sambung cerita roadtrip.malam tu kitorang keluar kekonon menikmati keindahan malam di Wellington.gituh~tambah pulak Hilmi si bff Nisya datang join sekali bawak Cokes & Doritos.memang terbaek.thanks Hilmi:)
harap maaf.tetamu jemputan yakni Hilmi dah macam hantu sebab cepat sangat bergerak.haha.tips untuk snap gambar terbaik waktu malam adalah senyum selama 10saat dengan ikhlas.semua dah pakar dah.kan~
ini geng eskimo.comel tak?comel kan.semua pun tayang sweater bulu masing-masing.baru COOL.waktu winter sweater bulu memang COOL.haha.COOL.saja nak ulang banyak banyak kali.COOL.COOL.dah.kalau photoshoot waktu malam saya tak minat pakai flash.tak nampak original.gituh~
ini terbaik.sebab apa?sebab tak plan pun nak snap gambar manusia nih.saja letak my baby atas tripod lepas tu cuba ubah-ubah setting kekonon nak cari yang paling terbaik.tup tup masa nak lepas shutter encik sepol telah melayangkan diri beliau di hadapan kamera.hah ini hasilnya.amacam.boleh kerja untuk misteri nusantara tak?kahkah~
jangan salah faham please.ini bukan parti memabuk segala.itu dalam botol itu Cokes yakni Coca-Cola dan yang dipegang oleh Hilmi dan Nuna adalah Doritos.Doritos itu jajan yakni cikedis ok tuan puan sekalian.
ini waktu lawatan Yang Berhormat Cendols ke teratak Hilmi dan rakan-rakan.wa cakap lu beb.rumah diorang memang terbaik.fuh jeles.kitorang dekat Auckland dapat bilik sebijik dengan peti ais sebuah dalam satu bangunan.diorang dapat satu rumah.memang terbaik.
dah sampai Wellington mesti jatuh hukum kena cari signboard untuk mentunjukkan bahawa dah menapakkan kaki di Wellington.mana lagi.VUW semestinya~
memang dah lama dah agak perkara macam ni akan terjadi.memang ada yang suka boikot kalau photographer nak join masuk gambar kan.nasib nasib.tunggu selipar terbang dari aku okeh.haha~
ini nama dia breakdance.haha.bukan.break the leg.pun bukan.ni baru bangkit lepas posing maut semata-mata nak snap gambar Cendols dengan bangunan VUW.terbaring akak tepi jalan.nasib baik takde orang call ambulan kot kot ingat saya kena langgar kereta.ke saya yang langgar kereta?haha~
motif gambar ni nak cerita pasal bear beanie tu.ya.yang dipakai oleh si budak Adrian itu.boleh tengah-tengah jalan dia gatal nak keluar dekat bumbung.saya dah warning jangan sampai terbang.tup tup terbang dah menatang tuh.histeria aku dekat depan nih.nasib baik driver tabah sanggup pusing balik nak kutip bear beanie tuh.ntah berapa lori dah lanyak dia.kena samak ni.
sukahati berhenti dekat emergency stop tengah-tengah Motorway semata-mata nak snap gambar.tepi laut.memang awesome.Motorway dekat NZ ni macam-macam tahu.tepi laut,celah-celah gunung,tengah tengah bukit bukau yang menghijau nun jauh saujana memandang.keluar dah ayat novel.haha.memang extreme.cuba sekali.memang dah tak sanggup.
ini dekat Palmerston North.masa ini semua kebulur.jumpa satu restoran halal.memang terbaik.seni bina dalam cantik tak terkata.toilet the best.puas hati.memang thumbs up!tambah pulak makanan sedap.memang cukup point untuk dapat 5 bintang.
masa ni sesat tak jumpa Windmill.sebab frust sangat semua pun nak jadi Windmill.kahkah.nasib baik takde orang nampak.kalau tak nanti ada yang dapat offer jadi model Windmill.gituh~
masa ni dah sampai.fuiyoh memang breathtaking dekat sini.kenderaan Cendols memanjat hingga ke puncak gunung.gunung ke?ke bukit je?abaikan je la.tapi memang tak terkata.dengan nampak semua kipas-kipas yang besar-besar tuh.memang terbaik.macam dekat Wonderland tahu.nak tengok gambar cantik cantik lagi sila lawat FlickR saya :)
tak sah kalau takde gambar lompat.ini model-model terhebat.siapa nak cari model lompat sini ada 3 orang:P
ini spontan habes.serius.saya malas nak lompat-lompat.tak reti nak lompat cecantik.ewah.haha.sepol dekat belakang tuh dah macam hero hindustan tengah feel lagu.kahkah.ini random.sangat random.tapi saya suka.credits to sepol sebab sabar melayan kerenah kami orang yang bising gila masa nak ambik gambar.nak dukung dukung pulak kan.tapi COOL.
lepas ni cerita pasal ski pulak okeh.tungguuuuuuu~
8 comments:
wah seronoknya...jeles tgk....
hehe.best best.sis dtgla sini jalan2:)
bila masa ko pergi umah hilmi? apasal tak singgah rumah aku? selang dua rumah je beb..
mlm ktorg smpai tuh.tu pasal.ak de tnye hilmi umah ko mne.die ckp dekat je tp not sure mse tu ko dh balik ke blom dri ruapehu.huuu~
zati x singgah umah ak. tibe.
ak dtg umah ko tuan rumahnye tgh tido.haha.
mamajnj nak melancong ke sanalah...seronok je tengok korang ni happy-happy ni..apakan daya..berbadan dua, nak angkut pula jnj dan abahnya sekali
..hehe
peace
hehe.nnti tunggu adik jnj lahir bolehla dtg mlncong sini.family vacation gitu:)
Post a Comment