Saturday, October 23, 2010

last day of semester

Assalamualaikum & Hello :)

hari ni officially start cuti.walaupun ada lagi satu assignment dengan satu presentation.jiran-jiran pun dah mula menampakkan belang.subuh-subuh dah membising.dengan bangun tidur berperang dengan diri sendiri sebab kaki cramp.ikutkan hati nak je pergi bagi pelempang Malaya sorang sebijik.tapi KONON je lah.hahaha.sabar itu separuh daripada iman.betul?ecewahhh.

habis pulun untuk test psychology dengan writing.lega.mintak-mintak dapat A.tak dapat A pun A+ jadilah.hahaha.takdenyeeeee.mimpi je lah.jawab test pun separuh hati.dah nama jawab test sebelah Law Building.orang tengah pesta-pesta.sebelah telinga dengar orang pesta nyanyi ntah hape-hape.sebelah telinga fokus dekat kertas test.eh sekejap.telinga fokus dekat kertas test?hahahahaha~
bila duit masuk, maka hati senang.bila hati senang, haruslah pergi bilang kedai dekat Queen St.hahaha.
penuh tangan hohh budak dua orang nih.izzati berjaya menangkis keinginan daripada membeli banyak seperti biasa.kakaka~.at last dapat jugak satu dress dekat Glassons.tu kira baru nak start enjin la tuh.nasib baik pergi Glassons last sekali.buatnya mula-mula pergi Glassons.habislahhhh.

tengahari pergi kira kedai dekat Queen St. petang pulak pergi Countdown, shopping groceries macam suri rumah sepenuh masa.penuh troli hohhhh.hahaha.terjumpa lunch box ni.super-cool.limited edition katanya.sebab murah & susah nak jumpa, makaaaaaaa beli aje lah.kehkeh~

p/s: hari ni nak masak nasi ayam!ngehhhhhh.setelah sekian lama memendam rasa.hooooyeahhh~

Friday, October 22, 2010

'25 tentang dia'

'tentang dia' lah sangat.tentang diri sendiri padahalnya.hahaha.

1) tahu nama saya kan?kalau tak tahu, nampak gayanya macam tak lama dah...[hah fikir apa tu.jahat jahat.haha]

2) umur?teka teka.baru ada seronok dekat situ.hahaha.

3) dalam gambar mungkin tak nampak tahap ketinggian sebab biasa ambil gambar tak nampak kaki hahaha.hakikatnya 167 cm.harap-harap takde tambah tolak dah.

4) tak minat high heels, wedges.tapi gian cheesy wedges kfc hahaha.dalam kata lain, sebenarnya memang tak perlu pakai pun.kahkah.

5) suka tengok kartun.sailormon, tomatomen, otromen taro, mojako, hemo-hemo, power rangers, robocop, masked rider, haaaa apa lagi apa lagi.

6) suka benda-benda comel walaupun tak ada keperluan pun sebenarnya.haha.

7) ada babies.tapi tak pernah melahirkan.haaaaaaa.ahahaha~

8) tak perlu pakai spek sebab tak rabun.tapi perlu consider spek sebab silau melampau.

9) suka TENGOK binatang comel.tapi tak boleh pegang.geli ke takut apa tah.yang penting memang tak berani pegang.sebenarnya bukan binatang comel je.binatang apa-apa lah.semua tak berani pegang.kalau boleh pegang pun, tak kekal lama.sekejap je hamster boleh kena campak sebab tergodek-godek.sape suruh godek-godek.hahaha.

10) email sekarang dah guna dari Form 3.

11) lokasi sekarang bukan dekat Malaysia.

12) takut tempat gelap.mudah terbayang macam-macam.haish~

13) mudah cuak kalau nak lintas jalan.hahaha.

14) suka gelak.sekali gelak susah nak berhenti.hahahaha.kalau ada benda lawak jadi depan mata, even benda tu dah jadi lepas 10minit pun boleh gelak lagi sebab asyik replay kejadian tu dalam kepala otak.hahahaha.

15) suka pergi funfair/theme park.suka naik benda alah yang extreme-extreme sebab rasa macam best tapi selalu risau risiko tercampak.mintak jauhhhhhhh~

16) bakal cikgu bahasa.haruslah tahu banyak bahasa.Malay 1st language, English 2nd language, French belajar dekat sekolah, Hindustan belajar dekat rumah dari kecik tapi rasa macam lagi terer dari bahasa yang belajar dekat sekolah hahaha, a bit of Japanese and Korean sebab banyak tengok movie dengan drama.

17) first impression anda terhadap saya mungkin salah.

ahahaha.iklan iklan.iklah lah.

18) love to play around.tapi bila serius, mesti serius.

19) suka makan tembikai.bagi sebijik pun boleh habis.mungkin kerana penyebab gigi patah kali pertama dalam hidup ialah gara-gara tembikai.hahaha.dan kerana biji tembikai buat saya seram sejuk takut tertelan gigi sendiri padahal gigi ada dekat atas riba.hahaha.

20) orang cakap saya garang.jawapan saya, MUNGKIN dan YA.haha~

21) camera-maniac.

22) tak tahu sebab guna nama 'sizuka'.biasa kalau orang tanya, jawapan skema ialah 'saja suka-suka'.

23) gayat dengan tempat tinggi dan berkeupayaan menjerit pada tahap kelangsingan paling tinggi jika berasa terancam.

