Saturday, April 23, 2011

Day 2: From Brisbane to Gold Coast

On the second day, kitorang bangun awal sebab nak catch train dari Brisbane ke Gold Coast pukul 6.19 am.bermaksud, dah dua hari kitorang bangun awal pagi, yang sememangnya bukan waktu bangun normal untuk student macam kitorang HAHAHA.



sebagai seorang traveler ecewahhhhh, dalam train yang memakan masa hampir 2 jam perjalanan itu, kita HARUS tidur.HAHAHAHA.


tengok abang tu.melintang siap.sukahati dia je.tapi tak kisahlah kan.bukan train penuh pun.

izzati tak buat aksi lintangan macam tu ok.saya tidur dengan sopan HAHAHA.cuma tersengguk sekali sekala.alaaaa tipu ah kalau korang tak pernah tersengguk.kan kan?ayat nak cover :P

sampai je Gold Coast, kitorang nak check-in dekat Miami Shore Apartments and Motel.nak cari tempat ni punyalah sampai nak pengsan.sekejap sana sekejap sini.dengan luggage bagai.memang drama betul.waktu tu, kalau tersembam atas jalan pun memang taknak bangun dah.HAHAHA.sebab penat sangat.Gold Coast panas sikit.

this is Miami,Australia ok.bukan Miami,US.

cuaca Australia macam Malaysia.sangat macam Malaysia.cuma sejuk sikit dari Malaysia, tapi tak seram sejuk macam New Zealand.

dekat Gold Coast, kitorang beli voucher untuk 3 Worlds for $99.berbaloi memang berbaloi.makanya, dua hari dekat Gold Coast ni memang pulun habis-habisan nak menghabiskan semua Worlds nih.Warner Bros Movie World, SeaWorld dengan Wet & Wild World.

plan awal, nak pergi Seaworld dulu sebab dia jauh dari 2 Worlds yang lain.Movie World dengan Wet & Wild World sebelah sebelah je.tetiba entah kenapa complicated sangat sistem bas dia, kitorang lompat naik bas pergi Movie World.kononnya meredhai apa yang terjadi.waktu tu berserah je lah.memang tak ikut plan dah.

satu benda pasal Gold Coast: transportation dia MAHAL gila.nak pengsan rasa tiap-tiap kali naik bas.

tup tap tup tap sampai Movie World.seriously syok weh.rasa macam dalam alam fantasi HAHAHA.tu dia aku nak exaggerate dah.tapi serius BEST!dengan roller coaster yang so thrill kalah Genting.tapi kalau ikut saiz, obviously Genting Highlands lagi besar kot.sebabnya dekat sini more to Warner Bros Movie thingy.

the excitement is more than words.makanya, no more words from me.HAHA.

FACT: saya peminat nombor satu roller coaster.YES I'll scream my heart out but that's how I enjoy it.HAHAHA.


Superman Escape serius BEST!


ya ya ya thrill tapi BEST!sakan izzati menjerit.HAHA.


entrance.oh ya, dekat sini ada bendera Msia.tak tahu apa motif.mungkin, ramai visitors dari Msia kot.heee.


Harry Potter!!oh my...excited gila boleh.


ada rupa macam DIRT dalam cerita Rango tak?HAHAHA.


Scooby Doo Spooky Ride.ingatkan ride dia macam so-kanak-kanak mulanya.tetiba hah kau.disko habis.pesta menjerit aku dalam tu.HAHAHA.


Hi abang Batman!nak sain!


jalan sampai tak ingat dunia kan.pukul 4 baru pergi beli lunch.HAHAHA.Seafood Bucket is yummy!


Harry Potter Store, again :)


with Bugs Bunny yang soooo-comel :)





FUN FACT: saya hilang DUA brooches dekat Movie World.HAHAHA.mungkin sebab seronok sangat jerit sampai brooch semua nak terpelanting T____T.

dekat Movie World, kitorang terserempak dengan ramai Malaysian.mungkin datang bercuti.mostly dengan family.senyum senyum je lah kan.tetiba ada Auntie datang tegur kitorang.Auntie Norma, a very nice woman.borak-borak sekejap.dia cakap dia datang dengan husband & anak-anak dia, family vacation katanya.

at the end of the day, waktu kitorang dah nak balik tetiba terserempak lagi dengan dia & husband, Uncle Aziz.diorang menginap dekat Surfers Paradise.then they invited us to have dinner together at Maharani Restaurant, restoran Malaysia dekat Surfers Paradise.

kitorang bergegas balik Miami, siap solat semua then pergi Surfers Paradise.


Dinner with Uncle Aziz, Auntie Norma & family :)

lepas habis dinner, kitorang merewang sekejap kononnya menikmati suasana malam dekat Surfers Paradise.tengok tengok dekat sini ada lagi Eye On whatever nama dia.



malam tu, tidur lena yawww.penat berjalan, again.HAHAHA.besoknya kitorang cover SeaWorld dengan Wet & Wild World.the most unforgotten day.

nak tahu sebab apa unforgotten?tunggu next entri :P


11 comments:

Prince Halilintar said...

brooches hilang eh? nape xminta tlg kat abg prince je kat situ(Mr Batman)..hehe

nik rosmawati said...

wah.bestnya.jeles tgk kamoo jalan2 ni.bila akak nak sampai sana agaknya.tgk pics kamoo jea la.hehe

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

siyes berdarah hidung tgk percutian kamu nih..soooo jeles!

NOOR FATIN said...

seronoknya! seronoknya! bawak la saya pegi. bawak laaaaaa. nanti buat GA buat la hadiah tiket pegi balik pegi gold coast, hahah

ASaDa RyutaRo said...

enjoy gilos!

sizuka[Izzati] said...

@prince halilintar: HAHAHAA.nak mintak tolong dia TAPI dia takut risiko tsangkut dekat roller coaster :P

sizuka[Izzati] said...

@sis nik : hehehe.insyaAllah semoga akak dimurahkan rezeki.mana tau satu ari nanti akak smpai jugak.hehe~

sizuka[Izzati] said...

@cik betty: errrr.jangan smpai bdarah hidung cik betty.hehe.nah tisu :)

sizuka[Izzati] said...

@noor fatin: HAHAHAHA ajaklah faiq pegi :P.sy ni pun pegi balik dah kering kontang.nak support orang macam kena tunggu kawin dengan jutaria dulu.HAHA.

sizuka[Izzati] said...

@asada ryutaro: gila enjoy~!

NzA said...

wow.....bestnya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...