Tuesday, December 13, 2016

Label Besi TERMURAH untuk produk korang! Juga label kain dan custom plastic untuk packaging!

Assalamualaikum. Hi.

Ijinin kakak mahu promosi sedikit ya hari ini. Gituh. Bunyiknya kayak aneh. HAHA.

Okay Okay. Di zaman serba canggih dan maju sekarang ini, SANGAT ramai orang yang mula berjinak-jinak dengan berniaga. Tanpa bermadah helah lagi, lebih tepatnya berniaga jual TUDUNG/SHAWL ataupun seumpama dengannya.

Sebabnya?

1) Senang, mudah. Kain ela berlambakan ok sekarang. Bukan setakat Jakel, Gulatis, Kamdar dan adik beradiknya...malah sudah ada supplier untuk kain yang memang untuk dibuat shawl/tudung sahaja!

2) Tukang jahit tepi tudung/shawl mahupun tukang jahit custom untuk tudung/shawl pun ada banyakkkkkkkk. Cuma perlu rajin search untuk mendapatkan servis terbaik dengan harga berpatutan dan berkualiti. Yeah!

3) You can be your own boss OK. Sebab berniaga tidaklah sesusah mana. Yang penting, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dugaan sedikit sebarang itu biasalah.

BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH NAK SUSAH.

Ok tamat sudah sesi motivasi hakak pagi ni.

EHHH BUKANKAH KATA MAHU PROMOSI TADI?

KAHKAHKAH!

OK OK OK jadi! Untuk yang baru nak mula berniaga ataupun yang sudah berniaga, mesti korang nak letak label ala ala Naelofar gitu kan? Nampak curlasssss cunnnnnya! Tapi tak tahu nak tempah dekat mana??

JANGAN RISAU!

INFIRU STUDIO boleh bantu! 

Facebook : https://www.facebook.com/infirustudio/?ref=bookmarks

Instagram : https://www.instagram.com/infirustudio/



Kalau korang dah klik link tu, akak tak yah nak cerita banyak pung pang pung pang dah. Tapi akak cerita lah jugak kan sebab kot ada yang tak berapa ada mood nak klik link tu.

*aloh klik je pun bukan susah sangat kekekeke*



OK jadi dekat Infiru Studio ni, korang boleh order...

1) Label Besi. YA yang macam Naeofar itu. Nak buat macam Naelofar boleh. Nak buat rupa lain pun boleh dong. Bagitahu je admin dia masa korang whatsapp tu nanti. Diorang ada sediakan servis design jugak. Jadi tak perlulah gundah gulana macam mana ni design tak reti i dont know how to design sob sob sob. Konsep label besi ni, beli lagi banyak jadik lagi murah. Hah gitew. Ada 3 jenis label besi iaitu STANDARD/WORDING/DIAMOND. Gempak gitu produk korang dengan label vavavooommm! Minimum order 200 pcs. 



2) Label kain/woven. Masih ingin mengekalkan trend label jahit? BOLEH JUGA. Semurah RM290/1000 pcs OK. Dengar kata boleh dapat FREE 200 pcs lagi. Asyikkkkkkkkkkk!



3) Custom OPP Transparent Plastic. Iaitu untuk product packaging. Biasa kan tengok plastik yang packaging ada logo brand tu? HAAAAA yang itulah! Glamour wei. Nampak high classsss gitew bila dapat pack product dalam plastik ada logo sendirik. Jimat pun jimat!Kira korang boleh decide nak letak apa maklumat dekat plastik korang tu. Ada tiga saiz iaitu S/M/L. Kalau jual shawl/tudung, guna S pun boleh. Kalau rasa was-was, jangan bimbangggggggg. Minimum order 100 pcs je. 



Boleh contact admin Infiru Studio untuk pertanyaan lanjut ya. Dont worry diorang tak makan orang. Diorang suka makan Nasi Goreng Pattaya kihkih.

+60172297002 Whatsapp/SMS

Kot nak mintak quotation ke apa kan, boleh aje. Selain tu boleh juga DM di Instagram ataupun PM dekat Facebook. Gerenti diorang reply sup sap sup sap!

Banyak lagi sebenarnya produk printing yang Infiru Studio ni boleh buat. Korang boleh tengok IG dengan FB diorang lepas tu boleh bawak berbincang. HEHE.

Seperti kata-kata yang selalu kita dengar,

9 daripada 10 rezeki itu datangnya dari berniaga. Maka ayuhlah berniaga, moga-moga kita beroleh rezeki yang halal lagi barokah insyaAllah :)


Bubye!





Thursday, December 8, 2016

It's the end of 2016. HELLO KITTY Family Themepark Puteri Harbour, Nusajaya.

Hello. Hi.

My last post was in October. Soooooo, yeah. The year of 2016 is going to an end. So tercapaikah azam tahun ini? pfffftttt. Tiap-tiap tahun azam nak kurus. Sejak zaman tok kaduk lagi. Dapat rasa kurus sekejap (lepas pantang andddddd few months after that) lepas tu gemok balik! ARGH mak stressssssss.

Now is school holiday. After kerja yang berkoyan-koyan sebelum habis sekolah haritu, phew. Dalam kehidupan ini, bulan Januari dengan November adalah bulan nightmare yang mana 2 bulan ni perlu dilalui dengan tenang walaupun hakikatnya kau dibanjiri pekerjaan yang maha banyak tak habis-habis. Sekarang dapatlah rileks sikit berkasih sayang dengan family everyday. Gitew.

Tengok FB/IG ramai yang pergi holiday overseas/cuti-cuti Malaysia. Percutian, tak pernah tak menyeronokkan. HAHAHA. By the way, kitorang (me and husband) sempat bawak Zara pergi Hello Kitty Family Themepark dekat Puteri Harbour, Nusajaya masa balik Johor haritu. Tiket kitorang beli masa MATTA FAIR bulan September haritu.

Posing dengan pamphlets. Ko mampu? Bajet tourist sangat HAHAHA.

TIPS: Nak bercuti? Pi beli dekat MATTA FAIR OK! Sebab harga tiket sangat murah berbanding kau pergi adhoc yang boleh menyebabkan terbeliak mata tengok harga tiket HAHAHA.

Original price RM125/adult untuk ALL PARKS. Kitorang dapat tiket dekat MATTA FAIR RM83/adult sajorkkkk. Haaaa tengok jimat tak jimat tak jimat takkkk. Baby below 2 years old tak perlu bayar. Diorang boleh berseronok secara percuma. Huntong betol.



OK. So bukan lah Hello Kitty je dekat situ ya tuan puan semua. Bab Hello Kitty, mak budak yang seronok lebih HAHA. Dekat sana ada Pingu, Barney & Friends, Bob The Builder, Angelina Ballerina dengan Thomas The Train choooooo choooooooo. Kira kalau ambil tiket ALL PARKS tu boleh pergi round semua dari Tingkat 1 sampai Tingkat 3.

Sayang sangat Barney dia. Random betul nak menunjukkan kasih sayang. 

