Wednesday, July 25, 2012

cerita ceritu Ramadhan 2012

Assalamualaikum & Salam Ramadhan Al-Mubarok (loghat Pahang)

update versi pantas.jadi mari kita gabungkan kisah satu minggu menjadi satu.

Bazaar Ramadhan.
been there.twice.two different bazaar.dan hampir tumpas di medan perebutan membeli juadah.mujur mujur tak pengsan je.orang ramai takyah kira lah.masa pergi yang dekat Giant Extra haritu, siap bertolak-tolak.mujur tak tersembam atas ayam golek.tak pasal-pasal terbukak puasa.setelah diconsider, bazaar hanya akan dituju ketika hari minggu, iaitu hari kekuatan badan ialah dua kali ganda.kalau pergi hari sekolah, memang lembik lah cikgu.

excited.haruslah sebab dah dua tahun puasa tanpa pergi bazaar Ramadhan.tapi bila tengok orang ramai, jadi macam nak pitam pun ada.beli nasi sebungkus terus cabut lari.tak sanggup bersempit bermadah helah celah-celah orang.nak memilih pun terus jadi tak kowser ahkak.

what's up?
FA.IZ Photography dalam mode pause ketika ini.agak sibuk di sekolah.plus, kamera aku dilanda kulat disebabkan ketidakprofessionalan suatu pihak (malas nak mention nanti emosi tak pasal).aktiviti dikurangkan atas faktor-faktor yang lebih perlu dititikberatkan sebagai pelajar tahun akhir.foto masih banyak belum diupload (itu berpunca daripada tahap kemalasan melampau tuan punya blog.harap maaf.)


my cikda is so dirty.ketebalan kotoran sudah hampir 3 inci.foto diambil ketika kali terakhir beliau dicuci secara manual beberapa minggu yang lalu.punyalah tak ada masa nak hantar cuci kononnya.nak buat macam mana, bila nak hantar cuci, hujan pula.tak ke membazir tu ye tak?


but thanks to cikda's colour, kotoran 10 inci pun agaknya tidak berapa kelihatan dek pandangan mata kasar.HAHAHA.


currently reading this and i'm so into it.simple yet funny.bought in Auckland last year tapi baru baca tahun ni.irony much?HAHA.

till then.I don't know when I'm gonna write again.

take care, peeps.


Thursday, July 19, 2012

Ramadhan 2012

Alhamdulillah.
diberi peluang bertemu Ramadhan (insyaAllah) di tanah air tercinta, setelah dua tahun bermusafir di bumi asing.gituh kan ayat tak boleh bermadah helah lagi.
semoga kita semua sentiasa diberkati dan dilindungi Allah S.W.T sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ni.azam Ramadhan kali ni, aku mahu menyahkan lemak-lemak degil melampau.katanya nak beraya sebagai Megan Fox Malaya.HAHA.

dua tiga menjak ini, aku ketandusan idea untuk berblog.kekreatifan banyak disalurkan ke tempat lain, yakni bilik darjah.setiap hari, muka aku yang pergi fotostat worksheets.setiap masa, meja aku paling teruk bersepah dalam bilik guru semata-mata buat teaching aids.cebisan kertas berterbangan seantero dunia, akulah punya pekerjaan itu.

anugerah guru berdedikasi, please.

Selamat Berpuasa buat semua.aku dah berasa bahang bahang kesibukan sebagai bakal guru.tak terbayang cemana kalau dah kahwin lepas tu jadi cikgu.ok salah.jadi cikgu lepas tu kahwin.kena jaga suami lagi, anak murid lagi.budak darjah 1 lagi.

aik apasal budak darjah 1?

sebab diorang ni manjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tahap ketujuh puluh tiga ribu billion.semua benda nak cerita dekat cikgu.tak kiralah cikgu tu mengajar dia ke tidak.pukul berapa pun nak bagitahu cikgu.jam baru, kasut baru, kena cubit, kena pegang semua bagitahu cikgu.paling comel, duit sepuluh sen jatuh dalam longkang pun report dekat cikgu.cikgu cakap "alah seposen je pun" dia cakap "nak jugak".mujur cikgu cakap "nanti cikgu bagi seposen dekat awak".kalau tidak, mahu diangkatnya penutup longkang demi duit seposen tersayang.

guru penolong kanan bercakap dekat depan, diorang sibuk nak bercerita dekat cikgu.mentang-mentanglah cikgu harini comel terlebih sebab pakai tudung bersulam atas kepala dari Indonesia.

OK.SELAMAT BERPUASA (baru sedar dah kelaut padahal sepatutnya tulis pasal Ramadhon je HAHA)

lukisan paling cincai cincau dalam dunia.

Semoga Ramadhan kali ini dilimpahi rahmat dan barakah dari Allah S.W.T.
Jom banyak banyak baca Quran dan kumpul pahala!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...