Thursday, August 4, 2011

Puasa dekat Auckland.seronok ke tak?

entri ini ditujukan istimewa *eceh* kepada Prince Halilintar dan jugak Hakak CNN sebab diorang tanya macam mana pengalaman berpuasa di perantauan [Auckland, NZ].

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.lebih baik di negeri sendiri.
apakah mimpi tetiba keluar perumpamaan nih?

LUARBIASA.mungkin itu perkataan yang paling cocok sekali *redundant punya ayat*.puasa dekat sini memang tak sama macam puasa dekat Msia.oklah.ada je yang sama.niat puasa, puasa tak makan tak minum menahan nafsu dan sebagainya hal-hal agama dan hukum-hakam itu mana boleh berubah ikut tempat.jangan memandai heh :P

OK.kalau benda-benda macam tu sama je dengan Msia.apakah keluarbiasaannya yakni macam manakah berbeda puasa di Msia dengan dekat Auckland?

1) puasa di musim sejuk.

tahukah anda, semakin rendah suhu sekeliling, selera perut untuk diisi dengan makanan ialah sangat luarbiasa hebat?OK.contoh kalau dekat Msia, kalau orang-orang Pantai Timur *sep sikitttt*, hujung tahun tu biasalah banjir kilat hujan lebat bagai sampai kena pindah-randah.kalau aku, waktu itulah aku punya selera bukan main menggajah [?].bila hujan, lapar.bila lapar, hujan [?].

sampai sini, memang aku jadi king kong ah bila winter.HAHAHA.asyik lapar je.soooo, bila puasa, itu salah satu dugaannya.perut cepat lapar.TAPI, tak dahaga.sebab sejuk.#luarbiasa.

2) sahur habis 5.40am, bukak puasa pukul 5.30 petang

disebabkan musim sejuk, siang ialah lebih pendek dari malam *tidur sungguh enak*.lalu membawa kepada, waktu Maghrib/Iftar lebih awal dari biasa [compared to Msia] iaitu 5.30 petang.seronokkah?siapa tak seronok berbuka awal?#luarbiasa

3) dugaan orang sekeliling yang hebat tak terkata

di Msia, the majority people are Muslims.maka, pada bulan Ramadhan, HAMPIR semua kedai-kedai makanan akan ditutup sebagai tanda menghormati orang yang berpuasa.disini?NEHI HE.mereka beroperasi seperti kebiasaannya.kerana Muslims ialah minority group.bahkan ada yang tak tahu pun kami berpuasa,except for our lecturers sebab bila fasting month, pelajar tidak akan hiperaktif macam biasa HAHA.#luarbiasa.

[IMAGINE]
Queen Street ialah tempat shopping dan jalan-jalan paling cool di Auckland.*aku duduk Queen Street sebab tu duit banyak habis HAHA*.si gadis berhijab yang sedang berpuasa berjalan menuju ke kedai kamera yang berjarak empat blok dari rumahnya pada pukul 12.30 pm [lunchtime].dalam perjalannya, kiri-kanan manusia bersesak kesana-kemari.ada yang bawa Sandwich Subway, Kebab, Mrs.Higgins Biscuits *yang sungguh wangi & sedap*, Dunkin Donuts, Wendys, Burger King dan et cetera untuk lunch.

teka teki teka tekuk : nyatakan tahap kehebatan dugaan yang dialami si gadis mengikut pendapat anda [SANGAT HEBAT/HEBAT/BIASA/TAK TERGUGAT PUN]

4) tak ada Bazar Ramadhan

Bazar Ramadhan ialah satu jenis perkara yang menggamit suasana Ramadhan tu sendiri, aku rasalah.sebab bila pergi bazar, rasa macam seronok puasa.ye tak?ke tak?errr takpelah HAHA.sini tak ada bazar.lalu membawa kepada, gadis-gadis dan jejaka-jejaka beraksi hebat di dapur rumah sendiri.mengasapkan semua yang boleh diasapkan.yang juga membawa kepada, kebuntuan nak masak apa tiap-tiap hari.dah feeling mak-mak gitewww.kalau jejaka, feeling bapak-bapak giteww.HAHA.#luarbiasa.

5) masak sendiri

waktu duduk dekat maktab JB dulu, kitorang tak boleh masak sebab duduk asrama.nak ke taknak samada pergi mencongok dekat Medan Selera depan maktab tu, takpun pergi surau.memang tak merasa nak potong bawang ayam semua tu lah.

orang biasa cakap, budak belajar jauh ni biasa pandai masak.sebenarnya, yang jadi pandai masak tu sebab dah tak ada orang lain nak masak.*sedih*.macam akulah, teringin nak makan masak lemak cili api kari bagai.nak tunggu balik Msia?menangis air mata kucing dulu lah aku.

dulu, kawan mak aku beria cakap dekat mak aku jangan bagi aku pergi jejauh.nanti homesick, susah duduk tempat orang yada yada.sekarang, aku bersyukur mak aku bagi aku datang belajar dekat sini.walaupun dalam hati ada rindu *eceh*, mak hantar kad raya bunyi-bunyi pun nangis seharian [HAHA], aku dapat belajar berdikari & masak sendiri.kalau dulu aku bakar kek pun hangus, sekarang kek coklat moist dah nampak macam kek.Ddukboki pun dah pernah cuba masak.teeeheee.tak yah susah-susah spend duit dekat kedai makanan Korea.#luarbiasa.

gila panjang entri nih HAHAHA.bukan main seronok aku menaip dari tadi sampai tak sedar diri.

OK.sampai disini saja karangan ini *macam surat tak rasmi*.

pelik pulak entri aku banyak perkataan macam ni.#luarbiasa.
____________________________________________________________________
ingat lagikah bahawa aku punya kamera yang seberat batu-bata itu?HAHAHA ini salah satu hasil tangkapan menggunakan kamera tersebut.baru lepas develop film tadi.


p/s: Selamat Berbuka!sini dah nak berbuka dah.teeeheeee~

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday.meri floweri girl hei.


de grande VS de petite
^__^
source: Fareha's phone :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...