Tuesday, December 11, 2012

12.12.12

Heyyo bloggie.


Assalamualaikum.


12/12/12 is tomorrow.tapi dek kerna terlalu excited untuk buat comeback di alam maya,here I am.hello kepada yang masih baca blog berhabuk sejuta inci ini.how are you?i'm fine thank you.


Umur dah genap 2X tahun (eceh berahsia sangat kononnya) awal bulan haritu.dah tua ni tak berapa nak celebrate lah kan.masa birthday ngadap istiadat konvo.masuk 12.50,majlis mula 2.30.hah tak terbeliak bijik mata nak ngabehkan seribu orang ambik sijil.perut bunyik lagu rosalinda.ah sudah.sudahnya cabut lari pergi beli keropok dengan air jambu.nyum nyum.


Entri ni cam tak bermotip sangat sebenornye.sukati aku campur semua benda HAHA.oh ya FA.IZ Photography is quite busy these days.cuti sekolah kan so kenduri kawen sana sinun.Alhamdulillah.dah ada yang nak book untuk next year.double Alhamdulillah (penangan sinetron double what HAHA)


Kalau nak tahu harga pakej perkahwinan 2013, boleh search fa.iz photography dekat Facebook.aku tak reti nak letak link bila post guna henpon ni.buta henpon HAHA.


Omg excited pulak nak grad.dah tahu tarikh grad autumn dgn spring.sebab kewangan masih rangup, jadik aim untuk spring grad.boleh feeling flower princess pakai jubah harry potter.eh nak jadik princess ke witch engko ni?


Aku ni kalau dibiarkan menaip memang jadi karangan 10000 patah perkataan kejap lagi.kalau terdelete semua yang aku dah taip penat penat ni lagi naya.


Akhir kata...

Go Harimau Malaya!

aummmmm!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, November 20, 2012

Hey long time no see!

Assalamualaikum.


Modem rosak jadi hancur harapan nak jadi blogger tegar sementara menunggu dapat pekerjaan.eceh.nak harapkan telefon pintar, takut nanti litar pintas pula jari jemari mulusku dek kekunci yang mini ini.


Sekali sekala bila rindu alam maya barulah online rm2/day tajaan  maxis guna kredit sendiri.tapi sebab duduk di desa, line tidaklah sepantas zaquan berlari atas padang.eh tetiba.menaip sambil tengok Malaysia lawan Bangladesh sebenarnya ni.lepas tu sekali sekala tukar channel WWE.ya saya tonton gusti sebab saya gangster.gangster takut kucing.HAHA.


Oh gosh dah seri dah Msia dengan Bgladesh.


Taip guna kekunci saiz mini jadi ada short form sikit takpelah ye tak.


Back to the main story (eh bila ada main story HAHA), saya masih disini.cuma hanya muncul di alam maya kadang-kadang.nak blogwalking macam scary movie.hukhuk.tak dapek eden nak nolong.oh ya kalau ada siapa nak bagi iPad birthday iols nanti jangan malu segan.kecil tapak tangan padang bola saya tadahkan.


I...become so numb I cant feel my thumb...lalalala...


Kedua dua ibu jari sudah keletihan nampaknya.


Till then.take care :)


P/s: i bet everyone is having a great time with the king of fruits, le durians et deliciouso.soooo goood~


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 9, 2012

it's the end

minggu ini, kampus sudah sunyi.tiada porak peranda hiruk pikuk pelajar kesana kesini mengusung buku ilmiah.hampir 80% sudah pulang ke rumah manis rumah sejurus tamat peperiksaan.aku sudah tiada peperiksaan semester ini, jadi apakah yang aku tunggu?mengimbau kenangankah?

dulu cita-cita nak jadi penulis novel ok.

5 tahun setengah bergelar pelajar - 3 1/2 tahun di ibu pertiwi, 2 tahun di perantauan.banyak kenangan.terlampau banyak.pahit manis suka duka perit petir.eh?

5 tahun setengah.siapa sangka waktu itu sudah hampir berakhir...telah berakhir.aku pun macam tak percaya.bila rakan-rakan datang bersalaman berlaga pipi sambil berkata 'lepas ni entah bilalah kita jumpa lagi...' 

aku macam percaya taknak percaya.sebab macam tak percaya.sebab wajah-wajah itulah yang aku hadap 5 tahun setengah.wajah-wajah itulah yang bergelak tawa bertumbuk tumbuk bercubit cubit.wajah itulah yang dihadap, mengadu bila tak puas hati dengan tettt (HAHA).

siapa sangka masa begitu mencemburui kita, kawan.

I don't know why I'm being so poetic tonight HAHA.mungkin sebab I'm alone in le bersepah room.Fareha dah balik.sobs.terus rasa nak balik rumah petang tadi jugak TAPI harta karun maha banyak agak mustahil untuk packing in one golden hour.pheww.bila sedar yang rupanya aku banyak kumpul kepingan kertas (contoh: tiket wayang, resit, free coupons) yang kononnya boleh jadi harta karun paling berharga dalam dunia 10 tahun lagi, double pheww.too many tiny things!

so far everything almost settle.almost done.I'm going back to my lovely negeri Tok Gajah tomorrow with my things in one car, FULL. now it's midnight.and I'm typing this entry in le sweet room I shared with Fareha for almost a year, for the last time.

it's too dramatic, doing things for the very last time.


5 years and a half, I've met awesome people. terlalu awesome sampai rasa nak menangis sekarang sebab dah rindu semua orang.OMG.


okay so now she's officially not a student anymore.

and she's looking for a job with good (read: HIGH) salary.

