Thursday, July 1, 2010

Malaysians,Welcome to Auckland

Assalamualaikum & hello hello semua orang tidak kira di mana anda berada.Hari ni rasa macam nak buat ucapan alu-aluan.sukahati kau je kan izzati.ye memang sukahati dah ni blog aku.bukan aku buat ucapan alu-aluan dekat blog lain pun.haha.ok emo.abaikan.jiwa kacau sehari dua nih.

2-6 Julai ni Auckland jadi tuan rumah untuk BERSATU Games 2010. Rasanya most of Malaysian dekat New Zealand tahu pasal games ni.untuk yang tak tahu*sila beri perhatian*BERSATU Games ni dibuat setahun sekali untuk Malaysian yang berada di New Zealand.ala-ala macam reunion lah kan.bukan jugak kot.reunion untuk orang yang dah pernah jumpa tapi lama tak jumpa.ni macam...emm...di sini berkumpulnya...eceh.tetiba keluar ayat novel lagi.cukup.BERSATU Games ni macam-macam sukan ada.Basketball,Handball.Volleyball,Touch Rugby,Soccer dan sewaktu dengannya.hah ni lagi satu jangan main-main.sepak takraw pun ada.bola import dari Malaysia siap.ntah ntah nanti boleh tengok tekong ala-ala import dari Thailand.hah siapa tahu kot boleh tengok skill lipatan kuda laut ke kuda darat ke nanti.tadi lepas teman Fareha pegi meeting dah jumpa satu geng dari Dunedin.nak pegi Queen St. katanya.tanya macam mana nak pergi sana.memang korang bertanya dekat orang yang tepat.kitorang dah master dah hal Queen St. tuh.tempat anak ikan bermain.hah kau tetiba.haha.tetiba lagi diorang cakap winter dekat Auckland macam summer je dekat Dunedin.tetiba lagi kan.memanglah dah Auckland dekat North Island, Dunedin dekat South Island.memang beza.malas pulak nak buat kelas Geografi kaji cuaca North Island dengan South Island New Zealand dekat sini.lain kalilah kita cerita pasal cuaca okeh.sekarang ni mood ala-ala tour guide tanpa gaji.kena bersedia kalau jumpa Malaysian yang muka tak berapa nak familiar tengah-tengah jalan.mesti bertindak secara professional.haha.pro sangat kan.btw saya tak terlibat pun main-main sukan ni.tapi melibatkan diri ke kancah volunteering pulak.kancah tu bombastik gila boleh.kau ingat macam kancah kemaksiatan ke?hadoi.bukan bukan.saya jadi volunteer untuk BERSATU Games ni.macam urusetia.nak tanya apa?tandas mana?dekat situ.naik tangga belok kiri turun kanan.hah lebih kurang macam tu lah.macam kaunter pertanyaan pun boleh jugak.dah dapat tshirt dah.nak tengok?nantilah tunggu saya pakai baru tshirt tu nampak hensem.hahaha.dah.besok cerita lagi pasal games ni lepas perasmian.

well.pagi-pagi tadi pergi jalan-jalan keluar makan-makan dengan Gwen,Kyra,Nuna,Fareha,Syida dengan Nisa.memasak lepas tu makan sampai perut penuh.memang terbaik.tunjuk tempat-tempat dekat domain tu kat Gwen.Gwen ni kawan kitorang dari China.dia comel gila.tak tipu.rasa nak pinjam lesung pipit dia lepas tu tampal balik guna gam UHU.hahaha.kau gila pakai gam UHU.kalau guna hot glue pun belum tentu boleh lekat balik.

kalau perasan dekat gambar atas tu takde muka budak ni.memang tak sah kalau takde gambar dia.dah nama pun blog dia kan.mesti wajib kena ada gambar dia.kahkah.abaikan ekspresi melampau tu.

p/s: zack selamat datang ke Auckland.tak tahu ko sempat baca ni ke tak.mesti ko dah dalam perjalanan kan.betul jugak.jumpa nanti!:)