Zara, haruslah seronok bersungguh-sungguh bila tengok Barney. Rasa macam dunia ni dia sorang yang punya. Padahal section Barney ada satu tu je. Kat situ lah dia duk round-round tak habis habis. Tak banyak pun. Sempat tengok Barney & Friends show dekat stage TAPI budak ni takot! HAHAHA. Mula-mula OK lah masa duduk tunggu Barney tu. Keluar je Barney, melompat atas mak! Terkejut gamaknya apesal Barney ni besar benar gayanya. Dalam video kecik je! HAHAHAHA. Throughout the end barulah OK sikit. Tu pun masa lagu dah nak habis. Kekdahnya, lagu-lagu yang diorang play masa ni tak banyak yang Zara tahu. Kaset lain kot. Kehkeh.


Overall, comel lah tempat-tempatnya. Budak-budak confirm suka seronok 1100% kalau pergi sana. Baby kecik-kecik kalau baya Zara ni boleh la memahami sikit-sikit. Tapi kalau dah besar sikit lagi seronok kot sebab ada Art Class, Baking Class, Playground yang sangat banyak, Dancing Class, Shows yang berderet-deret dengan RIDES. Yang macam dekat themepark tu? YES. Tapi indoor punya je lah. Mostly untuk budak-budak tapi mak bapak budak boleh jugak nak naik HEHEHE.

Next target, MATTA FAIR bulan Mac pulak. Hewhew.

Take care!


Saturday, October 15, 2016

Zara : Voice search

Assalamualaikum. Hello. Just a quick post.

Seriously babies are developing too fast! Tak sempat nak catch up. Bangun tidur hari ni, pandai buat ini. Bangun tidur hari esok dah pandai buat benda lain pulak. OMG OMG OMG can I just freeze the time for a while?

Aku risau betul dengan potensi mengupdate blog these days. Kononnya untuk memori masa depan. Tapi sebulan berapa bijik post je yang wujud oi! (tampar diri sendiri berkali-kali). Nampak tak istiqomah tu dekat tahap mana.

Hari ni, spesifik - Voice search. Yes satu teknologi yang membolehkan kita search internet tanpa menaip; namun agak mencabar dan secara bersusah payah kalau tak kena dengan pronunciation. HAHAHAH.

Zara suka video lagu menyanyi dan menari dan berseronok riang gembira. Specifically, Barney & Friends, Didi & Friends, Mother Goose Club, Super Simple Songs and more to go. Paling tersuka adalah Barney. Macam the first one on the list. A-totally-100%-into-Barney. Apa-apa pun mahu Barney. Dalam bahasa dia, Barney adalah MARNEY.

Bila nak tengok video, she cannot wait. Dia nak benda tu depan mata like NOW NOW NOW MAMA WHY YOU SO SLOW. Kahkahkah. Sekarang dia dah pandai swipe sendiri cari sendiri secara hentam keromo. Babies these days kan. Hi-tech betoiiiii. Tapi nak search of course lah belum reti. Kekadang ads KFC cheesy onion chicken tu pun dia layankan aje. Hanyaaaaaa muuuuuuuuuuuuuuu.

Tetiba lalai teringat KFC. Kah!

So ada satu hari, sebab dia dah nak sampai tahap mengamuk dan menghempas, aku guna voice search. Sebagai seorang noob, aku sebut dekat mic tu dengan jelas, terang dan nyata.

B-A-R-N-E-Y.

Lalu muncul senarai video Barney dekat Youtube, dan dia memilih dengan girang dan gembira.

Jangan ingat sampai itu sahaja OK. Betul apa yang orang orang dan saintis saintis dan doktor doktor cakap, BABIES LEARN THROUGH IMITATION. They are live video recorder with 100GB RAM!

I was busy picking her toys and cleaning the kitchen area. And she was at the living room, playing on her own. Tetiba dia terserempak dengan iPad. Lalu dia duduk. Aku tengok aje lah dari jauh. Tiba-tiba dia tekan button tengah iPad tu dan sebut...

*tekan*MARNEY

*tekan*MARNEYYY

*tekan*MARNEYYYYYYYYYY

barney photo sub-square-barney.gif

Sorry I didn't get that (Siri)

OH MY BABY! Nak tergelak wei!

Well, sampai sekarang dia masih belum putus asa guna Voice search bila dalam keadaan desperado. Masih duk MARNEY MARNEY MARNEY sehingga ibubapanya datang menyelamatkan bayi perempuan yang setia menanti Barney.

Harus mula beringat supaya menunjukkan contoh dan tauladan yang baik-baik sahaja di rumah. Doakan Zara membesar menjadi anak yang baik, bijak, solehah dan menggembirakan kami insyaAllah :)

Take care!




Thursday, September 29, 2016

Favourite photos from Zara's 1st birthday photoshoot (konon)

hashtag #THROWBACK#




Photos taken by my darling husband.

Loving the over-exposed effects. Tibeh.

Poooojaan hati. 

Friday, September 9, 2016

Little Zara : Milestones (15 months +)

Assalamualaikum. Hey blog. Lama tidak ketemu. Eh.

Dah lama sebenarnya menyimpan hasrat hati nak menaip sesuatu disini. Namun apakan daya, hasrat hati hanya terpendam di dalam hati. Baru kini mampu ku zahirkan (ewah!).

I just put Zara to sleep. And my husband is out. His laptop just sit there and here I am. In front of his laptop. Typing something, for you (and for me) to read...sooner or later.

Zara is now a toddler, 15 months. Sudah memperoleh kaki, dan hampir ke level berlari-lari anak dalam keadaan menggundah-gulanakan perasaan emak. Suka berjoget,memanjat dan bergembira dan bergempita. Menjerit, kekdahnya. Paling pakar. Pabila ada kemahuan tidak dipenuhi, jerit. Nak lagu, jerit. Nak memusnahkan tv, jerit. Nak menterbalikkan pinggan walaupun dilarang emak, jerit. Nak curah air atas karpet tapi ditegah bapa, jerit. Atau bayi perempuan memang kekdahnya suka menjerit? (Mengenang zaman bayi. But my mother said I was a calm baby; and my daughter is the opposite. HAHA)

Babycenter.com cakap, ini fasa mereka tantrum. Tak mampu mengawal perasaan sendiri. Buat perangai. Sebagai emak, sedang cuba untuk memahami fasa-fasa begini. But sometimes, my blood go upstairs too, you know. Sedang cuba menjadi emak yang mampu bertenang mengawal amukan bayi.

She starts saying few words now. Yang kini difahami ibubapanya. Sebelum ni dia guna German, sekarang alhamdulillah sudah menuju ke jalan yang benar hendaknya. HAHAHA.

So lets check out my dictionary for Zara's language (for now):

Mama/Mamama - Mama
Papa/Papapa - Papa
Tatak - Kakak
Baba/Bababa - Papa (jugak)
Ti - Aki
Dadik - Pakdik
Bas - Bas (tapi tak sure dia faham ke tak bas tu apa. Cuma dia boleh sebut jelas sebab 1 syllable kot)
Toto - Motor
Car - Kereta
Ayam ktok ktok ktok (sambil buat gaya ayam) - Ayam
Dak - Duck
Tet - Cat
Nanak - kadang-kadang maksud dia NAK/TAKNAK. Kena tengok keadaan. HAHAHA.
Pappu - Lampu (HAHAHA)
Pawer - Flower
Yim - Aiskrim
Mam - Makan
Pish - Fish

Sehingga bertemu lagi di episod seterusnya. Doakan Zara membesar dengan sihat, bijak dan solehah. Semoga anda-anda (yang membaca ini) terus gembira dan bahagia dilimpahi nikmat rezeki kurniaan Allah SWT.

