Wednesday, March 10, 2010

the street life*Auckland Version~

assalamualaikum ya habibi ya maulana
*hape mimpi nih~
sudah lama kemalasan mempengaruhi saya
dan kali ini saya bangkit untuk mengupdate blog terchenta
dan episod hari ini ialah the street life*Auckland version~
korang mesti dah sedia maklum yang saya nie suka jalan2..sangat suka
*kalau ada yang belum maklum nie meh akak nak story meh
saya dan kawan kamceng (Fareha,Farry nama femes)sangat suka pergi ke Queen St.
oh sangat ke?takde la obses kot..lol~
tapi Queen St. memang meriah kot
macam2 gaya orang kita leh tengok
satu perkara yang sangat menarik perhatian saya tentang Auckland
'susah nak jumpa peminta sedekah'
sebab utama
sepanjang apa yang saya tengok setelah bermastautin kat sini selama sebulan
peminta sedekah susah nak jumpa
tapi kitorang selalu jumpa 'street artist'
apekah?
'street artist' adalah artis yang menghiburkan orang ramai di Queen St. dalam pelbagai cara
menyanyi-bermain muzik-bermain gitar dan pelbagai lagi
kebanyakan orang menghargai mereka dengan cara 'membayar' ke dalam bekas yang berada di hadapan mereka setiap kali mereka membuat persembahan
(lebih kurang macam beri sedekah)
tak kiralah kotak ke ape ke
dan apa yang buat saya terkejut ialah mereka akan 'pause' persembahan mereka semata2 untuk mengucapkan 'thank you' kepada orang yang memberikan mereka penghargaan itu
serta merta hati saya terusik
tulus suci hati mereka...ikhlas menghiburkan warga kota yang sibuk di jalanan
Ya Allah...bantulah mereka(bisik saya dalam hati)
dan serius mereka sangat berbakat
pagi tadi sewaktu berjalan di Queen St.
masa saya dan Farry berjalan melintasi sebuah 'patung'
saya dapat rasakan yang 'patung' itu bukan sebuah patung
lepas tu saya pusing dan serta merta terkejut
kerana memang lelaki itu bukan patung
seorang lelaki tua yang hanya mempunyai tangan kiri manakala tangan kanan palsu(lengan&tapak tangan disambung dengan besi) membuat pertunjukan dengan menjadikan dirinya seakan2 robot
dia hanya berdiri tegak dengan sesuatu gaya untuk jangka masa yang lama
dan ketika itu saya terlihat seorang kanak2 kecil menghampiri beliau dan meletakkan sekeping not di dalam case yang berada di hadapannya
serta merta dia bergerak seakan robot dan menunjukkan ibu jari tangan kirinya tanda terima kasih kepada kanak2 tersebut
sayu hati bila tengok betapa tabah pakcik tu berdiri di jalanan semata2 untuk menyara kehidupan dengan menghiburkan orang ramai dengan aksi robot beliau
saya akan sentiasa mendoakan pakcik
perjalanan diteruskan
kali ini terserempak pula dengan seorang lagi 'street artist'
pada tanggapan saya juga seorang lelaki tua kerana dia memakai topeng gorila yang ganas
tetapi mengalunkan muzik merdu daripada 'seruling' beliau
duduk di tepi Valleygirl sambil memainkan 'seruling' tanpa jemu
saya ada sedikit perasaan takut untuk mendekati beliau namun saya beranikan juga
setelah saya meletakkan sedikit 'penghargaan' ke dalam bekasnya
serta merta dia berhenti mengalunkan muzik dan mengucapkan 'thank you so much'
di sebalik topeng itu...saya dapat melihat sepasang mata yang mempunyai seribu harapan
*oh taknak elaborate beria sebab nanti terover feeling..haha~
oh tiba-tiba sebak
stop
sudah sudah
tanggungjawab saya untuk membantu sesama manusia
tidak kira agama mahupun warna kulit
semoga mereka beroleh kehidupan yang lebih sempurna
*tak tahu kenapa feeling lebih sangat..okeh okeh
tutup episod hari ini
bersambung~

