Tuesday, May 10, 2011

of Shopping Diary

shopping diary?macam glams habis kan nak ada shopping diary sendiri.HAHA.lepas tu menangis mengenangkan duit yang berterbangan bagaikan dedaunan kering T_________T.but I don't have one.yes I am a-shopping-maniac, tapi takdelah sampai nak tulis diary tentang shopping.nanti kalau mak jumpa, haruslah kena perli sehingga ke akhir hayat.dannnnn kalau saya dapat tengok berapa yang saya dah habiskan untuk shopping sahaja, serius mesti rasa macam nak tumbuk diri sendiri.

perempuan, biasalah.

Zack pun sampai tergugat bila tengok SALE, saya apatah lagi.HAHA.bertemankan my partner-in-crime, berani pulak jejak kaki dekat Queen St.sekali jejak kaki, memang takkan berpatah balik.

tetiba, kiri kanan SALE.and we were like...





see what Fareha had bought here.saya?nai nai nai.tak perlu kot.HAHA.yang pasti, memang puas hati.walaupun duit takde, we can still have fun to shop.wheeeeee.Alhamdulillah, rezeki Allah.

kalau nak cerita pasal shopping dekat sini, memang tak pernah cukup duit.HAHAHA.I am not a fashion-maniac, tapi still kuat shopping.cuba bayangkan kalau yang fashion-maniac semua datang sini?surgaaaaaaaaaa donggggg.banyak fesyen zaman sekarang ikut trend western kan.so kalau dresses, blouses, skirts, shoes, boots, handbags, belts et cetera tu haruslah mudah gila nak jumpa.plus, murah.cuma dekat sini takde jual shawl aje lah.HAHAHA.

tahu mak saya cakap apa.ni balik hujung tahun ni beg berat dengan baju je lah.
KAHKAH.

nanti sampai rumah, haruslah mak saya...



sebab anak dia tak pernah gila baju sebelum ni.sampai dia kena offer nak beli baju baru ke tak.sampai sini, hah kauuuu nak runtuh almari baju dia je.HAHAHAHA.


Monday, May 9, 2011

Maori Experience, super awesome! Part 2 :)

untuk Part 1, boleh klik sini.

Ata Marie~![Good Morning!]



our morning started with the voice of this little sunshine, Danaka.dengar bunyi bising-bising, dia terus keluar bilik.mula-mula jenguk je, sambil buat muka comel.bukan main sengihnya.


takde orang yang tak suka Danaka, si kecil bulat ini.sampai khairul yang tak pernah jumpa Danaka langsung pun boleh buat Danaka jadi profile picture.saborrr je lah.

breakfast secara meriah
.nom nom nom.actually tiap-tiap kali makan memang meriah.penuh pinggan yawww.tak kisahlah kau gemuk ke kurus ke sederhana ke.walaupun banyak salad.tapi salad bagus untuk kesihatan, tahu.


sarapan bagus untuk kesihatan.maka, jangan skip sarapan.padahal diri sendiri pun selalu miss je sarapan sebab khusyuk sangat blogwalking.HAHAHA.

lepas sarapan, merayau dengan kamera.bateri tinggal satu bar.T_____________T.namun, sempat bergambar dengan Gazza :)


kacak-kacak je semua orang kan.SABAR, jangan gelojoh kalau nak puji orang.tengok next photo.


i told yaaaaa.HAHAHA.OMG nak terpengsan tengok muka sendiri.patutnya muka kena garang.tengok muka sendiri, macam mengejek orang ada jugak.HAHAHA.

selepas itu [tetiba kan skema] kitorang mengayam ketupat!ketupat lah sangat.gelang je padahal.tapi gelang yang menyerupai ketupat.errr faham ke?masyarakat Maori guna daun nama Haratiki kalau tak silap untuk buat benda-benda anyaman ni.kuat yawww daun dia.macam mengkuang, tapi bukan mengkuang.William [tukang ajar menganyam] cakap daun ni ada dekat New Zealand je.



*nama tukang ajar paddling semalam Tony.hilang ingatan sekejap HAHA*

selepas beberapa belas minit, bertungkus lumus sekreatif mungkin bersama dedaunan hijauuuuuuuuu.jeng jeng!


ini masih bertungkus lumus.sekejap.


jeng jeng jeng!Aten, si tangan kurus & Izzati, si tangan gemok bersama gelang Haratiki mereka!


habis menganyam gelang, masa untuk screen printing.gali-gali harta karun pakaian dalam beg, akhirnya Tshirt OMGku menjadi mangsa.


that's not my finger.jari saya lagi gemok.HAHAHA.actually ada je gambar saya tengah buat screen printing.tapi muka nak serius sangat macam tengah uruskan harta benda negara.kahkah.


yay~!

habis screen printing, anak-anak dara dan jejaka sekalian duduk di birai tangga sambil buat Poi.apekah itu Poi?


ini Poi.digunakan dalam persembahan oleh masyarakat Maori pada zaman sekarang.zaman dahulu, digunakan sebagai alat pembantu senaman untuk menguatkan pergelangan tangan supaya senang melibas parang dan pedang ketika berperang.errrk.tapi obviously yang untuk persembahan ni ringan je.dalam benda putih tu ada kapas.belit belit masuk tali, then ikat.lepas tu pusinglah nak buat macam Rambo ke Rango ke.ikut suka kauuu.HAHA.

sebelum balik, bebudak lelaki sempat buat Kapa Haka dengan Gazza.nanti saya upload video.tapi later lah okay.mana yang nak tengok izzati berHaka tu, tak dapek den nak nolong.bateri kamera habis.tetiba kan padahal takde kaitan.HAHAHA.

berkemas, lunch, nyanyi lagu ikan paus, kutip beg, ambik gambar group dan naik shuttle ke jeti.


We had such a great experience.Kia Ora~!


p/s: nanti kalau dapat anak perempuan, nak ikat rambut dia macam ni lah jugak.comel kot.


comel tak?HAHAHA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...