Sunday, September 19, 2010

ditiup angin!

*sedang mendengar OST Lagenda Budak Setan di Youtube*
sebenarnya takde kaitan langsung entri ni dengan OST Lagenda Budak Setan.hari tu sibuk New Zealand ada earthquake segala kan.kalau telefon emak, memang confirmlah emak risau.ibu mana tak risau.i mean, ibu manusia lah kan.tetiba ibu roti tetiba risau terpelik pulak dekat situ.haha.tambahan pula anak duduk di bumi volcanoes ini.memang super-risau it is.

tapi sejak dua menjak ni keluar pula amaran ribut taufan di New Zealand.orang putih sebut storm.di bahagian south island NZ, kalau tak silap keluar arahan berkurung & mengurangkan penggunaan kenderaan di jalanraya.sebab takut kena tiup dengan angin.tak rasa macam mana nak percaya kan.biasa tengok dalam tv je kereta terbang kena tiup angin.alkisah malam kelmarin, saya-fareha-nisa berjalan menuju Forte Apartment sebab nak buat kuih untuk pertandingan kuih raya semalam [saya cerita pasal pertandingan ni lain kali okay].tengok luar macam seram jugak nampak pokok kena tiup kan.macam melambai-lambai ala cerita hantu sundal bolong tuh.hish seram tetiba.haha.saya pergi bantai pakai selipar asadi-celup-crocs tu.kononnya bawak payung nak berlindung dari hujan.harammmmm.tak sampai separuh bridge dah berhenti.tak larat weh.angin super-kuat.lebih hangat daripada biasa.tetiba.bukan.lebih kuat daripada biasa.tengah berjalan lenggang kangkung tetiba rasa macam menapak satu-satu sebab jalan melawan angin.pergh.masa tu dah rasa ini bukan angin biasa-biasa ni.tambah pula hujan.memang sejoks!

sekarang angin berkelajuan lebih dari 100km/h.sumber dari sini.mana taknya.saya yang memang dah confirm berat+tinggi ni pun terasa nak terbang.inikan pulak fareha yang kecil itu.dua-dua pun boleh jadi mary poppins versi duet.nasib takde payung je.haha.payung ada, tapi jangan degil.masa angin kuat, jangan guna payung.p-a-t-a-h atau jadi-mary-poppins.kalau degil jugak nak guna payung masa angin kuat macam ini, maka nanti ramailah mary poppins terbang di awangan Auckland.

bila hari berangin macam ini, tak salah nak pakai baju kurung walaupun ada bahaya dekat situ.
kalau fikir memanglah kan tak logik nak pakai baju kurung.confirm akan terjadi fenomena-marilyn-monroe di tengah jalan.haha.tapi precautions masih ada.walaupun nampak macam budak-perempuan-pergi-fardhu-ain pakai seluar track sekali dengan baju kurung, itu lebih baik daripada tetiba jadi marilyn monroe celup.saya & fareha bukan marilyn monroe celup yeah.haha.jadi sila gunakan thermal anda sebaiknya.thermal is our best friend.ooo yeah~

apa-apa pun doakan izzati tak diterbangkan angin okay.kakakaka~

Friday, September 17, 2010

super-random

izzati layan blog ikut musim.sungguh pelik betul dia ni.bila assignment mencurah-curah ke ladang gandum, masa itulah dia semangat waja membara-bara nak tulis blog.nak cerita hal itu hal ini.kadang-kadang benda mengarut pun menjadi-jadi.yang peliknya.bila waktu lapang bersenang lenang-sebab-assignment-hantar-lambat-lagi macam sekarang ni, memang macam haramlah dia nak jenguk blog.apatah lagi blogwalking.memang haram.apa yang dia buat?bukak youtube, search lagu hindustan, lagu siti nurhaliza, lagu rock kapak jiwang cintan megi cintan segala.paling kurang pun layan lagu ayam sepuluh kali.haha.

tapi hari ini,izzati kembali.kembali dapat semangat tulis blog dan blogwalking.haha.sebab utama: besok turn entri saya muncul dalam blog 100penulis.gituh.the one and only.chewahhhhhh.tungguuuuuuuuuu~

well.minggu ni tak banyak benda best.sebab.dah habis cuti.itu memang tak best.T___T.dan kelas berderet macam biasa.

one more thing.dancers re-unite.tetiba kan.actually just tolong angah untuk persembahan beliau & rakan-rakan IH untuk diorang punya International Night nanti.mula-mula nak buat inang.mengenang kembali menari inang masa TESL Camp dekat maktab dulu.kendur lutut mak.mekap tiga setengah inci.bulu mata setengah kilo.oh ya.tak free hair okay.itu mahkota wanita.ecewahh sekarang izzati dah pandai cakap hal wanita.hello itu ada dalam buku teks agama sekolah rendah okay?

bila dah masuk spring, baju semua nak bunga-bunga kan:P

bila otak tetiba jadi sempit, kita memerlukan udara ke tahap maksimum untuk perjalanan lebih lancar.aku pun tak tahu apa aku mengarut nih.tapi berjalan-jalan waktu malam boleh mempertemukan jodoh.bukan jodoh untuk kahwin itu.saya maksudkan ini.bertemu jodoh dengan nombor raksasa countdown to Rugby World Cup 2011.siang tak nampak punya.dan mesti tak dapat nak snap pic awesome macam ini.ohhh?YA NEW ZEALAND IALAH TUAN RUMAH RUGBY WORLD CUP 2011.jadi apa tunggu lagi?dapatkan tiket anda sekarang!*tetiba jadi promoter*haha~

tomorrow never die.tetiba.ajal maut di tangan Tuhan,izzati.

credits: images from FAREHA's collection:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...