Tuesday, September 14, 2010

Syawal di Bumi Auckland

Assalamualaikum.Salam Aidilfitri.Salam Perantaun.kini masa yang ditunggu-tunggu.entri raya di Auckland.ditunggu-tunggu sangatlah kan.angguk je lah.please?thanks.haha.

AWAS[sudah capital letter dan sudah bold bermakna ini serius].entri ialah super-panjang-macam-resit-pergi-shopping.cuma ini lebih interaktif sebab banyak gambar.dan sebab izzati tahu,anda-anda semua lebih suka tengok gambar daripada baca tulisan.betul tak?tapi izzati tetap nak tulis macam mana pun.sebab nanti kalau tetiba ada tanya gambar apa tu? takdelah saya penat nak jawab itu gambar pokok cik.haish takkan ada orang nak tanya gambar pokok izzati.jangan buat pelik.

jadi...mari menulis entri paling panjang di dunia dalam masa paling singkat di dunia.15 minit.berjayakah saya?check it out~

lepas terkejut sebab NZ raya awal sehari dari hari yang dijangkakan,semua rasa macam nak ekspres.malam tu boys takbir hari raya sambil cucuk sate.girls bekerja dengan blender dan bawang.masa tu rasa hati macam tercucuk-cucuk.sebak je rasa.tsk~

mari mula baca cerita dengan gambar, adik-adik...

1 Syawal

baru lepas habis solat sunat aidilfitri.itu bukan baju raya harap maklum.itu baju-yang-mampu-dicapai-oleh-tangan sebab tak sempat iron baju kurung.bukan juga baju orang mengandung.hish korang nih.
hari raya pertama adalah sadis.aktiviti Skype bersama anak murid berjalan seperti biasa...

tapi kami masih meriah dengan baju melayu,baju kurung dan kebaya...tapi tanpa duit raya

dah macam rupa operator telekom...cita-cita zaman kecik tuh.haha.

nasib baik kamu well-behave hari ini,Junior...

lepas habis Skype,takdo nak amek gambar dekat rumah cantik lampu lip lap ke ape.pokok jugak buah hati pengarang jantung.
maka selepas itu bermulalah pesta kunjung-mengunjung.dekat Msia pun tak pernah pergi open-house banyak-banyak.dekat sini habis semua rumah mesti rasa nak pergi.cik sepupu, u hari tu ejek i tak dapat makan lomang yo.silap besar.dekat sini pun ado lomang.sodap pulak tu.

balik beraya,perut penat bukan kepalang.boleh makan masa seminggu nak hadam.haha.tapi itu bukan alasan.balik je hostel dah ada yang menunggu.sebab open-house kitorang hari sabtu, jadi malam itu semua kerja perlu ON.

malam raya kitorang duk sibuk tiup belon sampai ada yang sesak napas.anda ada?

tekun akak nih sental dapur.haha.

malam raya akak main ping pong.kalau dekat kampung,malam raya buat macam ni dah lama kena pang dengan tok.hahaha.

2 Syawal

Hari yang dinanti selepas persiapan selama 3 hari berturut-turut...

Open House HUIA-by Malaysian 1st Year Students

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari Auckland...

ini nama dia Satu Malaysia:)

tukang cedok makanan paling berkaliber di dunia

tetamu-tetamu yang hadir memeriahkan Aidilfitri kami

mereka dan coordinator kami,Sheryll:)jangan tipu korang tak dapat cam Sheryll yang mana satu

senior pun ramai datang.thanks a lot:)

geng pembakar sate paling awesome di dunia.yang tak pakai baju melayu itu ialah rakan dari Hong Kong.seriously cool gila dia datang tolong bakar sate.

ini nama dia, tukang sebok amek gambar masa orang tengah bakar sate.hahaha.

Selamat Hari Raya SHAH PEKAN.ikhlas dari kami di Auckland,New Zealand:)

tak tahu apa jadi masa ni.apahal lah budak izzati tuh.

kasut raya.lalalala.kasut ni jugaklah yang pakai pergi kelas.huuuu~jadi siapa ada kasut raya sila jangan eksyen.baling kasut nanti.