HAHAHA.

p/s: I'm going back home tomorrow morning.doakan saya selamat tiba di rumah.

thankie :)

Thursday, November 8, 2012

skincare untuk wajah mulus

ini entri tergendala.perkara sudah lama terjadi, baru hendak diceritakan.biasalah tu.

weeeeeeks ago, we went for camping.the first and the last.sadis but what to do.lumrah kehidupan bukan selalu girang.bukan selalu gemilang.eh terberpantun pula.

camped by the beach for 4 days and 3 nights so the sun burned our 'flawless' skin.ohhhhh T_T (padahal masa berenang bukan kira matahari terik ke tidak.kuak lentang tenggelam timbul kemainnnnn.macam dah berserah diri.tapi bila dah hitam legam terbako baru nak salahkan matahari ye).

HERE, Fareha covers about haircare.and now here I am to talk about skincare *sambil picit pipi anjal*

actually, saya tidak fussy tentang penjagaan kulit.tidaklah sentiasa mahu tepek tepek krim what so ever sebelum tidur.basuh muka dan terus tidur.mudah, cepat.bila ada mood nak bercantik cantik (khonon) baru sedar diri kena sapu bio oil sebelum tidur untuk wajah mulus bagai telur dikupas, bebas parut.itu pun hanya apabila RAJIN.boleh kira guna jari berapa kali sebulan.selebihnya, tidur terus.

TAPI, right after camping ada dinner.dinner untuk pelajar-pelajar tahun akhir.jadi macam last dinner together gituh.nama pun LAST, pasti gadis gadis mahu tampil anggun menawan supaya diingati sepanjang zaman bukan?kami pun mahu.tapi bagaimanakah hendak tampil di majlis makan malam apabila kulit sudah hangus dibakar cahaya matahari?

kulitku kusam tak bermaya *neng neng neng background music*

so me & Fareha decided to go for Skincare hunting - misi mencari krim/masker yang dapat mencerahkan wajah in a blink of eyes.HAHA.kedengaran mustahil, tapi tak mustahil.krim Safi boleh buat.ce cuba.betullllllll.

but we don't want cream.taknak tepek right before make-up.nanti berlemin, berminyak dan berlemoihhhh.namo namo namo.plus, nanti jadik cerah yang aneh.

so we go for topeng dan masker.traditional and softer way walaupun sedikit slow.tapi puas hati.bilik dah macam spa-wannabe.bery nice.

 the PUREDERM masks are reallyyyyy nice.great smell with nice feeling.bought at Watson.the right one yang tulisan Jepun saya tak reti baca tu is something something something.bought at Daiso.sebab dia tulis dekat rak itu BEST SELLER.so I bought one.from the picture without reading any of the words, I know it's a kind of mask.OBVIOUS kot.

it is really BLACK.sebab charcoal.I read somewhere that this charcoal thingy is good.so I tried.black and sticky.of course bau arang takkan nak expect bau lavender HAHA.

bila pakai rasa macam ada something cover your skin very tightly.after 5 minutes, I become a disable person.unable to talk very clearly a.k.a speech disorder.

bila mask tu dah kering, here comes the BIG challenge.this charcoal thingy is VERY TIGHT.bila peel-off tu, at certain part memang pedih amat.sampai berair mata wak cakap lu.2 kali saya pakai, dua kali berair mata.

sebab tu dia tulis boleh pakai 2 kali je seminggu kot.kalau ada yang tak baca betul-betul instructions, pakai tetiap hari, memang boleh terkoyak kulit agaknya.

oh so scary.

ada ke yang nak tengok ke kesan pemakaian skincare masa malam dinner tu?







no display 
(memang tak bubuh gambar pun :P)







takyahlah kot ek.

hihi.

Monday, October 29, 2012

mesyemarat

oh hey bloggie.

went back to home sweet home for Aidiladha, ate cookies, rendang, nasi dagang and whatnot I think I become more fatty.oh gosh gosh gosh.

hello Herbalife?

ok random.

speaking about home, yes. went back and met my loving family plus uncles, aunties, cousins, cousin's son and daughters.

my cousin's son  is well-known for his talent in mispronunciation.

'haziq, kenapa hari ni balik sekolah awal?'
'cikgu ada mesyemarat (it's actually mesyuarat)'

this is the latest one, the mesyemarat thingy. my cousin told us about it and we laughed our heart out. another thing about him is, he's very confident.tak peduli pun words tu wujud ke tidak, main sebut je.asalkan dekat-dekat dengan word yang dia maksudkan, hentam saja lah dol.

history of his mispronunciation...

straw - stoyowww
helikopter - helikerbang (kacuk dengan kapal terbang kot)
tali pinggang keselamatan (dalam kereta) - tali pinggang keselamat jambatan

HAHAHA.

Friday, October 12, 2012

of the last goodbye to little darlings

so today is the last day at school (menangis dalam hati).sebak tapi gembira.gembira kerana berasa SANGAT disayangi, dan dihargai oleh anak-anak kecil yang Ya Allah comelnya mereka mereka ini.sebak kerana tidak menyangka akan menerima kasih sayang sebanyak ini (because I'm such a loud speaker, really), dalam tempoh yang sungguh singkat.3 bulan.yang sekarang sudah berakhir.

today, time went so fast, I think.aku fikir sempatlah kot buat latihan sikit sebelum peperiksaan minggu hadapan sebelum bersalaman bermaafan dan bertangisan, but I WAS VERY WRONG.

disebabkan pagi tadi lepas baca Yaasin, dah diumumkan today is our last day at school, kanak-kanak semua mulai kekecohan.mula mengejar dan menjejak kedua-dua teacher tidak kira masa.dalam kelas pun dia datang jejak mintak tandatangan.peraturan sekolah letak ditepi.tandatangan teacher is our priority, katanya.motip mintak tandatangan pun tak dapat dikenalpasti sampai sekarang.

