Sunday, May 16, 2010

saya,kawan-kawan dan rugby new zealand:)

Hello hello assalamualaikum.heee~pagi cantik udara nyaman semua segar bugar matahari menyinari hari.haha.merepek hape nih.eh eh hari ni 16 MEI.hari apa?hari apa?mari sebut ramai-ramai...

SELAMAT HARI GURU

kepada cikgu-cikgu saya yang dah banyak berjasa dan berbakti kepada sekolah tercinta & anak-anak murid tersayang yang comel-comel belaka.HAHA.over dah nih.juga kepada makcik dan pakcik saya yang bekerja sebagai cikgu.istimewa untuk sis nza, blogger sista tersayang semoga sentiasa ceria dan caring kepada anak-anak murid.tak dilupakan...kawan-kawan dekat IPGM Kampus Temenggong Ibrahim JB.selamat menjadi bakal guru yang berdedikasi :) kepada kawan-kawan TESOL kesayangan, selamat mengharungi hari-hari mencabar dalam membuat assignment*ingat tahun depan kita praktikal dekat sini*. kesimpulannya kepada semua warga pendidik di Malaysia, SELAMAT HARI GURU :)
*apasal rasa macam kau nih bagi ucapan macam baru lepas dapat anugerah je.haha.

okeh tukar topik.semalam pegi tengok rugby match dekat EDEN PARK.first time ok.sebenarnya tak tahu sangat ragbi ni main camane.yang saya tahu kalau diorang lepas bawak bola tu lepas garisan diorang dapat point.HAHA.ye itu sahaja yang saya tahu.but seriously it was awesome.very awesome.*tiba kan rasa nak jadi peminat ragbi pulak tapi this is the last game of the season-__________-'* frust okeh sebab tahun depan dah start RUGBY WORLD CUP dekat sini so macam mustahil nak pegi sebab tiket macam mahal gila 0.0 *tapi dalam hati teringin nak tengok ALL BLACKS (NZ Rugby Team) lawan.kena menabung nih.* semalam BLUES vs CHIEF.BLUES memang sebab BLUES memang best.haha.sakan kitorang bergambar dengan players BLUES.nak tengok?nak tengok?haa cekidout kenangan terindah kitorang semalam :) ngeee~

saya, ton dan Serge Lilo's family :)

saya,ton dan George Pisi :)
*tinggi saya 167cm.agak2 tinggi dia berapa eh?

saya dan Joe Rokocoko yang pemes.ngee~
*sila ignore muka excited tuh.haha.

kami conquer bas ini

kecintaan melampau

ada gaya macam poster tak?haha.
*Mathewson dengan McAlister memang hot.tibe~.

mereka dan Chris Smylie yang ada anak comel :)

okeh muka excited lagi sila abaikan.haha.
*saya dan Viliami Ma'afu :)

supporters made in Malaysia!

bukan senang nak shoot nih tau.bendera tu suka terbang terbang.haha

oppa!fighting!

sejukkkkk

go!go!BLUES~

opening serius gempak

one way to the BLUES..lalala~

eh ada banyak lagi gambar kat dalam facebook tu :) siap buat album lagi.heee~ mesti korang tengok muka players tu kan macam dah 'berumur' sikit. tak okeh. belum berumur lagi. diorang masih di bawah umur 30 tahun.haha.believe it or not.semalam baru lepas godek-godek info pasal diorang.most of them dah kawin so lepas match kan diorang semua datang jumpa family-family yang datang support.how sweet~dan most of them ada anak kecik comel comel.oh what a happy family :) mengikut firasat saya lah kan.diorang ni mesti jarang jumpa family kot sebab maybe diorang kena training ke watever lah kan. eh tapi tu firasat je ok.tak tahu betul ke tak.ngeee~.diorang ni masa tengah main muka habis garang, main habis ganas sodok sana sini.tapi bila jumpa diorang face to face kan, bila tengok diorang dengan family, dengan fans diorang yang macam kitorang ni, they're so nice :) baik sangat tau. walaupun nampak kitorang ni macam gila excited nak ambik gambar dengan diorang kan, diorang layankan je.tak sombong langsung. oh sangat best kalau semua 'selebriti' macam tu*ada maksud ke?haha takde takde* semalam kawan-kawan menggila kumpul autograf kat baju, poster, beg segala. saya?kumpul gambar dalam 'baby' tersayang nih.haha.pesanan penaja 'saya memerlukan lens baru.jadi sila menabung dari sekarang kalau nak fokus kat muka Rokocoko masa diorang tengah main' heeeee~
fakta: memang saya tak faham sangat game dia tapi tiap2 kali diorang attack atau dapat point atau kena attack atau sebagainya...sayalah yang paling kuat sekali menjerit..haha..*teringat kalau tengok bola kat tv..abah mesti malas nak tengok sebab kalau saya dengan mak join sekali memang bising gila jerit sana jerit sini..haha*
p/s: saya nak cuba simpan duit untuk pegi tengok RUGBY WORLD CUP tahun depan.mimpi atau realiti?^^

