Saturday, May 21, 2011

akan datang


'akan datang' bermaksud tidak semestinya esok, lusa, tulat atau tubin et cetera.boleh jadi minggu depan, dua minggu depan atau minggu depan depan.kerana jadual sedang huru-hara dan kacau-bilau.tapi ianya ialah dalam jangka masa terdekat, mungkin juga terjauh.siapa tahu.jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan.sedang bingung dengan research proposal dan test dan lesson plan.sedang stress dengan kehidupan sebagai pelajar tahun tiga.tapi Alhamdulillah masih boleh menikmati hidup seperti homo sapiens normal.

p/s: plan nak tulis satu ayat je.tetiba satu perenggan muncul.*muka innocent*

Friday, May 20, 2011

bila coklat mencurah-curah ke ladang gandum

semalam, misi melangsaikan keinginan memakan makanan berasaskan coklat.dalam perkataan yang lebih spesifik, kek coklat.it's my first attempt, really.sebelum ini bersibuk-sibuk dengan mashed potatoes, muffins & cupcakes je.kali ni kasi up level sikit.kot kot boleh buat bisnes kek pulak ke.kau ni memang tetiba je keluar kes bisnes.HAHAHA.

my father called me a business-maniac.pandai buat kuih raya, nak berjual terus kononnya.pandai jahit tepi baju, nak berniaga baju terus dia.pandai ambik gambar, tetiba jadi photographer.HAHA.tapi kebanyakan bisnes bertemakan tetiba.dimana ada customer, disitu tetiba ada bisnes.HAHAHA.

hoi ni bukan blog berniaga.baiklah baiklah entri ni kelaut secara tetiba.tetiba lagi?!HAHAHA.

dan foto tidak mengikut turutan dari awal proses.kenapa.sebab tangan lenguh bancuh adunan kerana tiada hand mixer.kasihan budak-budak perempuan ni.tak perlu kasihan.kami perempuan maskular.HAHAHAHA.


proses pembuatan chocolate topping.aik?kenapakah seperti hilang dua kotak kecil coklat itu?HAHAHAHAHA.

oh ya dekat rumah ni guna hotplate.so macam tak-berapa-reti nak kontrol tahap kepanasan.kalau dapur gas, senang jugak nak kontrol api besar mana et cetera.tapi tak kisahlah.sekurang-kurangnya tak perlu turun naik angkat tong gas tiap-tiap bulan.heee~


dannn tetiba kek dah siap.hah kau sekali masak dua bijik terus.meriah gitu.


realitinya, mustahil nak keluarkan kek dari acuan teddy bear itu bak kata tuan punya acuan.tapi dah nama pun izzati, dah nama pun pertama kali buat kek coklat serupa ini, makanya habis hancur sebijik kek tu aku kerjakan.HAHAHA.tiada lagi rupa teddy bear.


ekspedisi menjirus topping.tampak sungguh indulgence walaupun satu kek hampir hancur aku musnahkan.HAHAHA.


kek tiada rupa


kek bentuk bulat yang nampak seperti Dorayaki saiz XXXXL milik Doraemon


hazelnuts.petang semalam tauke blog telah struggle dengan hazelnuts yang minat terpelanting.I don't know what to do actually.beli hazelnuts secara tetiba tanpa sebarang rancangan hidup.and I decide to use all of them.dan hiris guna pisau secara sebiji sebiji!habis kebas tangan satu petang.




siap.Alhamdulillah.ada seorang teman bilang hiasan atas kek serupa dengan hiasan atas takoyaki.HAHAHA.

boleh dikatakan, percubaan pertama ini agak menjadi.walaupun sebiji kek hancur dikerjakan izzati.tapi yang itulah yang habis dulu.HAHAHA.

p/s: my encik K suka coklat ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...