Wednesday, June 30, 2010

hutang piutang

sesungguhnya entri ini akan menjadi sangat panjang*sebab banyak hutang.haha*.but don't worry i'll try to make it short:)
1)
ini award daripada the princess.chewah.saya nak panggil the pink princess sebab blog dia kaler pink.oh sangat suka.sana pink sini pink.memang betul blog princess.kihkih.thanks a lot for the award.kena jawab soalan sikit*malas nak salin soalan.nak salin jawapan je.haha gila malas.eh kan dah cakap nak make it short tadi?:P*
a) suka.saya ingin mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada peminat peminat sekalian..errr..salah ucapan ke?haha.tukar tukar.thanks princess kelly eun sebab bagi award ni dekat kakak sizuka.eceh.dia lagi muda dari i oh:)
b) bintang?suka.sebab tu email yang macam budak budak tu tak pernah tukar.hahaha.shhhh!siapa tahu email tu senyap please.part bintang dekat depan je.yang lepas tanda '_' tu abaikan.itu pujian untuk diri sendiri.haha.
c) semua blog pun saya selalu jenguk.jika dekat dashboard itu banyak yang baru diupdate maka banyaklah tab yang akan muncul.sekian.
d) dia suruh bagi award ni dekat tiga blog lain.siapa?jeng jeng jeng.
*ok dah habis part award.kini kita ke segmen tag pulak.

2) tag dari kakak opor dan bestie si farry :)

1. Pernah tak anda rasa anda hot
tak.sebab sekarang ni saya asyik sejuk je.kalau hot mesti selalu panas 24/7 kan.eh bukan sekarang winter ke?kalau hot tu kira saya cacat la kot.haha.

2.upload wallpaper yang anda guna sekarang.


3.cerita pasal wallpaper tersebut.
jumpa ni masa tengah google nak cari logo untuk buat assignment.haha.kan nama kolej buatan saya the paper princess.kahkah.tak cool langsung.kalau perempuan je princess kalau perempuan je princess.lepas ni nak tukar pulak lah.

4.bila kali terakhir anda makan pizza?
beberapa minggu yang lalu.tarakucah tarakucahcah.

5.lagu paling terbaru anda dengar.
waka waka Shakira.eh ke dah lama tu?tak kisahla.semangat world cup membara.chewah.

6.apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
tengok blog lain.menaip.melihat.bernafas.*kalau nak list semua besok pun tak siap.haha*

7.selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
along[umah]izzati[formal]zati[separa formal]ti[memang tak formal langsung.ni nama kalau balik kampung]sizuka[yang ni glamour sikit.haha]xucca[yang ni kalau chapix terlebih bernas.cara lain nak sebut sizuka]cikeboo.sayang etc.[dah ni je.yang lain biarlah rahsia.haha]zety[yang ni dengan orang putih.kahkah]

8.tag lagi lapan orang.

sesiapa sahaja.it is unlimited.hah tu orang yang tengah baca!haha~:P

9.siapakah orang no. 1 kepada anda?

10.katakan sesuatu kepada orang no.5

11.no. 3 ada hubungan dengan siapa?

12.bagaimana pula dengan no.4?

13.pesanan kepada orang no.6

14.kata-kata cinta untuk orang no. 2.

15.adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?

soalan 9-15 tiada skema jawapan.haha.

16.berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda.
  • dua dua baik
  • dua dua sopan
  • dua dua gojes
  • dua dua gadis
  • dua dua nanti kalau kawin jangan lupa jemput.heeeeee.
18.perasaan anda semasa buat tag ini.
bercampur baur.haha.kau ingat ni rojak?

SEKIAN.

3) Tajuk : What Dreams Are Made Of

RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag as many friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!

1. IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
U - Super Junior
*ape kaitan pun i tak pasti.haha*

2. HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
2NE1 - I don't care
*kahkah.you care?me don't care.haha*

3. WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Lollipop - 2NE1 ft. Big Bang
*GILA.hahaha.boleh diabetes kalau asyik makan lollipop.secara automatik yang ni tak menjawab soalan.reject reject*

4. HOW DO YOU FEEL TODAY?
Waka Waka - Shakira
*yang ni dekat dekat nak betul dah.haha.spain menang hooray!tetiba.David Villa yang sumbat gol tadi sama birthday dengan i okeh.so jangan bising.semangat world cup tengah membara-bara nih.haha.

5. WHAT IS YOUR LIFE PURPOSE?
BONAMANA - Super Junior
*nak ada orang nak nyanyi lagu ni sambil menari macam super junior.haha.tukar lagulah sayang.ambik lagu ni pulak:P

6. WHAT'S YOUR MOTTO?
Abracadabra - Brown Eyed Girls
*misi membunuh Voldemort.tibe takde kaitan lagi.haha*

7. WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Fallin' - Alicia Keys
*hoh??tak paham tak paham.reject.haha*

8. WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
How we roll - Alvin and The Chipmunks
*erk.how the baby [me] roll sampai jatuh katil berkali-kali kot.hahaha.*

9. WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Witch Doctor - Alvin and The Chipmunks
*hahaha.ingat gua ni bomoh jejampi orang ke bai?gua tak mainlah.baling selipar gua layan.haha*

10. WHAT YOU ALWAYS DO DURING TAKE 5?
Cebisan Kenangan - Amar
*nyanyi lagu ni ke masa take 5?mungkin nyanyi dalam hati.duet dengan fareha.*

11. WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Cinta Remaja - Antz & Elyana
*motif?hahaha.adakah seseorang akan jatuh cinta tak lama lagi?*

12. WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Hanya Di Mercu - Ayu
*ecececececececeh.reject.life is like a ball you know.sekejap atas sekejap bawah.no perfecto*

13. WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Ghita - Cleopatra Stratan
*tetiba cleopatra keluar kau.ni boleh jadi cita-cita ke?*

14. WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Numar Pan' La Unu - Cleopatra Stratan
*apa dia cakap pun aku tak faham.haha.tapi lagu ni best tak tipu*

15. WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING
Cooking Cooking - Super Junior Happy
*kahkah.ni kira dah kahwin wajib kena ada buku resepi dalam kepala.bermaksud kena mentonjolkan skill memasak semaksima mungkin.*

16. WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Harapan - Fazli Zainal
*sob*sob*sob*sob*kalau tukar cinta kepada manusia --> cinta kepada Allah sesuai jugak lagu ni.cuba dengar.sikit sikit boleh kan?

17. WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??
Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk - Flava
*betul jugak.alang-alang dah sampai mestilah kena masuk layan teh o dengan biskut ping pong.takpun spaghetti bolognise pun boleh.haha*

18. WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Gee - Girls Generation
*sudah dah.haha.taknak jadi babo[stupid] kot.kot lah kan*

19. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Kissing You - Girls Generation
*haha.ni tang mana pulak ni.kissing you baby?memang suka kiss baby.Najwa Najiha in the house :D*

20. WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Perlu Kamu - Ajai ft. Kris Dayanti
*eceh.jejiwang kau pepagi ni Izzati*

21. WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Breaking Free - High School Musical
*jom break the wall!tetiba.break the door!tetiba lagi.haha~*

22. WHAT WILL YOU POST THIS AS?
What Dreams Are Made Of - Paolo & Isabella
*chewah.chewah.chewah*

p/s: bila buat tag lagu-lagu ini terang-terang boleh tahu orang tu macam mana.so korang rasa saya macam mana?haha.dah jangan fikir.semua orang kalau rajin jemput-jemput buat tag ni ye.jangan pegi buat jemput-jemput dekat dapur pulak lepas tu cakap saya suruh buat.yang tu kalau buat hukumnya wajib pos kesini.haha.kan dah cakap entri ni panjang berjela jela.nasib baik blogspot tak buat limited words ke ape.kalau tak dah lama kena saman.