Thursday, March 4, 2010

tak suka

salam dan hai teman-teman sekalian
melonjak-lonjak rasa jantung ini nak gosip dalam blog pasal kejadian yang baru je berlaku tadi
*maaf kalau bahasa agak kasar~
memang nak baran lah nie kan
sebelum nie memang tak pernah la pulak nak hangin satu badan dengan omputih kat 3rd floor nih
syok2 tido lepas penat maen basketball pagi tadi
tibe2 rasa nak tercabut jantung bila ada org ketuk pintu kuat gila
nasib baik tak roboh kalau tak nanti aku tak dapat balik deposit $100
manalah aku tahu ada mesyuarat tergempar kat common room tu
kau pun ketuk bilik aku tak cakap ape2
aku ingat budak2 kulit putih kurang waras main ketuk2 pintu
memang dah biasa sangat dah
aku tahulah korang tu budak2 lagi
tapi matanglah sikit
pergilah enjoy-party-pub-sosial habis
tapi jangan kacau hidup aku dengan kawan aku
jangan ingat aku tak perasan korang pandang senget kat kitorang sebab kitorang pakai tudung
mata hitam,kulit sawo matang,saiz kecik dari korang...kami tak segan
tak boleh ke kau 'beradab' sikit nak bagitau aku yang ada meeting kat common room?
ini suka hati je jerit 'Oi!Oi!'
kau ingat aku pekak ke hape?
nasib baik aku perasan kau jerit kat aku
kalau aku buat tak layan je mesti kau dah malu kat mamat2 hensem dalam common room tuh
*hensem la sangat~
dengan kitorang kau bapak kerek
jumpa kat kitchen buat tak nampak
muka poyo habis bajet kau cantik sangat
mata kau tajam sangat ke sampai nak jeling2 masakan kitorang tuh?
yang pasti tomyam yang kitorang masak lagi sedap dari brownies kau tuh
dengan bebudak laki sama kulit dengan kau boleh pulak menggedik jerit2
kau buat aku menyampah tahu?
kau ingat kau tu superior sangat?
padan muka last2 aku tak pergi meeting tuh
kalau aku datang nanti mesti kau bajet bagus sebab berjaya panggil aku datang meeting
nasib baik jiran aku novea si comel dan bukan kau minah omputih poyo yang kerek dan kurang ajar
----------
----------
----------
alhamdulillah lega rasa hati dah lepaskan semua
sekian untuk hari ini


Tuesday, March 2, 2010

shopping & shopping

hai kawan-kawan
*ade ke orang bace nih?
tak kisah la kan
hari ni cam dah dapat topik nak bebel2 kat sini
mm..kalo dikira-kira dah dekat 3 minggu kot kitorang menjejak kaki di bumi Auckland nih
terkejut tak kalau saya bagitau yang kitorang dah tahu 'port2' best nak shopping?
hahaha
over over excited
dalam kepala fikir nak shopping je
mana taknya..baju dah 5helai kot beli kat sini
hahaha..summer special kan
baju pun harga $5 je sape taknak beli
memang konfirm rambang mata
dahlah cantik gila
kalau kat Malaysia mau dekat RM50 tuh
kat sini senang2 je dapat $5
lepas dah syok beli 2 helai konon2 baru nak menyesal
lalu sebelah glassons buat2 tak pandang je sebab takut kena goda dengan dress cantik kat dalam
-_-'
belum cerita hal memasak lagi
senior2 kat sini dah tunjuk 'port' baik punya nak cari bahan2 masak
memang terbaik~
Asian Food Market,Countdown,Foodtown,Downtown,Lim Chorr
hah...ape lagi
memang banyak lah!
paling terbaik Avondale lah kan
murah gila kot sayur kat 'pasar tani' tiap2 hari Ahad
tapi tambang bas pulak mahal sebab Avondale duk kat ceruk bandar
bayangkan eh
10 batang lobak merah hanya $1
sape nak bagi tuh?
2 buku bunga kobis yang besar punya $1.50
stok 2minggu tuh kot~
belum cerita pasal epal lagi
kat sini epal Royal Gala memang sedap gila
sekilo $1.99
???!!
boleh kurus duk kat sini kalau buah-buahan murah gila
takyah makan nasi pun takpe
lagipun saya sekarang nih tengah giat nak turunkan berat badan
seronok pegi gym
tambah seronok bila berat dah turun 2kilo
^_^


Monday, March 1, 2010

its her birthday!