kitorang dah agak kena bagi ucapan sikit sebab the previous practicum teacher pun kena berucap.disebabkan dah agak dah dari awal, I thought I'll be cool.cool konon.tetiba masa berucap *eceh* pagi tadi, aku sebak.suara ketar OK.serius.dalam hati, dalam otak duk cakap hoiiiii jangan nangis hoiii malu depan budak.HAHA.

tak nangis ok.sebak je.kontrol dengan gelak tawa dan muka gembira dah habis praktikum.tapi dalam hati berkaca-kaca.ewah kau mampu hati berkaca.

bila masuk kelas, semua kalut bawa pen kertas minta cikgu tandatangan.minta nombor telefon.mengerumuni.minta facebook.minta menjawab soalan yang bertubi-tubi especially 'lepas ni cikgu pergi mana?'.macam-macam diminta.semua hulur hadiah, hulur tangan nak bersalaman, tak ketinggalan hulur diri sendiri minta teacher hug.

Teacher loves you, my little darlings.And I'll miss you all.
xoxo.

I got many presents and DIY cards by these little darlings, I was touched.terharu.because I didn't expect anything from them.terharu sebab nampak memasing berusaha nak bagi something untuk teacher simpan sebagai kenangan terindah.nak nangis tapi tak boleh nangis.eh faham ke?tak boleh nangis sebab teacher must be the strongest ever.walaupun anak murid dah bergenang air mata, teacher must be cool.

This teacher is cool.tak nangis sampai sudah although I'm actually a cry baby.#honest confession.

some of the presents...

1) A DIY football field with the players with Man U's logo from my 4 Diamond boys.
2) nampak usaha dekat situ.double tape pun boleh, ahmad.
3) they called me Miss Izzat.sengaja tinggalkan huruf 'i' :')
4) he knew this loud speaker teacher loves Rilakkuma.
5) 3 complete sets of Winnie The Pooh stationery 
(I love stationery set like these when I was at their age)
6) pretty scarf by my lovely little sweetheart.


my pretty little sweethearts.the girls.sopan.tapi entah kenapa Elly tetiba hyper harini. 


my handsome little darlings.the boys.hyperactive.loud speaker.sopan.banyak tanya.gila bola.gila sticker.semua ada.
dan
die hard fan oppa gangnam style.


loves.


fats.
ini menggalakkan pertambahan lemak cikgu nampaknya.

Tuesday, October 2, 2012

Of school camping

Assalamualaikum

hujung minggu yang lalu, murid murid tersayang pergi berkhemah.kedengaran sungguh adventure macamlah camping dalam hutan lipur.sebenarnya hanya camping dalam kem.tapi adventure tetap adventure.especially untuk anak-anak bandaraya ini.

I read Fareha's posts about the camping and laughed my heart out.seperti kejadian itu berlaku di hadapan mata.eceh.siap ada PART 1 & PART 2.jadi, baca jangan tak baca. juga, berserta foto.dalam entri ini, TIADA FOTO.sebab realiti kehidupan aku sekarang ialah menumpang kamera orang.sobs.

camping was fun.we had a great time with the kids.dapat kenal more kids which is good in terms of mengeratkan silaturrohim sesama murid dan guru.ewah.bergurau senda and what so ever.sungguh fun, sungguh menggembirakan!(eh macam iklan Honey Star pula)

nak cerita everything macam panjang pulak nanti entri ni, jadi mari kita nomborkan perkara-perkara...

Ready...

Start!

(1) nama pun berkhemah dalam kem, sudah tentulah lampu kalimantan (ke kalimantang?) ada di mana-mana.TIDAK PERLU HIDUPKAN UNGGUN API.namun realiti seorang kanak-kanak yang membesar di bandar ialah, pergi berkhemah mesti ada unggun api.lepas siap pasang khemah terus tanya dengan muka excited cannot go, 'teacher kena sediakan tempat untuk buat unggun api tak?'. nak terbalik pulak aku gelak kan.HAHA.ini pasti penangan kartun Nickelodeon.

(2) daripada kitorang yang sepatutnya bertugas menjaga bebudak waktu malam, terpaksa bertugas dari pagi tolong diorang pasang khemah.berpeluh OK.disebabkan semua stok tak pernah berkhemah, so pasang khemah pun main hentam keromo.ada yang taknak pasang bumbung khemah.ada yang benam rangka khemah tu dalam tanah macam nak buat pasak bumi.Ya Allah.mujurlah ada dua hero (read: cikgu) menyelamatkan.

(3) sebelah malam, NIGHTWALK. first time in my life jadi orang yang di sebalik tabir nightwalk.yelah sebelum ni asyik kita je kena.setiap kali pergi kem, setiap kali itu jugaklah ada nightwalk.setiap kali ada nightwalk, setiap kali itulah nervous macam nak terpecah jantung.

so I know how the kids felt.muka memasing cuak tak yah cakaplah.nak jalan dengan teacher lah apa lah.last last, cikgu yang jaga check point.last last, cikgu yang menyakat.HAHA.

(4) esoknya, Jungle Trekking.memasing bising penat (cikgu pun penat).penat lagi takut pacat lagi.mujurlah cikgu-cikgu tak pengsan nak melayan kerenah yang aneh-aneh.mujurlah cikgu-cikgu ni jenis lasak juga (read: tak takut pacat). buatnya kena cikgu yang jenis menjerit-jerit, tak ke pengsan pulak abang fasilitator.

lepas habis Jungle Trekking, aku dengan Fareha terus balik JB.penat tidak terhingga.

it's a good thing bagi diorang experience pergi camping. bagi diorang merasai erti kehidupan.bila pergi camping, comot comot luka luka sikit tu perkara normal.nak bagi jadi lasak sikit sebenarnya.and at the same time, bebudak ni dapat belajar new skills (pasang khemah, survival, etc.).

well, I'm just saying.few of my pupils told me they can't go camping because their parents didn't allow them to.of course, I do agree that it might be dangerous sometimes.

but these days people go camping in a camp; a proper camp with toilets, and dining room :)

even with well-experienced facilitators.

teachers too.

and teachers will take care of your kids, seriously.

as a prove, all my pupils (who went camping) came back in a very good shape.they even shared the excitement of nightwalk and story of 'pacat' with their friends.

of course their friends are so jelly (jealous).