Semoga semua urusan kita dipermudahkan di dunia dan akhirat, insyaAllah :)





Thursday, June 9, 2016

Zara turns 1

2 Jun 2015 - 2 Jun 2016. 
Satu tahun berlalu. Zara is one year old already. Time flies so fast! 

Siapa sangka dah setahun rupanya bayi perempuanku ini. Sekejap benar rasa. Macam baru semalam je bersalin? TETIBA. Tapi pengalaman bersalin masih segar di ingatan (ada samar-samar sikit). Terima kasih HKL. Terima kasih doktor dan nurse2 bertugas syif malam 2 Jun 2015 kerana bersabar dengan perangai tak semengah first-time-mother ini. HAHA. 

Nur Zara Khairina | 02 June 2015 | 10.11 pm

Nope. Tak ada birthday party pun. Sebab 1st Birthday Party is toooo mainstream. LOL. Kasihanlah birthday girl tak dapat merasa kek harijadinya sendiri sebab umur 1 tahun kan belum boleh makan gula (WAH STRICTNYA MOTHER NI HAHA).

On 2nd June 2016, we were at my parent's house. Maktok dengan Aki excited nak celebrate birthday cucunda sulung. Sebelum kitorang balik lagi dah whatsapp...

'next week kita pergi Kuantan main bowling lepas tu boleh beli kek birthday Zara'

Bowling tu memang wajibul ghunnah kalau cuti. Memang secara rasminya aktiviti sosial keluarga. Baca balik, AKTIVITI SOSIAL. Bukan main bak Shalin Zulkifli triple strikes di celahan jari. Asalkan bola itu kedepan sudahlah. Jangan terkebelakang pulak HAHA. 

So, my mother bought a birthday cake for Zara. Atas permintaan Abah, untuk cucu tersayang. Mak sendiri pilih sebab katanya kek tu terlalu sedap mengancam jiwa. 

Abah dari awal masa kitorang balik lagi asyik sebut...

'Zara nanti ambik duit dekat Maktok buat beli kek harijadi yeeee...'

Chocolate Brulee by Secret Recipe
(betul-betul mengancam jiwa serius tak tipu. Makan sejuk-sejuk lagi lah. Cenggini ko *thumbs up*)


We (me and husband) decided to have a photography session for Zara's 1st Birthday. Khonon awalnya nak pergi Outdoor photoshoot. Tapi tahulah sekarang musim Elnino kan, tak larat makkkkk. Belum masuk hal bayi mengamuk dan sebagainya. So, kitorang buat indoor photoshoot aje dekat rumah. Decorate sendiri semuanya. Sendirian berhad bak kata orang. Kitorang shoot awal, few days before her birthday.

Tapi kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Ewah. Bukan senang ya nak bekerja dengan bayi. Bukan mudah mudah lah kerja nak tangkap gambar si Zara ni. Sekejap nak kesini, sekejap kesitu. Sekejap makan bola bola, sekejap smackdown teddy, sekejap cabut topi. Adoi pening mak.

Bila dia dah decide nak take over kamera, ko takleh buat apa dah. Konsepnya #makredho. Jangan smackdown kamera tu baby kuss semangat.

Esoknya, Zara tak berapa sihat. Dalam 5 hari jugaklah nak recover. On her birthday pun dia tak berapa sihat lagi. Nak berkepit aje dengan mama. MMR injection pun delay. 1 Ramadhan haritu baru inject. Alhamdulillah now she is getting better. And cheekier. Bak kata Mak, demam nak beralih bulan tu. 

Sempat jugak buat outdoor photoshoot sikit dekat Pahang haritu. Tazabarrrrrr nak proses gambar omg lamanya tak terlibat dalam proses ngedit gambar. Kuikui.


Alhamdulillah, for a year of blessing and happiness. Thank you Allah for this amazing and wonderful gift you gave us, a year ago. Thank you Zara for teaching so many things to us. Macam-macam betul tahun pertama hidup ber-anak. First-timer, beginilah. Semua benda pun pertama kali. Semoga tahun-tahun seterusnya akan diiringi dengan keberkatan,kegembiraan dan kebahagiaan dari Allah SWT untuk kita semua. InsyaAllah. 





Saturday, May 28, 2016

Tudung raya glamour

Assalamualaikum. Hi.

Dah mula shopping raya ke semua orang?

Jangan lupa singgah FB/Instagram : seni.co :)

Ada promosi Pre-Ramadhan agiteww.


Material : High Quality Chiffon Crepe with Flowery Songket Border.
Length : 2.0 m
Width : 28'
Colours : 6 colours available - blue, purple, orange, green, grey & dark belacan (tetiba belacan lol. tak dapat fikir dah apa nama warna ni kekeke).

Contact : Whatsapp +6017989350 to order OK!




Sunday, May 8, 2016

Little Zara

Assalamualaikum.

 Its been a while. Fuhh.

Lupa dah macam mana nak tulis blog (bahaha seriously?). Tak tahu macam mana nak bagi tak jadi awkward. So layan je lah. OK?

Hendak berkomited dalam mencatat segala benda tapi entah kenapa tak menjadi pula. Sebab itu muncul tiba-tiba macam ini. Like 'hey long time no see! Ayuhlah taipkan something kepadaku,' kata blog ini.

Lets talk about me.

1) Busy - dengan pekerjaan, dengan hal ehwal rumahtangga dan perihal perniagaan. Adakala sampai terlupa nak cuci baju anak. Duhhh apakah jenis emak dia ni? Sebab baju anak kena handwash. Tapi adakalanya ketika masa terlalu sempit...angkut pergi laundry juga baju anak dara ni HAHA. Tapi itu rare case OK. Please jangan keji.

2) Kurus - NOPE. Berat yang berturunan secara pukal selepas bersalin dahulu telah KEMBALI *nangesssssss*. Belum kembali ke asal tapi nampak gaya macam dah nak menggajah kembali, aku ini.

SUDAHLAH. BUKANKAH TAJUK POST INI LITTLE ZARA?

Mari bicara tentang bayi kecil kesayangan kedua ibu-bapa nya ini.

1) Officially 11 months and 6 days old. Bakal menyambut ulangtahun pertama kelahiran pada Jun nanti. Tidakkah berasa terlalu cepat masa berlalu? My little princess is growing too fast!

2) Sudah merangkak pada level professional. Tapi terkadang bila laju sangat merangkak tu menghentam lantai jugak. Biasalah kalau dah excited. Lepas tu menangis, lepas tu buat lagi. Biasalah, baby. AHAHA.

3) Boleh berdiri sendiri dengan berpegang pada objek sandaran eg: sofa, tilam, katil, kerusi et cetera. Kekadang berdiri tak pegang apa-apa. Konon berani. Tapi biasanya terjadi bila dia dalam keadaan tak sedar yang dia tu tak berpegang pada apa-apa. Sebab terlalu asyik dengan sesuatu benda contohnya SUDU -__________-


4) Makan dengan bermacam kerenah. Kadang-kadang hendak makan makanan berat (bubur/oats), kadang-kadang dia nak layan yang ringan-ringan aje (buah/biskut). Kesimpulannya, ikut mood dia.

