Wednesday, February 24, 2010

of Rainbow's End=)

Cadbury Land Castle

The Enchanted Forest yang menakutkan

ini adalah The Invader ye tuan-tuan & puan-puan

Welcome to Rainbow's End Theme Park!!


hai kawan-kawan!
semalam geng-geng HUIA pergi melawat theme park
erk...melawat?tak sesuai!
pergi bermain di theme park
oohh seronot!
first time main go kart okeh tapi dah macam professional gitu
hahaha
selekoh baik munye
abang hensem kulit gelap yang jaga tempat go kart tu pun dah bosan tengok kitorang kot
asik asik budak nih asik asik budak nih
*ohh tapi sudah tentu abang hensem botak macho cakap english kan..hakhak
konon-konon pack spaghetti bolognise untuk lunch
tibe-tibe tak bawak sudu mahupun garfu ataupun sewaktu dengannya
nak guna tangankah?
oh tidak~
kerana kami yakni sizuka,hanis & fareha sangat bijak untuk buat muka tak malu mintak garfu kat akak rambut gold mata biru cantek kat fastfood booth tuh
hahaha~
mesti korang nak tahu ape kelainan theme park kat NZ nie berbanding Malaysia kan?
mereka banyak game yang super duper extreme
mana taknya
sampai ade yang fenin-fenin muntah-muntah lepas maen game
tapi opkos bukan sizuka kerana sizuka adalah pencinta game di seluruh alam semesta!
over~
agak frust sebab FEAR FALL masih under maintainance
(FEAR FALL nie adik beradik SOLERO yang kat Genting tu)
tapi ROLLER COASTER & THE INVADER pasti paling top di dalam carta
walaupun nampak simple je tapi lepas naek memang tudung rosak habes
hilang segala keayuan bila naek ROLLER COASTER yang berlipat-lipat tuh
ntah berapa kali je kepala sizuka berada di atas
waktu-waktu lain kebanyakannya kepala senget ataupun ke bawah
boleh bayangkan?
THE INVADER memang super fabulous sangat tau
kalau tengok dari bawah macam kapal UFO
boleh fenin kot sebab THE INVADER nih pusing-pusing sambil meluncur laju sepanjang rail tuh
ooh terlupa!
kat sini ada 3D Motion Master yang sangat2 best
beza dengan yang kat Genting adalah...
kat sini movie 3D pasal Save The Dinasour
walaweh...ton jerit kuat gila kot sebelah sizuka sebab nampak T-REX menggarang depan mata
hahaha~
lagi satu theme park kat sini ada Cinema 180°
bapak best macam real je
walaupun kita just berdiri atau duduk je dalam cinema tuh tanpa sebarang pergerakan
tapi skrin yang 180° tuh buat cerita tuh macam real
sampai pening dibuatnya bila keluar cerita naek roller coaster yang laju gila
memang patut datang NZ
*promote pulak kan~
kesimpulan episod kali ini ialah
.................
seronot!


Saturday, February 20, 2010

i got mine=D

at last!
i got mine~
thanks to khairul-fareha-hawa for the suggestions and recommendations
i love it~
*tu je nak cakap..cam penat nak cerita banyak..
babai!

Thursday, February 18, 2010

uncle bas hensem dan kacak



hai kawan-kawan sekalian
episod hari ini ialah jalan-jalan lagi ok
dan tanpa henti
hahaha
cukup cukup
destinasi hari ini sebenarnya agak mustahil untuk dituju tanpa bantuan pakcik reception huia,olivia dan map Auckland serta encik google
DRESS SMART
oh kalau korang tourist korang mesti tahu tempat ni
ala ala factory outlet gitu
oooh baju-baju sangat superb murah
goyah iman bila tengok SALE berlambakan sana sini
tambah pulak seronok main swipe card je kan
bila gabra terus check baki takot over spend
hahaha
*salah satu adalah kerana belum habis bayar rent huia
*wink~
sudah tahu bercanda pula kan
mustahil kalau saya tak beli sesuatu
teruja tengok Hanis & Harliana cari baju untuk floor diorang
walaupun saya dan Fareha kebingungan kerana tiada khabar berita dari Hamish
(RA kami..aww~)
kami tidak pulang dengan tangan kosong...hahaha
beli T-shirt kat ESPRIT warna coklat-coklat manje
tiba-tiba tema floor 3 adalah biru turqoise