ok have a nice day bye :)

Friday, May 14, 2010

kawan-kawan, tolong saya boleh?pliss:)

Assalamualaikum hello hello.eh eh jangan takut bukan mintak pinjam duit.haha.ni haa.hajat hati saya ni teringin nak masuk photo contest yang Yellow Guide To Auckland buat.hadiah lumayan kemaen lagi weh.whoot whoot.Canon EOS 550D full-kit kot*blink blink*.eh banyak celoteh pulak.tak banyak pun nak mintak tolong.sikit je.nak mintak tolong pilihkan 5 gambar yang korang rasa macam THE BEST atau yang paling gojes di antara calon-calon di bawah ni.tak kisahla kan yang mana-mana pun.nak korang tolong pilih je :).sebab kepala otak nih dah pening nak guna stok gambar yang sedia ada ke atau nak pegi jalan-jalan makan angin keliling Auckland untuk shoot gambar lain. 0.0.



Sky Tower


Auckland Museum


Mt. Eden


Queen St.


Mt. Eden 2


Anzac Day 2010


UOA

Auckland

The City of Sails


Clock Tower UOA


Rally NZ


Auckland City

thanks tau korang yang sudi tengok sampai bawah ni.eh bukan nak paksa tau.nak komen ke taknak komen saya tak kisah. tapi alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal siku.eh eh.haha.thanks tau korang tolong pilihkan untuk saya.:)

*ok ini tak masuk list harap maklum.sengaja upload sebab baru jumpa lepas geledah album.HINT dekat rainbow atas tuh.haha me likey~
[sesuai jugak kalau guna gambar ni buat salam perantauan..heeee~]

ok have a nice day.good night.thanks.bye :)

Thursday, May 13, 2010

bla bla thursday

ok rindu budak dua orang ni. baru 3bulan datang sini rasa diorang macam dah besar. oh rindu~
*hint: mereka bukan anak2 saya dan saya bukan mak mereka(murka mak2 mereka kalau tiba-tiba saya mengaku anak2 comel mereka ini anak saya.haha.lagipun saya budak lagi ok.opps.gadis berumur 21tahun.wink~)



Assalamualaikum dan hello :). How are you?Fine thank you.So far so good. Hah lega dah submit assignment.eh lupa multiple questions untuk 225 belum buat.-_______-'. nak cerita apa hari ni.nak cerita apa. hah permulaan hari yang agak kurang baik bila tengok bil vodafone sampai $40.44.tak puas hati sampai lupa nak breakfast.T_T.jalan pegi rec centre perut kosong.jeling munchy mart sebelah mata.melampau tak.HAHA.cakap je lah malas nak belanja duit dekat munchy mart buat beli pie.ok alasan semata.lalala~.masuk rec centre keluar balik panjat tangga naik dance studio sebab kawan-kawan tengah praktis menari untuk Huia's Formal Dinner.macam seronok.*teringat zaman kegemilangan masa muda-muda dulu*.duduk duduk sembang pagi dengan naz sambil tengok kawan-kawan menari kegirangan.ye kawan-kawan sekarang rasakan kepenatan menari yang membakar lemak lebih daripada berlarian di domain.HAHA.jadi kesimpulan disini saya memang tak jadi exercise pagi ni.duduk tengok orang je kan.haa cerita belum habis.lepas pegi rec centre bukan terus balik.pegi submit assignment dekat Fisher Building lepas tu terus melencong ke Anzac Ave dan terus ke Queen. St. untuk DRESS HUNTING versi nisya nordin.