As a teacher, it's good to see these kids experienced something useful for their lives :')

Friday, September 28, 2012

2 more weeks and we're off

2 minggu lagi untuk tamat praktikum.2 minggu lagi berada di sekolah dan melayan kerenah kanak-kanak yang bermacam-macam jenis.2 minggu lagi suka dan duka.ewahhhh.mostly, SUKA.because I love school and the kids.walaupun kekadang perangai memasing melampaui batas sampai cikgu keluar kelas suara boleh kalah Ramli Sarip, I love you, kiddos.

uncontrollable hyperactivity.sibuk buat gaya John Cena.ingat cikgu dia tak kenal agaknya siapa John Cena.

oh
I entered one class today for relief.I talked with some of the boys.and then tetiba keluar topik WWE.they thought I didn't know about WWE at all (VERY WRONG FIRST IMPRESSION), so they were so full of themselves.they kept asking whether I know The Rock, Big Show, Rey Mysterio and few other names.

I WATCHED WWE, and still watching it (at home), so OF COURSE I KNOW.I even mentioned other names, some facts about why the wrestlers wearing masks and all, the famous brothers and whatnot.

they were shocked, the boys.
and then one of them asked me a question which made me laughed my heart out...

'teacher gangster ea?'

HAHAHAHAHA.

what do you expect me to say?

OF COURSE I SAY YES.

HAHAHAHAHA

Saturday, September 22, 2012

Hijab's style by my little towelista brother

these days, people like to share their own hijab style.so my over-creative and cheeky little brother decided to give a try.

while his sisters and only brother were busy watching a show (i can't remember whether it's Pawn Stars on History Channel or 100 ways to leave a game show on AXN.we are big fans!) on tv, he was busy doing something on his own, with his towel.bath towel, yes.

I was very interested to the show, so I didn't really see what he was doing (normally I'm his trouble-maker HAHA).tetiba dapat rasa dia datang duduk dekat.dah habis main lah tu, that's what I thought.then dengar my little sister giggled, but I just ignored.lepas tu iklan (yang berderet deret), OK eyes off the tv. 

I turned my head.....

mak kau.

he came out with his own hijab's style.using his bath towel.

 'ini fesyen singa.' he said.

then very quickly he changed it to another style

'yang ni pulak fesyen serebeh' 

I WAS ROLLING ON THE FLOOR LAUGHING

true hijabista towelista.pakai towel pun boleh.
HAHA.

Monday, September 17, 2012

My Raya

Assalamualaikum

whoahhh just 2 posts in August?this is totally UNBELIEVABLE.i'm not normal anymore oh my goodness!
well we're currently in our second phase of practicum, and BUSY becomes our second name.

oh...sebenarnya nak sambung sikit pasal raya.can't write much about raya since it's already at the end of Syawal *sigh* (stok kereta api lambat ni dah nak habis Syawal baru sibuk bercerita).

1 Syawal - we were in our cheetah's baju raya (girls in family including mak), while the boys (abah too) were wearing baju melayu (kalau boys pakai cheetah juga boleh pengsan tetamu yang datang beraya HAHA).

2 Syawal - the boys settled down with tshirts (can't stand the heat).the girls were in cottons but different colours.

orang biasa buat satu keluarga warna temanya sama kan, kami agak berbeda sedikit ya *eceh konon nak cakap bahasa Randy Pangalila*.corak sama, warnanya beda gitu.

next Raya, mak cakap nak beli je baju.tak larat nak jahit sendiri katenye.manakan tidak, baju nak jahit, langsir pun nak jahit.silap haribulan hari raya pakai baju made of kain langsir.pengsan orang datang umah.(lagipun sebenarnya memasing dah nak berdarah hidung tengok baju kurung chiffon bertatah maniks maniks yang sungguh curlass itohh.nak jahit sendiri, kirim salam noks.tak berapa rajin HAHA).tambahan pula, dekat pekan sehari yang hampir dengan rumah, harganya bisa ditawar kok bila nak dekat raya, kata sepupuku.

 posisi setiap orang dalam kenderaan ialah sama setiap kali.kecuali masa-masa tertentu apabila aku yang buang tabiat nak duduk belakang sekali yang paling sempit dalam dunia untuk manusia lebih inci.itu terjadi bila aku sengaja nak cari pasal dengan adik.hobi, nak buat cemana.HAHA.

the sisterhood of baju raya cottons (except si kecik bertudung merah makngoh.that's my cousin's daughter).ada lah unsur Kpop sikit sebabnya adik-adik aku sekarang dalam era obses Kpop.zaman aku dah lepas, sekarang sikit-sikit ada lah.adik aku yang nak SPM tahun ni, kau sebut lagu apa artis mana aku rasa semua dia tahu.

tapi bila aku sengaja buat comel macam orang Korea (aegyo) suka buat tu dia menyampah pulak.

booyah.

p/s: entri ni macam dah tersasar je dekat dekat nak habis.HAHA.

Friday, September 14, 2012

Lego...Lego...Legoland!

tajuk entri sungguh cheesy.