5) Emaknya ini selalu buat eksperimen dengan makanan. Beli popsicle maker dengan harapan supaya anak perempuannya ini seronok melayan fruit popsicle yang disediakan dengan penuh kasih sayang.

HAMPA. Zara tak layan pun.

6) Suara high-pitch dan suka menjerit. TAK TAHULAH KENAPA. Terutama bila jumpa geng sama kecik dia. Over excited agaknya kot.

Tapi adakalanya dia menjerit at random times. Mungkin semata-mata untuk memecah keheningan.

Kawan-kawan dekat sekolah cakap,

'biasalah tu anak cikgu, memang kuat menjerit.'

>_____<

7) Professional climber. Ketika ini, jangan letak stool secara bersepah-sepah. Pasti dipanjatnya. Tilam dalam bilik tu kecik punya hal. Naik turun tak kira masa. Sekarang dia dalam proses coba coba hendak panjat sofa. Dia akan guna apa sahaja di sekeliling untuk pastikan yang dia dapat naik atas tu. Contohnya, bean bag. Bahaya OK, budak kecik ni.

8) Enjoying songs and rhymes. Kalau pasang Super Simple Songs, nescaya muncul roh anak burung dari dalam badan dia. Menari. Tapi menari dia mengepak-ngepak macam burung. Kihkih. Too cute to handle.

9) Azan dan zikir tu kalau dia dengar, terus senyap. Biasanya pasang bila dia tersangat hyper atau waktu dia uncontrollable (bila energy banyak sangat tu kekadang tak mampu nak kawal. So nak kasi dia duduk diam sekejap). Zikir download siap-siap dalam iPad. Kalau pergi window shopping, bila dia nak tidur tu letak je dengan dia dalam stroller. Tak lama lepas tu, tidurlah.

Kemudian, dah pandai tadah tangan. Sebab biasa nampak kita baca doa kan. Dia tahulah oh ok kena tadah tangan kemudian amin.

10) Suka bersosial, Zara ni. Dah nampak gaya dia suka pergi berjumpa orang, main sama-sama. Tapi bukan orang sembarangan. Dia suka jumpa geng yang sama kecik, yakni KANAK-KANAK atau BABY sahaja.

Indoor/Outdoor Playground bakal menjadi tempat favourite Zara nampaknya.

11) Papa's princess, Mama's mushyboo. Setakat ni tak nampak sangat lagi dia berat ke arah siapa. Tapi muka sah sah lah muka papa. Fotostat.

12) Suka makan kertas. Serius tak faham. Banyakkkk banyakkk benda atas muka bumi ni.... Why kertas why?

Storybooks nipis yang beli banyak-banyak tu habis semua ada kesan gigit.

Bukan angkara tikus ke apa.

Angkara seorang Zara.

Jadi sekarang ni buku cerita nipis-nipis tu semua simpan untuk masa depan. Tinggal hard cover books je dalam dia punya territory. Flip-books pun kena pilih. Kalau flips tu nipis, bye bye.

Resit dengan suratkhabar; dua benda yang paling kena jauhkan dengan budak ni.

13) Boleh sebut MAMA, dengan A-DA-DA. Yang lain semua bahasa German. Tak boleh nak translate lagi.

14) Tiada pengalaman swimming di baby spa atau fancy swimming pool. Her first swimming experience was at Sungai Pahang. El-nino kan. Habis air sungai surut semua. Kita, apa tunggu lagi. Terjunnnnnn. Dengan Zara pun kena angkut sekali. Haruslahhhh.


14) SANGAT ADORE DIRI SENDIRI. Buat pengikut ig ku sekalian, kalau tengok bayi ini senyum siap ketawa ketawa lagi dalam gambar/video bukanlah sebab dia tahu yang kita ambik gambar/video dia. Bukan juga sebab aku dah ajar dia smile to the camera atau apa.

HANYA KERANA SATU SEBAB iaitu dia nampak diri sendiri dalam kamera. Tu yang tersengih-sengih tuh. HAHAHA.



Till then. Semoga ketemu lagi di masa hadapan.

Take care!

Monday, February 1, 2016

New Year

Its freaking 1st of February already...seriously...with the title?

Nevahhh mind. 

Assalamualaikum. Hello hi wassup wassup yo yo.

Alhamdulillah untuk nikmat kehidupan yang tidak terhingga oleh Tuhan Yang Maha Agung. Masih disini, masih berupaya menghirup oksigen dan melepaskan karbon dioksida seperti homo sapiens yang lainnya. Nope. Not a scientist. Just using flowery language, heh. 

Babies are sleeping (husband is a baby too!). And I am here, still awake and typing this. 

Time flies so fast! Dah Februari dah! Like OMJAY we started school a month ago but my class' decoration is sad. Sendu. I pasted colourful boards on the not-so-pretty walls but they are empty. Totally blank. No information, nothing. Just.colourful.boards. Need to work on the materials! Gawshhhh. Saved so many teaching materials from FB (thanks Mark Zuckenberg for your invention!) and the net, of course. But they sat still in my waiting-to-die phone. Nampaknya kena guna printer suami untuk proses cetakan bahan sekolah isterinya yang comel ini! 

My baby is growing rapidly. This girl, is a gangsta. Main redah, main terjah. Dah few times jatuh katil (kusssss semangat emak, nak). But Alhamdulillah everything is OK, I observed her for more than 24 hours. Tak suka selimut, this girl. Either selimut tu tak cute, tak best atau sebab dia kepanasan dek bahang elnino yang melanda negara. Suka makan. Enjoying oats, brown rice, sweet potatoes, bananas, kiwis, apples, carrots, pumpkins and broccoli(?). Brocco still in (?) cos macam tak berapa sure lagi. Tried few times macam dia dah approve tapi ada masa dia buat muka yuck. So macam half half lah. Boleh pulak kan HAHAHA. Loveeeeeee cold foods. Semua yang keluar dari fridge tu dia suka. Even grains (oats and brown rice) pun dia prefer yang sejuk. So I have to prepare grains the night before, lepas tu masuk fridge. Esoknya papa dia just ambil je dalam fridge masa nak makan. Easy peasy! For fruits and vege usually I made a batch on Saturday. Pilihlah samada nak go for one type or few types of puree. Biasa buat dua jenis. This week I tried kiwi. Ada lagi satu bullet. So maybe esok kena restock another batch. Biasa kalau buat satu batch, dapatlah isi few bullets. Few bullets boleh tahan beberapa hari depends macam mana guna. Either feed it right away or mix it with oats or brown rice. 
                     
       
Zara has one tooth now. Not a toothless anymore. Nope hasn't bite me, yet. She tried, but I have a superpower where I can sense her wanting-to-test-my-tooth face. So she's officially teething now. Hopefully she will grow pretty healthy teeth! 

Bergolek, berguling, meniarap, mengensot, menonggeng, berpaut nak berdiri; checked. Pantang letak dalam cot, terus paut dekat kayu penghadang tu, berdiri. Kekadang sesuka hati lepas satu tangan, kekadang dedua sekali lepas lepas tu tertonggeng. Tapi dia maintain dengan muka i dont care dia tu lah. Nangis, tapi lepas tu rileks. 

