Thursday, October 23, 2014
The Happy Hormones
Tuesday, September 23, 2014
Officially a married woman
Monday, September 8, 2014
Might be the last post before I get married
Tuesday, August 26, 2014
#20daystogo
Friday, August 22, 2014
#22daystogo
Monday, August 18, 2014
#26daystogo
#27daystogo
Sunday, August 17, 2014
#28daystogo
Saturday, August 16, 2014
#29daystogo
Thursday, August 14, 2014
#30daystogo
Sunday, August 10, 2014
Oh my
Tuesday, May 27, 2014
Last day of school - Semester 1
Friday, May 23, 2014
Undescribable
Thursday, April 24, 2014
My April
Assalamualaikum.
Sebelum Mei memunculkan diri, aku harus memanfaatkan bulan April yang tak akan kunjung tiba lagi. ewah ayat. Bukan apa, sebagai kenangan hari tua. Supaya nanti nanti kemudian hari aku boleh fefeeling syok sendiri baca blog peribadi berulang kali dan ketawa seorang diri. AHAHA.
April is the most hectic month for me so far. super tough, super challenging. berasa adventurous kerana banyak menguruskan pekerjaan yang memerlukan kemahiran multi-tasking level sepuluh. aku punya skill baru level tiga. jadi, bayangkan je lah cemana. benda due minggu depan, hari ni hari Khamis aku masih terkial-kial. dasar level tiga T_T.
aku semakin jarang bertemu adik-adik muridku (bukan anak-anak OK. iols is muda remaja kweng3x). budak-budak selalu tanya miss pergi mana miss pergi mana. kengkadang tak retilah nak jawab. sebabnya bila kita jawab nanti lagi banyak lagi banyak lagi banyak soalan pelik yang keluar. lepas tu mula lah nak stress sebab tak reti nak jawab soalan budak. lepas tu suruh budak diam. lepas tu rasa berdosa sebab suruh budak tu diam. tuudiaaa konflik jiwa paling kronik dalam dunia.
malas nak explain pepanjang. just so you know, kerja cikgu bukan mengajar sahaja. ibaratnya, kau gabung semua pekerjaan dalam dunia ni...itulah kerja cikgu. manakan nak melayan yang jatuh luka sebab berhambat dengan rakan, nak melayan yang merajuk rajuk sebab kawan taknak kawan (duhhh), nak hias kelas supaya persekitaran belajar menjadi kondusif, nak buat minit mesyuarat, nak buat surat, nak latih budak main bola bagi sekolah menang dan guru besar berbangga, et cetera et cetera.
haaaa terpanjang pulak siap satu perenggan HAHAHAHA.
budak nak periksa lagi 2 minggu, budak nak pergi bertanding minggu depan, surat permohonan bantuan, keceriaan kelas, hari sukan yada yada yada. OK sekarang mana satu aku nak buat dulu ni. bebenda macam ni lah yang buat aku peninggggggg.
dah sampai tahap budak kelas aku ( Tahun 2 ) mengadu kenapa geng dia belum dapat alas meja sedangkan aku janji 2 minggu semua dapat alas meja. bulan Februari aku pasang alas meja untuk dua kumpulan je, lagi empat kumpulan meja gitu je lah hendaknya. aku cakap 2 MINGGU then semua orang punya meja jadi cantik.
tapi sekarang dah bulan April, meja 4 kumpulan masih kekal begitu hendaknya. alas meja 2 group yang aku pasang awal-awal dulu pulak dah siap mengoyakkan diri sendiri dah AHAHAHAHA.
nampak dah level multi-tasking aku kan? EPIC FAIL.
OK kena setelkan video sekarang. kemain bercita-cita tinggi nak masuk pertandingan bagi persembahan tergempak. doakan kejayaan weols OK.
by the way, I am officially off the market. teehee.
toodles!
Tuesday, March 4, 2014
Hello March - the awesome beginning
p/s: dear March, please be kind to me...with all the workloads. help me survive, please. plus handling the kids is getting tougher. give me superpowers.
and please....
help me burn my fats.