Assalamualaikum.

been busy lately.tak terkejar rasanya.lelah.luggage yang bawak balik dari rumah minggu lepas pun belum unpack lagi.over tau.

well.last week we went to Legoland, Nusajaya for a visit. pihak Legoland menjemput guru-guru dari sekolah-sekolah terpilih untuk melihat sendiri keindahan Legoland yang terbesar di Asia ini, katanya.Alhamdulillah.it will be officially open to public this Saturday (expect a big woohoo around that area on Saturday).we had been there, done that.teehee.twice actually.pergi minggu lepas dengan cikgu sekolah, then this week they gave us chance to bring 4 friends to roam inside Legoland and try the rides, FOR FREE.(rezeki bergolek tengah praktikum teeheee)

thank you very much, Legoland.
now one of my big dreams come true.

xoxo,
dahulu seorang kanak-kanak perempuan obses Lego.

you can't compare Legoland with Genting Highlands.they're wayyyyyyyy too different. if you're more to extreme rides and cold weather, go to Genting.but if you have kids and you want them to have fun learning,at the same time you loveeeee roller coaster (hello geng!) and all...come to Legoland right now please.

Legoland is a HUGE place full of Legos (yay! if you love Lego).so no heels, pretty please. flats or sandals will do.I just wore crocs-like-sandals, but after 3 hours roaming around I can't feel my legs anymore.sampai bilik, terus terdampar atas katil macam ikan paus.

Fareha tells story better than me, so go check hers HERE.and more pretty photos too!
Puan Seri Aten's version HERE!

these were taken by me, using my one and only not very canggih phone.

monsters and dinosaurs made from Lego.like so chomel.  

 'Hello Cleopatrahhhh!' said Fareha.she reallyyyyy wants to go to Egypt.I guess now maybe 1/3 of her dreams has been fulfilled by Legoland :)

 I drove this boat.and I took this photo while driving it.then tetiba my friend saw me and shouted, 
"hey guna handphone sambil memandu!" tanpa segan silu.but obviously this boat is not a speed boat.berenang pun lagi laju kot HAHA.

ABSOLUTE HAPPINESS. 


magnificent castle.

kalau pergi Legoland, jangan lupa bawak kamera ok.dalam tu memang cantik gilon.banyak tempat boleh berposing sakan uols.macam oversea pun hado.so far, hampir semua rides dah naik (especially the roller coasters lah kan dah nama pun big fan).tapi roller coasters dekat Movie World Australia lagi ganas kot sebab meragut nyawa brooch-brooch kesayangan.saya suka jerit kalau naik roller coaster.bukan jerit takut.hanya sekadar jeritan memecah kesunyian (cannot go la this one). so bila jerit, you know right.but sometimes, bila roller coaster itu ekstrem melampaui batasan, jeritan juga bisa menjadi luar biasa.boleh agak kot cemana boleh hilang brooch.HAHA.

dah beli tiket pergi Legoland?orang Johor wajib pergi kot.dah dekat dah tu.

dengar kata next year nak bukak waterpark pula.homygosh so excited~!

till then.


Tuesday, August 28, 2012

My Raya [teaser]

Assalamualaikum :)

SALAM AIDILFITRI, SALAM LEBARAN, SELAMAT HARI RAYA!setelah sekian lama, hari raya kesepuluh baru boleh buat comeback di alam maya.dasarrrrrrr.HAHA.terlalu sibuk kutip duit raya ahaks.this is my Raya in Msia after two years abroad so expect the unexpected.tetibah.

23 years old and still get duit raya.oh oh ohhhhhhhhhhhh life is so awesome.

can't write much.ATM vs Kelantan is on TV now.I'm not really a big fan of football but still membising tak tentu hala mengarah pemain sesuka hati bak ladyboss di hadapan televisyen dalam rumah sendiri.sebab tu abah give up kalau tengok bola dengan anaknya yang seorang ini.biarpun tak kenal langsung pemain bolasepak masa kini (dulu aku kenal Azizul Kamaludin dengan Khalid Jamlus.fan-girl yaww.HAHA.), roh jurulatih tak bertauliah membara tak kira masa.

I'll write more, in future.tak boleh janji bila.sebab mood menaip muncul tak kira masa.dan itu sebabnya yang ini dipanggil TEASER.jika ditaip lebih, bukan teaser.hawhaw <-- ketawa versi rayakah ini?

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
(tak sempat ucap raya pertama, raya kesepuluh pun boleh la kan?:P)

uuuuu gayat.

Friday, August 10, 2012

of kasuts raya

entri lepas sudah berkisarkan baju raya, maka kali ini ayuh bercerita tentang kasut raya pula.

tahun ini (dalam kata lain, RAYA tahun ini) adalah yang paling mengujakan (if you are my blog readers since 2010/2011, you'll know why.but if you just arrived here few days ago, welcome to my blog.feel free to read my previous previous posts teehee).

lagu raya sudah berkumandang di corong radio.sungguh indah perasaan itu.sedar tak sedar je Ramadhan kali ni berlalu.cepat betul.tambah lagi bila praktikum, jadi tak sedar dalam bulan puasa sebab anak murid hyper melampau tak kira masa.sudahnya aku yang keluar kelas mengesat keringat di dahi.pergh ayat.

speaking of kasut raya, usually I prefer sandals.just sandals.senang, cepat.lebih lebih lagi yang sarung je tu.mudoh benor nok gi beghaye bak kata orang Pahang.keluar masuk seratus dua ratus rumah pun masih OK.siap boleh gimme more gimme more.

TAPI, tahun ini adalah lain.sebab ianya ialah tahun yang paling mengujakan barangkali.believe it or not, I bought a pair of heels.high heels, yes.FIRST TIME in my life.

