Wednesday, July 13, 2011

Auto 6: Of Tun Teja & Chempaka Sari

tahun 2009

duk belek-belek folder gambar dulu-dulu, terjumpa gambar ni.rasanya mesti ada antara anda-anda yang kenal dengan diorang kan?teeeeheeeee.kitorang satu blok masa dekat maktab dulu.pup pap tahun ni diorang dah final year dekat maktab.diorang ni saya punya senioritas.tak sempat nak jumpa.sobs sobs.kalau nak tahu, ni lah geng rockers Blok F dulu.HAHA rockers lah sangat.

klik sini untuk ke blog Miss Chempaka Sari
klik sini untuk ke blog Tun Teja
stay sini untuk ke blog Sizuka Izzati *HAHAHA*

aik baru perasan.nama aku je tak berapa nak tradisional.KAHKAH.

Tuesday, July 12, 2011

Auto 5: retisss

duduk dalam negara, tak ada peluang jadi retis.duduk luar negara, peluang nak jadi retis macam cerah sikit.KAHKAH.apa ayat aku neh.macam annoying je duhhh -.-.takdelah main-main je.hekhek.apa kau gelak gedik camnih lesing kang.

actually benda ni lama dah.boleh kata few weeks ago.eceh.kitorang punya aktiviti makan-makan macam hebat luar biasa sikit tahun ni.terus jadi salah satu punca duit habis.dan tempat favourite, Bali Star.yezza citarasa Indonesia.ayam penyet dengan ayam balado dia tarrrrbaik.Bali Star ni area Foodcourt, so banyaklah jugak kedai makan lain.memang selalu ramai orang dekat situ.kata tempat makan.HAHA.

tengah syok makan, kami disapa oleh dua orang jejaka.cina.sorang pegang mikropon warna merah, sorang pegang kamera yang macam dalam penggambaran filem tu.aku terpana tengok kamera KAHKAH.takdelah.aku tengah duk makan ayam masa diorang datang tepi meja.

Hello misses, we are from World TV.It's a chinese tv show.We would like to interview you guys about foods here.Is it okay with you?

serta merta aku nervous.HAHAHA.Fareha macam biasalah.beliau memang cool.Nisa pun.dua orang ni memang pandai buat muka chillax.aku je yang tak reti kontrol gabra.ibaratnya kalau lupa pakai nametag dekat sekolah, aku lah muka yang kena cekup dulu HAHAHA.

waktu Nisa kena interview je aku sempat grab kamera

Fareha kena interview dulu, kena cakap depan kamera dengan mikropon merah besar.lepas tu Nisa, lepas tu tetiba aku kena.ingatkan aku terlepas.serius aku ingat aku terlepas.HAHA.tapi soalan dia serius menterkezutkan...

What do you think about Indian foods?Do you like it?

and I was like WHATTTTTT.bukan ke tengah makan makanan Indon nehhh.[dalam hati]

kesannya, aku duk ulang perkataan spice,spicy dan spices secara berulang kali.redundant kata orang putih.KAHKAH.bayangkanlah, dengan mikropon warna merah depan mata, dengan kamera besar dihalakan ke arah wajahku.tak ke blushing tetiba duk ulang perkataan yang maksud dia lebih kurang sama?HAHAHA.

ada junior tengah makan dekat meja tepi belah sana sikit.lepas dua orang jejaka tu berlalu pergi, dia cakap...

fuiyohhhhh retisss tv cina woooooo.

HAHAHA.international retisss.KAHKAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...