Sunday, February 9, 2014
Dunia di hujung jari : 4R photo printing
Friday, February 7, 2014
biskut coklat plastik kuning
Assalamualaikum. Hello. Everyone. Err whoever reading this right now...Hi.
tak tahu macam mana nak mula. hurm. OK. sekarang ini tak rasa macam ada 24 jam sehari. rasa macam terlampau melampau sekejap. pup pap pup pap dah malam. OMG. manakan tidak, keluar kerja pukul 7 pagi. balik rumah pukul 5.15 petang. hey bukankah cikgu biasa balik awal? TIDAK SEMESTINYA.
walaupun begitu, aku suka kerja begini. bercampur gaul dengan kanak-kanak yang sungguh menceriakan dan gemar membuat aku ketawa melampau dengan lawak kering tahap umur mereka. aku ni sudahlah seorang pengketawa dahsyat dalam dunia.
sekarang, mereka mendambakan Chipsmore kepunyaan guru mereka yang satu ini. entah kenapa. Chipsmore je padahal. serta-merta jadi budiman, berbudi bahasa dan gentleman tahap sepuluh semata-mata mahukan biskut coklat yang satu ini.YA biskut coklat kepunyaan aku ini. yang aku beli kat Tesco, bawa dari rumah, simpan dalam laci meja sebagai breakfast setiap pagi (sebab selalu tak sempat breakfast kat kantin). CHIPSMORE HAZELNUT PLASTIK KUNING .
sudahnya?Chipsmore yang aku baru bawa semalam kononnya nak buat bekal seminggu DAH HABIS. habis sebab bagi reward dekat kanak-kanak atas perbuatan baik mereka. ganjaran kerana berkelakuan baik dan budiman terhadap guru, jadi guru harus bagi biskut.YA BISKUT YANG GURU PUNYA DALAM PLASTIK KUNING ITU.
'misssss nakkkk coooookieeeeeeeeee'
I just can't get over it.
Dear future Izzati,
in 10 years, please tell the boys about this. And ask them to ganti your Chipsmore. Don't worry. They should have their own money by then. They should be 20 years old, 10 years from now.
Monday, January 13, 2014
Freak Out
Suddenly...
Kid D : Teacher, what is your son's name?
Me : Sorry honey what did you said?
Kid D : Your children. What are their names?
Me : Oh dear I don't have any child yet.
Kid D : Why teacher?
Me : I'm not married yet. See I'm not wearing any ring. (showing my
Kid D : But why you are not married?
Me : Because I'm still young (smile).
Kid D : No you're not.
Me : *ketap gigi* I AM YOUNG.
Just so you know, we'll join the mid-twenties-club this year. THAT freaked me out.
_______________________________________________________________________________
My 8 years old kids are funny-peeps-with-cuteness-overloaded.
(1) They cannot differentiate numbers in ages just yet. On the very first day of school I asked them to guess my age. Tekaan yang diterima ialah melampaui batasan pemikiran.
31!
28!
43!
99! (laughs)
56!
21!
18! (this made me smile HAHAHA)
(2) They are talking in high-pitched-voice. I am becoming one of them now. Oh gosh gosh gosh.
(3) They love me so much they like to smell me. YES. SMELL ME. Do I smell like lavender? PUHAHAHA.
Talking about getting married, one of my Y4 kids wrote PN. IZZATI on her book. I explained to everyone that I'm not married yet so they should write CIK IZZATI or MISS IZZATI on their books.
Then one boy asked me...
Boy : Miss tengah cari jodoh ke?
Me : Kenapenye. Nak carikan jodoh untuk saya ke?(jokingly)
Boy : Hmmm. Saya ada sepupu. (muka penuh pengharapan)
Me : *nganga*
Another Boy : Wei nanti Miss jadi kakak sepupu kau lah KEKEKEKE.
Me :*krik*krik*krik*krik*
the awkward moment.
Wednesday, January 1, 2014
the most epic photo for last year
oleh kerana salah satu resolusi tahun 2014 adalah menjadi seorang manusia yang menyeronokkan, aku patut menaip sesuatu disini. hari ini. jadi aku ambil keputusan untuk menaip dengan kadar segera kerana aku perlu tidur sekarang kerana esok dah mula sekolah.
OHMAYYYGADDDD.
presenting, the most epic photo OF ME last year.
i tell you now please believe me THIS IS NOT ON PURPOSE. tidak disengajakan. kerana pada waktu dan ketika itu kami berposing secara pukal. foto diambil secara berterusan tanpa henti. and actually right at this moment, aku sedang mencadangkan the next pose yang kami patut buat sebagai koleksi. but things turn out unexpectedly.just so you know.
till then,
manusia seronok wannabe.
