Thursday, July 15, 2010

Cendol's Winter Roadtrip [Part 2]

[part 2]
sambung cerita roadtrip.malam tu kitorang keluar kekonon menikmati keindahan malam di Wellington.gituh~tambah pulak Hilmi si bff Nisya datang join sekali bawak Cokes & Doritos.memang terbaek.thanks Hilmi:)
harap maaf.tetamu jemputan yakni Hilmi dah macam hantu sebab cepat sangat bergerak.haha.tips untuk snap gambar terbaik waktu malam adalah senyum selama 10saat dengan ikhlas.semua dah pakar dah.kan~

ini geng eskimo.comel tak?comel kan.semua pun tayang sweater bulu masing-masing.baru COOL.waktu winter sweater bulu memang COOL.haha.COOL.saja nak ulang banyak banyak kali.COOL.COOL.dah.kalau photoshoot waktu malam saya tak minat pakai flash.tak nampak original.gituh~

ini terbaik.sebab apa?sebab tak plan pun nak snap gambar manusia nih.saja letak my baby atas tripod lepas tu cuba ubah-ubah setting kekonon nak cari yang paling terbaik.tup tup masa nak lepas shutter encik sepol telah melayangkan diri beliau di hadapan kamera.hah ini hasilnya.amacam.boleh kerja untuk misteri nusantara tak?kahkah~

jangan salah faham please.ini bukan parti memabuk segala.itu dalam botol itu Cokes yakni Coca-Cola dan yang dipegang oleh Hilmi dan Nuna adalah Doritos.Doritos itu jajan yakni cikedis ok tuan puan sekalian.

ini waktu lawatan Yang Berhormat Cendols ke teratak Hilmi dan rakan-rakan.wa cakap lu beb.rumah diorang memang terbaik.fuh jeles.kitorang dekat Auckland dapat bilik sebijik dengan peti ais sebuah dalam satu bangunan.diorang dapat satu rumah.memang terbaik.
7 orang pelawat 2 orang tuan rumah.teka mana satu.

gambar itu hukumnya wajib.biarpun di depan tangga rumah orang.HAHA.

dah sampai Wellington mesti jatuh hukum kena cari signboard untuk mentunjukkan bahawa dah menapakkan kaki di Wellington.mana lagi.VUW semestinya~

memang dah lama dah agak perkara macam ni akan terjadi.memang ada yang suka boikot kalau photographer nak join masuk gambar kan.nasib nasib.tunggu selipar terbang dari aku okeh.haha~

ini nama dia breakdance.haha.bukan.break the leg.pun bukan.ni baru bangkit lepas posing maut semata-mata nak snap gambar Cendols dengan bangunan VUW.terbaring akak tepi jalan.nasib baik takde orang call ambulan kot kot ingat saya kena langgar kereta.ke saya yang langgar kereta?haha~

motif gambar ni nak cerita pasal bear beanie tu.ya.yang dipakai oleh si budak Adrian itu.boleh tengah-tengah jalan dia gatal nak keluar dekat bumbung.saya dah warning jangan sampai terbang.tup tup terbang dah menatang tuh.histeria aku dekat depan nih.nasib baik driver tabah sanggup pusing balik nak kutip bear beanie tuh.ntah berapa lori dah lanyak dia.kena samak ni.

sukahati berhenti dekat emergency stop tengah-tengah Motorway semata-mata nak snap gambar.tepi laut.memang awesome.Motorway dekat NZ ni macam-macam tahu.tepi laut,celah-celah gunung,tengah tengah bukit bukau yang menghijau nun jauh saujana memandang.keluar dah ayat novel.haha.memang extreme.cuba sekali.memang dah tak sanggup.

ini dekat Palmerston North.masa ini semua kebulur.jumpa satu restoran halal.memang terbaik.seni bina dalam cantik tak terkata.toilet the best.puas hati.memang thumbs up!tambah pulak makanan sedap.memang cukup point untuk dapat 5 bintang.