oh macam frust tapi apakan daya
rezeki nak dapat baju baru
hahahaha
walaweh~
terpaksa buat decision terbaek dalam waktu terdekat nih
apekah?
haha..nantikan episod akan dtg

perasan tak entri ni takde kaitan ngan tajuk?
cam tah hape2 ade jugak kan
ok ok
ini fakta ok
pakcik bas kat sini sangat hensem
oh tapi ada makcik jugak yang bawak bas
sekaligus la ye
sebenarnya dari dulu lagi saya sangat impress dengan gaya pemanduan driver2 bas tegar kat Malaysia
tapi bila sampai sini lagi jakun dibuatnya
selekoh baik punya
lek abes
nak kuar dari parking pun hensem bergaya
cool maintain kacak
tak tahu adjektif ape lg dah nak guna
dahla jalan kat Auckland nie berbukit bukau
tak pelik la orang buat penggambaran The Lord of The Rings kat sini
ekekekeke~
kalau saya amek lesen memandu kat sini sumpah gagal
tiap kali naek bukit mesti mati enjin punya lah
kalau kat Malaysia..jalan bukit takdela ekstrem mana kan
setakat Genting Highlands la kot yang penat tukar gear
kat sini boleh kata everywhere on earth
turun bukit naik bukit
kalau naik shuttle bus tuh rasa macam naek roller coaster ooh
gayat je bila turun bukit
hahaha
sumpah macam orang jakun
respek gila la driver bas kat sini
muka maintain je putar stereng
bas belok baik punya
adakah ini tandanya cinta?
ahh bukan bukan
merepek lagi
so kesimpulan hari ini
hari ini tak masak
sebab dah makan sushi+bubble tea yg besh kat Dress Smart tadi
(rujuk gambar atas)
babai!

Tuesday, February 16, 2010

freakin' excited

assalamualaikum
hai kawan-kawan
bila internet laju bak cheetah
rasa liat pulak nak update blog
*teruk teruk sila jangan ikut ok kakak2 adik2
oh hari ni sizuka kurang sihat
pening pening ohhh
oppss over~
masih berdukacita kerana cash sudah hampir habis
*ada $5 je lg dalam purse
-_-
dan kad bank masih belum digunakan
sizuka sangat banyak berjalan
agaknya nanti balik Malaysia kaki berotot baik punye
haha~
tapi serius agak penat kot
cuma tak berpeluh sebab angin sejuk bangat
mandi pun guna paip kaler merah boley?
haha...
malam2 seronok tido dengan comforter biru comel
orang putih semua panas tapi orang melayu sejuk
sekarang musim panas
orang2 tempatan kat sini (Auckland) pakai shorts, skirts
dan semua yg simple2 je la
panas kan
tapi sizuka dan kawan2 pegi hantam pakai sweater
tak ke pelik diorang tengok??
buat2 tak tahu je lah kan
sebab walaupun bilik cantik sizuka ni takde kipas langsung
tapi sangat sejuk ok macam bukak kipas siling no 5
kalau kat Malaysia,bila bangun pagi selimut ntah ke mana
kat sini bangun pagi masih setia bersama selimut
sejuk ooh
haa!sekarang dah start orientasi
dah belajar kenal2 kawasan
nanti seminggu dua memang master la nih
ekekekeke~
tapi orientasi kat sini memang sangat best dan memang best
kalau kat Malaysia
nak mandi pun macam tak sempat
program tak habis2 7pagi-11malam
kat sini tiap2 hari program start 10am lepas tu tengahari dah habis
petang dah boleh pegi jalan tengok kapal ala 'Titanic' kat Harbour
dah boleh pegi makan kebab sedap kat Queen St.
dah boleh bajet picnic kat Auckland domain
tangkap gambar banyak2 kasi havoc kat Facebook
over lagi~
lagi satu kawan-kawan sila sokong sizuka untuk mendapatkan figure seperti orang Korea ok
ganbatte kudasai!
fats!!run away!!

Monday, February 15, 2010

craving~


ahhhh...really~
craving for it...
gosh~i really need to start saving
BEST OF LUCK my dear me!!

