Assalamualaikum.
Apa khabar semua orang? Kot ada yang masih sudi bertandang ewah. Tak sangka ada lagi yang sudi baca tsk ;') Ada jugak geng preggy mummy yang sudi drop comments kat entri iols. Iolz iz very happy. Semoga urusan kita semua dipermudahkanNya, aminnnn.
I was in the middle of finishing the draft for my second book. Eceh bunyinya macam hebat. Tidaklah. Buku latihan untuk kanak-kanak sahaja. Alhamdulillah, rezeki baby. Dapat projek buku ini awal tahun haritu. Gigih jugaklah nak kena sort out every single things for these books. Kena habiskan draft for the third before June comes. Kalau tidak bersilatlah daku antara buku dan anak sendiri nanti. HAHA.
Baby is kicking happily at the moment. Lebih dahsyat pula di hujung-hujung ini. Perut dah rasa macam belon. Kadang-kadang entahkan siku atau lutut yang timbul. Sebab baby dah besar, so rasa macam stuffy betul keadaan perut sekarang. Stretch marks usah cakaplah. Terlalu mentakutkan. Tapi orang cakap demi anak, emak pejam mata je lah peta dunia atas perut nih. Lepas bersalin nanti kena cari krim penghilang stretch marks terulung di dunia.
I am very nervous right now. Minggu ini, masuk 36 weeks.
Pagi tadi dah selesai persiapkan Labour Bag, Ward Bag and Baby Bag. Aik kenapakah sampai 3 beg? Bercutikah di hospital nanti? AHAHA.
Ayuhlah mari kakak cerita sikit perihal beg yang mencurigakan(?) tapi sangat penting ini. Ilmu pengetahuan ini pun diperoleh masa Kursus Keibubapaan dulu. Matron yang beritahu perihal beg-beg ini. Tapi matron bagitahu 2 beg je iaitu LABOUR bag dan WARD bag, aku tambah lagi satu sebab aku selfish boleh tak HAHA. Taknak share beg dengan baby sebab kalau nak share jugak, aku kena angkut luggage. LULZ.
Konsep penerangan pasal beg ini adalah sebab matron cakap. Jadi hashtag matroncakap.
Mesti ada yang rasa pelik kan kenapalah nak sampai banyak benar begnya nak bersalin kat hospital nih?
#matroncakap
supaya SENANG nanti nurse nak angkut dengan kita masa nak pergi labour room. Kalau masuk hospital tapi belum 4cm dilated, kita kena duduk wad dulu kan. Lepas 4cm dilated baru boleh masuk labour room. Dalam kesakitan, gimana mahu pilih pilih baju dalam beg mana nak bawak mana taknak bawak pergi labour room? Silap haribulan itu tertinggal ini tertinggal. Sebab matron cakap, banyak kes yang nurse kena godek beg mummy untuk cari kelengkapan nak bawak pergi labour room. Kelam-kabutlah nurse. Kita haruslah lagi kelam-kabut buatnya nurse tak jumpa pampers ke tak jumpa kain batik ke. Bila dah kelam kabut mesti rasa nak marah. Marah campur sakit itu seksaan nama dia. Jadi, bila dah ada LABOUR BAG asing dengan WARD BAG, senang nurse nak capai waktu nak tolak kita masuk labour room. OK?
LABOUR BAG
-1 baju mummy (seeloknya berbutang)
-1 baju baby (matron cakap baju sahaja. takyah seluar lah tak sempat pakai pun sebab nanti nurse bungkus bungkus sajork baby.tapi aku letak je sebab nanti senang nak trace kat mana aku letak seluarnya HAHA)
-1 napkin
-1 towel baby
-1 baby blanket
-pampers (aku letak 3pcs)
-1 kain batik
-1 baby hat (optional)
LABOUR BAG ni untuk dibawa ke labour room. So kelengkapan dalamnya takdelah banyak sangat. Cukup-cukup untuk digunakan selepas bersalin, sebelum dibawa ke wad. Ini senarai yang matron bagi. So kira aku copy paste je lah muehehe.
WARD BAG
-bekalan makanan seperti roti dan air kotak
-baju mummy (tak kisah berapa. janji wajibul ghunnah kena bawa baju yang nak pakai masa keluar hospital)
-maternity pads + breast pads
-baju baby (tak kisah jugak berapa)
-napkin
-sapu tangan
-booties and mittens / socks baby
-baby hat
-pampers baby (aku letak 9pcs)
-wet tissues
-bebedak, losyen et cetera
-towel mummy
-dan yang sama waktu dengannya.
Beg untuk wad ni tak kisah nak bawak apa sebenarnya. Sebab beg ni akan stay dekat wad je. Yang akan ikut ke labour room adalah labour bag. So dah nampak kan beza dua-dua beg ni?
Macam aku, aku wujudkan lagi satu beg iaitu BABY BEG. sebab aku tak campur bebarang aku dengan baby. Basically benda yang sama dalam WARD BAG tapi aku just divide barang aku dengan baby, cenggitu. Sebab bebarang baby ni kan halus-halus kekecik je semua. Aku ni bila dah kelam kabut semua benda susah nak jumpa HAHA. Jadi sebelum aku jadik Hulk kat hospital nanti, baik aku permudahkan mana yang boleh dimudahkan. Ewah.
Tadi tak sempat pulak nak snap gambar beg-beg aku yang berwarna-warni ittew. Nantilah kalau sempat aku tangkap gambar, aku share kat sini OK?
Take care ibu-ibu mengandung semua!
5 comments:
Semoga dipermudahkan.
Banyak kan solat hajat & baca yasin
Aminnnnn.insyaAllah :)
moga dipermudahkan semuanya kak zati! looking forward to see the baby :)
Hehehe thanks wahidah chups.aminnnn :)
Zati ttibe terbaca blog aok pepagi ne. Smg dpermudah.. Zikir ya fatah banyak2 :)
Post a Comment