                     
    
We introduced songs to her when she was four months old (kot). Masa tu just the basics (Twinkle Twinkle Little Star, Snowflakes, Hokey Pokey from the Super Simple Songs on Youtube). Kemudian maju sikit Old Mc Donald Had A Farm, B.I.N.G.O dan lain lain lagu dari Super Simple Songs. Nyanyi sambil menari, suka sangat. Bukan dia nyanyi menari, emak bapak dia yang nyanyi menari. Dia jadi tukang tonton, tukang ketawa, tukang seronok. Bila dia 6 bulan, kitorang start cari apps yang sesuai dan berfaedah untuk perkembangan bayi (wah gitchu). Banyakkkk download apps tapi sikit sangat yang boleh guna. Ada yang kena download extras, beli add ons semua. Peninglah! 

                                     

Lepas check here and there, apps from Fisher Price yang paling OK. So download few apps from Fisher Price. Mula-mula omaknya download banyak sangat yang kena touch and all. Budak kecik ni pulak tak lepas stage lagi. Tengah sebok tepuk tepuk sana sini tak ada hala tuju (Kekadang tepuk muka papa dia yang tengah tido KAHKAH mujurlah bayi kalau tak mesti kena tepuk semula). So doesn't make sense. I give up. Satu hari, balik dari sekolah tengok iPad eh eh eh new apps lah. Wau banyaknya wau interaktifnya. Credit goes to my husband. Ada storybooks and songs. Zara suka sangat sangat sangat. Especially yang ada lagu ABC, numbers dengan shapes tuh. Keluar je lagu ABC tu kemahen menyengih macam dapat hadiah bonanza, budak ni. 

Businesses are going well, too. InsyaAllah stepping further around this month. Sekarang masih huru-hara. Tak nampak cahaya. Semoga lepas cuti CNY ni kami beroleh cahaya. Yelah kan dah banyak melantak limau nanti kalau tak nampak cahaya jugak tak tahulah HAHA. 

Should stop now. By the way, esok iols cuti Hari Wilayah. Hewhew. 

Take care, guys. 

Wednesday, December 16, 2015

Whoa

Whoa!
2 bulan blog bersawang.

Whoa! 
2015 dah di penghujung nampaknya.

Whoa! 
Apa daaaaa.

Assalamualaikum.

Dengan keazaman dan tekad yang jitu, aku akan habiskan entri ini dalam 10 minit. Sebab sekarang sudah jam 4 pagi, dan aku yang sangat mencintai tidurku ini...masih belum tidur. 

Mari baca rumusan singkat kehidupan aku dalam sebulan dua ini. Sebagai catitan untuk masa hadapan. OK mula! 

1) Cuti sekolah adalah sangat menggembirakan. Lapang dada, lapang perasaan. Lega. Duduk rumah, bergolekkan dan makan. Tidakkah itu sungguh membahagiakan? 

2) Waktu lapang begini dihabiskan dengan membuat perancangan strategik untuk perniagaan kami suami isteri. InsyaAllah semoga dipermudahkan semuanya. Doakan kami kuat untuk menghadapi ranjau, onak dan duri serta hutan belantara semua, ya? 

3) My baby is growing tooooo fast! Sudah belajar duduk, si Zara ini. Tetapi masih goyah bak sedang berzikir gayanya. Sekejap sekejap tumbang. Lalu tersengih-sengih. Gerammmmm sebab comel sangat. Eeeeee comelnya comelnyaaaaaahhhh *gigit gigit*. Alhamdulillah, terima kasih Allah di atas nikmat dan rezeki kurniaanMu yang comel melampaui batas ini. 

4) Zara dah start solid foods. Pada ketika ini, dalam tempoh percubaan puri avokado. Dia macam geli geleman. HAHAHA. Brown rice dan sweet potatoes, sudah selesai. SANGAT SUKA sweet potato, bayiku ini. Sampai tambah tiga kali. Sampai dia sendiri nak pegang sudu. Ambooooiii sangat nak. 

5) Bulan ini adalah bulan paling menggembirakan sebab ianya bulan kelahiranku. I'm officially 4-years-away-from-the-thirties. Like OMG OMG OMG. Tidakkah terasa masa yang berlalu ini terlalu pantas? Betul lah kata Fauziah Latiff...tua mengejar di mana kau berada....lalalalala~ 

6) Lemak-lemak telah meninggalkan aku secara berjemaah. Keliru? KAHKAH. Yang dah lama baca blog ni mesti tahu betapa desperado nya aku nak kurus. Sekarang, takdelah kurus mana pon. Tapi lebih kurus la dari aku yang dulu, kot. HAHAHA. Jeans mak longgar dah nokkkkk. *lompat bintang* 

Wei dah lebih 10 minit ni. Dahlah, cau cin cau. 

:P

                           
                                                    Nah belanja gambar satu. Hehehe.

Tuesday, October 20, 2015

Of being a mother Part 3 - Sleeping separately.

Semenjak lahir, tak pernah tidur berenggang dengan Zara. Even the first night after the delivery, I cuddled her on my bed. Walaupun tak dapat tidur sebab asyik dibayangi rasa perit kena seluk, aku melalui malam pertama sebagai seorang emak dengan aman damai. Bercampur campur perasaan sebab tak sangka dah jadi emak. Aaagitu. 

Dalam pantang, tentulah tidur dengan Zara all the time. Tak kira tidur siang ke malam. Kengkadang aku tumpang sekaki lelap masa Zara tidur sampai kena sound dengan mak HAHAHA. Mak cakap waktu baby tidur bolehlah nak bertungku ke apa ke. Tapi kalau dah mengantuk memang bye bye. Menurut Babycenter.com, sleep when your baby sleeps. So aku apa lagi. Zzzzzzz. 

Sejak balik KL, aku dah try beberapa position tidur yang dirasakan adil untuk Zara, aku dengan suami. Zara tengah, Zara paling tepi, melintang, menegak semua dah try. Paling terbaru, Zara tidur tengah-tengah,secara menegak atas katil bersaiz permaisuri kami. Sempit, of course. Tapi sebab aku jenis manusia tidur mengiring jadi takde masalah sangat. Zara atas tilam kecik dia. 

TAPI ada satu masalah negara. Semenjak dua menjak ni nampak gayanya Zara dah develop skill 'freestyle sleeping'. Suami pula jenis tidur pusing kiri pusing kanan peluk bantal letak bantal tepi semua ada lah. Walaupun Zara tidur atas tilam dia, ada dua tiga kali aku bangun pagi kepala dia dah jatuh dari bantal, bolster entah kemana mana. Itu Zara. Papa Zara juga apa kurangnya. Bila dedua buat freestyle sleeping lagi lah kusssss semangattttttt.

Sekarang Zara dah boleh berpusing meniarap, tapi tidaklah selalu. Kadang-kadang saja. TAPI sungguh di luar jangkaan. 

Kelmarin aku sedang solat dalam bilik, suami dalam bilik kerja, Zara dekat ruang tamu, tidur. Tilam Zara yang dekat ruang tamu tu jenis fluffy. Kalau baring, tenggelam gitu. So kalau tidur memang syok ah kan. Tetiba suami dengar suara Zara. Tak nangis tapi suara kecik gitu. Dia pergi depan tengok Zara dah tertiarap; separuh badan atas karpet, kepala atas tilam tangan kebawah. Boleh bayang tak? Lepas suami cerita terus aku jadi gabra. Panic-attack. Kalut. Risau. Semua! Alhamdulillah Zara was OK she managed to push herself up. 