Tuesday, December 31, 2013
My quick review of 2013
JUMLAH ENTRI TAHUN INI : 15 entri SAHAJA (tambah yang terakhir ini ada lah 16).
well, sungguh memberangsangkan. kemanakah perginya semangat aku yang dahulunya suka menaip sehingga boleh mencapai tiga entri dalam masa satu hari? ke aku yang dah tak fun? ehhhh chop chop chop. ke hidup aku yang tak fun? haaaaaaaa...
oklah. quick review untuk tahun 2013 bagi aku. tokey blog ini. yang sudah tak berapa fun.
(salah satu dari visi dan misi hidup 2014 ialah kembali menjadi manusia yang fun HAHAHA)
JANUARI
tidak bekerja. tiada bayang panggilan temuduga. aku jadi manusia kecewa. lalu melampiaskan kekecewaan dengan menjual aiskrim ikat ikat perisa milo dan jagung pooojaan kanak-kanak dan orang dewasa. jadi guru ganti di sekolah adik sendiri. menjadi pooojaan hati kanak-kanak kerana it's so fun to be with me.
HAHAHA.
FEBRUARI
tamat kontrak guru ganti. hidup jadi girang seketika di saat mendapat gaji. masih tiada panggilan temuduga. kecewa. jadi suri rumah sepenuh masa. dan penggembala arnab.
MAC
panggilan temuduga tiba. darah gemuruh. jawab soalan sampai berair mata kerana sebak mengenangkan perjalanan hidup untuk sampai ke tahap ini. masih seorang penggembala arnab dan mengambil takhta pemotong lobak paling handal di rumah.
APRIL
penggembala arnab paling bertauliah. berjaya mengurangkan tahap ketakutan kepada binatang berbulu. namun masih menjerit kecil jika arnab membuat lompatan menterkejutkan.
MEI
Hari Graduasi. terima ijazah. jumpa rakan-rakan. seronok. dan semakin gemuk kerana turut menggembala lemak.
JUN
tiada bayang posting. hanya harapan yang datang berarak melalui angin bayu. ewah. ewah. penghujung Jun, keputusan posting disemak. duduk tak diam membayangkan masa hadapan. cerahkah, gelapkah.
JULAI
lapor diri. kaget. sudah jadi orang bandaraya sekarang. traffic jam ialah makanan ruji. Welcome to KL, gadis desa.
OGOS
pengalaman pertama berpuasa setelah bergelar pekerja. hampir tersungkur ke bumi menghadap kerenah kanak-kanak. ketika itu, berpesan kepada diri sendiri - hidup kena kuat.gaji masih pending. jadi, tiada duit raya untuk kanak-kanak. aku MASIH paling depan di dalam barisan KUTIP DUIT RAYA HAHAHAHAHA.
SEPTEMBER
bangun tidur, bersiap dan pergi kerja. dan menerima gaji pertama. indahnya kehidupan. seronok bila dapat merasa hasil titik peluh sendiri. Oh Allah, semoga pendapatanku ini halal semuanya.
OKTOBER
sibuk. laporan sana laporan sini. exam, tanda kertas, masuk markah, jamuan kelas.
NOVEMBER DISEMBER
musim orang kahwin. beraksi untuk FA.IZ Photography. hampir mengelilingi Semenanjung Malaysia. penat tapi berbaloi.
see? aku boleh simpulkan kehidupan sepanjang tahun berupa beberapa ayat sahaja. nampak sangat tahun ini tak berapa fun untuk aku T_T.
2014, aku akan pastikan kau jadi fun untuk aku.YA AKU MEMANG SELFISH HAHAHA.
Selamat Tahun Baru!
Monday, December 23, 2013
hello there!miss me?
It's been wayyy tooo long without me on the net.
OK TIPU.
I am here, on the net. but not on blog. I read blogsssss but I almost forgot I have one. melampau tak. Well, 2013 is coming to its end. berapakah bilangan entri aku dalam jangka masa setahun ini? tidak banyak pun. tidak seperti tahun-tahun era kegemilangan yang sudah. gemilang ke masalahnya? HAHA.
wait. where are my bugziess?sejuk pulak lantai ni tetiba.