Satu Malaysia di Auckland:)

Family picture.tetiba kan.hahaha.

dah nama ini blog izzati.jadi mana-mana gambar pun izzati mesti ada.hahaha.

cuma yang ini memang izzati tiada dalam gambar.ALL BLACKS lah kekonon.jangan tahun depan pun pakai baju melayu hitam jugak masa raya weh.azmi muka nak ganas tak leh blah.

kitorang ada buat pelita jugak tau.pelita kertas.cool jugak lah.tak panas dan tak pedihkan mata.tetiba.haha.

hari raya siap boleh layan XBOX dengan Wii.korang buat?tak kan.ini satu dalam sejuta.haha.

hari raya layan pool.yang ni memang tak payah cakaplah.memang korang tak buat kan?tapi kitorang layan je dekat sini.dah tak pelik dah main pool.nanti balik Msia dah boleh rileks tengok pool dengan abah dekat Astro Sport.sebelum ni punya tercengang tengok pool.nanti ntah abah pulak pelik tengok anak dia tetiba faham pasal pool.hahaha.

ambik gambar ala model tapi besen,baldi semua masuk sekali.kampit beras tu paling tak leh blah.korang ada?hahaha.

Selamat Hari Raya Malaysia!:D

malam tu seriously rasa nak pengsan sebab penat.tapi berbaloi-baloi whooot.semua benda sedap sampai bila makan rasa nak pengsan sebab sedap sangat.pulak kuah kacang Fareha.memang hot stuff lah hari tu.

3 Syawal

Open House MSD-Fale Pasifika,U.O.Auckland

budak dua orang pink pink

gituh kan~
raya.raya.raya:)

sebenarnya dah tak larat nak tulis apa lagi.haha.mari terus ke kesimpulan.beraya di oversea tidaklah sesadis mana.sebab walaupun takde keluarga disisi,masih ada rakan-rakan & merekalah yang mengisi kekosongan itu.apesal ayat kau izzati, memang macam nak buat penutup karangan.baik.dah nak habis ni.sabar.mula-mula expect pagi raya nanti aku nangis macam homesick bak lah kan.tapi sebenarnya tak pun.sedih tu sedih sebab terkenang keluarga di desa ewah ewah kan.tapi kegembiraan dengan rakan-rakan tu berjaya menangkis kesedihan tu.

sebab tu saya sayang kawan-kawan saya.kalau saya sorang-sorang dekat sini,rasanya hari raya pertama tu saya dah transform jadi panda.panda pun taknak mengaku saya geng diorang.haha.

p/s: actually ada video konon buat untuk masuk blog ni.tapi nantilah.kena edit dulu.lagipun ni pun dah berjela-jela macam jala.ntah ada orang baca ke tak.haha.

eh siapa berjaya baca sampai sini, jatuh hukum wajib komen tahu?haha.klik atas sana ok.bukan bawah ni.selalu betul ada yang silap komen.selamat komen-komen ye:)

Sunday, September 12, 2010

bila kepala otak dah weng~

apabila keseronokan berhari raya dirampas oleh assignment yang perlu dihantar esok...




paling best...
inilah yang terjadi kalau semua pun kepala dah ting tong.

btw, nantilah saya cerita hal beraya di Auckland ok?yang pasti seronok.itu pasti.

then sampai hari ini 3 Syawal, rekod kamera saya ialah more than 1000 photos.in 3 days wa cakap lu!

assignment, come to mama!

Thursday, September 9, 2010

besok NZ raya!


tak dapat terima hakikat besok New Zealand raya.padahal baru tadi cakap NZ raya lusa.jadi kitorang raya awal 4 jam dari Malaysia.Selamat Hari Raya!*masih terkejut*
[patutlah awan menangis hari ini.sebab besok Ramadhan pergi~]

p/s: dan besok raya sambil berSkype dengan anak murid di Flatbush.oh indahnya~

malam ini kami akan sabung menyabung menyediakan bahan masakan untuk sambutan hari raya yang dirancangkan pada hari Sabtu nanti.fighting!

orang lain buat, izzati nak jugak


well.sebab tak tahu nak pilih mana.jadi saya upload dua-dua.haha.saya tidaklah macam azmi yang ada buat photoshoot untuk raya dengan baju melayu teluk belanga beliau,ewah ewah.haha.sebab, photographer itu saya.kahkah~jadi sebab nak jugak buat gambar untuk wish orang selamat-hari-raya, maka terhasillah gambar dua bijik atas ni.tak gojes mana pun.tapi itulah.sebab orang lain buat.jadi izzati mesti nak jugak.haha~

p/s: sedang menunggu ketibaan ayam dari Halal Meat Store.projek hari ni kekonon geng anak teruna nak start perap sate.geng rendang serta geng ayam masak merah juga akan mula memanaskan kuali dan bersilat dengan senduk mereka.juga!geng nasi himpit akan beraksi bersama rice cooker, projek rebus-rebusan berjam-jam lamanya.hiyak!

