Sunday, April 24, 2011

Day 3 : pahlawan hujan

hari ni, kitorang cover SeaWorld dengan Wet & Wild World pulak.takde abang Batman ke abang Superman dah.tapi masih excited.namun, langit tak selalu cerah.kusangka panas di tengahari, rupanya hujan dari pagi T_____T.

sebab itu ianya unforgotten.



hujan dia boleh tahan lebat jugaklah.habis basah kuyup kitorang.maka, permulaan ceritanya...



kitorang beli ponco sorang satu.ponco yang ada cop ok.HAHAHA.satu $6, dua $10.memang pandai diorang ni buat duit.padahal plastik biasa je, ada cop semua Worlds lepas tu ada hoodie.untung berniaga plastik macam ni.HAHA.tapi alhamdulillah, ponco ni jugak yang melindungi kitorang dari hujan dan panas [?].

first time pergi melawat tempat menarik pakai ponco.kalau pakai baju cantik ke seluar cantik ke tudung cantik ke memang tak guna dah.dalam semua gambar, ponco je yang menonjol.HAHAHA.




see??HAHAHA.

mulanya memang nak meradang jugaklah.penat tau pakai tudung cantik bunga-bunga pink [HAHAHA] semata-mata nak datang tengok singa laut.tetiba at the end of the day, ponco jugak yang banyak masuk gambar.

hujan itu rahmat Tuhan, tahu :)

maka, ponco pun poncolah.bukan kitorang je.SEMUA orang pakai ponco.HAHAHA.semua dah nampak macam Death Eater.cuma mungkin kitorang Death Eater baik sebab ponco warna putih.lepas tu semua muka nak suci murni datang tengok singa laut.kahkah.

betul weh.kitorang tengok singa laut.


olohhhh pandainya dia tepuk tangan


singa laut kiss makcik pakai ponco.chups chups.



ada banyak show.tapi kitorang tengok show singa laut je.lepas tu memang kitorang merewang habis.biarlah hujan pun.kasut masing-masing dah macam cebok penuh air.HAHAHA.benda paling tak boleh blah, kitorang sempat naik roller coaster lagi dalam hujan tu!pakai ponco ok!HAHAHA.

and once again, I lost one of my brooch.

ok fine.lepas ni kalau nak naik roller coaster, saya nak pakai tudung ikat belakang terus.malas dah nak berbrooch brooch.lama-lama boleh bankrap gua macam ni.kerjanya kena beli brooch baru je.

lepas dah puas merewang satu SeaWorld, siap pegang tapak sulaiman bagai, kitorang tunggu bas nak pergi Wet & Wild World.dekat sini gambar tak banyak sebab HUJAN.nanti kalau kamera masuk air, lagi meradang perempuan ni.

nama pun Wet & Wild World.haruslah berbasah-basahan ye tak?

alang-alang dah basah kuyup sebab hujan, memang seronoklah main air.


satu gambar ni je yang sempat disnap.

bila check kamera balik, ada sekeping gambar ni je.HAHAHA.lepas je entrance, masing-masing kelam kelibut nak tukar baju.kamera, beg entah mana terpelanting tak peduli dah.HAHA.

lepas simpan barang dalam loker, mulalah rambang mata tak tahu nak main yang mana satu dulu.kitorang pakai tshirt,seluar track dan tudung.haruslah mat salleh mat salleh semua duk pandang pelik apasal perempuan ni tak pakai sexay hah?Alhamdulillah tak ada syarat etika berpakaian dekat sini tau.kalau tak kusssss semangat.

kitorang memang excited gila kalau main air.orang lain tak ada pun menjerit macam horror sangat.HAHAHA.perempuan-perempuan ni memang.kalau tak jerit tak sah.

pergi taman tema air waktu hujan memang seronok.trylah.best!