*nisya nordin sebelum*

yes nak cari baju untuk formal dinner HUIA. dan sapekah fashion designer beliau?tak lain tak bukan sayalah orangnya.HAHA.yes lagi cerewet dari tukang pakai.kalau orang lain tengok design dulu, saya tengok tag harga dulu.HAHA.motif nisya ke Queen St. ialah untuk DRESS HUNTING dan yes motif itu tercapai. *nisya nordin selepas*

saya yang pergi ke Queen St. dengan motif kosong dan harapan takkan membelanjakan duit telah menggagalkan motif sendiri. tak balik dengan tangan kosong. YES. bukan tangan kosong.

*hand warmers comel yang harapnya boleh membantu masa winter nanti :)
(beli sebab ada SALE)

*hah tambah koleksi lagi*

sampai bilik terus geledah barang2 koleksi konon nak tengok koleksi dah banyak mana. nisya nordin datang tunjuk baju vogue de vass.lepas tu main mekap-mekap.HAHA.*tengok gambar atas*.ihsan jurumekap amatur sendirian berhad.

*semalam janji dekat diri sendiri kalau dapat siapkan assignment akan belanja diri sendiri makan nasi goreng ayam kat ayutthaya :)
*hari ni first time berani call customer service vodafone.lega sangat sebab dapat faham apa yang operator tu cakap.HAHA.serius masa mula-mula sampai sini pernah call customer service tapi tak paham satu patah pun terus tekan butang merah letak telefon.HAHA.:D

ok have a nice day bye :)

Wednesday, May 12, 2010

hello super duper windy Auckland


*tajuk entri macam gempak*
hello Assalamualaikum :)
say hello to super-windy Auckland
yes very strong wind*I can hear the sound of the wind outside although my window closed*
and it's cold yes sejuk amat
so the best thing to do
sit in front of the laptop-a cup of tea+biskut ping pong igauan hati+watching adamaya+ignoring the assignments*huh?ignore?i just can't because tomorrow is the due date..lalala~*
okay so the best idea is sit-a cup of tea+biskut ping pong+watching adamaya and working on my assignments...haaaa sound good eyh...haha...sort of~
*maybe someone do realize that I've deleted my previous entries*
motif?haha takde sebab rasa macam buat entri tu tadi tengah jiwa kacau
lol~
and yes now memang jiwa tengah kacau menghadap linguistic..aigoo~
tapi kembali tenang dan bersemangat lepas dengar single latest Super Junior BONAMANA
*hah kalau belum download sila download sekarang*
bak kata nisya la kan..nisya yang cakap..dengar lagu nih boleh hilang mengantok..
ye saya setuju sangat plus lagu ni buat saya rasa nak menari EWAH..haha
*okay bukan zapin bukan joget bukan inang harap maklum*
boo~ya?haha...
Oh yes I've missing home..
sambal belacan igauan hati oh~
ikan patin masak tempoyak~
yummmmmmm~
*kalau puasa ni boleh batal tau..astaghfirullah~*
ok need to back to work
kalau tak besok mahu menangis masa nak hantar assignment
jangan tanya kenapa HAHA
hah dah merepek macam kerepek
babai :)
have a nice day okay?
^^

Tuesday, May 11, 2010

lelaki idaman

*gambar bukan hiasan semata^^*
*ini entri versi angan-angan sahaja*

Ok.Ini tag dari bff Fareha si sayang darling.haha.motif?buat tag ni sebab rasa seronok nak buat+dah blur nak buat assignment linguist203*cough*cough*

1. How tall should he be?
more than 167cm.yes because mine is 167cm so he need to be taller.168cm+ will do.haha~

2. What hair color should he have?
dark brown*hah kan dah demand*haha..okeh rambut hitam tak mahu kaler2 okeh.original.harap maklum.