p/s/s: Malaysia raya besok kan?Selamat Hari Raya.kitorang dekat sini, malam ni baru tengok anak bulan.lumrah lah kan.kitorang puasa lambat sehari, jadi raya pun lambat sehari.jadi acilah kan?heeee~

Wednesday, September 8, 2010

kawan-kawan saya super-best~

1 Syawal nanti, takde emak,abah atau adik-adik disisi.takde pakcik makcik yang akan hulur duit raya.mungkin, takde beraneka jenis kuih raya.mungkin takde adegan jalan-jalan keliling kampung, dengan tujuan kutip duit raya-sampai-penuh-poket dekat tiap-tiap rumah walaupun tak kenal tuan rumah.hahaha itu izzati masa zaman kecik-kecik.memang agak terlebih melampau dekat situ.

but here, right now, without family, i have all my friends.yang semua memang super-cool, super-best & super-awesome:)

shopping barang-barang untuk Sambutan Hari Raya nanti.driving around Auckland just for shopping.awesome eyh?penat tapi seronok tengok troli penuh.bukan selalu shopping macam nak bukak kedai runcit macam nih.haha~

and spending our time together buat kerja emak-emak dan ayah-ayah biasa buat beberapa hari sebelum raya.the feeling is great.kupas bawang-pedih mata-dan mengalir air mata bersama-sama.main blender-blender and so forth.for the time being, Friends are all we have.super-F, Family and Friends.and yes both F are precious to me, and you too.right?

sometimes, I feel like they are my siblings.

p/s: well.more stories to come.we have two days before the actual day of our Raya celebration.and tomorrow, there'll be another happy day.I hope so:)

Tuesday, September 7, 2010

hari yang best

Assalamualaikum.Salam sejahtera.Salam perantauan~

Hari ini ibarat impian menjadi nyata.bukan menang loteri ataupun lori.haish haish.semua pun fikir duit je kan.bukan bukan.impian menjadi nyata bila dapat jumpa anak-anak murid Skype nun jauh di mata tapi dekat di skrin setiap hari Jumaat jam 9.45pagi untuk sesi belajar melalui Skype.ye ye memang canggih.saya pun jakun mula-mula.belajar guna Skype?yakin ke budak tu boleh belajar?insyaAllah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.sebenarnya benda ini ialah suatu research.jadi kami sebagai tutor, yang membantu research belajar melalui Skype dilaksanakan.ewah ayat kau dah skema dah izzati.haha.izzati punya anak murid bernama Junior.namun hampa kerana Junior tidak datang sekolah hari ini.tsk~sudah bukan masa untuk drama izzati.
mula-mula sampai setelah 45minit terpengsan dalam bas.haha.biasalah.dah tahu jauh, memang dah set awal-awal nak tidur dalam bas.padahal baru 5 minit je naik bas dah lentok.macam mana tu.hahaha.
Junior takde.ganti dengan budak ini.haiyoo super-hyperactive ini budak.penat nak melayan.ada budak perempuan sebelah dia.mula-mula nampak saya sengih comel-comel baik punya.dia cakap, "you look nice." saya cakaplah "thanks."then saya senyum se'nice' mungkin.[i am nice*saya cakap dalam hati*]miahaha.ceh senget kau izzati.hahaha.

ada budak sorang ni tadi tanya "are you chinese?".terkejut jugaklah kan.dah lama takde orang tegur muka macam cina.haha.mungkin sebab tidur tak cukup jadi mata saya super-sepet.ke terlebih tidur?ahhh tak penting.haha.rupanya tak berjaya lagi misi membulatkan mata nih.hahaha.
children are wonderful.aren't they?

berkalung-kalung penghargaan kepada cik tieah di atas hadiah hari raya ini.oh lupa nak copy kad raya tuh.aiyooo nyanyuk.haha.tapi cik tieah,pantun anda memang super-cool lah.saya sukaaaaaa~lagi satu rasa macam terharu ada nama dekat atas tuh.rasa macam nak touching pulak raya nih.kakakaka~

ini dari kakak pp, pelipat surat cinta terbaik zaman sekolah Shah Pekan.kakakaka~

Puasa penuh tak taun nie?
errrr.saya perempuan normal.jadi jangan mengada buat tak faham.libas laju-laju nak?tetiba garang.haha~

Kalo saya mintak maaf, awak sudi maafkan??
mestilah.saya kan baik.heeeee~

Kampung kat mana?
kampung dekat Pahang.dekat Malaysia sana.sobs~

Awak rasa blog saya ni comel tak? kasi sebab sikit
gojes.sebab saya taknak cakap comel.kakakaka~