Wet & Wild World ni haruslah memang wild.dia punya permainan tu memang kusss semangat mak saya nak main.tak sanggup turun punya.HAHAHA.tapi ada sorang makcik rileks je naik benda alah Kamikaze tu.sampai turn kitorang, menjerit bukan main budak-budak perempuan ni.HAHAHA.


photo from Google

dalam banyak banyak game, saya paling suka yang ni.bila tengok dari bawah, tak terbayang macam manalah nak main benda alah ni.sekali main, hah kau.HAHAHA.thrill gila.dahlah pelampung dia pun paling berat nak compare dengan pelampung-pelampung lain.tapi best.SERIUS BEST!

yang bestnya [lagi], dekat sini ada Hot Spring kot.merasalah masuk Hot Spring sekejap.kuikui.

balik je apartment, masing-masing longlai.penat main air.HAHAHA.malam tu kitorang masuk tidur awal, sebab awal pagi besoknya nak bertolak pergi Sydney.

tunggu cerita Sydney pulak ok.Gold Coast habis dah :)

20 comments:

Cik Sara said...

Wah..bestnya dia g jenjalan.. Tak bawa balik anjing laut sekor ke?? hehe...

Bestlah dapat main kat water world tanpa ada strict etika berpakaian.. menarik2x..

NzA said...

alahai hujan la pulak.....

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

oh jeles jeles jeles jeles jeles..mari berdoa agar satu hari nnt aku juga dpt rasa apa yg kau rasa..hahaha

sizuka[Izzati] said...

@cik sara: hehe.tak boleh bawak balik.dia nak duduk sana :P

kan.sepatutnya negara kita pun kena buat macam tu.tak perlu pakai pakaian mandi pun nak main dekat water world :D

sizuka[Izzati] said...

@sis nza: hehe.itulah.tp takpe.pengalaman :D

sizuka[Izzati] said...

@cik betty: HAHAHA aminnnn :)

NOOR FATIN said...

mak aiiiiiiiiiiii. bestnya! haha siap pakai baju hujan :P :P

singa laut tu, comelnya! xpnh tgk dkat2

sizuka[Izzati] said...

@noor fatin: hehehe.baju hujan tu style kan?HAHA!

serius comel gila.besar pulak tuh :)

Schubert Serenade said...

ponco!!!
makesure bawak je balik mesia nanti..jgn buang..even plastik..kenagan tu..dari luar...bukan selalu...:p

sizuka[Izzati] said...

@schubert: AHHAAHA memang kena bawak kot.bahan sejarah tuh.nanti boleh buat muzium :P

Far8 budak baik said...

waaaaaa best gile....
sumpah jeless...
dah ar aku ngidam sgt nk pi sana..
tgk dolpin tu..
uwaaaaa

sizuka[Izzati] said...

hehe.insyaAllah nanti murah rezeki sampai jugak kesini :)

baincardin said...

kasi HDR gambar ni, best! ^_^

sizuka[Izzati] said...

kan.tak reti bt HDR lg.haha.

Prince Halilintar said...

ini mendatangkan kejelesan tahap melampau..kan best klu prince yg gi tmpt ni..mmg enjoy sakan la..

p/s:ponco tu cantik la sekali pandang..tapi 2kali pandang nmpk cam pocong lak..hahahaa

sizuka[Izzati] said...

kan.nnti mungkin prince bleg dtg bcuti dkt sini pulak.hehe.

p/s: HAHAHAHAHA.ada bakat jd antu pocong tak?kahkah.

ASaDa RyutaRo said...

kanak-kanak ponco... hahahaha..

saya jeles skrg ni, nak join main air. lalala~

sizuka[Izzati] said...

HAHAHAHA.comel dak?

hahahaha jgn jeles pakcik.

shark said...

waduh..
bikin jeles nie..
xkn bw balik gambo jer..
kusyhen xdok ker:p

sizuka[Izzati] said...

hahahaha.bukan takat kosyen.sofa pun ade nih.haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...