24) i am not 24 yet.motip?haha~

25) selalu lupa nak sarapan.bila jalan pergi kelas baru teringat, 'oh tak makan apa pun tadi'.

cukuplah 25.tak boleh lebih-lebih.sebenarnya kena tag dengan silah.mulanya nak buat entri pasal lain.tetiba rasa macam kurang semangat nak menggoreng ayat malam ni.jadi, buat tag dulu.heeeeee~

oh ya.siapa rasa tag ni best sila jawab.sekian.

p/s: this is the last day of this semester.study week has started.tapi sebab takde exam, jadi isytihar sendiri izzati, anda sudah start cuti.hahahaha.eh eh eh.ada lagi satu assignment dengan satu presentation minggu depan.pulun tt pulun![hohhhh angah bagi nama tt.nama baru yawwww.hakhak~]

Thursday, October 21, 2010

betul-betul pendek

kali ni betul-betul pendek punya entri.hari ini awesome.gathering best, gempak,best, fabulous, apa lagi.whatever whatever.main game 'pako' yang lawak nak mati sampai rasa boleh gelak sampai pengsan.gambar dengan cerita kena tunggu dulu.duit dah masuk hooray!kena bayar hutang piutang dulu macam macam mana pun.sekarang tinggal 1 test, 2 assignments dengan 1 presentation sebelum hai hai pasir putih tepi pantai, basikal dan kameraku sayang.sebab itu entri ni macam ni.ada assignment kena submit besok tapi belum start pun lagi.hahaha.

p/s: kawan-kawan ajak pergi spookers lepas habis presentation.serabut perut serabut perut.

(eh sapa-sapa nak tahu spookers ni menatang hape, klik lah link tu.heeeeeeeee)

Wednesday, October 20, 2010

budak NZ joget hindustan

Assalamualaikum & Hello :)

20.10.2010.sweet.tapi takde buat benda yang luar biasa pun hari ni.pukul 10, pergi kelas.pukul 12 habis kelas.pergi Queen St. kira traffic light kekononnya, tenung perkataan SALE dengan perasaan sebak, teman Nisa pilih kasut untuk ayahanda beliau, makan kebab $5 sempat lagi kau dan balik bilik selepas 2 jam.takde duit pun dah 2 jam dekat Queen St.cuba bayangkan kalau ada duit.hahaha~balik bilik pulak kononnya nak update blog sebab tarikh hari ni best lepas tu nak mengarut konon-konon 10 tahun lagi kalau baca balik boleh tersenyum sendirian dengan anak-anak hahahah.semput tak baca?menaip ni pun semput hoh.haha.

tadi masuk Glassons *banyak dress comel ada SALE pulak tu ohhh*, ada ternampak satu t-shirt.quote dekat t-shirt tu comel gila.betul tak tipu.siap glitter glitter lagi.

MY DADDY IS MY ATM

hahaha.super-cool ey?

tetiba hari ni blogspot tak boleh upload gambar pulak.maintenance katenye.kita ikut je lah kan.nama pun menumpang nama dia.tak boleh upload gambar, akak upload video!ngehngeh~


jangan ingat orang Melayu je gila dengar lagu hindustan weh.saya ni pun tengah syok dengar lagu bole chudiya.hahaha.diorang ni pun boleh tahan juga.ni saya rakam masa pergi sekolah anak murid skype hari tu.diorang ada hari kebudayaan.kalau tengok dalam video tu, tak nampak sangat budak mat salleh kan.dekat sini bukan setakat ada orang putih je, ada jugak yang rupa macam orang melayu.warna kulit sama.kadang-kadang konpius jugak.haha.cuma diorang ni super-besar.NZ punya citizens ada macam-macam.Europeans, Maori, Pasific Islanders, Samoans etc. etc. sebab tu diorang banyak budaya.

kalau yang Pasific Islanders ni, diorang jenis yang menari guna daun nyor, bunga-bunga, gelek-gelek ala hula dekat Hawaii sana.kiranya kitorang ni dah tak payah pergi Hawaii dah.dekat sini dah boleh tengok.hahaha.nak tahu lagi pasal New Zealand, google it up.izzati tak sehebat google.cetek lagi ilmu ni.ecewahhh.

sebenarnya ada lagi video budak-budak ni menari.hip hop ada, lagu Maori ada, Samoan punya persembahan ada, Cook Island punya dance pun ada.kalau yang hindustan tu pulak sampai DUA persembahan.hahaha.

p/s: izzati sibuk cakap minggu ni miserable lah segala kan.tetiba boleh pulak dia duk update blog tiap-tiap hari.haha.nanti waktu summer holiday, bila datang penyakit malas nak update tu habislah~

Tuesday, October 19, 2010

dah lama dah...



rasa macam lama dah tak bawak little baby jalan-jalan.haish.tak senang duduk macam ni.tengoklah nanti.habis segala assignment dengan tests, satu Auckland kita round ok?don't worry darling.nanti mummy angkut jugak 'kakak' dengan 'adik' tu.just 'adik' kena tunggu mummy beli film, baru bokeh.ngeeee~pssst.kakak dah boleh challenge you buat gambar chantek tau.hahhhh no fight fight pleaseeee.mummy sayang semuaaaaaaaa:D

p/s: my babies are my cameras.heee~

Monday, October 18, 2010

manusia punya cerita

Salam.

have you ever imagine how cruel and evil human can be?zaman sekarang, ada orang yang tak boleh tengok orang hidup senang,living a happy life. there are psychos, who disturb and mess with people who they feel uneasy with, which make them HAPPY watching their victims' life become miserable.even, there are people who KILL others because of money.tahu kan yang kes Datuk Sosilawati tu?tu satu contoh.ada beribu lagi kot orang macam tu dekat luar sana.all these 'craps people' sebenarnya ada satu je masalah diorang.masalah HATI.puncanya?hasad dengki.

kalau rasa tak berapa faham hasad dengki tu apa dia, jom baca.even kalau dah faham pun, baca jugak.ilmu jangan ditolak, musuh jangan dicari.errr betul ke?layan je lah.

Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206).

Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah bersabda bermaksud: �Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.� (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah Riadus Salihin 4:1441)

Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga macam:
Pertama menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.

Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.

Dengki hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain.

sejak dua menjak ni tiap kali blogwalking, ada terbaca luahan hati kawan-kawan yang terkena penangan hasad dengki. ada yang dapat komen kena caci, kena ejek, macam-macam lagi lah.walau macam mana kita lawan pun, hasad dengki tu takkan hilang.orang yang dengki memang tak pernah puas. waktu-waktu macam ni, SABAR tu penting. pernah dengar kan 'Allah menduga hambaNya dengan dugaan yang MAMPU dilalui oleh mereka'.Allah takkan duga kita teruk-teruk.Allah duga kita sebab Dia sayangkan kita.orang yang hasad dengki ni boleh kata macam sejenis dugaan jugak lah.Allah nak duga tahap kesabaran kita.sejauh mana kita mampu bersabar dengan kerenah manusia yang tak pernah puas menyusahkan hidup orang.

“…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d [13]:23-24)
Sabar termasuk akhlak yang paling utama yang banyak mendapat perhatian Al-Qur’an dalam surat-suratnya. Imam al-Ghazali berkata, “Allah swt menyebutkan sabar di dalam al-Qur’an lebih dari 70 tempat.”
Ibnul Qoyyim mengutip perkataan Imam Ahmad: “Sabar di dalam al-Qur’an terdapat di sekitar 90 tempat.”
Abu Thalib al-Makky mengutip sebagian perkataan sebagian ulama: “Adakah yang lebih utama daripada sabar, Allah telah menyebutkannya di dalam kitab-Nya lebih dari 90 tempat. Kami tidak mengetahui sesuatu yang disebutkan Allah sebanyak ini kecuali sabar.”
nampak kan kelebihan SABAR dekat situ. jadi, nak lawan orang yang hasad dengki ni senang je sebenarnya.SABAR.SABAR.SABAR.lama-lama nanti diorang penatlah.orang macam tu suka kacau hidup orang sebab nak tengok sejauh mana dia boleh mengkacau-bilaukan hidup orang tu.bila si mangsa dah jadi kacau-bilau tak tentu hala, waktu tu lah diorang ni happy bukan main.

jadi, tema entri hari ini ialah mari mentarbiyah diri dan hati.semua yang ada dalam entri ni semata-mata nak kongsi dengan korang, saling mengingati dan beringat untuk diri sendiri.takde niat nak tunjuk baik pun.sebab saya pun ada kelemahan sendiri.no one perfect.

before I am off, some 'magical' words from me:
I have NO TIME to think about any crappy things right now.I got 3 tests coming soon and 1 more assignment to be settled for the final week of this semester.I tell you, those crappy things won't be able to bring me down.But fine, if you want to spend your precious time and try to mess with my life.Go on.

Just remember, once you mess with me, I can mess yours hundreds if I wanted to.

Sunday, October 17, 2010

rugby oh rugby

one thing that I love about live streaming tv : I can watch Rubgy match without going out from my room.

Assalamualaikum & Hello :)

watched NZ vs Samoa last night.an awesome game, I can say.walaupun tengok guna live streaming je tapi still rasa nak menjerit-jerit macam dekat stadium.haha.

Rugby = haka
macam biasa sebelum start match, players NZ memang akan buat haka.lebih kurang macam challenge the opponent for a battle.klik link 'haka' dekat atas tu.nanti korang mesti faham apa kejadahnya haka ni sebenarnya.nak suruh saya terang?memang sampai tahun depan tak boleh nak faham.kahkah.kalau tak dapat nak bayang lagi macam mana rupa haka ni.pergi Youtube, taip 'haka'.nak lagi ummmpph?taip 'haka All Blacks'.superb weh.superb.fabulous!

dari awal match, jenuh tekan prt sc nak buat masuk blog.kakaka~

diorang ni kalau buat haka, muka memang kemaen garang.waktu school-visit hari tu pernah sekali students buat haka depan kitorang.kecut perut jugaklah sebenarnya sebab haka ni ibarat macam pengisytiharan perang.tujuan haka memang nak menakutkan opponent.even persembahan sekalipun.kira macam guna psikologi lah kan.buat muka garang, bulatkan mata, jelir lidah.sape tak takut weh.gerunnnn~


players NZ buat haka 'Ka Mate' sebelum mula match.

Samoan players pun ada buat ala-ala haka jugak.tak pasti apa nama dia.tapi lain sikit lah.ada gerak sana sini sana sini.muka garang jugak tapi takde sampai jelir lidah.

