misi 2 tahun sekarang dah jadi misi 1 tahun dan 3 bulan.nanti balik Msia nak semua orang terkejut '
wah izzati dah kurus!'.boleh eksyen pakai baju masa zaman anak gadis muda remaja umur 15 tahun dulu dulu.haha.betul tak tipu.salah satu misi ala-ala 'melarikan diri ke negara orang' adalah untuk menyahkan lemak-lemak berkolestrol tinggi dan menjadi slim shady.wah gituh kan~

ini masa sangat baru keluar sekolah menengah.abaikan editing melampau tu.haha.nak jadi balik macam ni.tapi nak lagi kurus dari ini.boleh?tak pasti masa ni dah pergi PLKN atau belum.tapi macam sangat yakin baru lepas habis PLKN.sebab tu kurus.haha.tapi bukanlah semalam habis PLKN hari ini sudah ambil gambar ni.mustahil sebab masa PLKN saya burn sangat teruk.mustahil sangat cerah macam ini.haha.

ini gambar hujung tahun 2008.tak pasti nak kata kurus atau tidak masa ni.sederhana mungkin.tapi mungkin juga era tumbesaran lemak-lemak bermula masa ni.duduk JB best weh.nasi goreng ayam,mi bandung,nasi lemak kukus,nasi ambeng,nasi ayam penyet.siapa taknak makan.tambah lagi ABC Special Plaza Larkin.siapa taknak.aigoooo~
duduk rumah 3 bulan sebelum berlepas ke NZ memang perut sangat bahagia.tiap-tiap hari mak masak best-best.tiap-tiap hari makan banyak.dan tiap-tiap hari lemak bertambah dengan bersungguh-sungguh.sungguh sangat banyak penambahan berat badan sebelum ke NZ.sampai di NZ mengambil masa 3 bulan untuk kembali kepada saiz asal masa dekat maktab.dengan usaha yang sangat keras dan kental.

ini sekarang.erk beberapa minggu yang lalu sewaktu Cendol's Winter Trip.misi sekarang adalah untuk menturunkan lagi 10kg.tak tahu mungkin atau tidak mungkin.namun akan berusaha bersungguh-sungguh sewaktu Ramadhan ini.5kg pun akan sangat berbaloi-baloi.sudah ramai di Msia yang mencabar saya.inginkan perubahan sewaktu saya balik nanti.akan kubuktikan!*tetiba semangat membara*haha~
siapa lagi nak cabar?haha.cepat cepat.bagi semangat.kalau ramai lagi yang cabar baru saya rasa tercabar.kalau sikit orang cabar mungkin saya rasa macam
'oh sekeping dua coklat ni boleh lagi nih'.HAHA.oh ya mungkin ada yang pernah baca entri
girls are meant to be round bukan?betul tapi takkan kamu mahu jadi round?mungkinlah bukan round.mungkin sedikit sfera.tapi bukan round.betul?
duduk dekat NZ sangat mencabar kalau nak menturunkan berat badan.coklat murah sangat!
p/s: siapa nak cakap saya kurus boleh cakap saya kurus.ataupun sederhana.sebab saya tinggi dari gadis-gadis biasa.tinggilah sangat kan.167 cm.BMI sekarang pun dah normal.tapi terlalu dekat dengan obesiti berbanding kurang berat badan.haha.tapi saya taknak aneroxia herbosa.ke berbosa?ke barbosa?ah abaikanlah.tapi nak turun berat badan.tu je.jadi tolong cabar saya please?