masa ni sesat tak jumpa Windmill.sebab frust sangat semua pun nak jadi Windmill.kahkah.nasib baik takde orang nampak.kalau tak nanti ada yang dapat offer jadi model Windmill.gituh~

masa ni dah sampai.fuiyoh memang breathtaking dekat sini.kenderaan Cendols memanjat hingga ke puncak gunung.gunung ke?ke bukit je?abaikan je la.tapi memang tak terkata.dengan nampak semua kipas-kipas yang besar-besar tuh.memang terbaik.macam dekat Wonderland tahu.nak tengok gambar cantik cantik lagi sila lawat FlickR saya :)

tak sah kalau takde gambar lompat.ini model-model terhebat.siapa nak cari model lompat sini ada 3 orang:P

ini spontan habes.serius.saya malas nak lompat-lompat.tak reti nak lompat cecantik.ewah.haha.sepol dekat belakang tuh dah macam hero hindustan tengah feel lagu.kahkah.

ini random.sangat random.tapi saya suka.credits to sepol sebab sabar melayan kerenah kami orang yang bising gila masa nak ambik gambar.nak dukung dukung pulak kan.tapi COOL.

lepas ni cerita pasal ski pulak okeh.tungguuuuuuu~

Wednesday, July 14, 2010

Cendol's Winter Roadtrip [Part 1]

hello semua.ada rindu ke?harapnya ada*tetiba*.haha gurau okeh.well now sizuka is back.not sure blog ni bersawang ke tak kan.semalam sampai Auckland.tapi terlampau-lampau penat dan sibuk bekerja dengan pictures so blog kena letak tepi dulu.eceh.boleh merajuk blog kalau kau cakap macam ni depan dia.dah.jom cerita pasal trip.

ini kereta cendol satu.tengok.nama group kitorang cendol adalah sebab warna kereta sewa.sekarang semua sudah tahu.kreatif bukan?haha.kereta cendol satu popular dengan bakat-bakat penyanyi karaoke untuk semua genre lagu.balada,etnik kreatif,hindustan,jiwang karat,rock kapak.semua ada.tak perlu buka radio lagi.memang hangat.


ini kereta cendol dua.agak tak boleh nak karok sebab terlalu ramai jejaka.tetiba.tapi gadis-gadis tetap melalak sesuka hati sebab jejaka-jejaka akan mensumbat telinga dengan earphone dan menguatkan volume ipod masing-masing.haha.

ini kami dekat Candyland.siapa nak beli coklat datang sini.memang syurga.paling penting poket mesti ada duit.takpun kad kredit atau kad debit mesti ada fulus.kalau tak kirim salam.igauan hati dekat sini peanut celup coklat dengan gummy bears.memang terbaek~

first time sampai Mamaku Blue.ini ladang Blueberry.tapi time winter pulak blueberry takde.frust habes.apa yang ada?YES wine sahaja.dan liquor dan jenis jenis lain.jangan tanya lagi.saya tak kerja situ.haha.

ini di tepian Lake Rotorua.berhenti makan dan solat.masa ni dalam perjalanan ke Napier & Hastings.bercanda ria tepi tasik.buang tebiat.camwhore sikit.haha.banyak sebenarnya.

ini dekat Masterton kalau tak silap.ke dekat mana?tapi masa ni dah menggigil macam hape.asap keluar mulut tak payah cakap.bernafas pun boleh nampak.abaikan yang macam tentera eskimo tuh.haha.

hah ini dah sampai Wellington.dekat Weta-Cave.siapa-siapa yang minat LOTR,Narnia,Avatar dan sewaktu dengannya memang wajib datang sini.ini macam tempat diorang simpan props untuk movie-movie yang disebut di atas.boleh jadi gila bila datang masa takde duit.kalau tak mesti beli patung Legolas bawak balik.

ini dekat Restoran Satay Kajang Wellington.wa cakap lu beb.memang terbaek.perut dah lama mengidam Sate Kajang.tetiba dekat Wellington tercapai hasrat.sempurna rasa hidup.tetiba kan.hahaha.tu muka excited nak makan.sekian~

okeh ni gambar penutup untuk part 1.nak tengok berapa orang komen baru nak buat part 2.haha.patut ke tak patut?

to be continue~

Thursday, July 8, 2010

pelajaran dan pengajaran

hari ni tiba-tiba gatal nak makan pizza buatan sendiri.kekonon pandai kan.apa salah mencuba.betul tak?

pizza dan pembuat pizza.tetiba.sebenarnya ada dua bijik.satu farry buat satu saya buat.jangan tanya mana lagi satu.jangan tanya resepi.memang takkan kongsi.hah nak cakap saya kedekut lah tu.tunggu dulu.ada pengumuman di akhir rancangan.hah suspen suspen.haha~

encik pizza tabah dibakar di dalam perut cik oven sebelum dimakan oleh kitorang.haha~

gred untuk percubaan pertama membuat pizza sendirian berhad adalah moderate yakni sederhana.motto kami adalah biar apa asal kenyang.kahkah.tapi sedap jugak.rasa masala gituh.makan perut sendiri ok lah kot.nak buat kenduri pizza ke bukak kedai pizza ke kirim salam.banyak lagi kena menuntut ilmu.