Awak nak tag org, tag aje laa T____T
taknaklah.boley?haha~

thanks kakak pp tembam:P

p/s: besok dah nak start shopping barang-barang untuk sambutan hari raya nanti.oh busy busy.assignment belum start lagi.minggu depan dah start kelas balik.ohhhhh~

Sunday, September 5, 2010

cerita hari ahad

Salam hari Ahad.Salam Ramadhan dan Salam Perantauan.

minggu lepas, aktiviti hari ahad ialah menjadi emak-emak bershopping groceries di New World kan.aktiviti minggu ini ialah, sehari di Pak N Save.di Wellington, zack cakap beliau selalu ke Pak N Save.namun di Auckland ialah super-lain kerana Pak N Save tiada di kawasan city.jangan tanya kenapa sebab izzati pun tak tahu kenapa.haha.di Auckland, kami selalu pergi Countdown & Foodtown.boleh kata itulah tempat kami bermain.ewah ewah bermain kau.menghabiskan duit it is.haha.

tapi destinasi penjelajahan kami hari ini ialah Pak N Save Mt.Albert, berdekatan Avondale.idea asal ialah mahu naik bas dengan tambang $4.40 satu hala.namun izzati yang tak pernah naik train dekat Auckland menyuarakan hasrat untuk naik train.haha kau memang macam-macam izzati.beza tambang hanya 40sen dengan tambang bas.tapi pengalaman naik train itu adalah satu dalam seribu. [NZ tak macam Msia.train mereka macam KTM kita.bak kata Azmi atau Fareha, mereka takkan buat komuter atau LRT yang canggih segala.sebabnya kalau sekali gempa bumi, rugi berjuta-juta.kalau berpuluh kali gempa bumi?hah jawablah sendiri.]jadi keputusan muktamad ialah kami naik train di Grafton Station.

sekarang musim takde duit.jadi $4 ialah super-precious demi misi mencari plastik untuk membuat nasi himpit sewaktu sambutan hari raya yang bakal menjelang.menjelang hari raya...berakhirnya puasa...stop it izzati.namun Allah itu Maha Berkuasa.sepatutnya kami perlu berbelanja $8 untuk tiket train pergi-dan-balik ke Pak N Save Mt.Albert, tetibaaa pihak MAXX bermurah hati menyediakan perkhidmatan train secara percuma sepanjang hari ini sempena Father's Day di NZ.jadi siapa yang murah rezeki?kami jugak.heeeee~selamat duit.

sesampai di Pak N Save, first time in Auckland [yang dekat Welly dah pernah sampai.heee~]

sini ada bahagian HALAL meats.kalau dekat Countdown atau Foodtown, jangan harap.memang tak ada.kalau nak daging HALAL kena tempah segala.sebab itu saya dengan Fareha selalu makan sayur & telur.kakaka~


NZ memang famous dengan dairy product bukan?jadi memang tak pelik lah semua supermarket dekat sini memang jual hasil tenusu secara super-banyak dan super-murah.jadi siapa suka minum susu lembu, mari datang New Zealand.tetiba promote.kakaka~

rambang mata tengok kekacang dan kerepek.menggila sekejap dengan zipper bags.haha.ada nampak gula-gula kan?itu untuk lawatan ke Flatbush Primary besok.it's time to meet the children!

bila dah jalan-jalan dalam supermarket dengan orang sekeliling ialah orang-warna-kulit-lain-dari-kita, maka tendency untuk jalan-sambil-buat-muka-tak-tahu ialah sangat tinggi.tadi, saya tunggu troli sementara Azmi & Fareha sibuk memilih barang.biasalah pandang sana sini dengan pandangan kosong.ecewah ayat nak novel.haha.nampak Indomie pun buat tak ada selera je.haha.tiba-tiba ada sorang pakcik melintas.'bila raya?' tercengang sekejap budak izzati ni.'err.minggu depan.' saya jawab sambil sengih sengih.betul terkejut.rupanya pakcik tu Malaysian.dia bukan Islam tapi dia tahu kita-kita ni puasa dan akan raya tak lama lagi.pakcik tu dah lama duduk NZ.dah dapat Permanent Resident pun.tapi still boleh cakap Melayu.memang respect pakcik ni.Azmi & Fareha joined the conversation and then berborak sekejap dengan dia dan teruskan misi bershopping.motif saya cerita ni?saya pun tak tahu.kakaka~

motif utama pergi Pak N Save jauh-jauh ni sebab nak cari plastik untuk buat nasi himpit untuk jamuan hari raya nanti.kemaen susah nak cari plastik nih.bukan nak duduk dekat bandar.dekat ceruk Avondale ni jugak dia pilih.ish ish ish~

ini gambar beberapa hari yang lalu...