OK. I have MANY things to be shared here. untuk bacaan diri sendiri pada masa akan datang ketika mahu mengimbau kenangan silam ewah bahasa kau dasyat sangat nih.
1) Birthday
I am a December baby. So, Happy Birthday to me! Happy Birthday to you too if you are a December baby. High-five awesome babies! Well well well, this is my first birthday as a working person. So what do you expect? Lets celebrate like woowwweee I have my own money so I want to buy everythingggggg! I literally bought everything I wanted. errr everything my tummy wanted HAHAHA.
OMG I CANNOT DIGEST THIS *drink collagen*
- Rumah P.Ramlee (because somebody in the group was veryyyyyyy keen she insisted to go there.she even knew P.Ramlee's life history weh)
- The Art Street (we sweated a lot to find the paintings!)
- Batu Feringgi (nice beach I tell you! got paragliding some more!)
- Padang Kota (here we had our Passemboq + Char Kuey Teow + Air Kelapa. yums.)
- Pesta Penang. (barang-barang murah gila ya ampun mujurlah tak bawak cash sangat kalau tak habis aku heret bebudak ni pusing satu pesta tolong bawak barang HAHAHA.)
now now now.kenapakah tak boleh taip di bawah gambar ini hah?adakah kesilapan teknikal atau aku yang terlalu khilaf?sengaja bunuh mood aku yang sedang girang menaip.
terpaksalah tunggu nampaknya.bila aku dah jumpa penyelesaian masalah teknikal ni aku sambung cerita ok.
toddles!
Monday, November 11, 2013
dunia baru
(jika ada yang masih membaca.jika tiada, anggap sajalah ini monolog.HAHA)
life has been very busy these days.my life, to be specific...horrible.tak cukup masa untuk pedulikan diri sendiri.terlalu banyak perlu difikir dan diselesaikan. duduk tidak senang, berdiri pun tidak senang. tapi sempatlah juga curi waktu sejam dua menonton RunningMan dua episod marathon HAHAHA (ok sekarang boleh lempang manusia yang bajet hidup dia sibuk sangat ni). tapi kalau nak compare hidup dulu (student) dengan sekarang (kerja), hidup sebagai pelajar dahulu tidaklah segundah gulana begini.
DULU, ceria. stress-free-environment. siap boleh chillax cool cool walaupun esok ada assignment kena submit. killer subject pula. double shots omputih kata. tapi still boleh chillax. no hal beb. gua last minute punya orang. walaupun ayat terbalik terbongkang, muka confident je masa pergi submit. hidup tak stressful lah katakan. dulu, lemak pun tak berapa berani nak lekat lama-lama sebab hyper sangat. tak reti duduk diam.
SEKARANG, gundah gulana. setiap hari kena fikir banyak benda. pergi kerja, kesana kemari setel fail itu setel fail ini kejar budak itu kejar budak ini TAPI yang anehnya tak kurus-kurus jugak. makin gemok adalah, aku rasa. pernah sehari tu sepanjang siangnya aku terlupa makan. WHOTT? yes aku terlupa makan. tak rasa aneh ke? padahal akulah pencinta makanan nombor satu dalam dunia. bila orang tanya 'dah makan?' baru aku sedar aku belum makan. ANEH TAPI BENAR. tapi aku macam ni lah jugak. berlemak.
bahang sinar pancaran pekerjaan sudah mula dirasai, sebab KONONNYA bakat aku (aicewah) sudah dihidu oleh seantero sekolah. seminggu direct aku kena handle majlis apa-apa yang memerlukan pengacara majlis a.k.a MC. jadi dalam bahasa senang, aku kena jadi MC. WHAT A SHOCK! sebabnya (1) aku ni orangnya jenis nervous level sembilan per sepuluh. darah gemuruh wei (2) spontan? bukan aku. (3) aku ni kalau bahasa Melayu skema memang epic fail. kalau loghat Pahang, aku super. HAHA.
eh Pahang menang Piala Malaysia lah!
wheeeeeee
wheeeeeee
wheeeeeee
wheeeeeee
(ok dah)
tapi Alhamdulillah I managed to handle myself. walaupun kaki sebenarnya dah ketar gila, tapi depan kanak-kanak mesti wajib kena control ok. sebab dah pasang hajat nak jadi cikgu paling diminati ramai (KAHKAHKAHKAHKAH tolong lempang aku sekarang).
oh by the wayyy, school is closing soon. and that means, hip hip Ho Ho HOLIDAY!
tapi tak holiday sangatlah sebenarnya. sebab musim cuti ni banyakkkkk orang kahwin. and that means?
