah kalau anda rasa anda sudah cukup keberanian dan bersedia untuk makan selipar atau disepak dengan kejam.haha.lepas tu kalau perang besar jangan cari saya.haha.eh macam kenal trademark selipar tu kan.HAHA.

oh ya hidup sekarang kurang menarik.semester ini tiada exam.Hooray!oh ok bukan hooray.tiada exam bererti LEBIH assignment,report dan sewaktu dengannya.maka hidup akan lebih miserable.Sangat miserable.Tapi tidaklah terlalu komited dengan assignment sehingga mengabaikan blog.TIDAK AKAN.yakni.TAK PERNAH.hahaha.

oh next week we'll start doing school visit.YES.for few weeks on Thursday.tapi tiap-tiap minggu sekolah lain-lain sebab we'll be visiting various types of schools in New Zealand.sound great eyh.HAHA belum great lagi.bernasib baik bermula dengan Primary School dimana kanak-kanak kecil akan mula mengejar dan menyentuh kamu.HAHA.direct translation dari ayat Sheryll.

"Young kids will love you.They'll come near you,touch you and tell you everything they do."

Ah so adorable aren't they?Tiba-tiba teringat lagi hari Khamis hari tu buat Skype Session dengan kanak-kanak 5 tahun.YES.mengajar melalui Skype.mula-mula excited bila tengok list student.semua umur 5-6 tahun.like so comel comel kan.bila dah start Skype mula dah si teacher [saya] jadi the most miserable teacher on earth.HAHA.bukan senang oh nak kontrol budak kecik.saya sibuk ajar dia.dia sibuk tenung muka saya.haha.bila saya tunjuk words dekat dia suruh dia baca.dia sibuk tunjuk storybook dia dekat saya.mahu tak pening aku ni.
"sesungguhnya menjadi seorang guru harus bersabar"

sekian.nanti sambung.nak pergi minum teh o cicah biskut ping pong.HAHA.

Friday, July 23, 2010

adik oh adik

semalam lepas bercakap dengan mak dekat telefon budak kecik ni sibuk nak cakap dengan saya.biasa dia sibuk main bola-bola robot tu tak layan pun kalau saya telefon.HAHA.mak bagitau katanya ada masa dia bising 'dah lama along tak balik rumah.rasa dah lama tak jumpa along' segala.saya sebak.tapi cool.lepas tu mak pass telefon tu dekat dia.eceh.mula-mula segan.lepas tu bercerita tak habis-habis.topik utama anak kucing.baru-baru ni ada tengok adik saya [angah] upload gambar dia [adik] tidur dengan kucing.aigooo~adik bongsu saya ni memang pencinta haiwan.itu dengan kucing.kalau hamster pulak lain cerita.dia boleh letak binatang tu dalam baju sambil tengok tv.HAHA.weird tapi memang dah perangai dia.semalam masa dia cerita pasal anak kucing dia tuh memang tak boleh tahan.sebak,gembira,rindu gila dekat dia.biasa dekat rumah main gusti tiap-tiap hari.sekarang dah jauh bila dengar suara pun happy sangat=').video bawah ni masa call semalam.sikit je tak banyak.nanti ada yang menyampah dengar saya gelak melampau.haha.handphone murah kan so tak boleh nak record suara terus.terpaksa capai kamera dan record handphone tersebut.kahkah~bila masuk bab call rumah ni bolehlah korang dengar saya cakap loghat sikit kot.tapi tak banyak.sikit je.sangat sikit it is.haha.




mana dia belajar warna kuning telur pun saya tak tahu.HAHA.kreatif gila punya nama anak kucing.video ni dah cut sikit.kalau tak nanti habis semua rahsia korang tahu.
*abaikan suara dalam orang dewasa dalam video ni.fokus dekat suara kecik budak tu.HAHA*

the king of the kings kalau buat expression pelik dalam gambar

Muhammad Izham Azhar, 8 tahun

sekarang dah besar sikit rambut pun nak taiko panjang.adik belajar elok elok.kalau degil nanti suruh mak rotan.HAHA.

semalam dia cakap dekat saya:
'along,kalau along kerja dekat kebun [buah-buahan] nanti bawak balik strawberry,raspberry,blueberry untuk adik eh.'
terkesima kakak dia nih.selalu sangat tengok National Geographic ke sampai dia boleh tahu semua jenis berry ni?eh.macam takde kaitan kan.tibe.oh mungkin dia selalu tengok channel AFC dekat astro.mungkin.nasib baik yang dia sebut tu semua memang fruits.buatnya dia sebut blackberry?tak tercapai dek akal kakakmu ini.HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...