HAPPY BIRTHDAY
to
NURUL FAREHA MD NOOR
sweet 21st
smile always & be happy
may Allah bless you
ganbatte kudasai!

semester dah start
lecture pun dah start
ganbatte!
*siyes tatao nape rase malas sangat nak update blog walaupun tenet laju bak kuda belang
-_-'

Wednesday, February 24, 2010

of Rainbow's End=)

Cadbury Land Castle

The Enchanted Forest yang menakutkan

ini adalah The Invader ye tuan-tuan & puan-puan

Welcome to Rainbow's End Theme Park!!


hai kawan-kawan!
semalam geng-geng HUIA pergi melawat theme park
erk...melawat?tak sesuai!
pergi bermain di theme park
oohh seronot!
first time main go kart okeh tapi dah macam professional gitu
hahaha
selekoh baik munye
abang hensem kulit gelap yang jaga tempat go kart tu pun dah bosan tengok kitorang kot
asik asik budak nih asik asik budak nih
*ohh tapi sudah tentu abang hensem botak macho cakap english kan..hakhak
konon-konon pack spaghetti bolognise untuk lunch
tibe-tibe tak bawak sudu mahupun garfu ataupun sewaktu dengannya
nak guna tangankah?
oh tidak~
kerana kami yakni sizuka,hanis & fareha sangat bijak untuk buat muka tak malu mintak garfu kat akak rambut gold mata biru cantek kat fastfood booth tuh
hahaha~
mesti korang nak tahu ape kelainan theme park kat NZ nie berbanding Malaysia kan?
mereka banyak game yang super duper extreme
mana taknya
sampai ade yang fenin-fenin muntah-muntah lepas maen game
tapi opkos bukan sizuka kerana sizuka adalah pencinta game di seluruh alam semesta!
over~
agak frust sebab FEAR FALL masih under maintainance
(FEAR FALL nie adik beradik SOLERO yang kat Genting tu)
tapi ROLLER COASTER & THE INVADER pasti paling top di dalam carta
walaupun nampak simple je tapi lepas naek memang tudung rosak habes
hilang segala keayuan bila naek ROLLER COASTER yang berlipat-lipat tuh
ntah berapa kali je kepala sizuka berada di atas
waktu-waktu lain kebanyakannya kepala senget ataupun ke bawah
boleh bayangkan?
THE INVADER memang super fabulous sangat tau
kalau tengok dari bawah macam kapal UFO
boleh fenin kot sebab THE INVADER nih pusing-pusing sambil meluncur laju sepanjang rail tuh
ooh terlupa!
kat sini ada 3D Motion Master yang sangat2 best
beza dengan yang kat Genting adalah...
kat sini movie 3D pasal Save The Dinasour
walaweh...ton jerit kuat gila kot sebelah sizuka sebab nampak T-REX menggarang depan mata
hahaha~
lagi satu theme park kat sini ada Cinema 180°
bapak best macam real je
walaupun kita just berdiri atau duduk je dalam cinema tuh tanpa sebarang pergerakan
tapi skrin yang 180° tuh buat cerita tuh macam real
sampai pening dibuatnya bila keluar cerita naek roller coaster yang laju gila
memang patut datang NZ
*promote pulak kan~
kesimpulan episod kali ini ialah
.................
seronot!


Saturday, February 20, 2010

i got mine=D

at last!
i got mine~
thanks to khairul-fareha-hawa for the suggestions and recommendations
i love it~
*tu je nak cakap..cam penat nak cerita banyak..
babai!

Thursday, February 18, 2010

uncle bas hensem dan kacak



hai kawan-kawan sekalian
episod hari ini ialah jalan-jalan lagi ok
dan tanpa henti
hahaha
cukup cukup
destinasi hari ini sebenarnya agak mustahil untuk dituju tanpa bantuan pakcik reception huia,olivia dan map Auckland serta encik google
DRESS SMART
oh kalau korang tourist korang mesti tahu tempat ni
ala ala factory outlet gitu
oooh baju-baju sangat superb murah
goyah iman bila tengok SALE berlambakan sana sini
tambah pulak seronok main swipe card je kan
bila gabra terus check baki takot over spend
hahaha
*salah satu adalah kerana belum habis bayar rent huia
*wink~
sudah tahu bercanda pula kan
mustahil kalau saya tak beli sesuatu
teruja tengok Hanis & Harliana cari baju untuk floor diorang
walaupun saya dan Fareha kebingungan kerana tiada khabar berita dari Hamish
(RA kami..aww~)
kami tidak pulang dengan tangan kosong...hahaha
beli T-shirt kat ESPRIT warna coklat-coklat manje
tiba-tiba tema floor 3 adalah biru turqoise