FYI, I'm 167 centimetres tall.yes one-six-seven-centimetres-so-tall-oh-yeah.so being a normal me, I always prefer...

...flats...

...sandals...

...and crocs celup (sebab tak kuasa ngabehkan duit beli crocs original T_T)...

jadi, high heels merupakan vocabulary baru dalam kehidupan.

Welcome to my life, high heels.

me (167cm) + high heels (2 inches) = (you can write your answer here)

it happened when we (me, Fareha & Aten) went to AEON Bukit Indah with a purpose unrelated with shoes.  but ended up with a pair of shoes each.HAHA. I just walked around the area, tried this and that shoes to kill the time. got tired and ended up near a rack of heels. being me, I didn't focus much on heels.

I stood there and tried one.

hmmm verryyyyy nice and comfy. I though the one like this usually 'bite' our feet. but this one is not.

'hmmmmmm.hmmmmmmm sooooo comfy.and pretty!'

I FREAKING LOVE SHOES WITH FLOWERS OR RIBBONS!so any shoes with flowers or ribbons are pretty, for me. well most of my shoes have flowers or ribbons on them, so yeah.

I just stood there for about 30 minutes to think whether I should buy this lovely lady or not.

well, you know the answer.

so, kasuts raya checked.

(see the 'S'.told ya I'm a shoes-holics.)


Saturday, July 28, 2012

sisterhood rocks


sisterhood rocks the world with Batik (baju raya last year)

this year, lets rock the world with cheetah's prints.

HAHA.

Wednesday, July 25, 2012

cerita ceritu Ramadhan 2012

Assalamualaikum & Salam Ramadhan Al-Mubarok (loghat Pahang)

update versi pantas.jadi mari kita gabungkan kisah satu minggu menjadi satu.

Bazaar Ramadhan.
been there.twice.two different bazaar.dan hampir tumpas di medan perebutan membeli juadah.mujur mujur tak pengsan je.orang ramai takyah kira lah.masa pergi yang dekat Giant Extra haritu, siap bertolak-tolak.mujur tak tersembam atas ayam golek.tak pasal-pasal terbukak puasa.setelah diconsider, bazaar hanya akan dituju ketika hari minggu, iaitu hari kekuatan badan ialah dua kali ganda.kalau pergi hari sekolah, memang lembik lah cikgu.

excited.haruslah sebab dah dua tahun puasa tanpa pergi bazaar Ramadhan.tapi bila tengok orang ramai, jadi macam nak pitam pun ada.beli nasi sebungkus terus cabut lari.tak sanggup bersempit bermadah helah celah-celah orang.nak memilih pun terus jadi tak kowser ahkak.

what's up?
FA.IZ Photography dalam mode pause ketika ini.agak sibuk di sekolah.plus, kamera aku dilanda kulat disebabkan ketidakprofessionalan suatu pihak (malas nak mention nanti emosi tak pasal).aktiviti dikurangkan atas faktor-faktor yang lebih perlu dititikberatkan sebagai pelajar tahun akhir.foto masih banyak belum diupload (itu berpunca daripada tahap kemalasan melampau tuan punya blog.harap maaf.)


my cikda is so dirty.ketebalan kotoran sudah hampir 3 inci.foto diambil ketika kali terakhir beliau dicuci secara manual beberapa minggu yang lalu.punyalah tak ada masa nak hantar cuci kononnya.nak buat macam mana, bila nak hantar cuci, hujan pula.tak ke membazir tu ye tak?


but thanks to cikda's colour, kotoran 10 inci pun agaknya tidak berapa kelihatan dek pandangan mata kasar.HAHAHA.


currently reading this and i'm so into it.simple yet funny.bought in Auckland last year tapi baru baca tahun ni.irony much?HAHA.

till then.I don't know when I'm gonna write again.

take care, peeps.


Thursday, July 19, 2012

Ramadhan 2012

Alhamdulillah.
diberi peluang bertemu Ramadhan (insyaAllah) di tanah air tercinta, setelah dua tahun bermusafir di bumi asing.gituh kan ayat tak boleh bermadah helah lagi.
semoga kita semua sentiasa diberkati dan dilindungi Allah S.W.T sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ni.azam Ramadhan kali ni, aku mahu menyahkan lemak-lemak degil melampau.katanya nak beraya sebagai Megan Fox Malaya.HAHA.

dua tiga menjak ini, aku ketandusan idea untuk berblog.kekreatifan banyak disalurkan ke tempat lain, yakni bilik darjah.setiap hari, muka aku yang pergi fotostat worksheets.setiap masa, meja aku paling teruk bersepah dalam bilik guru semata-mata buat teaching aids.cebisan kertas berterbangan seantero dunia, akulah punya pekerjaan itu.

anugerah guru berdedikasi, please.

Selamat Berpuasa buat semua.aku dah berasa bahang bahang kesibukan sebagai bakal guru.tak terbayang cemana kalau dah kahwin lepas tu jadi cikgu.ok salah.jadi cikgu lepas tu kahwin.kena jaga suami lagi, anak murid lagi.budak darjah 1 lagi.

aik apasal budak darjah 1?

sebab diorang ni manjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tahap ketujuh puluh tiga ribu billion.semua benda nak cerita dekat cikgu.tak kiralah cikgu tu mengajar dia ke tidak.pukul berapa pun nak bagitahu cikgu.jam baru, kasut baru, kena cubit, kena pegang semua bagitahu cikgu.paling comel, duit sepuluh sen jatuh dalam longkang pun report dekat cikgu.cikgu cakap "alah seposen je pun" dia cakap "nak jugak".mujur cikgu cakap "nanti cikgu bagi seposen dekat awak".kalau tidak, mahu diangkatnya penutup longkang demi duit seposen tersayang.

guru penolong kanan bercakap dekat depan, diorang sibuk nak bercerita dekat cikgu.mentang-mentanglah cikgu harini comel terlebih sebab pakai tudung bersulam atas kepala dari Indonesia.