FA.IZ Photography is ON THE GO!!
ok too excited.too excited.calm down.calm down.
YAYYYYYY!
Wednesday, October 23, 2013
Button badge terhangat di pasaran.
Wednesday, October 2, 2013
Monday, September 23, 2013
Food Diary
OK so this morning I started my Food Diary. basically aku kena tulis apakah makanan yang telah dimasukkan ke dalam perut.
I'm DESPERATE to lose weight. I'm wayy too heavy now I feel like an elephant. too much fats. I ate too much. I love foodsss. I enjoy eating. LIKE SERIOUSLY CAN YOU STOP ADORING FOODS?
So I want to lose weight. this time, bersungguh-sungguh nampaknya. sebelum ini memanglah ada keinginan untuk menghapuskan lemak jahat ini semua, namun hanya separuh jalan. eh tidak sampai separuh pun. hanya suku. atau 1/10 jalan sahaja. kerana hanya sempat NIAT (selepas merenung jelmaan diri di cermin lalu berlalu pantas kerana tidak sanggup berhadapan realiti yang memeritkan). pabila perutku kelaparan, menjadi pelahap semula. kasihankan perut, kata aku.
kemudian, lalu depan cermin lagi. perit mata oh.
so this time, I'm gonna do it. cuma setelah bekerja ini, 80% tenaga habis di sekolah. balik rumah bawa pulang 20% sahaja. belum lagi pabila lif rosak. selesai mendaki ke tingkat 6, tinggal 10%. mulalah rasa nak tersembam depan pintu rumah. mengharapkan belas ihsan housemate tolong bukakan pintu. nak ambil kunci rumah dalam handbag pun kena kumpul tenaga.
on the list after gaji : MULTIVITAMIN.
I read about this somewhere; keeping a food diary helps reduce weight. WOWWEEE I TOTALLY CAN DO THIS. kerana mengharapkan aku hendak turun exercise setiap petang ialah ibarat mengharap duit sepuluh ribu jatuh ke riba. hanya mampu lompat tali skipping secara sopan (itu pun belum mula lompat lagi HAHAHA) dengan harapan janganlah jiran bawah mengamuk kalau dengar bunyi gedebub gedebub dari tingkat atas KAHKAH.
on the list after gaji : DUMBBELLS.
so yeah, now I have a Food Diary. and my first day was not bad. bolehlah kontrol makan sikit sebab boleh nampak apa yang kita dah telan (psycho!). kalau makan banyak, kena tulis banyak. kan sogan.
mungkin untuk lebih berkesan, kena lantik pengawas Food Diary. seminggu sekali kena tunjuk. pergh.
semangat cannot go dia ni.
till then.
p/s: esok ada seminar.janganlah sedia makanan bebanyak.teruk nak kena tulis esok nanti.
Friday, September 6, 2013
takut sangat
Monday, July 29, 2013
Berita Wilayah
Salam 29 Julai, sahabat handai di alam maya sekalian.dah nak habis bulan Julai nampak gayanya.jadi boleh kata sudah hampir dua purnama aku biar laman maya yang satu ini tersadai sendirian.maaf, blog ku kesayangan ku.biarpun tiada bersua, masih mencinta.ewahh kemainn.
I've been busy.TIPU.tidaklah sesibuk mana, cuma tak bersua internet.kedengaran agak janggal disitu.zaman kini masih jarang ketemu internet?celah mana duduknya engkau ini?SUNGGUH.TAK TIPU.kesnya, tong dram (dan juga beberapa barang berharga lain) dekat pencawang Celcom yang menghubungkan desa murniku dengan dunia luar, kena kebas.diulang, DIKEBAS.dikebas oleh siapa, tak tahu.yang pasti, itu memang tak guna punya orang.
by the way, I'm OK.masih begini.masih happy go lucky.masih muda dan bersemangat.dannnnnnnnnnnnnnnnnnn...sudah bekerja weeheee.Alhamdulillah.kalau tidak, sebenarnya dah pasang niat nak berniaga dekat Bazar Ramadhan.begitu besarnya cita-cita ya padahal skill memasak masih di tahap membimbangkan emak.HAHAHA.
dah lama tak menulis ni rasa aneh benar.
ok tuan tuan puan puan, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri untuk semua yang mengenali saya tidak kiralah di alam maya, alam fantasi mahupun alam realiti.maaf zahir batin.tolong bagi saya duit raya sebab gaji tak dapat lagi.tettt motip sangat.