oh macam frust tapi apakan daya
rezeki nak dapat baju baru
hahahaha
walaweh~
terpaksa buat decision terbaek dalam waktu terdekat nih
apekah?
haha..nantikan episod akan dtg

perasan tak entri ni takde kaitan ngan tajuk?
cam tah hape2 ade jugak kan
ok ok
ini fakta ok
pakcik bas kat sini sangat hensem
oh tapi ada makcik jugak yang bawak bas
sekaligus la ye
sebenarnya dari dulu lagi saya sangat impress dengan gaya pemanduan driver2 bas tegar kat Malaysia
tapi bila sampai sini lagi jakun dibuatnya
selekoh baik punya
lek abes
nak kuar dari parking pun hensem bergaya
cool maintain kacak
tak tahu adjektif ape lg dah nak guna
dahla jalan kat Auckland nie berbukit bukau
tak pelik la orang buat penggambaran The Lord of The Rings kat sini
ekekekeke~
kalau saya amek lesen memandu kat sini sumpah gagal
tiap kali naek bukit mesti mati enjin punya lah
kalau kat Malaysia..jalan bukit takdela ekstrem mana kan
setakat Genting Highlands la kot yang penat tukar gear
kat sini boleh kata everywhere on earth
turun bukit naik bukit
kalau naik shuttle bus tuh rasa macam naek roller coaster ooh
gayat je bila turun bukit
hahaha
sumpah macam orang jakun
respek gila la driver bas kat sini
muka maintain je putar stereng
bas belok baik punya
adakah ini tandanya cinta?
ahh bukan bukan
merepek lagi
so kesimpulan hari ini
hari ini tak masak
sebab dah makan sushi+bubble tea yg besh kat Dress Smart tadi
(rujuk gambar atas)
babai!

Tuesday, February 16, 2010

freakin' excited

assalamualaikum
hai kawan-kawan
bila internet laju bak cheetah
rasa liat pulak nak update blog
*teruk teruk sila jangan ikut ok kakak2 adik2
oh hari ni sizuka kurang sihat
pening pening ohhh
oppss over~
masih berdukacita kerana cash sudah hampir habis
*ada $5 je lg dalam purse
-_-
dan kad bank masih belum digunakan
sizuka sangat banyak berjalan
agaknya nanti balik Malaysia kaki berotot baik punye
haha~
tapi serius agak penat kot
cuma tak berpeluh sebab angin sejuk bangat
mandi pun guna paip kaler merah boley?
haha...
malam2 seronok tido dengan comforter biru comel
orang putih semua panas tapi orang melayu sejuk
sekarang musim panas
orang2 tempatan kat sini (Auckland) pakai shorts, skirts
dan semua yg simple2 je la
panas kan
tapi sizuka dan kawan2 pegi hantam pakai sweater
tak ke pelik diorang tengok??
buat2 tak tahu je lah kan
sebab walaupun bilik cantik sizuka ni takde kipas langsung
tapi sangat sejuk ok macam bukak kipas siling no 5
kalau kat Malaysia,bila bangun pagi selimut ntah ke mana
kat sini bangun pagi masih setia bersama selimut
sejuk ooh
haa!sekarang dah start orientasi
dah belajar kenal2 kawasan
nanti seminggu dua memang master la nih
ekekekeke~
tapi orientasi kat sini memang sangat best dan memang best
kalau kat Malaysia
nak mandi pun macam tak sempat
program tak habis2 7pagi-11malam
kat sini tiap2 hari program start 10am lepas tu tengahari dah habis
petang dah boleh pegi jalan tengok kapal ala 'Titanic' kat Harbour
dah boleh pegi makan kebab sedap kat Queen St.
dah boleh bajet picnic kat Auckland domain
tangkap gambar banyak2 kasi havoc kat Facebook
over lagi~
lagi satu kawan-kawan sila sokong sizuka untuk mendapatkan figure seperti orang Korea ok
ganbatte kudasai!
fats!!run away!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...