3.What kind of personality should he have?
-humor-fun-sweet-responsible
-gentlemen-tegas tapi soft-hearted*dalam hati ada taman*:P
-cukup ilmu agama*untuk bimbing saya dan bakal keluarga*berangan dah!:P
-understand-accept-me for who i am

4. Older or younger?sebaya pun boleh*hah orang dah tahu siapa*haha

5.What film actor should he most be like?

hah kau Gu Jun Pyo si kacak lagi hot
setuju?

atau Fred atau George yang comel gila nih

macam ni ok jugak
hai legolas si gojes:)

6. What singer should he most be like?

suara dia mesti sedap macam Jang Geun Suk*hah demand*

mesti ada muka manis suara tampan macam Si Won

wajib cool macam Jong Hyun CN Blue
*rambut curl dia mahal weh*

7. Do they need to cook?
yes.a bit will do.they need to survive ey~

8.What is his best body part?
dimple*yes bonus yes*i like guys with dimple*

9.What car should he drive?
Evo Lancer.*hah sape suruh tanye kan dah demand lagi*haha.
okeh jawapan standard.sekadar yang mampu.sekadar yang perlu.tidak perlu berbelanja lebih.
*tunggu anak 10 baru logik nak pakai alphard*tiba!

10.What one thing completely turns you on?
sweet+charming+gojes+sikit2 nakal smile*hah!*

11. Who was the guy who is on your mind when you were doing this survey?
haha teka teka

12.tag2
siapa yang tak sibuk sila buat tag ini dengan senang hati
*eh tapi rasa nak buat list jugak*
  • cidot
  • paan
  • krunnis
  • dan lelain:)
  • *hukum wajibul ghunnah*TERISTIMEWA Cik Rose Nina tersayang

sekian terima kasih

p/s: kepada lelaki tersayang jangan kecik hati, tag ni untuk masa lapang sahaja :)

Monday, May 10, 2010

(HD)SUPER JUNIOR TEASER 4TH ALBUM COMEBACK (mv teaser새 앨범)*Bonamana



okeh layan super junior 4th album teaser
semua macam hot boleh
*jatuh cinta*pengsan*tak sabar*
hukum wajib beli album*tak pasal pasal kan*
hahaha

Sunday, May 9, 2010

Happy Mother's Day mum:)

Happy Mother's Day mum
You're the BEST MOTHER in the world :)


Thank you for taking care of me from this 'small' :P
(okay please don't misunderstood...the baby is me and the girl in yellow shirt is my cousin)

this 'adorable' girl of yours...

until the 'small' baby become this 'big' lady :D

yes.I am taller and people always misunderstood me as my mum's younger sister.
(means that my mum is 'awet muda')

my pretty,wonderful,lovely and charming mother :)
dear mum, your daughter is doing quite well here...and yes she's missing you a lot :')

love you mum :)
xoxo
I love you both and missing you always

Thursday, May 6, 2010

menangis lagi

oh serius saya tak kuat nak lalui semua ni
sepupu saya baru bagitau atok saya tak berapa sihat
dah kurus taknak makan
sebelum nie dia balik rumah mesti atok takde pegi kedai ke pegi kebun
sekarang dia balik rumah atok baring atas tikar
saya risau risau risau
oh nak balik rumah sekarang boleh tak
nak jumpa atok
nak nak nak ='(
oh malam ni saya menangis lagi
mari doakan atok saya cepat sembuh
terima kasih :')

Tuesday, May 4, 2010

award


Assalamualaikum
*entri pendek harap maklum*
ada kanak-kanak comel bagi saya award :)
thanks thanks thanks
teeheehee

1) Thank and link the person that gave you the award
Thank you dear sasa sebab sudi bagi award nie*terharu mata blinking*

2)Pass to other bloggers that you've discovered recently
Eh sape yang saya baru kenal?ramaiiii..mari mari ambil award ini :)

3) Let them know they've won this award
dah bagitau mereka kat soalan di atas:)

4) State 7 things about yourself
  • saya gila kamera tapi kamera tak gilakan saya :p
  • saya tengah miskin *takot jadik homeless sebulan*
  • saya sekarang dekat perantauan
  • saya sayang En.KAN *bakal suami ehem ehem*
  • saya suka makan tapi saya taknak gemuk
  • saya suka cerita korea/jepun
  • saya banyak cakap..kadang2 kengkawan pun takut bila tengok saya excited sangat..eh tapi kalau dengan stranger saya pemalu harap maklum :P
eh dah siap lah!
okeh nak tido dulu besok ada kelas..nanti mengantok tersengguk dalam kelas sangat malu okeh
babai!