anda nampak apa yang saya nampak?bangga weh.bangga.kalau tak perasan lagi meh sini nak bagitahu.kenal lambang Malaysia Airlines tak?hah dah perasan ke belum?kehkeh~

ni nama dia 'scrum'.betul tak?kakakaka.dah start hafal dah terms Rugby nih.tapi rules memang tak lulus lagi.yang izzati tau-bawak bola lepas line, dapat mata.kalau sepak bola masuk antara dua tiang, kira gol.passing tak boleh forward, mesti side to side ataupun belakang.benda-benda simple je pun yang kau tahu.hahaha~

at last, 50-6.NZ won.heeeeee~

dah nama main rugby kan.tak sah kalau tak ada berdarah luka sana sini.dasyat oh diorang ni main.even haritu masa tengok rugby inter-faculty pun ada yang berdarah satu hidung sampai dah tak nampak mana satu hidung.merah je semua.scary weh.saya tak sempat amek gambar sebab gerun sangat.match ni tadi pun ada yang berdarah dahi, lutut segala.haih.menakutkan.tetiba teringat satu komen kat gambar kitorang dengan player rugby BLUES dekat facebook.
'badan sorang-sorang macam balak.kalau kena hempap ni boleh mati tau.'
rugby players dekat sini memang super-besar.tak tipu.korang tengok gambar atas tu dah nampak diorang super-tough kan.nanti saya tunjuk bukti, gambar saya dengan diorang masa pergi tengok match dekat stadium dulu.malas lagi nak korek gambar dalam external.hehe.even saya yang 167cm ni, bawah bahu kot.boleh bayang?

tapi, biar diorang ni super-size, lari kemaen laju.mencicit-cicit bawak bola.lepas tu rempuh sana sini.gagah perkasa gunalah trojan!apa aku merepek ni.

p/s: habislah lepas ni tiap-tiap hari Sabtu malam Ahad menghadap Rugby guna live streaming.haha~

Saturday, October 16, 2010

camera-addict

I just realize that I am a camera-addict.sebelum ni tak pernah terfikir langsung benda alah macam ni boleh buat orang 'gila', bukan gila weng weng tuh ye.gila as in 'gila' lah.korang buat buat faham je lah ye gila yang macam mana saya tengah cerita ni.saya pun tak tahu nak terang macam mana lagi.hahaha.sekarang bila dah terjangkit 'penyakit' ni barulah faham.oooo patutlah orang gila kamera.

jadi camera-addict ni risiko tinggi.tengok kamera apa-apa pun rasa nak beli.itu nak beli, ini nak beli.sebab lain kamera, lain function dia.hasilnya, sekarang saya ada tiga kamera-baby-baby kesayangan yang buat saya jadi seorang ibu mithali ecewahhhh.tapi saya rasa itu tiga beradik tu baru mukaddimah.hahhhhhhhhh?sebab sekarang ni saya tengah menggila tengok kamera-kamera vintage.jatuh cinta weh.super-cool.tetiba rasa nak jadi camera-collectors lah pulak.simpan buat koleksi peribadi.NAMUN, melihat kamera-kamera vintage yang dijual pada harga yang murah di waktu kesempitan wang macam ini ialah menyengsarakan & menyesakkan oksigen!rasa macam kempunan tak makan tempoyak 10 tahun.faham tak macam mana?ke korang tak makan tempoyak?rugi rugi.tetiba cakap pasal tempoyak.haha~

betul saya cakap.benda ni risiko tinggi.duit pun kena labur lebih sikit.tapi pelaburan itu akan super-menguntungkan & berbaloi-baloi.satisfaction is number one.saya ni sampai sekarang pun, kalau dapat shoot gambar yang terlebih cantik sikit, seronoknya sampai rasa macam nak sesak nafas.dapat bayang tak macam mana?

tapi saya tak tahulah cita-cita ni sampai mana kan.ada certain orang fikir buat apa lah membazir beli benda-benda macam tu.nak amek gambar je pun.ada orang yang tak faham insan macam saya ni.crazy towards a mechanical thing called camera.mak saya pun tak berapa nak faham kenapa anak sulung dia buat perangai macam ni.masa kecik-kecik tak pernah pulak dia gila main kamera.main pondok-pondok dia minat lah.hahaha~

i just love it.

p/s:when I can post 2-3 entries in a day, it tells a happy me :). oh btw today is my younger brother's birthday.
Happy Birthday Ijat.Sweet 13th.
from Auckland with loves~

'now it's my turn'

orang suka little baby D sebab dia selalu produce gambar cantik-cantik.how about me, mummy?kata my baby pink.jadi, selaku ibu yang adil saksama, maka saya pergi kelas bawa 'anak' dalam beg.bunyi macam oh ibu penyayang whatever whatever.namun sedarilah anda semua, anak saya ialah seorang kamera.hahaha~

so there you go baby.
output from my baby Samsung ES60.
models+props+photographer : mummy & kawan-kawan mummy [timai & fareha]
edited by: Mummy kalau tak sape lah lagi.haha~











nasib baik dia ringan.masuk dalam beg,hah duduk diam dalam tu.my babies semua behave well.tak ada lapar dahaga menangis what so ever.cuma kalau terkena air atau terhempas ke bumi, mummy yang merana.

p/s: I need to get ready for a super-miserable final week of this semester with all tests and assignments in a row, with few cents in the pocket.perfect combination?perfect sangat lah.*pengsan*~
kejut hari Sabtu minggu depan boleh?hahaha~

Friday, October 15, 2010

nak kurus cepat

Salam.