pengumuman di akhir rancangan :
pelajaran untuk hari ini ialah...
>jangan gatal guna spaghetti buat topping untuk pizza.sangat tidak sesuai.tambahan pula spaghetti dalam tin.tidak sesuai sama sekali.diulang.tidak sesuai.
>jangan buat kenduri mushroom atas pizza.tidak digalakkan sama sekali.
>jangan suka-suka buat pizza berlayer-layer.haha.konon nak beberapa layer baru style kan.pengakhirannya nanti anda akan dapat menelan seketul cheese fresh tanpa bayaran.kahkah.
>cheese haruslah hancur sehancur-hancurnya.dan harus pilih cheese yang sesuai untuk pizza.jangan main rembat je mana-mana cheese dekat countdown.

sekian itu sahaja untuk hari ini.melaporkan dari sizuka-world-of-life.tetiba~

p/s: masa untuk packing!i am away and away again!wellington tunggu daku dalam anginmu!*ntah hape hape*

Wednesday, July 7, 2010

presenting~



ini semalam.saya tiada di tempat kejadian.saya menyerahkan my little baby dekat insan lain untuk dijaga sepanjang hari sementara saya bekerja mencari rezeki.ewah.haha.kredit untuk saya disini adalah bahagian editing.haha nak jugak kan.padahal edit tak gempak mana pun.


ini alam semulajadi sekitar stadium.masa ini hujan.my little baby tak boleh kena hujan nanti dia meragam kena bawak pergi treatment tukar ini tukar itu.siapa yang habis duit?saya jugak.

kerusi pemain simpanan.bukan stok makanan.haha.

cuba klik.fuyoh kan lompatan tu.cuma shutter terlalu slow.nampak bebayang je.layan~

court tempat berkasih sayang.opps silap!mengeratkan silaturrahim lebih sesuai:)


flower girls.tetiba.kau ingat ni majlis kahwin?nampak baju hijau tu?volunteer girls maa~


sekian.nak tengok lagi sila lawat facebook beta.ada sebuku album sepanjang BERSATU Games walaupun saya pergi venue 2 hari je.lagi 2 hari saya bekerja di sebalik langsir.eh.di balik tabir.haha~

nak jugak kan.haha.tengok siapa punya blog.nasib ada jugak gambar tahu.kalau tak asyik snap gambar orang je.nak self-photo my little baby berat sangat.tangan ketar beb.haha~nak angkut tripod kesana kemari macam professional sangat.tak mahulah:P

p/s: petang ni ke north shore.bekerja mencari rezeki lagi sebelum menikmati roadtrip yang ditunggu-tunggu.weeeeeeehooooo~

Tuesday, July 6, 2010

hehohehoheho~

tak tahu ada orang perasan tak ketidakhadiran saya dekat venue BERSATU Games dua hari yakni semalam dengan hari ini.tak kisahlah kan.siapa nak kisah saya ada ke takde.game tetap on.kahkah.dah habis dah pun BERSATU Games.Fareha seronok memakan makan dekat Floating Pavilion.wah gitu nama HOT habes.

dua hari menyepi*ecewah*saya pergi mencari rezeki.biasa dah kan cerita pasal kerja kerja ni.cuma kali ni bukan jadi cleaner rumah cik puan boss.this time masa untuk beraksi macam kerja dekat Rasamas dulu.ewah ewah.experience customer service memang dipraktikkan 101%.apatah lagi skill mencuci pinggan di dapur.memang master.HAHA.tambahan pula skill makan sambil buat kerja.memang johan pertandingan.kalau masuk pertandingan menghias makanan dan menge'set' tempat makan memang boleh menang tiap tiap tahun.skill tuang kopi teh jus air kosong jangan tanya.jag di hujung jari.nak lagi?lagi?