Monday, June 28, 2010

kotak magik sizuka

hello semua.memperkenalkan secara eksklusif kepada anda semuaaaaa*macam pengacara roda impian*KOTAK MAGIK SIZUKA!eceh magik sangat kan.ada sebabnya.sebab kotak magik ni duit saya berterbangan hilang dari pandangan.tengok dah masuk ayat novel.haha abaikan please.tapi takpe.self-satisfaction.puas hati dapat tengok semua benda ni depan mata.rasa macam dah boleh bukak kedai.eh bukan dah ada ke?ahaaa!siapa nak tengok kedai saya?klik sini please :)jangan memain noks i pun ada kedai.ahaks.you olls je tak tahu.tetiba gedik.abaikan lagi sekali please.thanks:)

ini hasil pekerjaan semalam.seronok amat.eceh kreatif tak sizuka?hah angguk ke geleng ke takde ekspresi.bukan bas ekspres tahu.hahaha.orang putih cakap expression.ada?takde?takpe yang penting i happy.ema pun mesti happy sebab keychain dia masuk blog saya:)

ini hasil pekerjaan hari ni.lagi seronok sebab buat nama sendiri.eceh nama sendiri dengan nama buah hati.hehe.dalam hati dah plan ni mesti kena masuk kedai kejap lagi.mesti promote.eh ke nak pergi ketuk bilik orang lagi?haha tak larat dah nak heret kotak magik i.kehkeh.alasan~



ni semua macam model lah kot kan.saja snap gambar bebanyak sebab nak bagi korang tengok betapa kreatifnya saya.eh bukan.betapa menawan handphone stripe ini.menawan ke?haha.oh please tolong abaikan handphone murah tu.saya belum mampu nak beli blackberry ke blueberry ataupun strawberry untuk jadi model produk keluaran saya.tunggu kedai jadi realiti baru boleh kot*berangan*lalalala~

ni lagi satu.nampak?jelas tak?yang ni comel sikit sebab orang yang buat tu comel.kahkah.gurau-gurau je.please jangan siapa menyampah.siapa menyampah nanti sepak laju-laju terbang dalam tong sampah.haha ok gurau lagi.sekarang kau main gurau-gurau ganas ye izzati.mana kau menuntut ilmu ni.

hah yang ni memang clean & clear sikit dari yang atas tu.bukan sikit kot.banyak.eceh.comel gila.me so the like yang ni*abaikan broken english please*sebab macam colourful kan lepas tu macam comel.eh memang comel.kehkeh.tak sangka boleh buat benda comel comel macam ni.kadang-kadang rasa macam tak sesuai pulak.bukan izzati garang ke?tetiba gila benda-benda comel macam ni.tak ke songsang tu?hahaha.well that's what I am.My name is Izzati*tetiba ala-ala my name is khan*.mengarut lagi~.well farry sayang sila menangis terharu sekarang.hehe.you mesti very the like jugak benda ni kan?:)

weh mana datang budak comel nih?dia ni lah yang suka buat saya rasa nak terbang balik Msia sekarang pada saat ini di waktu ini.tapi mustahil.memang mustahil sebab saya sedang menekan papan kekunci dengan tabah dalam keadaan cuaca sejuk di bumi Nz bertuah sambil memakai kaki harimau.nak tahu kaki harimau mana?tengok sini pulak.hahaha.banyak pulak songeh kau dalam entri ni.sambil nak scroll bawah tengok kaki harimau boleh layan lagu maher zain tuh.takpun tengok dr.fadzillah kamtumi.hahaha.
tetiba rasa macam panjang gila dah entri ni sebab gambar berlambak macam nak jual baju bundle.kaitan?takde kaitan pun.haha abaikan dua kali lagi.

p/s: siapa rasa minat nak memiliki handphone stripe atau keychain cantik comel tuh jangan lupa private message saya.chewah.PM me okeh.roger and out.go go power rangers!*abaikan lagi tiga kali please!*hahaha.