Masa tu terus terbayang bebenda tak elok; tertiarap terbenam muka takleh nafas, bergolek tergolek lepas tu jatuh katil, banyak betul! We were freaking out, me and husband. 'We cannot stay like this we need changes,' kata aku. Lets bring in the baby cot. 

19/10/15 - bermula episod Zara tidur dalam baby cot sendirian, tapi dalam bilik emak ayahnya. It was not easy though. Sebab Zara ni jenisnya kuat mengempeng, tidur nak rasa ada orang, tak suka sendirian. Biasanya bila tidur bersama-sama, kalau tengah malam bangun nangis nak susu terus selamba selak je lepas tu sambung tido lagi HAHA. Nak senang je kekdahnye.

UPDATE: Zara berjaya tidur dalam cot sampai pagi 2 HARI je uols HAHAHAHAHA. Sebabnya aku rasa insecure. Bimbang melampau sampai sanggup tidur melintang katil asalkan aku boleh sentuh cot zara. Sentuh OK bukan setakat nampak je. Tahap wajib sentuh kalau tak, tak lena tidur. 

Kedua, aku tak tahan kena angkat angkat letak bila dia terjaga tengah malam. Ingatkan dah lena tetiba letak je terus terjaga semula. Dengan mata mengantuk, bila jadi camtu mampu mengundang amuk ya. Tiga, tak tahan nak menyusu duduk. Sebab dah biasa kalau terjaga tengah malam, menyusu sambil baring je. Sakit belakang mak nokkkk. Sakit belakang pehtu campur dengan tersengguk-sengguk mengantuk memang epik. 

Jadinya sekarang Zara kembali tidur bersama-sama, berkepit sampai pagi. Ngehehehehe. 

                                    
                                        Cot jadi tempat permainan semata-mata teeheee.

Friday, October 9, 2015

Of being a mother Part 2 - Superpowers

Superhero wujud secara benar. Eh betulkah engkau ini? Siapa? Kat mana? Apa superpower dia?

Superhero itu, ibu bapa kita. Ibu bapa saya, ibu bapa anda juga. True superheroes, really.

Assalamualaikum. 

Semenjak bergelar seorang emak, banyak benda yang baru aku discover tentang diri sendiri. Sambil sambil belajar tentang anak, rupa-rupanya diri sendiri juga dipelajari. Eh eh terlalu aneh bunyinya tu. kita jugak mungkin akan jadi suatu superhero kelak, geng geng emak sekalian. 

Sesuka hati isytihar diri sendiri jadi superhero. Tunjuklah bukti jika engkau benar benar superhero.

Suatu kejayaan harus dimulai dengan ucapan. Jadi, izinkan lah ya. Pertama sekali saya hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada anakanda saya, yang telah sangat banyak membantu dan membuktikan bahawa saya punya kuasa luar biasa. (Eceh dalam ucapan guna 'saya'. Dasar menaip tidak konsisten) 

#Superpower 1 - Bangun awal pagi secara SuperLuarBiasa
Aku yang sebenar adalah aku yang bangun jam 6.30pagi pada hari bekerja. Kunci jam pukul 6, 6.30 baru bangkit. Selagi boleh dilewatkan, aku lewatkan HAHAHA. Tapi sekarang tidak lagi. Percaya atau tidak, sekarang aku kunci jam pukul 5.40 pagi. Bagi orang lain, tidaklah nampak begitu awal. Tapi bagi aku yang sangat mencintai tidurku ini, angka 5 adalah suatu torture. But you gotta do what you gotta do. Bangun, mandi, solat, prepare the bottles, breakfast for husband (jika sempat), masak air, prepare pumping and cooler bag, make-up, tukar diaper Zara, feeding time and wallahhh by 7am I'll be ready for work. Biasanya jam 7 itu HARUS sudah siap siaga dengan cooler bag semua kunci pintu and off to work. 

#Superpower 2 - Changing a diaper in +-30 seconds 
I am the first kid in the family. Biasanya anak sulung punya banyak pengalaman jaga adik. Agree. Up to my 4th brother, my mother used napkin. Yes lampin biasa itu. Yang perlu dipelajari seni lipatannya dan dicantum menggunakan pin. Adik ke 5 dan ke 6, emak mula guna pampers. Namun, bukan juga pampers sepenuhnya. Not so much as I can remember. Kerana emak kata membazir, dan risiko nappy rash. Guna lampin senang. Sekali basah terus tukar. Tapi dugaan untuk mencucinya adalah di tahap terlalu menduga hati dan sanubari.
Kelaut dah aku ni nampaknya.
Aku adalah sejenis manusia yang terkial-kial untuk apa sahaja benda yang dibuat untuk kali pertama. Not that I'm awkward with babies. Ada je anak sepupu and all but changing diaper was an UNUSUAL activity for me. Jarang-jarang berlaku. Biasanya bila baby poo poo or in need of diaper change, zooooomm terus hantar the baby to his/her mother in an awkward position like macamlah nak bocor sangat budak tu punya diaper. 
But having a daughter of my own, now I can change diaper in split seconds. Eceh terlalu berkeyakinan lain macam HAHA. 4 months of practices what do you expectttttttt. 

#Superpower 3 - Eat using 1 hand ONLY
We celebrated our 1st wedding anniversary at Tony Roma's. We had a good time chatting and laughing about things we've been through for the last 365 + days living together. And the foods were awesome. Its our 1st anniversary and we already have 3 members in the family! 
Zara is a good baby, you know. Behaving well and smiling all the time. And we thought well she's gonna be OK in the stroller with Mr. Lion and her storybook while we enjoy the ribs and chicken tenders and barbecued chicked (gulping saliva while writing this). NOPE. Did not happened like what we thought. She wanted to enjoy the foods too! So yeah I ate and enjoyed the food with one hand while another one on Zara. Being a good eater, how can I deny such nomnom foooooodsss? Look husband I gained another superpower! HAHA. 

#Superpower 4 - Wake up in the middle of the night (for few times) 
Punya bayi, bangun tengah malam adalah norma-norma kehidupan yang perlu dilalui dengan tabah. Aku boleh dikatakan bertuah kerana punya bayi yang sangat mencintai tidur sepertimana emaknya. Hanya bangun kerana perut lapar dan dahaga, menyusu lalu tidur semula. Lalu kehidupanku tampak indah belaka. Namun, tidak seindah itu. Sepertimana kata pujangga kusangka panas sampai kepetang rupanya hujan di tengahari. Walaupun tidaklah selalu, aku juga punya malam-malam yang mencabar mata. Pernah, Zara terjaga jam 4 pagi. Tukar diaper, dan dalam proses untuk ditidurkan semula. Tiba-tiba dia tersengih-sengih. Ah sudah habislah. Habislah. Habislah. Habislah. Dia NAK MAIN. Mood terlalu ceria, bayi ini. Jam 4 pagi OK. Tak kelihatan sebegitu, baginya. Maka, jam 4 pagi itu juga, aku menjadi clown. Clown-separa-sedar. Tapi sebab memang Zara ni jenis mudah terhibur, maka berseronok jugalah dia walaupun emaknya ini mata dah separuh rabak. 
Sekarang ini setiap kali tibanya waktu tidur atau Zara terjaga dari tidur secara tetiba (waktu malam), aku halang suami dari agah/bercakap dengan dia. Supaya dia tahu waktu itu adalah sleeping time, kena tidur. Not Play Time. Tapi tidaklah bernama kehidupan tanpa secalit cabaran. Tambahan pula, di usia begini membuat bunyi 'aaaaaaaaa' 'bbbrrrrrrrrr' 'aaaaaaaaa' adalah kepakaran utama bayi ini. Menjerit juga, sangat handal. Menjerit keseronokan jam 3 pagi, bayangkan. 