Sunday, May 2, 2010

live from Auckland :)

oh hello everyone :)
Assalamualaikum!
hari ni nak kongsi gambar-gambar dari D60 tersayang
*sebenarnya takde idea nak update pasal ape*
eh kalau nak komen ke nak suka ke nak kritik ke sila jangan segan
boleh saya perbaiki 'skill' & 'upgrade' apa yang patut
*oh bajet photographer professional je kau ye*
eh saya bakal cikgu sekolah rendah budak kecik-kecik sekian terima kasih :)










p/s: kalau ada sape-sape rasa rajin lagi anda dijemput ke FlickR dan jugak Facebook saya [eh nak jugak promote Facebook kat sini padahal bukan femes pun :p)

babai!:)

Friday, April 30, 2010

pengalaman paling berharga

*emo*emo*cough*cough*
oh hello :)
Assalamualaikum :)
''Twinning programme is such a waste''
*pissed off*
lepas makan tadi Fareha mention pasal isu ni
oh seriously I don't even know a thing about this
balik bilik terus bukak facebook
*pengsan*
saya malas nak emo tahu
nanti tak pasal-pasal boleh siap essay 2500words kat sini
eh kenapa ye?
kenapalah hidup kitorang dan seangkatan tak pernah aman
oh ter'emo' pulak
*sabar tarik nafas...hembus jangan tahan nanti pengsan*
dan kepada yang mengeluarkan kata-kata di atas

'YOU'll NEVER KNEW WHAT SOMETHING IS ABOUT UNLESS YOU EXPERIENCE IT YOURSELF'

sila beritahu saya, siapa yang boleh bayar nilai & erti sebuah pengalaman
pernah anda solat atas jalan tar dan sujud di atas batu-batu kecil yang menyakitkan?
disini kawan-kawan saya ada yang mengerjakan solat sedemikian rupa...
pernah anda solat di bawah sinaran matahari yang memancar tanpa sebarang lapisan ozon?
kawan-kawan saya disini terpaksa berbuat demikian apabila surau penuh pada hari Jumaat
pernah anda membawa sekeping kertas yang mempunyai kod-kod makanan haram & tidak boleh dimakan ke pasaraya apabila membeli barang?
disini sekeping kertas itu menjadi teman baik saya & kawan2 saya semasa membeli bekalan makanan
pernahkan anda merasakan bahawa betapa jauhnya jarak anda dan keluarga tersayang apabila wujudnya perbezaan masa antara dua negara?
kami disini seringkali menitiskan airmata [terutama saya]

saya tiada sempurna
saya insan biasa
*eh kenapa ni tiba-tiba macam sajak*

dekat maktab boleh plagiarize [sikit2]
dekat sini?kirim salam dekat plagiarism
markah memang 0 harap maklum
dekat maktab kalau malas sukahati
dekat sini kalau malas memang mati
dekat maktab..nak jalan ke blok baru mengeluh tak henti..
dekat sini jalan dekat 3km hari-hari
dekat maktab tak kisah assignment sikit2 senget
dekat sini kalau assignment senget habes markah semua senget

saya cuma nak beritahu yang pengalaman itu tidak ternilai harganya
saya sudah 3bulan berada di perantauan
dan saya akan berada disini sehingga akhir 2011
banyak lagi pengalaman yang akan saya timba di negara orang
yang mana baik saya ambil dan pelajari
yang mana buruk jangan sesekali ikut dan jadikan ia satu pengajaran

'something about a thing...sometimes it is not about the STORY behind it...it is all about the VALUES that we can get from it'

*cough*cough*
tiba-tiba jadi skema harap maaf
kepada kamu yang berkaitan

'DON'T JUDGE THE BOOK BY ITS COVER...TRY TO OPEN THE BOOK...READ IT...AND TRY TO PUT YOURSELF IN THE STORYLINE..you'll understand my words~'

'jangan sesekali menyalahkan takdir dan sesuatu kejadian...kerana suatu pengalaman itu tidak ternilai harganya...'

dan ayat kamu itu memang tak boleh diguna pakai
kepada kawan-kawan seangkatan saya...
Fighting!

*kesalahan bahasa/kekasaran amat dikesali
*maaf emo emo ye hari ini
:) nanti kita jumpa lagi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...