p/s*sekali lagi*: encik KAN.selamat menghafal lagu korea.nanti nyanyi kuat-kuat orang nak record nanti nak upload dekat blog.haha.ok tipu aje.kirim salam dekat bebiri please.bercakap dengan bebiri dalam ym buat orang senak perut.haha.i sayang u lebih lah.tiap hari sayang gituh~:P

nak baca sila.taknak baca blah*kejam*haha~


saya adalah penonton first-time bola sepak secara live melalui peti besi bernama tv yang melekat di dinding groundfloor huia.selama ni bukan malas turun.mengantuk tak boleh tahan.takut nanti turun bawah orang lain tengok bola saya pulak ditenung oleh bola.eh tv.haha.lepas tu bila ada yang cakap 'game bosanlah', 'main ntah ape-ape la' terus saya jadi macam hmmmm nak pegi tengok ke tak pegi tengok ke tak tengok ke tak.cepat kena pengaruh ni.haha.biasa layan highlight pun kau jerit macam zombie jugak kan izzati.eh bukan.lagi high-pitch dari zombie.hahaha.tabiat lama dah datang.menjerit setiap kali bola disepak.eh eh bukan kerana kesiankan bola.haha.itu nama dia semangat yang jitu.sampai nisa boleh perasan semalam masa tengok england lawan german sekejap sekejap dengar 'jaga benteng jaga benteng jaga benteng', 'semuaaa naik atas!', 'hah go go cepat sikit lagi' dan sewaktu dengannya.kahkah.kau ingat ni main bola baling ke izzati?hadoila.nak kata kau coach german pun bukan.mungkinkah coach kedua?ketiga keempat?pun bukan.coach di luar tv mungkin.tapi adakah klose dapat mendengar suara aku?haha mengarut dah.haaa nak tahu tak semalam tengok england vs german tu kan sebenarnya majoriti orang dekat situ sokong england.saya dengan nisa macam blurr gila nak sokong mana.kekonon nak jadi neutral.tetiba german score dulu masa tu lah saya dengan nisa menjerit melompat segala nasib baik tak jatuh kerusi.hahaha.orang lain cool pandang senget je.jasvini dekat belakang pun jerit sikit.mungkin sebab dia duduk antara penyokong england kot?haha kalaulah saya, nisa dengan jasvini duduk satu row memang penyokong england sakit hati tahap bintang ketujuh.wakakaka.siapa suruh german score dulu.dah diorang memang hebat.eceh.kitorang dah memang decide siapa score dulu team tu la kitorang sokong.haha.tulah sebab saya malas sikit nak turun tengok bola dekat bawah.bila masing-masing sokong team lain lain.bila gol je ada yang tarik muka.walaweh muka macam nak makan oranglah.emo habis.tengok bila england score.saya,nisa dengan jasvini takde emo mana pun.siap boleh german go go lagi.tak sia-sia kan kitorang turun tengok semalam.menang jugak german.hehe.eh ada yang tengah baca ni sokong england ke?mintak maap pakcik makcik.england dah balik rumah semalam.haha gila kejam izzati.main-main je okeh semua.menang kalah adat pertandingan.kalau semua nak menang siapa nak jadi pengalah?kalau england tak kalah takkan hal gol lampard menjadi-jadi.ye dok?kejap ye.emmm.kalau gol lampard tu kira gol pun england kalah jugak kan.izzati jahat lagi.aigooooo.go go german!okeh cool cool cool.mana boleh geram geram okeh.adat la main bola.kadang-kadang gol kadang-kadang tak gol.pernah dengar ada orang cakap*tak tahu siapa atau mitos atau apa benda sekalipun*kalau bola tu tak mensentuh jaring jadi tak dikira gol.adakah?hah jangan serang saya please.ni dengar mitos orang okeh.eh ke referee semalam pun ada dengar mitos macam ni?haha pakcik referee kita geng.tetibe.haha.lepas ni tengok german lawan argentina pulak.eceh dah gila bola sekarang eh izzati.yang ni nanti konpius jugak.nak klose ke nak gabriel batistuta.hoi tu pemain dah jadi lagenda.haha mana tahu dulu masa darjah tiga tengok bola ada batistuta.eceh dulu-dulu layan world cup jugak wacakap lu.tapi kenal batistuta sorang je.haha~

