Saturday, May 28, 2011

bukan seindah biasa

tahun tiga pengajian ialah bukan seindah biasa.lebih banyak cabaran, lebih banyak pahit getir.

stress.

dear chocolate, i love you.



Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

p/s: kekunci 'shift' tercabut.tak reti pasang balik.mula nak emosi.

Friday, May 27, 2011

wow macam NY lah~!

ini cerita Jumaat minggu lepas.

pulang dari kelas, macam biasa hati senang oh-la-la kerana weekend sudah tiba.yakni, masa untuk lari dari kesibukan dunia.ecehcehceh.tetiba teringat kupon GrabOne-Skytower yang belum diredeem.lalu terus buat keputusan secara mendadak.

trutttt trutttt [bunyi SMS]

Jom naik Skytower malam ni.

Eh tapi kan Friday Night?
NOTE: Friday Night & Saturday Night disini ialah agak buas.BAHAYA untuk kanak-kanak.

Tak apa.Kita tak lalu depan Casino.

Yelah kan.kita pergi lepas Maghrib lah camtu.dalam pukul 5.45pm dah boleh gerak sebab Maghrib pukul 5.19pm.

Baik punya.Roger bila dah nak gerak nanti.

Jam 6 petang waktu Auckland, tiada lagi Sang Suria.gulap-gulita yawww.

Excited.Pertama kali naik Skytower walaupun dah dekat setahun setengah duduk Auckland.HAHAHA.ini pun kerana GrabOne yang sangat murah hati bagi separuh harga untuk naik menara.kami terus grab.ini namanya aksi yang tak memerlukan pemikiran.

SkyTower tidak setinggi KL Tower atau KLCC.comel comel aja macam Sydney Tower juga.

sebelum balik Malaysia, habiskan pusing satu Auckland.
matlamat hidup lah kononnya kan.ecehcehceh.

lif cantik dan besar dan mengagumkan.ternganga.macam tak pernah naik menara HAHAHA.cuma ini first time naik menara waktu malam.

sampai atas, aku menjerit teruja tengok lampu-lampu.hilang kawalan diri.

WOW New York~!




nampak sangat hilang kawalan diri


pelawat-pelawat menara


layan jiwa sikittttt







NOTE: SkyTower has few sections of Glass Floor.which means it's transparent and you actually get to see things below you~!





DONE.satu benda dalam wishlist dah boleh tick.

hujung minggu diisi dengan aktiviti dalam rumah semata-mata.nice.

hujung minggu ni macam mana pulak?

oh lupa.kena hadap buku.selasa depan ada ujian T______T.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...