siapa tak nak kurus?orang yang dah kurus je taknak kurus.saya ni, dah lama berangan-nak-kurus tapi memang tahap berangan je lah.tak pernah jadi realiti.hahaha.pernah sekali jadi realiti.lepas PLKN.masa tu berat turun seiring dengan kulit yang dibakar matahari.perfect combination lah kononnya.sengsara nak putih balik.putih ke?hahaha~ habis PLKN, duduk rumah 3 bulan sebelum dapat offer.maka, mengembang kembali.memang tiada pasang surut.asyik pasang je.hahaha.even sekarang pun.walaupun rasa macam dah kurus, tapi belum lagi.jauh sangat lagi.jadi, jom menyahut cabaran!
malas nak taip banyak. jom, baca tips cepat kurus versi sizuka.oh sweet~walaupun tips cepat kurus ialah versi sizuka, tidak bermakna ianya dipraktikkan oleh si tokey versi.hahaha~ini ialah hasil google, bacaan tips diet seimbang ekhemmmmm & nasihat pakar [rakan2 yang berjaya merampingkan diri]
  • no ice, no sweet drink, no ice-cream, no chips, less chocolate, no fast-foods
  • boil your foods, don't fry
  • eat less but constantly
  • eat more fruits & vegetables
  • exercise frequently zumba eh zumba!
  • drink more plain water
  • minimize carbohydrate [rice, bread, cereals etc.]
  • no sleeping right after eating
  • never take a bath right after having a meal
  • pil kurus sendayu tinggi?teh orang kampung?pil surut perut mustika ratu?no komen~
  • mind-set
  • discipline
banyak-banyak benda dekat atas ni, disiplin yang paling penting sebenarnya.kalau disiplin takde, benda lain memang tak boleh jalan.dah jadi lumrah, saya ni memang selalu langgar disiplin. T____T. nampak kan dekat first line tu semua benda line saya letak NO kecuali coklat?sebab, saya tak boleh takde coklat.rasa lesu tak bermaya.hahaha mengada gila.jadi tukar NO kepada LESS chocolate.jadi, harus sedar keperluan melimitkan pembelian coklat walaupun coklat ialah super-murah.kalau tak beli tak makan, tapi kalau beli sekejap je habis.hahaha~

how to lose 10kg in one year.dengan ini, cabaran bermula!

p/s: harap-harap berjayalah.aminnn~

Churros

Churros is a traditional spanish food.

Churros, sometimes referred to as a Spanish doughnut, are fried-dough pastry-based snacks, sometimes made from potato dough, that originated in Spain. They are also popular in Latin America, France, Portugal, Morocco, the United States, Australia, and Spanish-speaking Caribbean islands. There are two types of churros in Spain. One is thin (and usually knotted) and the other, especially popular in Madrid, is long and thick (porra). They both are normally eaten for breakfast dipped in hot chocolate.

credits to Wikipedia.lalala~

and yesterday, there was a Churros 'stall' at uni.We had so-called stalls and stuffs [outsiders come and sell stuffs like jewelleries, clothes, foods & etc.] at Quad every Thursday.Yesterday was my first try after seeing so many people ate the long sticks with chocolate and caramel toppings.looks yum~

Fareha [in the pink circle].Yeah, the little one.Queuing for the Churros. Standing between the Kiwis & others make us look a bit small.even me, the 167cm lady.hahaha~

there you are.our crunchy,creamy & yummy Churros :)

finished.hahaha.

it's my first time, but for Fareha, this is her 2nd time.Churros is soooooo yummy though.Now, I feel like I am in love with Churros.maybe after this, people will always see me queuing for Churros every Thursday.kakakaka.but wait.next week is the last week of this semester. T_____T.nahhh, I'll go & hunt Churros at Auckland City Market.kakakaka~

p/s: to my dear khairul, congratulations for the new iMac :)

Wednesday, October 13, 2010

kodok ngorok

kodok ngorok
rokotok rokotok
di pinggir kali
rikitik rikitik
dia jatuh
rukutuk rukutuk
lalu mati
rikitik rikitik

Assalamualaikum & Hello :)

tadi terbaca status sorang kawan dekat facebook.walhal dia takde pun sebut pasal kodok ngorok ke ape ke.just ada bunyi rok rok sikit.tu yang tetiba boleh teringat lagu zaman main masak-masak tanah nih.korang tahu ke lagu nih?

biasa nyanyi lagu ni sambil masak daun pokok bunga mak dalam kuali bocor tok depan rumah.zaman saya dulu,dah main pondok-pondok, macam-macam lah lagu keluar.tanya sama pokoklah, labah-labah panjat perigi lah, ku petik bunga mawar lah, dari ulat jadi kepompong lah.macam-macam ada.sekarang dah lain.budak-budak dah jarang sangat main pondok-pondok.ntah-ntah ada yang tak reti langsung.ekhemmmm harus menuntut ilmu dengan yang pakar.hahaha.sekarang budak-budak main komputer je semua.haishh tak bagus tak bagus.budak-budak harus mengikut lumrah sebagai budak-budak.komputer, bukan mainan budak-budak.jadi, sila pergi main pondok-pondok sekarang.

rugi betul budak-budak sekarang tak reti main pondok-pondok.kalau dekat rumah, saya yang ajar adik main pondok-pondok.errr sekejap.ajaR ke ajaK?hahaha.tak tak.adik saya lagi terer.main pondok-pondok versi moden.main dalam rumah, main fesyen fesyen guna baju dengan tudung mak.ala-ala macam shopping shopping lah KONONNYA.dah nama main kan.duit pun guna kertas kotak-kotak yang koyak dari buku latihan matematik darjah satu tu.hahaha.TAPI, ada kad kredit jugak tau.guna kad pokemon kahkah.waktu umur belas-belas dulu [hatta 19 tahun sekalipun.haha], memang selalu lah kot saya join main pondok-pondok.nak cukupkan orang KONONNYA.tapi position tak pernah best.hari ni along jadi cashier.besok along jadi cashier.lusa along jadi cashier.tahun depan pun along jadi cashier.adik-adik jugak yang jadi 'mak datin shopping spree'.budak-budak ni, sehabis mungkin nak situasi tu sama macam real life.jadi, mesin duit itu tukar dengan?KALKULATOR.layannnnn~hahaha.

syok tau sebenarnya main pondok-pondok ni.

p/s: tetiba tercerita pasal main pondok-pondok instead of kodok ngorok.patut ke tukar tajuk entri?hahaha~

Tuesday, October 12, 2010

indah & padah.also daffodils for you:)

running in the rain at 10.00pm for a bottle of primo & a little Moro.sweet~

Assalamualaikum & Hello :)

10.10.10
menyingkap sejuta makna.ada yang indah.ada yang padah.ada yang bertemu.ada yang berpisah.di kala kita bergelak ketawa, ada yang berduka lara.ada hamba yang baru dilahirkan ke dunia, ada hamba yang sudah kembali kepada Yang Esa.