p/s: adakah lepas ni izzati akan terus berjaga setiap pukul 2pagi untuk menonton bola?haaa itu yang kita nak tahu.yang ni dah sukses dah:D

Sunday, June 27, 2010

oh my ayutthaya*sebab i tak pakai prada*haha~

*tajuk takde kaitan dengan entri*:P
lepas dah habis bosan bosan duduk dalam bilik google kerja kosong terus buat keputusan tulis blog.padahal dah mengantuk.nak tulis pasal apa pun tak tahu sebenarnya.saja klik tengok entri entri zaman dahulu kala masa mula-mula ada blog.dah nak masuk bulan 7 ni maksudnya umur blog ni pun dah nak masuk 2 tahun.masuk entri ni semua sekali ada 302 entri tak termasuk yang dah didelete sebab terlalu dramatis atau emosi melampau.mula-mula ada blog biasalahkan budak-budak.font pun nak tukar macam-macam jenis font.semua font yang boleh guna dalam blogspot kau guna kan izzati.siap warna lain-lain tak boleh tahan.bila tengok sendiri sakit mata jugak.besar kecik besar kecik pink hijau ungu kelabu asap lori tayar enam belas semua ada.siap gelak sorang sorang.ehem.gelakkan diri sendiri.hahaha.korang jangan tengoklah.nanti silap-silap boleh rabun warna.kehkeh.kalau nak compare blog saya dulu dengan sekarang memang macam shin chan dengan tomatomen*takde kaitan*dulu mana ada orang kekomen blog saya ni.blog ni tempat meluahkan perasaan amarah serta emo segala dengan kehidupan.eceh ayat kau.haha.sekarang bila tulis blog boleh rasa aman dan segar ibarat makan chewing gum fresh & white.eh silap fresh & white tu ubat gigi.wrigley's freshmint perisa pisang baru betul.dekat kawan-kawan blogger yang rajin kekomen dekat blog ni, JASAMU DIKENANG selamanya selagi blog ni masih hidup.eceh ayat macam nak bagi ucapan perasmian sukaneka rebut gula-gula susu gambar arnab yang ada plastik dekat dalam yang boleh makan tu.dah.nak tido.daaaaa~

p/s: macam tak bangun je nak tengok england lawan german pukul 2 nanti.haha~

geng cendol dan kegilaan malam sabtu

hari ini birthday nuna*kapten pesawat cendol kami*[actually kereta je sebenarnya.haha.mana dapat nama cendol?sebab kereta yang kitorang sewa masa pergi trip waktu Easter Break tu warna macam cendol.YES hijau,terang dan menggamit kalbu.eh silap.menarik perhatian.haha]ini keadaan sebelum kitorang mem'prank' nuna.konon meeting pukul 8.30pm.kitorang dah menggila dekat bawah dalam pukul 7.45.siap sedia semua lah konon.eceh.memang bersiap sedia.bila aten bagitau diorang dah on the way turun kaulah yang paling kalut kan izzati.sampai jerit macam komando tentera suruh semua orang berkumpul depan lif.yang terbaiknya diorang ikut je pulak cakap kau.siap berlari-lari lagi bawak spray kek segala.haha.