Alhamdulillah dapat berkhidmat tidak terlalu jauh dari negeri kelahiran, masih di Semenanjung.I'm enjoying it.tambahan pula, I'm living with my classmates from maktab.terlalu awesome.tidak perlu masa berkenalan dan bermesraan untuk tinggal serumah kerana sudah terlebih mesra.perkara paling epik, balik dari sekolah ianya antara dua: bergelimpangan atau bercerita hal sekolah masing-masing.tak ada topik lain.mungkinlah sekali dua menyimpang juga.tapi balik-balik hal sekolah juga disebutnya.
eh tadi bukankah macam dah nak habis?kenapa boleh jadi satu perenggan tambahan pulak ni?
maaflah.lepas gian.AHAHA.
Friday, May 31, 2013
Mei
this is the only post in May.ONLY ONE.tomorrow is June.so expect another post at the end of June.HAHAHA.
FA.IZ Photography is quite busy at the moment. I've been driving all the way from Pahang to Terengganu, Kelantan, back to Pahang, pick up darling mother for graduation ceremony, officially graduated (yay!), drove back to Pahang with hope to watch football match, tiket sold out (we went home), kecoh perang cawan air jagung at the stadium, setelkan hal universiti my little sister, and here I am.
not at home.I'm at Fareha's.yes, Terengganu.another wedding tomorrow.sounds like fun, yes?travelling is fun.but tiring.these days I spend more time driving than sleeping sometimes I think I'm sleeping while driving.
-______________-
wish me luck, peeps.till then.
Tuesday, April 30, 2013
just because...
pergh lama sungguh tak menaip perkara meraban kat laman maya yang satu ini.tup tup dah hari terakhir bulan April.bagi yang menyangka aku terlalu busy sampai tak sompek update blog, tot tot anda salah.tak busy sangat pun (atau tak busy langsung) sebab aku masih penanam anggur tegar.kalau busy pun, buat-buat busy.HAHAHA.
motip entri hari ni adalah entri asalkan ado untuk bulan April.so, expect the merepekness.
these few weeks, I don't really like Facebook (tapi tiap-tiap hari bukak jugok.pooraahhh).too much drama too much conflict.semua orang nak lepas geram lepas perasaan meluahkan pendapat semualah.pening kepala.lepas tu bila orang tegur terus naik hangin bla bla bla.from my point of view, kalau nak express your opinion di halaman tatapan hampir semua manusia atas muka bumi ini, get ready lah for the side effects/counter attack.ini ada yang post berkenaan perkara kontroversi, kemudian bila ada orang tegur terus pergi hambat dia dengan hamburan kata-kata bak serangan balas.hambik puitis habis HAHA.
cerita lain.
aku ada pelihara Pou.aku ingatkan senang nak bela benda alah dalam telefon nih.ada leceh juga dalam comel comel camtu.paling cannot go ialah, 'FAT BURNER'.bila Pou kelihatan gemok, beli 'FAT BURNER', dan bagi dia makan.TERUS KURUS encik Pou belaan aku.
aku nak jugak.ingat Pou je ke gemok.
Saturday, March 30, 2013
iklan Sprite
Wednesday, March 13, 2013
kehidupan di rumah
Wednesday, February 20, 2013
sinonim
niat dalam hati 'eh nak update quick entry je lah hari ni.sikitttt je nak tulis.SIKIT.'
ok kita tengok kejap lagi.