10.10.10.satu-satunya my precious periuk hilang.nak jugakkkkkkkk interframe.haha~

10.10.10.Eden Park's Grand Opening [Stadium for Rugby World Cup 2011, Auckland]



ada sesi bergambar dengan piala Rugby World Cup 2011.tapi saya tak pergi.rugiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~
ugh jeles bila tengok haszrul, zaza, kimi & fahmi dapat amek gambar dengan piala tuh.nak jugakkkk.hmmm kena cari rumah ada tv nih.nanti taun depan nak tengok world cup dekat tv.nak pergi stadium macam kirim salam je lah kot.kecuali kalau ada orang bagi tiket free.ngahaha~nak beli jersi All Blacks untuk abah & untuk diri sendiri.heeeeee~

oh btw, kepada anda yang request gambar daffodils haritu, daffodils are here :)
[please comment or tinggalkan jejak dekat cbox.I lost your track.soriiiiiiii]and sorry for the long wait.kena masuk semak semata-mata nak cari daffodils.heeee.taklah taklah.just susah sikit nak jumpa daffodils sekarang.ntah kenapa.ni pun TERjumpa.alhamdulillah ada rezeki awak:)



rasa-rasa ni semua daffodils kan?but different species MAYBE.sori tau kalau tersilap.and really really sorry for the long wait.huhu.my bad.daffodils ni pun semua dah tak comel.hope you like it & I'll make sure that I'll shoot more daffodils after this.heee~

p/s: my little baby is off for a week.penat katanya~

Monday, October 11, 2010

super-penat

penat apa?penat apa?apa benda niiiiiii.

Assalamualaikum & Hello :)

Habis kisah hantu periuk.nampak gaya macam dah tak ada harapan nak jumpa.tsk.terima kasih kerana berbakti kepada boss selama sembilan bulan beberapa hari.jasamu dikenang selamanya.nanti beli periuk baru, gerenti lupa pasal ex-periuk.miahaha.lumrah manusia ok.lumrah.

Alhamdulillahhhhhhh dah hantar report dua ribu patah perkataan.rasa beban atas bahu atas kepala ni semua hilang.pooooff hilang!macam itu lah kononnya.dalam hati, hanya mampu berdoa supaya tak fail.itu je.taknak fail.itu je.berapa kali 'itu je' daaaaa.tak mintak A+ pun.sebab memang tak layak.tapi kalau layak, padang rugby I tadahkan.ngehhhhh~

bila dah kering idea nak tulis report.otak masing-masing dah sengal senget segala semua. [macam tongue twister lah pulak, sengal senget segala semua sengal senget segala semua.sjbfsoqkh apa kau mengarut ni izzati].bila otak senget, kerja jadi lambat, tidur lambat-->maka hari isnin tidak lagi indah buatku.padahal memang tak pernah indah.super-penat hari ini.SUPER ring!bukan bukan.

mari tengok apa izzati buat malam tadi sehingga tidak sempat berlari-lari menjenguk blog anda-anda.tapi sebenarnya kadang-kadang curi-curi klik jugak.ngehngeh~

klik untuk menyingkap kebenaran di sebalik kepalsuan

nak buat macam mana.lumrah manusia.tak habis-habis dengan lumrah.hahaha.tengok tab-tab lain tu macam wah gila kentang budak izzati menghadap Piaget memanjang.sampai dekat tab hujung sekali, puji-pujian tu semua lesap.sila pengsan.haha.

penat perasaan bila sana sini orang nak cari pasal.tak boleh ke duduk diam buat kerja sendiri, jangan buat benda yang orang tak bagi buat.jangan asyik nak perasan bagus perfect sangat mengata orang macam orang tu tong sampah.walaupun ntah apa-apa motif nak mengata tong sampah.be civilized, people.

tapi itulah.lumrah manusia.izzati, aku rasa kau kena tukar tajuk entri ni.

p/s: penat tapi nak tengok movie.sebab next assignment due Isnin depan.sempat lagi kau ni izzati.bak kata Afiqah [dekat facebook kalau saya tak silap], kalau tak buat assignment last minute, bukan student namanya.hanya applicable untuk orang-orang macam izzati & the geng.kalau ada geng-buat-assignment-awal dekat sini, please jangan sentap.please please.dah cakap kan hanya applicable untuk izzati & the geng?jadi, tahniah sebab buat assignment awal :)

Sunday, October 10, 2010

10.10.10 [hantu periuk]

10 minit je.lepas ni sambung balik buat assignment.janji.

tarikh hari ni super-cun.10.10.10.ini pulak entri yang ditaip dalam masa 10 minit.super-cool eyh?

tapi hari ni tak cool.memang tak cool.mimpi konon tiap-tiap kali tarikh seragam, wajib buat benda best untuk memori awal dan akhir.kononnya.tapi, hari ini memang pokemon.