dahla tu.ini semua hasil didikan Rasamas yo wassup wassup.tetiba~

brownies ni sedap sangat sangat sangat.makan sekali hendak lagi.tetiba.sekali potong sekali suap.tipu tipu.kalau macam tu macam mana nak serve dekat orang weh.serve diri sendiri namanya tu.haha~lupa tanya Peter mana dia dapat brownies sedap ni.kalau dia buat sendiri boleh mintak resepi:P

ni namanya curi-curi snap gambar masa tengah kerja.guna kamera handphone je memang tak hot lah gambar macam biasa*macam gambar kau selalu hot je kan*.tengok sana.sana.memang takde nama sizuka ataupun izzati dekat situ.tapi jawatan ada.'wait staff'.tu lah jawatan saya.ye ye memang tak cool.tapi jadi cool bila bekerja dengan efektif.gituh~haha.siapa tak kenal Sheryl.she's my lecturer,my coordinator here but business is her other field.Morgan is Sheryl's 14 years old daughter.

Peter Chaplin is the head chef.Dia sangat cool.Oh yes me tak tipu.Kalau tak silap semalam Sheryl bagitau Peter pernah kerja dengan Madonna.me was like.oh WOW.patut dia masak gempak weh.tapi memang dia cool.sekejap muka dia sengih nice gila masa cakap dengan kita lepas tu pandang lain dan serius balik.muka nampak garang tapi pagi-pagi*macam tiap-tiap pagi padahal 2 hari je*jumpa, dia greet saya nicely.lepas tu dia tinggi sangat.saya paras bahu dia je.

semalam dia cerita sambil kitorang beborak, dia kenal Sheryl dah lama.sejak diorang umur 15tahun.and i was like.oh WOW sekali lagi.sekarang diorang dah umur 50+ dan masih kawan baik. i wish me can be like that.maybe with you?you?ataupun you?hah siapa tahu.hee~

Raymond is also the chef.I called him Ray.Dia juga cool dan kelakar dan sempoi.sangat sempoi.boleh tak semalam kan dia tanya saya 'are you tired?go get some rest.'lepas tu saya cakap.'no.no.i'm fine.i'm used to it.'sambil tersengih.tiba-tiba soalan bonus.'do you have kids at home?'haha lepas tu nak gelak tergolek saya nih sambil tangan angkat macam polis trafik.'NO!haha.i'm just 21.'dia ingat mak mak je ke tak cepat penat.i minum kacip fatimah tau.haha tetiba.tak tak.lepas tu dia buat saya gelak besar lagi.nak tahu dia cakap apa?'oh well.i also want to be 21.but i am 52.you can easily get tired when you reach your 50's.but i just can't.haha'.lepas tu dia pakat gelak sama-sama dengan Josh.

hah siapa pulak Josh tetiba muncul nih?dia budak laki umur 16tahun.co-chef yang tolong tolong Raymond dengan Peter.rajin budaknya.boleh buat menantu.tetiba.haha.cakap sikit-sikit je tapi comel.tetiba lagi.ahaha.budak kot izzati.macam adik-adik je Josh ni.ntah ntah boleh jadi anak murid kalau saya ambik course sekolah menengah.kekadang curi-curi gelakkan saya.maklumlah kuat melatah.haha.tapi bukan melatah yang panjang berjela itu okeh.setakat 'eh' je.betul tak tipu.haha.tadi saya nak buang sisa makanan dalam tong sampah tetiba nak tercampak pinggan.berangan ke hape saya pun tak tahu.haha.ingatkan takde orang nampak.tetiba si Josh ni nampak pulak.haha gila malu.layan je la.

semua orang cool.dan sangat best kerja dengan diorang.malang sekali tak dapat nak snap gambar dengan mereka.sebab tadi terlalu sibuk bekerja dengan pinggan dan cawan.

p/s: Jumaat ni pergi roadtrip weh!excited excited~

Sunday, July 4, 2010

bertemunya blogger sekalian

hari kedua BERSATU Games.penat macam biasa.tengok sana jerit sini.kalau tengok gambar atas tu haa tu semua bloggers.eceh.abaikan yang tepi sekali pakai sweater hijau yang muka pucat senyum macam tak ikhlas gila tuh.dia kurang sihat*cough*cough*.sebelah si sweater hijau tu yang pakai shawl cantik tu att.sebelah att yang senyum manis sebab dapat makan kebab sedap dekat kebab to go tu zack.hehe.sebelah zack pulak ada a.k.a adawiyah zaini nama penuh.gojes kan mereka.oops jangan tengok yang sweater hijau tu.dia tak termasuk.kan dah suruh abaikan tadi.aigoo~ni gambar terpaling suka untuk hari ni.serius random gila.main shoot je.hari ni dah tak emo.bukan elmo okeh.tapi pening yang amat sekarang ni.huhu.tak suka betul bila dah sakit.dahla jarang sakit.sekali sakit memang teruk.please please taknak demam.jumaat ni nak pergi trip.huuuuuuu~

p/s: besok kena pergi kerja mencari rezeki.doakan saya berjaya mengharungi hari besok dan hari-hari mendatang.kaitan?erk~