Terlalu banyak, namun jika hendak ditulis semua pastilah tahun depan baru selesai entri ini HAHA. Maka, izinkan ku undur diri. Moga bersua lagi nanti. Ewah. 

                         
                                                                   Baik punyeerrr 
    




Wednesday, September 23, 2015

Of being a mother Part 1 - Instagram

Assalamualaikum. Hi. 

Being a mother, is an exciting journey. ESPECIALLY if you are having a GIRL. Let me tell you something; I can go CRAZY with all the baby dresses and cute little tiny shoes. Gerammmmmmm. Even since we (me and hubs) knew that we're having a girl, I've been eyeing these stuffs on IGs. 

Cannot.control.myself.

Regarding Instagram, I only follow people I know and people i'd like to know about their lives; bestfriends, close friends, friends, few public figures, blogging friends, family members etc. Just scroll and omaigosh she is having a baby omg they're going to europe or something like that. 

So, back to me having a girl inside me (this is a throwback OK this tummy is full of foods now HAHA) I started to follow those IGs who are selling baby stuffs. I went crazy seriously I can follow like 10 different IGs at one time. Soooo excited I tell you.

But a day after that I was looking at my timeline 'woohooo what on earth is this? Why did I follow these IGs they are busy reviewing others' where are their products I vant to seeeeee?' 

*Clicked* Hmmm nothing much. Not so cute. Price no cheap. *Clicked* UNFOLLOW. 

I've been doing that for weeeeks now but I still have A LOT of IGs selling baby stuffs on my timeline. Sigh. What I've done to my darling timeline. Here have headbands, there got cute dresses and rompers, here one got pyjamas, this one educational toys, right there playmat playpen and all.

BUT...
No cannot unfollow these IGs who knows I might need to buy these things for Zara later....
No cannot unfollow they have the best price I COMPARED them already...
No cannot unfollow cos I'm planning to buy this (like in few months onwards)...
No cannot unfollow the price is so cheap the dress is so cute yada yada yada...
SUCH EXCUSES. 

Sekarang kalau scroll timeline, jika terkena masa IGs tengah post reviews memang scroll laju-laju dengan kelajuan enjin kuasa kuda. Kot ada terselit post member masa tengah speeding timeline tu terus buat emergency brake, scroll back. Nak update punya pasal. Sebab timeline asyik penuh dengan IG reviews, nak scroll timeline sampai bawah bawah pun dah malas. Tapi taknak unfollow kan so hati kena redho. Kalau Zara tengah tidur, OKlah. Tapi kalau dia tak tidur, hah selamat jalan romeoooo.

This motherly disease is so bad now I'm busy searching hashtags T__________T 
#babyfoods
#babybullet
#foodsteamer
#babyblender
#foodstorage
#babyfeeding
#babypuree 

Its freaking 2 months away kot. Zara is turning 4 months in October. Disember baru start solid foods. Sabarlah, emak Zara. 

                              

                                                                     I just cannot. 
    



Wednesday, September 9, 2015

Wear sandals and be the next fashionista!

Who doesn’t looooovvvveeee sandals? Sandals are SERIOUSLY.THE.BEST.YOU.WILL.REGRET.IF.YOU.DON’T.HAVE.ONE. I don’t have one cos I have MORE than one HAHAHA. I mean come onnnnnn are you sure you want to go out for window shopping in high heels? NOPE. My feet will be so sad I can be such a drama queen at the shopping complex. Surely people don’t want to see a-cranky-monster-who-is-mad-at-her-own-shoes kinda thing.
Now that I have a baby who enjoys being carried most of the time, no high heels please thank you so much. Even if my husband can carry her, NOPE I can’t take the risks. BUHBYE HIGH HEELS.
I love sandals I can wear sandals like forever. I’m 167cm people! Like do I want to add more cms to myself by wearing high heels? NOOOO cos people might have mistaken me with the tallest woman in the world (HAHAHAHA).
Sandals are the best thing in the world seriously I want to thank the person who invented this wonderful creation. Like how can your creation makes my feet happy all the time?

3 MUST-HAVE SANDALS FOR WOMEN TO OWN
It cannot be denied that there are days when you want to walk in comfort and switch those sky high heels. Yes, high heels do make a woman feel confident and ready to take the world but sometimes it is nice to hold your balance all the time. For the ladies who are looking for something comfy yet stylish, sandals are the way to go. Sandals are perfect for women who want to appear trendy while still maintaining a laid back appearance. Besides that, sandals are a way better choice for women to wear compared to flip flops. Save those flip flops for your day at the beach or running errands. There are various sandals design in the market for women to choose from. If you are wondering what they are, check out the three must have sandals for any women to own.

1.    Slide sandals
If you are a fan of flip flops but want to avoid a sloppy look, the slide sandals will definitely be the perfect choice. It is easy to slip on as flip flops and lets your foot breathe. It is absolutely trendy to wear on your casual day out during the weekends. 




So easy you can wear this one JUST.LIKE.THAT. No struggle like seriously I can run while wearing this one. LOVE IT!

2.    Strappy Sandals
For a sexy yet hipster appeal, women should also opt for a nice pair of strappy sandals. There are a wide range of strappy sandals designs that you can choose depending on your style. From simple plain coloured ones to embellished ones, these strappy sandals can definitely spice up your outfit. The strappy sandals are also stylish to be worn with just about anything from dresses, jeans, shorts, skirts and jumpsuits.


I remembered back in 2010 and 2011 while I was doing my degree back in Auckland, my friends and I were so crazy about these strappy sandals. Match these strappy sandals with your favourite casual outfits and POOF I’m the next stylista! Pretty sandals, pretty feet, pretty ladies!

3.    Gladiator sandals

Ladies who want to get out of their comfort zone should opt for the sexy gladiator sandals. Select from the low top gladiators to the knee high sandals available from many brands. Gladiator sandals are the right touch to make a statement fashion look everywhere you go.

       

Gladiators are AWESOME. I bought my first gladiators few years ago and never regret it. Mine was a flat and low top gladiators. THEY ARE THE BEST! If you haven’t bought any, go and try one! YOU’LL LOVE ITTTTTTT.


Excuse me my darling-and-the-most-wonderful-and-most-handsome-husband-in-the-world, can I buy new sandals? HIKS.

Wednesday, August 12, 2015

Baby Z is here! Part 2

2nd of June 2015, 8.00pm.

Officially in the LR. Aircond kuat, lega sungguh perasaan. Guess what, dari dalam wad tadi perkara pertama yang aku nak buat sejurus tiba di LR adalah...EPIDURAL. Yes I might sounded crazy sebab nak mintak epidural. Tapi sakit contraction tu buat aku berfikir separa waras. Sebab aku rasa aku dah tak tahan. Perasaan dia macam nak cabut pinggang kebawah, letak tepi, kasi gua rest kejap. Tapi MANA BOLEH kau cabut pinggang. Mahu pengsan midwives semua nanti.