korang panggil ini lontong atau lodeh?

nasi himpit buatan sendiri live in Auckland~

actually dah 3 hari Azmi berkampung dekat HUIA sebab membuat persediaan untuk sambutan hari raya kelak.Azmi ialah Chef Besar sambutan hari raya nanti.jadi beliau agak stress dengan bahan-bahan masakan sekarang sehingga selalu tersasul hari demi hari.sorry azmi.hahaha.

100 penulis & gempa bumi di NZ

Assalamualaikum.Salam Ramadhan.Salam Perantauan.

ini masa untuk promote blog 100penulis.[gambar ialah ihsan sizuka.gituhh kan~]bagi siapa yang dah tahu dan sudah mendaftar sebagai editor, tahniah saya ucapkan.bagi yang tak berapa nak tahu apakah blog 100penulis ini, mari sini kakak nak cerita.tetibaa kau jadi kakak.haha.pada suatu hari...eh bukan bukan.apa kau merapik ni izzati.mari buat ayat dokumentari Discovery Channel versi bahasa melayu.Blog 100penulis merupakan satu blog yang berkisar tentang 100penulis.erm itu agak confusing izzati.Blog 100penulis ialah blog yang ada 100penulis a.k.a editor a.k.a pengarang.Jadi blog 100penulis ialah satu blog dengan variety editor iaitu sebanyak 100 editor.jadi, jika anda ialah salah seorang editor blog 100penulis, anda akan bersahabat dengan 99 editor lain untuk memajukan blog 100penulis.kelebihan ialah, idea yang dihasilkan oleh admin utama blog 100penulis ini sangat super-cool.selain dapat mem'promote' blog kita yang sendirian berhad, kita boleh menaikkan trafik sedikit demi sedikit seterusnya mengeratkan ukhwah sesama bloggers.setakat ini blog 100penulis sudah ada 66 editor dan masih ada tempat kosong untuk diisi.jadi apa tunggu lagi?sudah cakap kan ayat akan jadi macam dokumentari Discovery Channel sikit?cuma lainnya bahasa melayu la.haha~credits to azmi sebab rekemen blog 100penulis dekat saya.cepat join cepat join.nanti credits to izzati pulak.kakaka~
kalau siapa ada baca,dengar atau menonton berita tentang gempa bumi di NZ.itu adalah betul.haha tetiba kau nak cakap betul ni kenapa.takkan berita nak tipu.hadoilah izzati.baiklah salah ayat.haha.kawasan yang kena gempa bumi itu ialah Christchurch, South Island.lebih berita disini.kalau ada siapa-siapa yang risau izzati macam mana, izzati ok ke, selamat ke sila jangan risau.izzati selamat disini.kerana izzati berada di North Island, iaitu di Auckland.sila rujuk peta.Auckland berada di utara NZ.astaghfirullahalazim mengucap panjang kami di Auckland.sebab utama, malam sebelumnya kami berborak-borak tentang struktur bumi NZ tentang volcanoes dan gempa bumi.besoknya Christchurch dilanda gempa bumi sehingga Wellington & New Plymouth yang berada di North Island turut merasai gegaran.maaflah ayat nak skema sikit macam berita.haha.tapi itulah.cuma tiada kematian yang direkodkan sebab bak kata azmi atau fareha, orang NZ memang dah selalu bersedia untuk bencana alam macam ini.boleh kata diorang serba tahu apa nak buat kalau tiba-tiba gempa bumi.kerana mereka ada earthquake drill dan bermacam drill lagi.kita di Malaysia hanya ada fire drill.kerana Malaysia insyaAllah sepenuhnya selamat.jadi bersyukurlah menjadi warga Malaysia.Saya Anak Malaysia.tetiba patriotik.tapi ajal maut di tangan Tuhan.Allah itu Maha Berkuasa.doakan keselamatan kami disini ya?

p/s: siapa-siapa yang ada pasang lagu raya dekat blog mintak maaf kalau saya tak dapat jawab andai anda buat soalan kuiz lagu raya apa yang saya pasang dekat blog saya?.sebab saya dah sumbat headphone punya wayar dekat laptop dan letak headphone jauh-jauh.takut tersebak pulak dengar lagu raya, basah keyboard akak, kena beli keyboard baru.haha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...