Saturday, July 3, 2010

respect

if you want people to respect you, you need to respect others first.that's all I wanted to say.of course I want to say more but enough for today.beberapa kali pissed off hari ni.jangan buat saya hilang sabar.lu jangan pikir gua tak berani sound budak kecik macam lu derr.setakat lu nak mempersoalkan hal pekerjaan gua ada lu tengok gua twenty four seven?takde kot sebab gua tahu gua tak gojes untuk ditengok sepanjang masa*kan dah keluar bahasa macam ni*.nasib baik gua memujuk hati secara intrapersonal bukan interpersonal.kalau tak dah lama gua rasa kasut kelabu murah gua ni melayang masuk mulut celupar lu.siap aroma tambahan gua bagi kekonon side dishes.gua tak hadaplah derr.tapi tolong.lu taknak respect gua takpe.gua tahu gua awet muda.tapi please please respect orang lain yang lagi tua dari lu.jangan nak bajet besar sangat tapi otak sempit derr.sekian.

p/s: nak hilangkan geram punya pasal terpaksa guna bahasa macam ni.rasa puas sikit.mintak maaf kalau sesape rasa kasar sangat bahasa nih.hari ni agak tak berapa waras sebab ntah kenapa hari ni orang suka cari pasal.abaikan je lah.kot kot besok dah dapat balik sizuka yang asal.me not feeling good today.ke not feeling well?same je kot.dua dua pun betul.

Friday, July 2, 2010

takot.seram dan sewaktu dengannya.

semalam pergi jalan-jalan kekonon nak lepas tension jiwa kacau segala.macam biasalah Queen St. jadi destinasi pelancongan.pelancongan habes kan.habis tu nak pergi sampai Mission Bay?tak tercapai dek kakiku dik.sekarang ni musim semua orang gila dekat vampire kan.sana Stefan sini Demon.eh bukan.Damon.silap.lepas tu Edward Cullen pulak muncul bagi lagi hangat.sudah tentu bukan hangit.tambahan pula*ayat karangan BM*semua vampire-vampire ni sangat good-looking dan hot yang mana pandangan mereka mencairkan si gadis-gadis.hah masuk dah ayat bombastik.haha.sekarang ramai kawan-kawan saya menggilakan vampire.farry,nisa,aten dan sewaktu dengannya.tapi bukan saya.saya suka tengok cerita hantu tapi bukan tengok sorang-sorang.nanti terbayang memacam hah mula kau tak boleh tido.mula pandang sana sini terbayang macam-macam.heeeeeuuuueeeeuuuu.seram~

keluar malam tadi memang motif nak snap gambar depan cemetery ni.cemetery ni kawasan perkuburan yang bertahun lamanya.kalau tenung lama-lama boleh berdiri bulu roma oh.lain kali kita buat kelas sejarah okeh.haha.masa ni dapat snap tapi kereta ni potong line betul lah.dah shaking gambar gua.tapi agak terbaik lah kot kan.lepas ni kena try dengan lebih baik lagi.tak sempat nak setting derr sebab kena lintas jalan.hadoi.

yang ni buat saya seram sejuk.serius oh.malam tadi masa tengok dalam kamera tak perasan langsung.lepas tu bila dah transfer dalam laptop baru perasan.tengok tengok terkebil kebil sorang-sorang pukul 11.55pm.lepas tu dah rasa lain macam.baik aku tidur daripada edit gambar nih.seram woi.pagi ni baru boleh tengok betul-betul dengan hati yang tenang sambil bukak langsir seluas-luasnya.cuba mengingatkan kembali detik-detik saya snap gambar ni.tak terpikir olehnyalah pun.huuuuuuu~

p/s: dulu khairul pernah tunjuk gambar yang adik dia ter'snap' masa tengah test test handphone baru.yang tu lagi seram woi.nanti saya geledah cari mana letak gambar tu okeh.huuuuuu*kekonon nak buat seram*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...