I was in Room 5(kot?hilang ingatan dah HAHA). Suami kena tunggu luar sekejap sementara nurse selesaikan urusan persiapan. Water drip and all. Dalam 5 minit cenggitu, then suami masuk untuk teman. My husband brought a bottle of water into the room, bimbang isteri dehydrated sewaktu proses kelahiran. Alhamdulillah dikurniakan suami yang tenang. I was in pain but he remains calm. 

Doktor bertugas check bukaan, sambil tu aku dalam berani berani takut tanya tentang epidural.

'Nanti saya check dulu ya puan.'
.....
'Oh puan, bukaan dah 6 cm ni.Dah tak boleh epi, kalau tak nanti baby keluar tak nangis.'

'Oh hati bertenanglah, oh pinggang perut dan organ berkaitan bertabahlah. There's nothing we can doooooooo.' Kataku di dalam hati. 

'Ada ubat tahan sakit lain tak doktor? Saya sakit sangat ni.'

And the doctor showed me the mask on the right side of the bed. TOPENG GAS. I was delighted. 

'Puan, sedut bila sakit je OK. Kalau tak sakit jangan sedut. Sebab gas ni buat puan mengantuk. Sedut ikut hidung, lepas ikut mulut OK.' 

Officially on gas. And the contractions were getting stronger. I was half awake. But the pains were still there. Rasa sakit tapi sebab mamai, so sakitnya macam erm ok sakit erm ok ngantok. Husband was on my right side, the CTG machine was on my left. 

Then it came - contractions yang membuatkan kita rasa nak teran. Luckily I DID NOT experienced anything like 'puan jangan teran ea, cuba tahan dulu.' Sebab sakitnya memang buat kita rasa nak teran. I was in my la-la land when suddenly the midwife said 'Cuba push puan.' 

I pushed. Following the midwife's instructions. But then maybe its not the time yet. Kembali mengiring sebelah kiri. 'Puan kalau rasa nak teran, just teran je OK. Sekejap lagi kita check semula.' 

While 'enjoying' the highest-level-of-contractions, I prayed hard for the baby to come out smoothly. It reminded me of my mother; her first 3 children were born at home while the next 3 were born at hospital. I was born at home, with the presence of Bidan. TOTALLY-DRUGS-FREE. My mother is a superwoman.

Suddenly few midwives entered the room, and few nurses too. It's showtime. I was lucky my husband was the only guy in the room.

Actually my mind flew away once, while pushing (I was on drugs, remember). I was not 100% in the labour room;my body was there but not my mind. Sounds weird though but maybe thats what drugs do. All my happy moments played in front of my eyes and then suddenly POOFS! What are these people doing? Where am I? Why they're asking me to push? 

O.GOSH.I.AM.IN.LABOUR.ROOM.

Just realized that I was in labour. Pushed harder few times then the baby was out. Alhamdulillah 👶🏻

They put Baby Z on me for few seconds and then they took her for cleaning. Husband went out since I need to be stitched (sounds so scary but believe me this is nothing compared to the contraction pains). Penat tapi sempat berborak dengan tukang jahit engkooo. 

Alhamdulillah it was a smooth delivery, Alhamdulillah Allah ease everything for me. Alhamdulillah for this beautiful gift to me and husband. Thank you Allah. 

                         
                          Raya tahun lepas, bujang. Raya tahun ni terus bertiga. Alhamdulillah :) 

Habis pantang masa Hari Raya Pertama (Hari ke-45). Makan bersungguh-sungguh OK HAHAHAHA.

                       
                            Nur Zara Khairina, turning 3-months-old in few days time ❤️❤️❤️ 

I am back to school tomorrow! Beratnya rasa hati, Allah je yang tahu. Semoga Zara behave well. Jangan menangis banyak nanti penat. Zara kecik lagi tak payah fikir apa-apa OK. Minum susu, main, tidur. Waktu baby lah waktu paling best tau HEHEHE. 




Upacara Membakar Lemak Bersama Asics Malaysia

Oh my fats!
I lost all my pregnancy fats (thank goodness!), and now I am few KGs lighter compared to my-before-pregnancy-weight. Gembira bukan kepalang OK. Sebab semua lelemak itu sudah lenyap, diharapkan untuk selama-lamanya. TAPI aku masih belum cukup masa untuk menguruskan diri sendiri, dalam bahasa mudahnya mengamalkan hidup sihat dalam bentuk senaman. Setakat ini senaman harian aku adalah menidurkan bayi perempuan ini saja; dodoi sambil tawaf keliling rumah. #mampuketidak 
Dalam kegembiraan dek kehilangan beberapa kilogram, senaman dan gaya hidup sihat tidak harus dilupakan. Jika tidak, lemak jahat akan kembali! NOOOOOOOO.
Nak bersukan mesti kena ada baju sukan cecantiks dulu barulah lebih bersemangat untuk membakar lemak jahat kan?
Well, berita gembira untuk perempuan-perempuan yang mendambakan kejelitaan walaupun sewaktu bersukan! ZALORA ada nak introduce jenama sukan baru uols!
Jenama Sukan Asics Malaysia

Jenama Asics merupakan salah satu jenama sukan yang digemari oleh para penggemar sukan di Malaysia. Asics atau Anima Sana In Corpore Sano (bahasa Latin) membawa maksud ‘a sound mind in a sound body’. Jenama sukan yang terkenal di Jepun ini diasaskan oleh Mr. Kihachiro Onitsuka pada tahun 1977 yang juga turut memulakan perusahaan kasut sukan yang cukup terkenal di serata dunia iaitu Onitsuka Co., Ltd.
Bukan sahaja cukup terkenal di negara matahari terbit itu, produk sukan Asics juga telah memasuki pasaran di Amerika Syarikat dan kemudian dipasarkan secara global. Apa yang amat membanggakan, pasukan penyelidikan Asics juga giat melakukan pelbagai penyelidikan secara berterusan demi memastikan koleksi pakaian sukan Asics dan koleksi kasut sukan Asics dapat membantu meningkatkan prestasi para atlet. 


Di Asics Malaysia, para penggemar sukan berpeluang membuat pilihan koleksi pakaian sukan lelaki dan wanita seperti singlet, t-shirt, t-shirt polo dan lain-lain yang berkualiti dan semestinya diperbuat daripada fabrik khusus untuk memberikan keselesaan yang ideal kepada si pemakai. 

Selain itu, Asics turut membawakan koleksi seluar sukan yang sememangnya berkualiti dan boleh dipadankan dengan mana-mana pilihan baju sukan yang anda gemari. Apa yang paling penting, kesemua koleksi pakaian sukan ini boleh anda miliki dengan harga yang cukup berpatutan. 

Tingkatkan juga prestasi larian anda dengan koleksi kasut sukan Asics Malaysia yang praktikal dan trendy ini!
Seeeeeeeeeeeeee! Bukan setakat untuk perempuan yang mendambakan kejelitaan sewaktu bersukan sahaja! Untuk abam-abam sado/sado wannabe pun hado! Kasut sukan dia mengancam sungguh lah. Kalau pergi gym pakai kasut sukan Asics mesti ada yang jeling cemburu. Hiks!
*buat muka comel dekat suami minta belikan kasut sukan Asics HEHE*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...