OK.SELAMAT BERPUASA (baru sedar dah kelaut padahal sepatutnya tulis pasal Ramadhon je HAHA)

lukisan paling cincai cincau dalam dunia.

Semoga Ramadhan kali ini dilimpahi rahmat dan barakah dari Allah S.W.T.
Jom banyak banyak baca Quran dan kumpul pahala!


Saturday, July 14, 2012

Reza & Ekin|The Solemnization|25th May 2012.

Date: 25th May 2012
Location: Pekan, Pahang.
Reza + Ekin 








Friday, July 13, 2012

si tomey tomey

Assalamualaikum.

Hi, long time no see.kehidupan semenjak dua menjak ini ialah sedikit sibuk (banyak sebenarnya) berbanding kehidupan biasa sebagai seorang pelajar.

blog-blog anda masih dibaca, setiap hari kalau yang rajin update tu. cumanya tidak berkesempatan untuk berkomen-komen.kerana ada tugas penting lain menunggu untuk diselesaikan; rancangan pengajaran dan pembelajaran, alat bantu mengajar, nota, refleksi et cetera.(maklumlah bakal guru cemerlang.giteww).

mimpi apa tetiba terajin nak menaip malam ini, entah.biasa waktu macam ni aku dah di alam mimpi.mungkin sebab esok kena observe pertama kali, terus kena darah gemuruh sampai tak boleh tidur.

ok tipu.sebenarnya aku dah terlelap petang tadi lepas balik sekolah.jadi, sekarang mata aku buat mogokan berjaga.tapi sekejap lagi bakal tumpas juga nih.HAHA.

and now meet my tomey tomey...


thanks and muchas gracias to adik comel Ryna Tri Asmara sebab tolong kakak dalam misi pencarian case telefon comel idaman gadis masa kini.case jenama LG adalah di tahap RARE dekat Msia.serius, aku tanya kedai jual case telefon semua tak ada jual LG.kalau dekat JB takde, dekat Kuantan lagilah selamat jalan romeo.sadis sungguh realiti kehidupan.nampak sangat racist dekat LG.mujur tak bakar kedai.hello, LG pun awesome ok.terhempas dah berapa kali tapi masih gagah bak harimau bintang.hewhew.

by the way, kalau nak cari case telefon comel berserta aksesori idaman gadis comel masa kini, boleh tengok SINI - CIk Yana Official Blogspot.

sedangkan LG pun ado, apetah lagi jenama terkemuka dunia seperti IPhone, Samsung Galaxy & Blackberry.jadi, kalau nak jadi comel macam aku, cepat beli case comel ni.HAHA.

ok itu contoh nasihat yang tak berapa berfaedah.

mari kita recap bersama-sama zaman jahiliyah telefon bimbit aku suatu ketika dahulu.

 Auckland, NZ (Summer, 2011).beli telefon seminggu sebelum balik Msia.tak sempat beli case (tambahan pula, harganya mahal melampau). bila parcel tiba, haroslah jadi manusia paling excited dalam dunia.almaklumlah sebelum ni tak merasa pakai telefon canggih.canggihlah sikit dari yang dulu.jadi, jangan persoalkan kenapa bergambar dalam tandas universiti.waktu ini, rupa telefon masih boring.tapi sebab excited, jadi layankan ajelah.

Disember, 2011.Malaysia.
masih boring.sebab bila pergi semua kedai case telefon semua tak ada jual LG.dang.sedangkan emak punya telefon pun ada case warna pink lubang-lubang.lepas tu angah punya warna pink gelap berlubang lubang jugak.kakde pun ada warna ungu lubang-lubang.masa tu banyak orang jual case berlubang-lubang nih.boleh kata trend semasa juga lah.

aku takdelah nak ikut trend pun.tapi tetiba telefon aku je macam paling plain boring dalam dunia.

sebelum beli case yang bertelinga ni, aku ada case warna merah jambu (I kan girlish HAHA).agak mahal nak compare dengan case telefon yang jual bebanyak tu tapi berbaloi sebab casenya gagah gitu.itu pun jumpa dekat Danga City Mall, dekat kedai telefon LG.

sekarang ni tiap-tiap hari rasa comel bila pegang telefon.HAHAHA.

p/s: motip sangat cakap pasal case telepon.by the way, saya memang peminat aksesori.maka atas sebab itu, case telepon termasuk dalam kategori perkara yang diminati saya.teehee.


Wednesday, July 11, 2012

Friendship Photoshoot - Jmie, Niza, Dee, Ijan & Essy

Dear Sis Jmie & friends, 
Thank you for choosing us to capture your sweet moments together.


With loves,
FA.IZ Photography.

Date: 18th May 2012
Location: Botanical Garden, Putrajaya.
Photo by : Nur Izzati






If you want us to capture your sweet moments with your girlfriends, please don't hesitate to contact us ya!:D

izzatinur33@yahoo.com
farry_3377@yahoo.com

Copyright Reserved 2012 @ FA.IZ Photography

Monday, July 2, 2012

kekasih gelap

hari pertama berlalu.dan aku sudah sakit kepala di petang hari dek kerana terlalu memikirkan apakah aktiviti efektif untuk pembelajaran kanak-kanak esok."berehatlah sekejap" dan dalam jangka masa kurang dari sepuluh saat, aku sudah di alam maya.hey alam maya~!

nothing interesting on Facebook nor Twitter.and I don't use Intagram, so yeah.Google, here I come.

