Thursday, June 9, 2011

sweet 555

555, ialah bukan ulangtahun siapa-siapa.tak perlu ada adegan tiup-tiup lilin mahupun wishing upon the star[?].

setelah hampir 4 tahun punya blog,



maka, yang ini ialah bernombor 556 punya entri.perlukah bikin celebration?

oklah.

*tiup belon letup letup cucuk dengan garfu sambil main bunga api dengan mercun bawang*

dengan ini, aku hendak post gambar-gambar yang tak berkaitan secara paling random dalam dunia.ibaratnya, ini entri paling random-dan-tak-ada-kaitan yang aku pernah buat.HAHA.


punyalah aku tak ada pekerjaan duduk rumah sorang-sorang.random gila punya lukisan.huruf 'O' pun aku sendiri tengok dah macam onion rings.HAHAHA.kalau bab membazirkan dakwat pen, aku memang hero.lagipun, aku lagi minat pen hitam dari pen biru.entah kenapa aku rasa pen biru tak cukup dramatik.KAHKAH.


ini hasil buruan perempuan-perempuan yang keluar mengukur sebesar mana Sylvia Park haritu.dalam setiap satu beg plastik itu, punya lagi beberapa plastik.bermaksud, dalam plastik ada plastik dan dalam lagi satu plastik ada satu lagi plastik lainnya.aku lastik jugak engkau ni hah cakap apabenda pun aku tak faham.that's what we call critical thinking yaww.HAHAHA.

ouch lupa bagitahu emak haritu beli steamer tiga tingkat.dush~!


masa ini aku bangun stretching selepas kesekian kalinya bersila buat assignment.haruslah cabut kaki harimau hikmat tu sebab nak stretching.kalau tak cabut, aku rasa macam penari ballet dengan kasut mcdonald.KAHKAH.aku rasa pemandangan ini macam dramatik, dan mungkin boleh mengundang memori awal dan akhir kalau aku renung gambar ini 3 tahun lagi :')


3 harta yang semakin bertambah saiz untuk kesekian kalinya.teringat pertama kali beli kamera.terbayang wajah gembira dengan mata berkaca-kaca ketika aku mula punya kamera.indah.sangat.ecehcehcehceh.dan kali ini, masa untuk melepas si sederhana kepada fareha.tengok macam mana aku mengerjakan beg-beg kamera sendiri.semua benda aku nak letak.okay.fine.beg berhias.KAHKAH.aku masih punya si kecil, bercadang nak jual juga.si besar baru tiba dari Korea hari ini.happy, YES.semua benda aku boleh sumbat dalam itu.NICE.

setelah hampir 4 tahun punya blog, ini pertama kali setiap perenggan aku ibarat monyet dengan kerengga.tak apalah, sekali sekala.lalala~

Wednesday, June 8, 2011

sepatutnya suka ria, tapi...

entri sebelum ni nampak macam wah izzati and girlprensss partayy sakan ah hari nih.



YES we do. selesai submit assignment, kami pergi Countdown beli groceries.selesai mengerjakan groceries, hambik kau penuh tangan semua perempuan ni.sampai kena berhenti sekali-sekala melepaskan lelah di tepian jalan[?].

EXCITED first time guna HOP.macam-macam invention wujud dekat Auckland sejak demam Rugby World Cup melanda.ecehcehceh.

EXCITED susun barang dalam fridge.fridge yang kosong semakin dipenuhkan.perempuan-perempuan semua senang hati.

*housemates aku main jerit-jerit tepi tandas.terkejut terkejut aku menaip*

ok sambung.

malamnya, kami makan sosej sambil seronok seronok layan lagu Ziana Zain & Siti Nurhaliza.tone suara diperhebat, berdoa agar hujan tak turun mencurah HAHAHA.

namun kami 'hiasi' malam selepas submit assignment yang ceria ini dengan aktiviti yang menguji tahap jeritan dan ketinggian pitch suara masing-masing.sweet hoh?

aku percaya kata-kata bahawa cerita ini sangat seram.aku memang kurang minat cerita hantu yang melibatkan penderaan hati dan suara penonton.kerana aku penjerit tegar, namun tetap akan tonton sampai habis dengan jeritan yang bersambungan tanpa henti.HAHAHA.

aku bawa Mr.Fluffy tonton sama-sama, tapi aku menyorok belakang dia.KAHKAH.dan aku tonton dari celah jari.do I look funny?yeah i think so.

menonton di ruang tamu rumah sendiri, bertemankan housemates sendiri dengan hanya satu lampu yang dipasang.cukup seram eh?

apabila ada scene yang aku rasa tak-patut-tengok-kerana-mungkin-sangat-menakutkan, aku akan pandang housemates yang sedang menonton, buat signal dan mulut aku akan mula bising.

apa jadi weh?
bunyi apa tu?
siapa yang muncul?
ada berapa?

et cetera et cetera...

dan bila housemates menjerit, aku akan tumpang berpadu suara menjerit sekali walaupun aku tak tahu apa jadi HAHAHAHA.

funny gifs

cerita ni saspen ok.punya banyak adegan terkejut terkejut dan gelap-gelap.aku betul tak minat gelap-gelap nih.tak nampak benda apa yang ditengok.tapi itulah motip cerita hantu ye tak, bila yang tak ternampak akan dinampakkan...

cis apabenda yang aku merepek dengan perkataan 'nampak' nih.

aku tak puas hati dengan ending dia.ending jenis macam ini memang aku rasa nak klik dislike banyak-banyak sebab tergantung.rasa macam nak pergi mengadap muka pengarah tu tanya dia apa ending cerita nih.dan mintak dvd free sekali.HAHAHA.

penat tau tengok cerita yang ending dia tergantung tak bertali macam ni.duhhhh~

tired Pictures, Images and Photos

tulah pasal housemates main jerit-jerit tadi.HAHAHA.sesi melepaskan emosi lepas habis tengok cerita ni.sabor je lah.

p/s: tapi cerita ni best oh.terbaik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...