tercalar hati seorang wanita ekhemmmm, gadis apabila satu-satunya PERIUK beliau, dicilok.

ni yang lagi rasa macam menyampahhhhh duduk hostel yang kongsi kitchen dengan budak-budak tak matang.ohhhhhh panas hati.panasssss.rasa nak lempang orang laju-laju.HELLO periuk dekat sini mahal kot.T____T

kalau periuk masak megi macam ni takdelah mahal mana rasanya.
tapi, periuk dekat sini semua nak duduk dalam kotak segala.tak sah kalau sebijik periuk tu tak cecah $20-$30.aluminium berkilat ada tutup siap pemegang kalis haba.haihhh.masa orang takde duit ni lah kau nak curi periuk.siap kalau aku tahu siapa yang buat.aku cucuk-cucuk dengan sudu sampai pengsan.

dengan kumara kitorang pun kau sebat sekali?kau memang cari pasal.tengoklah dua tiga hari ni, siapa yang duduk dalam toilet tak keluar-keluar tu.haaaaaa.baru kau tahu aku tinggi ke rendah.ehhhh bukan.baru kau tahu langit tinggi ke rendah.cis betul.

apasal ada orang yang suka betul menyusahkan orang macam ni.haiyooooo perangai tak nak matang-matang walaupun badan dah besar kereta kebal.dengan kasut nak sorok, ni periuk pulak.kuali taknak?kuali tu sedap kalau buat katok kepala tau.melantun-lantun.

nasib baik periuk I tak fancy fancy macam ni.kalau yang macam ni kena sebat, dapat dekat aku, terus jatuh hukum sebat mandatori guna periuk panas.padan muka.suka sangat sebat periuk orang.

dah.sambung buat assignment!yang ni pun menseksa jiwa jugak nih.

p/s: one more thing.this is my 400th post.super-cool!

Saturday, October 9, 2010

Rugby.whooooooot~

hari Sabtu, izzati memang tak lekat dekat bilik.memanglah tak lekat sebab saya bukan spiderman.muahaha~

Assalamualaikum & Hello :)

sebelum ke berita utama, mari tengok gambar pelik untuk hari ini.macam hari-hari kau letak gambar pelik.
kalau iye pun nak cepat, takkanlah sampai macam ini sekali.ish ish ish.izzati yang langgar tiang tu pun tak parking macam ni tau.[hahaha langgar tiang lagi horror kot]

berita utama.

pagi: sesi photoshoot bersama model-model terhangat di pasaran.gambar?tunggu lepas hantar assignment hari isnin.kau belum start pun lagi assignment tu kan izzati?shhhhhh.shadap you.

petang: pergi menonton perlawanan Rugby inter-faculty [final].walaupun ada assignment, masih bersemangat waja menonton rugby.ini disebut sesi melupakan assignment.balik bilik, sambung histeria hadap assignment.

haruslah excited nak tengok rugby.the number one sport in New Zealand.NZ-All Blacks, All Blacks-NZ.sinonim kan?kakaka~

harus berterima kasih kepada pihak penaja sebab dapat tshirt free hahaha.actually tshirt tu hanya untuk supporters Faculty of Commerce je.tapi, sebab dapat tshirt ni lah kitorang sokong Commerce tau.kalau tak, dah lama beralih arah dekat Engineering.players Engineering dah kacak-kacak.hahaha.opppss~

ada budak seksi dekat belakang!jangan tengok!tapi tengok jugak kan.nak buat macam mana.lumrah manusia.benda yang paling orang tak bagi buat, yang tu dia nak buat.kahkah.

at last, Engineering menang.tipis je pun.20-19.mungkin, players Commerce dah penat.namun, penyokong-celup Commerce yang tiga orang ni memang tak henti menjerit.hahaha.dah nama perempuan, tengok rugby macam tengok bola sepak.hah hah hah jangan jangan.bagi dia!bagi dia!hish jahat tarik baju!hantar sana!bagi sini!alahhhh tak masuk pulak!hoi ganas!hoh!hoh!kalah pengulas bola sepak kahkah~

yang paling lawaknya, tadi tengah tengok game tu tiba-tiba bola rugby tu terterbang dekat kitorang.biasalah kalau main game yang guna bola ni, bola dia tu main sepak je tak tentu hala.nak dijadikan cerita, bola tu macam nak terkena saya.tapi Aten jadi hero.beliau menepis bola itu dengan gagahnya.hahaha.isi pentingnya bukan bola, tapi Aten.lepas dia tepis bola tu, saya & Fareha tanya 'sakit ke tak ten?macam sakit je kena bola tu tadi.'cuba teka Si Aten ni jawab apa.'tak.tak sakit pun.seronok ada lah.kena bola rugby kot.taknak basuh tanganlah macam ni.'hahaha.apa lagi, terus tergolek dekat situ.lawak kering betul budak ni.hahaha.tetiba teringat cerita Musang Berjanggut.kahkah.bak kata Fareha, ni baru kena bola rugby, kalau terkena players dia, mahu pakai bandage siap.kahkahkah~

p/s: izzati, kau tu ada assignment yang belum start pun lagi.jangan mimpi nak tulis entri panjang panjang.

terima kasih daun kari, Nuffnang :)

my first BE.Alhamdulillah~

*super-seronok*


mungkinkah izzati akan bertukar menjadi cardcaptor sakura hari ini?dengan kuasa bulan, akan menghukummu!eh itu bukan sailormoon ke?kakakaka~

p/s: get ready for photoshoot!:D

Friday, October 8, 2010

Spring, u drive me crazy.

but I'm not driving.HAHA.lawak ape ni derrrr.