I'm no longer teaching at school.guru yang bersalin sudah kembali ke sekolah.jadi guru yang tidak bersalin itu (read: guru ganti) perlu pulang ke rumah dan sambung tanam anggur yang halimunan.gajah tidak gajah kita tengoklah nanti.manakan tidak, masakan ibu ialah irresistable tahap sepuluh.kalau petua untuk menguruskan badan ialah katakan TIDAK kepada makanan dengan menggelengkan kepala ke kiri dan kanan, SAYA TAK MAHU.bukan tak mampu, tapi tak mahu.HAHA.apatah lagi jika dihidangkan nasi putih panas dengan ikan bakar bersama sambal kicap paling umph dalam dunia.fuhhhhh.*telan air liur*
ok.sudah ke laut.
sebenarnya nak cerita alkisah anak didik saya yang datang tuisyen di rumah.semalam, belajar Bahasa Melayu.jujurnya, memang BM itu mudah dan kacang.tapi tidaklah sekacang yang disangka.terutama bab sinonim,antonim dan yang seangkatan dengannya itu.sebelum ini saya hadapkan mereka dengan karangan dan membina ayat sahaja.semalam, tukar angin sikit.buat sinonim dan antonim.
saya suka konsep belajar seperti game show.siapa jawab dulu dapat markah.terlalu suka sampaikan setiap kali belajar subjek apa pun saya akan buat game show, sebagai motivasi kepada anak-anak ini untuk cuba sampai dapat dan jangan putus asa.
awalnya OK.kita tahulah sinonim itu perkataan bersamaan maksud.tapi ada kalanya, anak didik saya tersasar jua kerana dahagakan markah HAHAHA.terlalu rakus nak kejar markah kawan dia sampaikan tersasul melampau.
Saya: Ok bagi sinonim untuk gelojoh.
Budak 1: (hyper nak cakap soalan lalu menjawab tanpa berfikir panjang) TERSEDAK!
Saya: HAHA saya nak perkataan sama erti.bukan akibat.
gelojoh = rakus
menjadi guru ialah seronok.seronok jika tahu cara yang betul.saya ada terbaca di dalam akhbar beberapa minggu yang lalu suatu keratan artikel mengenai guru masa kini.cabaran dan pendekatan yang perlu digunakan di dalam kelas et cetera.
oh adakah ini akan menjadi terlalu factual dan membosankan?
HAHA ok I'll make it short.
cara dan gaya pendekatan (berdasarkan artikel yang saya baca) ada TIGA:
1) Garang = Saya (guru) OK, awak (murid) TAK OK
2) Lembut = Saya (guru) TAK OK, awak (murid) OK
3) Tegas = Saya (guru) OK, awak (murid) OK.
kesimpulannya, guru tidak boleh terlalu garang dan terlalu lembut.guru garang akan ditakuti, guru lembut akan disakiti.gitohhhh.bagi saya, tegas is the best.tidak terlalu garang dan tidak terlalu lembut.yang sedang-sedang saja bak kata Iwan Dangdut.
cikgu yang best akan disayangi murid.tiap hari sayang macam iklan Fair and Lovely yang tahun bila tah itu.best tau perasaan disayangi murid.sampai dia boleh panggil kita 'puteri kayangan'.haaa siapa tak seronok bila disamakan dengan puteri kayangan yang ayu jelita itu.WAHAHAHA.walaupun masih dipengaruhi sinetron indonesia petang petang yang memang banyak cerita puteri kayangan itu, kita janganlah bantutkan keseronokan mereka bertemu puteri kayangan celup ini.'heyyyy puteri kayangan tak wujudlahhh!'.puteri kayangan pun puteri kayanganlah, anak.as long as you are happy.
saya tak reka-reka cerita puteri kayangan ini.hal ini benar terjadi.sayalah puteri kayangan itu (HAHA nak pengsan gelak sesorang).terjadi semasa saya masuk kelas Tahun 2.semasa ingin menanda buku latihan anak-anak kecil comel, saya biarkan mereka membaca buku cerita.alkisah, ada dua atau tiga orang gadis cilik BERANGAN nak jadi cikgu.nak pinjam marker dan minta izin tulis tulis (read: conteng conteng) papan putih.saya bagi.lepas itulah dia cakap 'teacher ni macam puteri kayanganlahhhhhhh!' dengan suara kecil yang high-pitch.terlalu excited.
I love you, kiddos.
Till then,
Bekas guru ganti.