ini masa nuna kena serang.tengok muka adrian memang macam pahlawan istana takeshi.penyembur tepat bak kata orang.memang dia hentam dekat muka kaw kaw.mana tak nuna rasa macam nak pengsan.dalam lif semangat nak meeting pasal winter trip berkobar-kobar.tetiba nak keluar lif kena sembur.haha.kesian sangat nuna.aten dekat belakang join berdebar kena sembur.haha.
ini menu untuk birthday nuna.anies si sihat menaja anggur.kek coklat terbaek tu tajaan tim.cikedis yang macam dalam plastik double decker si bas merah tu tajaan chapix.dessert yang ada lilin sebatang tu tajaan nisa dengan aten.mac"n"cheese tersedap ditaja oleh nisya.ok dah.eh sendiri punya belum bagitau.haha.benda pelik dalam bekas bentuk teddy bear tu tajaan bersama fareha & izzati cooperation*pasal nama kau ada lebih sikit ni*haha.well tak tahu nak describe macam mana.semalam diorang tanya 'apa nie?apa nie?'.skema jawapan standard adalah 'korang benamkan sudu dalam tu.cedok.masuk mulut.lepas tu tahulah apa dia makhluk dalam tu.'actually dalam tu jelly perisa*ke perasa?*strawberry.lepas tu dah takde idea pakat dengan fareha sembur whipped cream.lepas tu tabur marshmallow dengan manik-manik*bukan manik yang buat rantai tu.ni manik boleh makan*ke seluruh pelusuk encik teddy.haha.eh lupa encik teddy tu tajaan aten tersayang:)

ini gambar bonus.sila fokus dekat expression setiap entiti.hahaha*sambung gelak*

di sebalik kemeriahan gambar ni ada perangai kurang senonoh disitu.hahaha.eh siapa siapa?tak tahu~

ini kami semua*abaikan yang hujung yang tengah gigit spork[spoon+fork] macam lapar sangat tuh*

semua orang boleh lagi perasan kamera sambil makan.kau boleh makan sampai tak nampak mata izzati.aigoooo.haha~

lepas kenyang wajib kena mengkemas.dah pandai sepah sepah mesti kemas.kalau tak nanti kaki pakcik receptionist naik ke muka.haha.eh bukan.pakcik receptionist akan menarik muka beliau sambil menjeling ke arah karpet-karpet beliau yang diselaputi benda-benda pop-up yang kitorang main tuh.tengok semua orang pun berkemas.abaikan si tukang vakum.beliau terlalu bersantai di situ.

puan puan akak akak makcik makcik.kalau nak vakum karpet tanpa penat sila amalkan teknik ini.vakum sambil bersimpuh.ye sangat efektif untuk mengelakkan sakit pinggang dan lenguh lenguh badan di samping boleh berehat selepas makan.hahaha.boleh praktis dekat rumah cik puan boss nih.

p/s: ok macam biasa.wish untuk semua orang.
HAVE A NICE DAY EVERYONE!

Saturday, June 26, 2010

winter di Auckland

Assalamualaikum hello semua orang.Hari ni kira-kira dah beberapa hari diumumkan telah masuk musim hibernasi bagi penduduk Auckland.eh eh silap.musim sejuk.tapi lebih kuranglah kan.musim sejuk orang banyak tidur sebab malam lama dari siang lepas tu banyak makan sebab selalu lapar bila duduk depan laptop online 24/7.hah siapa tu?tak tahu tak tahu.lalalala~semalam kan...semalam kan...dah habis last paper.hahaha.ok tak kelakar.eh best pulak lagu waka waka nih.ok keluar topik.kalau sebelum ni pagi-pagi tengok asap keluar mulut bila bercakap*bukan merokok okeh.rokok mahal.merokok membahayakan kesihatan.hah kau tetiba masuk iklan pulak.haha*punyalah jakun.tapi semalam sampai penat nak jakun sebab asap memang asyik ada sepanjang hari tidak kira dimana jua anda berada.pagi petang siang malam lim chorr ke ayutthaya ke seoul trading ok mengarut.tapi boleh pulak semalam pergi exam orang lain sibuk bergaya dengan but kasut segala kau boleh pakai selipar getah crocs izzati.mahu beku kaki bila berjalan dalam hujan.rasa macam kena bius.tak tipu.tengok weather forecast dekat atas tu.tu cuaca hari ni [26 Jun 2010].suhu 7°c menunjukkan bahawa berada di dalam bilik dengan heater yang suam-suam air suam adalah sangat lebih bagus daripada bergayutan di luar*hang out*.FOG pula menunjukkan bahawa encik kabus tebal telah datang melawat Auckland hari ini.mari beramah mesra dengan encik kabus.