[sebab Spring berada di Auckland, harus guna bahasa ibunda beliau]
Dear Spring,
I love you.super-love.Because you are super-lovely.super-duper-lovely.Before this, I'm not a flower-addict.But, because of you, I start to love flowers.Everytime I see flowers, I'll be like bungaaaaaaaaaaaaaa erk sorry.flowersssssssssss[haha].I start to love the grass too.I feel like rolling and rolling on them macam dalam cerita hindustan hahaha.To be honest, there are thousandssss of flowers' photos in my hard disk.They're so lovely, just like you :)

tetiba rasa jiwang.macam tengah tulis surat cinta.kakakaka~

ah-ha![sambung]

Dear spring,
Thanks to you.My babies behave super-well.They're super-happy because I always take them out.Because of you, I spend more time with my babies, walking & jiggling together [but my babies can't walk or jiggle.Actually it's just me.HAHAHA]

ngehhhhhh.weekend ni ada photoshoot lagi.little baby, behave ok sayang.Mummy will buy you new lens, soon.

p/s: nak makan maggi kari pecah telur.tapi apasal maggi mahal sangat.T____T.

Thursday, October 7, 2010

ikan & coklat?

tajuk, nak jiwang.padahal, entri ni takde kena mengena unsur kejiwangan tangkap cintan cintaku di pantai merdeka.haha.

Assalamualaikum & Hello :)

semua harus kenal ikan ini.untuk anak Pahang, hukumnya wajibal-ghunnah.kalau tak tahu jugak,buang negeri HAHAHA. apa?ikan apa?ikan apa?burung apa?haish!ikan apeeeeeee?

ikan patin lahhh.bukan ikan kaloi.ikan kaloi ada sisik, duduk dalam perigi.penangan cerita bawang merah bawang putih.kakaka.saya rindu ikan patin besar-besar macam ni.bukan setakat patin aje lah.rindu semua ikan-ikan sungai.rindu bau hanyir ikan, rindu nak cuci perut ikan.bila pulak izzati kerja nelayan?

mari baca karangan bahasa melayu darjah empat.
saya ialah seorang kampung.eh silap.saya ialah seorang gadis kampung.auuwww gadis haha.abah saya bekerja sebagai pentangkap ikan di sungai.sejak kecil, saya selalu ikut abah pergi ke sungai menangkap ikan.saya bukan seperti kanak-kanak perempuan biasa yang main buat kek guna pasir & cilok kuali tok buat masak daun pokok bunga emak.saya ialah kanak-kanak perempuan luar biasa kerana bukan setakat main kek pasir & masak daun bunga, malah saya reti bawak bot HAHAHA.namun, sekarang abah tidak lagi membenarkan saya mengikut turun ke sungai kerana sudah menjadi gadis.gadis duduk rumah tumbuk sambal sambil makan kuaci.sejak menjadi gadis, saya tidak lagi menjadi best friend kepada ikan-ikan di sungai.keranaaaa saya dah jadi tukang cuci ikan rasmi dekat rumah sebelum dijual kepada encik tokey restoran.

tamat karangan darjah empat.tak perlu baca pun sebenarnya.iklan semata-mata.iklan kau kata?hahaha.

namun, rindu terhadap ini yang paling tidak tertahan.gundah-gulana.mandi tak lena, tidur tak basah.nak cari dekat NZ, ntah celah mana nak sesat ikan ni.harapkan snapper...nehiiii kabhi nehiiiii~
izzati, harus puasa 2 tahun sebelum dapat makan ikan patin masak tempoyak semula.kini sudah 9 bulan berlalu.s.a.b.a.r.tapi tempoyak?insyaAllah tak lama dah.nanti ada duit, boleh beli frozen durian dekat Lim Chorr.frozen pun frozen lahhhh.janji nak buat tempoyak.nak makan tempoyak.nak tidur tempoyak.erk??

mak, kalau masak ikan patin tu jangan lupa along dekat sini...

misi utama sepanjang 2 tahun berada di luar negara ialah...untuk membakar lemak-lemak degil.dalam kata paling senang, nak KURUS.namun, berada di New Zealang Dairy Board haruslah dugaan super-besar.COKLAT coklat COKLAT.zzzzzzzzzzzzz~

saya bukan peminat coklat sebelum ini.namun sekarang sudah jadi hantu coklat.homaigodddd kenapa murah sangat?kenapa kenapa kenapa?BAYANGKAN....sekeping Cadbury yang besar tu $2-$3 je.mana akak tak histeria.beli coklat berkeping-keping macam beli chewing gum.tengok sana sini macam kena rasuk.coklatttttttttttttttttttttttt.errrr, dah macam zombie lah pulak.kahkah.
Whittaker's ni Nz punya produk.saya suka sebab tak milky & tak creamy sangat macam Cadbury.manis ala manja-manja gitewwww.hah tergedik dah.hahaha.yang ni memang halal, except for yang memang dah terang lagi bersuluh ada perisa arak tuh.akak pun tak paham apasal coklat pun nak perisa arak.kalau Cadbury, kena cari yang ada tanda HALAL dekat belakang.dekat sini, coklat Cadbury Bar tuh dalam kotak.style habes.

minggu lepas dah stop beli chocolate bar sebab sedar diri kena diet sobs.tapi tak tahulah kalau minggu depan start menggila beli coklat balik.hahaha~

p/s: penatttttt tau tengok drama dalam real life.penattttttttttttttt.baik buat drama sendiri.lagi syok kan Fareha?ngehhhhhhhhhhhh~

oh ya, nak tengok biri-biri NZ?nah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...