Monday, February 18, 2013
terkunci
siapa-siapa yang selalu main Facebook tu jangan malu jangan segan LIKE page kami ok.
search - FA.IZ Photography.
Friday, February 15, 2013
Februari
Assalamualaikum.peeps.
Masih adakah homo sapiens yang sudi bertandang ke blog yang tidak semengah (dan bersawang) ini.kebelakangan ini hidup saya dipenuhi dengan banyak hal hal kehidupan.kelahiran,pemergian,masuk kerja,habis kerja,tangkap gambar et cetera.tiada cukup masa untuk blogging.KERANA menaip di gajet mini ini memerlukan komitmen besar.dan kesabaran.dan ketekunan.
Asyik salah tekan je ni yang nak emosi nih.
Sabar.
sabar.
2013, Alhamdulillah FA.IZ Photography semakin melebarkan sayapnya.sekarang,right at this moment saya berada di rumah Fareha di Terengganu.bersiap sedia senjata untuk majlis hari esok.alang alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan, alang alang dah sampai Terengganu, mohle beli keropok lekor (memang hancur kalau pantun).
My favourite food is keropok lekor.eh actually one of favourites.sebab saya ada banyakkkk favourite foods (sebab itulah menggajah).tapi keropok lekor memang irresistable.sedap gilon mak kau.kalau Ganu punya kopok lagilah, setiap kali gigit rasa nak pengsan sebab sedap sangat.
Ok keyboard buat hal.blergh.geramnye.sekarang tulis blog pun dah kucar kacir.isi kandungan lain perenggan lain cerita.kat situ dah nampak dah melampaui batas.
Happy February peeps.yang sudi membaca, thank you please come again.
pantai timur asyik hujan je belakangan ini.jadi pesanan penaja untuk hari ini ialah...
Wednesday, January 16, 2013
2013
Assalamualaikum & Happy New Year!
I'm currently working on this so siapa yang nak kahwin,bertunang etc...please stay tune for more.special for ladies out there yang berkeinginan untuk buat pelamin DIY atau decorate kamar pengantin dan lain lain.ewahhh.
Oh btw,how are you people?I'm good (and gaining weight ohmygosh). I hope you people are doing well in whatever you do.tahun baru azam baru.saya masih dengan azam lama yang belum lagi tercapai.sedang berusaha lompat tali skipping petang petang dan menjadi jaguh bola jaring kampung (khononnya).
Oh ok perlu berhenti sekarang.adik bongsu sebentar lagi pasti tiba di muka pintu ajak balik.
Till then,
S.I (eceh)
Tuesday, December 11, 2012
12.12.12
Heyyo bloggie.
Assalamualaikum.
12/12/12 is tomorrow.tapi dek kerna terlalu excited untuk buat comeback di alam maya,here I am.hello kepada yang masih baca blog berhabuk sejuta inci ini.how are you?i'm fine thank you.
Umur dah genap 2X tahun (eceh berahsia sangat kononnya) awal bulan haritu.dah tua ni tak berapa nak celebrate lah kan.masa birthday ngadap istiadat konvo.masuk 12.50,majlis mula 2.30.hah tak terbeliak bijik mata nak ngabehkan seribu orang ambik sijil.perut bunyik lagu rosalinda.ah sudah.sudahnya cabut lari pergi beli keropok dengan air jambu.nyum nyum.
Entri ni cam tak bermotip sangat sebenornye.sukati aku campur semua benda HAHA.oh ya FA.IZ Photography is quite busy these days.cuti sekolah kan so kenduri kawen sana sinun.Alhamdulillah.dah ada yang nak book untuk next year.double Alhamdulillah (penangan sinetron double what HAHA)
Kalau nak tahu harga pakej perkahwinan 2013, boleh search fa.iz photography dekat Facebook.aku tak reti nak letak link bila post guna henpon ni.buta henpon HAHA.
Omg excited pulak nak grad.dah tahu tarikh grad autumn dgn spring.sebab kewangan masih rangup, jadik aim untuk spring grad.boleh feeling flower princess pakai jubah harry potter.eh nak jadik princess ke witch engko ni?
Aku ni kalau dibiarkan menaip memang jadi karangan 10000 patah perkataan kejap lagi.kalau terdelete semua yang aku dah taip penat penat ni lagi naya.
Akhir kata...
Go Harimau Malaya!
aummmmm!