Saturday, February 13, 2010

shopping di Auckland

sizuka di atas Grafton Bridge

serius sangat excited beli chocolate m&m guna mesin ni
oopps tapi chocolate comel skittles tu tak boleh makan...haram

barang-barang memasak kami
eh Glade tu bukan...hehe

U.O.A...dreams become reality

my sweet bed
*sweet sgt...lol~

hai semua
dah makan?
saya baru lepas makan
for the first time memasak kat Auckland
memasak bukan kerja susah
tapi mencari bahan-bahan untuk memasak agak susah
kalau di Malaysia
masuk je mana-mana supermarket dan kita boleh pilih apa-apa je yang kita nak masak
kat sini (Auckland)
proses pemilihan sangat mengambil masa
mengapa?
kerana kami perlu mencari produk yang halal
dan produk yang halal agak susah untuk didapati di sini
perlu cari label HALAL
dan kalau takde terpaksa check kod-kod yang terdapat kat kandungan makanan tu
oohh dan akhirnya alhamdulillah mendapat apa yang dicari
dan saya bersama Fareha dan Hanis seronok menikmati hidangan hasil air tangan kami yang pertama di Auckland
oohh disini sangat banyak berjalan
sehingga saya berfikir mungkin ini salah satu cara terbaik untuk menguruskan badan
yeay!
seronok jalan-jalan tapi sakit kaki
sekarang musim panas tapi saya masih belum dapat menyesuaikan diri
ohhh sekarang pukul berapa?
3.48pm?
waktu di Auckland lebih 5 jam dari waktu Malaysia
jadi waktu kami sekarang ialah 8.48pm
^_^
nanti kita cerita lagi ok!
nak solat maghrib!
adios!

Thursday, February 11, 2010

Auckland,New Zealand

hai kawan-kawan
saya di sini
Auckland,New Zealand
setelah menempuh perjalanan 10jam menaiki kenderaan MAS
alhamdulillah
english yang dah berkarat perlu dipertingkatkan
tadi dah macam konfius gila bila sampai kastam
hahaha
dah lama tak speaking
3bulan kot duk kat umah
wakakaka~
harap2nya lepas ni speaking berhabuk la ye
sebab nak makan pun semua mesti speaking ok
kalau cakap melayu nanti mat salleh itu tercengang
dan kita tak dapat makanan
ohhh Auckland sangat cantik
summer pun macam kat Genting boleh tak
and for the first time pukul 8pm terang-benderang ok
pukul 9pm baru gelap gulita
dan seawal jam 6am matahari akan menjelma
sekejap je tido kan?
tapi macam the very very first night saya kat Auckland nie tak tido kot
tak biasa lagi
oohh besok cerita lagi ok?
nanti boleh letak pics sekali
satu lagi!
internet memang awesome!

Thursday, February 4, 2010

kisah saya, sepupu dan facebook

hai semua
terima kasih sebab sudi baca post nie
^_^
okeh...hari ini cerita saya bertajuk 'saya, sepupu dan facebook'
saya suka facebook?
kenapa saya suka facebook?
sebab facebook yang membuat ikatan kekeluargaan menjadi lebih erat
erat??erk...rapat...ngeh3x
suatu fakta yang memang sangat sahih kebenarannya
saya dan sepupu-sepupu saya sepertinya jarang berkomunikasi di antara satu sama lain ketika berada di kampung
malu ke?segan ke?hah saya pun tidak tahu
bagi saya...segan pun ada sebab tak terpikir topik apa yang nak dihujahkan
kalau ada pun setakat sepatah dua patah je
tu pun pasal makan ataupun rebut port nak tido
oohh mungkin tidak bagi saya dan kakngah nani, kakyah
mungkin kerana kami gadis2 so banyak topik yang harus dibincangkan
kahkah~
tapi mungkin ya bagi saya dan mohd aqmal nadzamudin(betul ke ejaan nih?)=p
atau nama manjanya mamal...*wink~
dan juga sepupu2 lain yang masih belum dapat dijumpai facebook diorang
(dalam pencarian-->anak2 pakngah & pakde)
jika zaman kecik2 dulu mungkinlah selalu jugak maen ejek2 kan
ok fine dulu saya gemok dan diorang memang sangat suka ejek ok
memang sangat ingat
hahaha
tapi semenjak kedewasaan ini memang sangatlah boleh dikira menggunakan jari berapa kali kami berkomunikasi antara satu sama lain
kelakar kan?
hahaha...
tapi facebook yang berjaya merobohkan tembok yakni jurang komunikasi saya dan sepupu-sepupu yang lain
seronok dia lain macam bila jumpa profile diorang kat facebook
lepas tu komen-komen kemaen lagi ek
^-^
oohh bak kata mamal..kat kampung speechless...kat facebook cam adik-beradik
wawawawa~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...