ini tadi.sekarang encik sunny si sunshine telah menunjukkan taringnya kepada encik kabus.memujuk encik kabus supaya segera meninggalkan Auckland.shhoooooohhhh~siapa dekat Auckland cuba bukak tingkap.rasa nyaman sampai ke tulang.kalah peti ais.

hari ni tak jadi pulak pergi kerja.semalam dah habis semangat tidur awal berkorban sanggup tak tengok brazil lawan portugal.tup tup pukul 3 pagi cik puan boss hantar SMS cakap dia ada hal tak payah datang hari ni.alang-alang dah terjaga konon nak turun tengok bola.hmmph.segan pulak kalau tiba-tiba aku turun bola dah habis,hatiku berkata-kata.tidur lebih baik.haha~tiba-tiba di pagi yang indah nan segar ni sedang aku bercanda ria membaca blog kawan-kawan dapat SMS lagi.duduk dekat Auckland ni bukan selalu handphone berbunyi.sekali sehari pun belum tentu.hah SMS dari cik puan boss yang ala-ala pelakon bollywood lagi.aigoo.hari ni tukar besok?oh my precious sunday.tapi takpe.semata-mata untuk mencari rezeki yang halal rela kukorbankan hari ahadku.eceh ayat nak lawan novel.haha.siapa yang nak tahu saya kerja apa klik sini.

p/s: sekali sekala layan lagu rock kapak syok jugak.kain cinta putih.eceh jiwang pulak.haha.
semuaaaaaaaaa oranggggg have a nice day!

Thursday, June 24, 2010

random post for a sweet friday


tomorrow is exam and i have finished three movies today
erk?!
dear my study group-mates, thanks for everything.jadi gila ke serius ke ketawa tergolek terguling ke kebab ke ayutthaya ke.korang memang the best.
aja aja fighting!



adakah ini cara terbaik untuk meraikan last paper?dear mr. cat oppa, u comel gila boleh?nak jadi binatang ternakan i tak?oh lupa.i takut pegang kucing.aigoo~

whatever it is...i feel good oh yeah.cikebum cikebum.this is the last paper yang ditunggu-tunggu setelah sekian lama berkampung di dalam teratak tersayang menghadap buku.TIPU.menghadap buku sepuluh peratus.lagi sembilan puluh peratus adalah laptop yakni internet, game dan....movies?lalalala~here comes the winter break.oh do pray for me jangan tersembam dalam salji masa main ski nanti.oh yeah this is the first time.jakun jakun jakun.haha.aci tak kalau nak bawak cendol ke manuka honey nanti?rasa macam nak bukak kedai abc.kahkah.

one wish.nak tengok All Blacks main masa Rugby World Cup nanti.oh please please please.tadi fareha ada tepek satu video dekat wall i.sambil tengok video tu rasa macam !!!!!! faham?rasa macam !!!!!! faham tak?macam mana nak cakap ye.erm.macam ni.bila nampak orang yang terlampau hensem lalu depan korang.lepas tu dalam banyak-banyak orang dia senyum atau tegur atau ape-ape je la dekat korang,only you.YES YOU!*tibe semangat.haha*tak kisahlah johnny depp ke gu jun pyo ke jang geun suk ke fahrin ahmad ke...[lepas tu tambah sendiri :P].korang akan rasa macam !!!!! setuju?erm erm.excited yang melampaui batas sampai boleh melompat kijang melepasi batas-batas ubi kayu di kebun atok.faham?bagus.

p/s: ini post random.sekian SKY TV NZ.hahaha~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...