first thing first, aku teringatkan Nishikido Ryo kekasih gelapku di zaman jahiliyah dahulu.jahiliyah?dahulu, aku terlalu obseskan si Nishikido ini sehinggakan broadband selalu off limit penangan aku mendownload video secara pukal.apa-apa video tentang si Nishikido ini aku download, hinggakan video beliau makan pun masih wujud dalam external disk harta zaman purba aku ini (sebenarnya semua video masih wujud.nampak sangat heh). itu belum termasuk foto-foto lagi.sanggup ok google NISHIKIDO RYO lepas tu download sekeping sekeping sampai sempurna satu folder beratus gambar dia sahaja HAHAHA.

he is no KPOP.he is JPOP.haittt arigato gozaimassss!

lalu aku google Nishikido Ryo, kononnya menggamit memori lama.dan kemudian oh-em-gee entah berapa lama aku duk tersengih sesorang HAHA.

mesti ada yang pelik amende lah si Nishikido Ryo ni ada heh sampai orang duk tergila-gila kat dia?

ok start!


ini bakal terjadi apabila aku membuat riak wajah serius di hadapan manusia kecil esok.


toink toink toink [efek bunyi buat sendiri]

wuarghhh nervousnya besok!


this entry is so immature, I know.fan-girl sangat HAHA.


Thursday, June 28, 2012

#Bandung - Pasar Baru

yay entri Pasar Baru is finally here~!

Assalamualaikum wbt.

So I have about 3,4,5 okay 10 minutes to finish off everything about Pasar Baru in one go.alangkah bagus jika bisa bervlog.eceh gitu.padahal akulah orang yang paling tak berkenan berada di dalam video.ambil video, suka.namun jika aku di dalam video, awkward pula.sungguh aneh punya perangai.

seperti yang diberitahukan, hotel yang kami diduduki ialah sungguh dekat dengan Pasar Baru.jalan kaki 10 minit sudah sampai.jika berlari pula, kurang dari sepuluh saat jika anda pelari pecut negara.tapi sebab kita datang sebagai pelancong, jadi 10 minit lah.

suasana di sekitar Pasar Baru ialah super busy, I tell you.kereta sana sini.bukan kereta sajalah.semua jenis kenderaan.namun, pemandu pemandu di sana ialah sungguh berhemah.jika anda mahu melintas, angkat tangan minta tumpang lalu and you'll be fine.dalam kes kami bertiga (aku, Fareha & Aten), aku paling bermasalah dalam hal melintas jalan.jadi, setiap kali nak lintas jalan aku menjadi insan yang paling dititikberatkan sekali.jika tidak, ada peluang aku merempuh kenderaan.HAHA.

disebabkan kami masih freshie di Indonesia (sebab flight baru sampai Bandung pukul 8 pagi,lepas check in hotel tak sabar terus meluru ke Pasar Baru.dasar shopaholics), bahasa Indonesia kami ialah lemah.dengar sekali, macam zaman P Ramlee pun ada.sungguh baku setiap sebutan.antara semua, aku ialah penonton sinetron paling tegar sebab setiap kali balik main bola jaring, adik aku tengah hadap Nada Cinta lepas tu entah cemana dengan aku sekali lekat depan tv sampai pukul 7 setengah.jadi, hari pertama aku bertindak sebagai translator, tapi translator tak berhemah jugalah siap tersalah sebut lagi KAHKAH.

Pasar Baru ialah syurga kain pasang, baju pengantin, tudung, kain ela, telekung,jubah fancy, kelengkapan umrah/haji/you name it, dan pelbagai jenis kain langsir what so ever yang dijual bermeter-meter.golongan emak-emak jika sampai kesini pasti tidak akan keluar dalam masa satu jam.jangan bawa golongan bapa kesini.boleh mengundang padah.kerana kain ialah permainan emak-emak.sedangkan golongan gadis masuk kedalam ini pun keluar selepas tiga jam, apetah lagi emak.

first day, kami habis pusing Groundfloor sahaja.kerana tak larat mengangkut barang kesana sini.tingkat-tingkat lain dipusing pada hari ketiga.masa itulah terjumpa tudung bersulam bermanik bagai sehingga lupa dunia.jadi, apabila tersedar anda sudah tersasar dari jalan kebenaran sehingga wang juga berkurangan, bawalah diri keluar dari Pasar Baru.kalau tidak, lima juta rupiah juga boleh habis sekelip mata.

Tawar-menawar ialah suatu skill yang perlu anda kuasai jika bershopping di Pasar Baru.the more you bargain the more you get.habis tiga jam dalam Pasar Baru, dah fluent cakap Indonesia.tawar-menawar punya pasal.hewhewhew~

pictures time~!kameraku dihantar servis yang sampai hari ini masih belum siap.jadi, aku sepenuhnya bergantung kepada kamera telefon 3MP.tapi takkanlah seorang shopaholics sempat mengeluarkan kamera untuk merakamkan keadaan sekeliling apabila kain pasang di depan mata?AH-HA.

For all photos, credits to Fareha.



sempat tau.memborong baju I LOVE BANDUNG.sebab emak cakap boleh buat baju keluarga masa pergi main bowling.at the end of the day, salah saiz untuk aku dengan emak.sobs.



Bakso Indonesia.lain rasanya jika hendak dibanding dengan Bakso igauan keluarga di pasar malam kampung tok Amalina.

Jus Alpukat & Jus Mangga (kuini sebenarnya).ingatkan ada ais, tetiba pure juice begini sahaja.sudahlah tekak Malaya memang minum ais.sadis perasaan lepas shopping begini.

aku lagi sadis.tak tahu Alpukat tu benda apa.tapi sebab ada kawan cakap must try, aku pun coba.boleh diterima tekak, namun enggak bisa dihabisin kok.aneh rasanya.

bersambung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...