Thursday, July 1, 2010

Malaysians,Welcome to Auckland

Assalamualaikum & hello hello semua orang tidak kira di mana anda berada.Hari ni rasa macam nak buat ucapan alu-aluan.sukahati kau je kan izzati.ye memang sukahati dah ni blog aku.bukan aku buat ucapan alu-aluan dekat blog lain pun.haha.ok emo.abaikan.jiwa kacau sehari dua nih.

2-6 Julai ni Auckland jadi tuan rumah untuk BERSATU Games 2010. Rasanya most of Malaysian dekat New Zealand tahu pasal games ni.untuk yang tak tahu*sila beri perhatian*BERSATU Games ni dibuat setahun sekali untuk Malaysian yang berada di New Zealand.ala-ala macam reunion lah kan.bukan jugak kot.reunion untuk orang yang dah pernah jumpa tapi lama tak jumpa.ni macam...emm...di sini berkumpulnya...eceh.tetiba keluar ayat novel lagi.cukup.BERSATU Games ni macam-macam sukan ada.Basketball,Handball.Volleyball,Touch Rugby,Soccer dan sewaktu dengannya.hah ni lagi satu jangan main-main.sepak takraw pun ada.bola import dari Malaysia siap.ntah ntah nanti boleh tengok tekong ala-ala import dari Thailand.hah siapa tahu kot boleh tengok skill lipatan kuda laut ke kuda darat ke nanti.tadi lepas teman Fareha pegi meeting dah jumpa satu geng dari Dunedin.nak pegi Queen St. katanya.tanya macam mana nak pergi sana.memang korang bertanya dekat orang yang tepat.kitorang dah master dah hal Queen St. tuh.tempat anak ikan bermain.hah kau tetiba.haha.tetiba lagi diorang cakap winter dekat Auckland macam summer je dekat Dunedin.tetiba lagi kan.memanglah dah Auckland dekat North Island, Dunedin dekat South Island.memang beza.malas pulak nak buat kelas Geografi kaji cuaca North Island dengan South Island New Zealand dekat sini.lain kalilah kita cerita pasal cuaca okeh.sekarang ni mood ala-ala tour guide tanpa gaji.kena bersedia kalau jumpa Malaysian yang muka tak berapa nak familiar tengah-tengah jalan.mesti bertindak secara professional.haha.pro sangat kan.btw saya tak terlibat pun main-main sukan ni.tapi melibatkan diri ke kancah volunteering pulak.kancah tu bombastik gila boleh.kau ingat macam kancah kemaksiatan ke?hadoi.bukan bukan.saya jadi volunteer untuk BERSATU Games ni.macam urusetia.nak tanya apa?tandas mana?dekat situ.naik tangga belok kiri turun kanan.hah lebih kurang macam tu lah.macam kaunter pertanyaan pun boleh jugak.dah dapat tshirt dah.nak tengok?nantilah tunggu saya pakai baru tshirt tu nampak hensem.hahaha.dah.besok cerita lagi pasal games ni lepas perasmian.

well.pagi-pagi tadi pergi jalan-jalan keluar makan-makan dengan Gwen,Kyra,Nuna,Fareha,Syida dengan Nisa.memasak lepas tu makan sampai perut penuh.memang terbaik.tunjuk tempat-tempat dekat domain tu kat Gwen.Gwen ni kawan kitorang dari China.dia comel gila.tak tipu.rasa nak pinjam lesung pipit dia lepas tu tampal balik guna gam UHU.hahaha.kau gila pakai gam UHU.kalau guna hot glue pun belum tentu boleh lekat balik.

kalau perasan dekat gambar atas tu takde muka budak ni.memang tak sah kalau takde gambar dia.dah nama pun blog dia kan.mesti wajib kena ada gambar dia.kahkah.abaikan ekspresi melampau tu.

p/s: zack selamat datang ke Auckland.tak tahu ko sempat baca ni ke tak.mesti ko dah dalam perjalanan kan.betul jugak.jumpa nanti!:)

4 comments:

Fareha Noor said...

yeay, welcome to Auckland....to me........not to you....wawawa..jahat gituh

NIA said...

hahahaha.bukan jahat.nakal gituh:P

Noor Fatin said...

best tuu
teringin nya nak pegi auckland!

NIA said...

hehe mehla datang sini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...