Friday, August 6, 2010

Junior tapi bukan Super Junior

hari ni tak dapat jumpa Junior.sedih tapi apakan daya.semalam punya excited nak Skype dengan Junior.tetiba hari ni Flatbush [sekolah Junior] ada connection problem T___T.jadi kami semua tak dapat Skype dengan anak-anak murid tersayang.*sob* kan drama tetiba.haha.lepas tu hari ni saya dapat special kit untuk ajar Junior sebab Junior belum boleh baca macam orang lain.memang baru sangat masuk sekolah.baru 5 tahun.like so comel kan baru nak belajar A Apple B Boy C Cow segala.teacher pun seronok tak terhingga.haha.macam aku pulak nak belajar A B C.tapi sungguh.excited betul nak mengajar guna kit ni.tunjuk A lepas tu tunjuk gambar.what is this?kan.dah nampak saya yang lebih excited dekat situ.lepas tu fakta baru tentang Junior.beliau kanak-kanak hyperactive.patutlah tak pernah reti duduk diam depan komputer.kacau orang sana sini.tapi masih sangat comel.paling comel bila Tom dapat mesej dari Louise [cikgu kepada Junior] pagi tadi lepas kami semua dah siap-siap kemas...

'we can't make it for the Skype Session today due to connection problem and we can't access bla bla bla.then..JUNIOR IS VERY UPSET...'

oh my...comel gila boleh?touching sangat=)
Junior u miss me?hahaha gila perasannnn~

siapa yang tak tahu siapakah gerangan Junior ini sila klik sini

Thursday, August 5, 2010

sudah begitu takdirnya

tajuk entri tak boleh nak dramatik lagi kan.haha.macam nak tulis novel.asyik asyik novel.asyik asyik novel.tukar tukar.komik pulak.eh sekejap.komik tak cool.haha dahhhhh.hari ni pergi school visit lagi.dan kali ini destinasi kami adalah Rangitoto College.INI BUKAN KOLEJ.this is one of the biggest secondary school in NZ.ini high school harap maklum.last week dah pergi tengok budak-budak comel mata biru.kali ni tengok jejaka-jejaka mata biru pulak.ehhhhh bukan jejaka.haha.adik-adik lebih tepat.okay okay adik-adik mata biru.haha~

mula-mula sampai ada Powhiri.lepas tu ada Haka.lepas tu ada persembahan menari menyanyi.oh sangat seronok.suara kemaen sedap.sungguh tak tipu.siapa tak tahu hape kejadahnya Powhiri dengan Haka tu pergi google sana.haha.betul.siapa nak tahu baik pergi google.please jangan mintak izzati terang.nanti semua pening.dengan saya sekali pening.haha.

ini encik jimmy.penulis blog jawa totok di bumi kiwi.mesti ada anda-anda yang kenal beliau.siapa tak kenal pergi berkenalan sana.haha.tak tahu motip letak gambar ni dekat sini.nak promote beliau mungkin?azmi sila cakap thanks sekarang.tahu ko dah famous tapi tak salah aku promote lagi kan?*motif sebenar nak letak gambar sendiri je tapi nanti kalau dia ni tahu 'crop' gambar dia mesti bising gila pot pet pot pet*haha~

ini group observation saya.oh yes the only lady in the group.kan.dan yang sut biru tu student rep[representative] yang bawak kitorang jalan-jalan mengembara ke seluruh kawasan sekolah.MENGEMBARA sebab sekolah tu memang besaaaaaarrrrrrr.nasib baik tak pakai heels.kalau tak mesti dah junjung heels atas kepala.haha.eh tak jelas muka dia?sekejap sekejap.hahhhh haritu tak tengok lagi budak kecik mata biru kan?sekejappppp.nama beliau Daniel.17 tahun.tinggi dan comel.haha~tapi beliau bukan budak kecik mata biru.

nahhhhh.lebih jelas.guys only.kan muka masing-masing seronok sebab tema gambar macam GUYS ONLY.derrrrr.haha.eh Daniel dulu masa kecik dia budak kecik mata biru jugak tahu.jadi ini budak kecik mata biru versi teenagers.suka ke tak suka?saya suka.kan izzati.hahaha.haish haish adik tuhhhh.adikkkkkk.[khairul,ni i main-main je okay.i sayang u sorang je:P]

like seriously i was meant to be a primary school teacher.betul ni.sungguh sungguh betul.saya tak rasa saya boleh deal dengan bigger kids as in teenagers.saya tak rasa saya boleh kontrol diorang.saya tak rasa saya boleh sabar dengan mereka.jiwa ni rasa lebih ngam dengan kanak-kanak kecil walaupun kerenah bermacam-macam:D

eh besok ada skype dengan Junior.kan tetiba seronok besok jumpa Junior lagi dekat Skype.hihi.

Wednesday, August 4, 2010

baby :D

tanpa keliru dan ragu saya ingin memperkenalkan baby-baby saya kepada anda pada hari ini.selama ini baca entri sizuka asyik sebut 'my little baby' 'my baby pink' 'my baby orange polaroid'.ntah hape kejadahlah benda-benda itu.kalau ada ruang gosip dah lama keluar, eh eh izzati dah ada anak ke?umur berapa?rasanya nikah pun belum.kan.haha.bermacam lagilah.jom berkenalan dengan anak-anak kesayangan sizuka.eceh 'anak-anak' macam tak sesuai.rasa macam dah tua pulak.haha.ok ok tukar.baby-baby sizuka.baru COOL.heeee~
beliau adalah 'my baby pink' yakni my first daughter.eh kenapa daughter?sebab beliau warna pink dan saya suka pink dan saya rasa beliau akan sangat COOL jika beliau adalah daughter dan bukan son.haha.beliau sangat berjasa di saat-saat mummy [saya] bersuka duka hidup tanpa kamera dan hanya berbekalkan kamera handphone 1.3MP.beliau muncul dengan 12.2MP.wah wah wah.haha.
ini my first son.'my little baby'.nampak disitu tak sesuai gila nama 'little' dengan saiz baby saya yang ini.saya memanggil beliau 'little baby' adalah sebab antara semua-semua baby ini, beliau yang paling manja dan perlu dibelai setiap masa.tak boleh main baling-baling macam compact camera.tak boleh kena hujan.tak boleh kena panas.nanti demam mummy yang bankrap.muahaha~eh eh kenapa son?sebab beliau agak macho dan kacak bergaya.jadi saya rasa son adalah sangat sesuai dengan beliau.lagi satu sebab baby sulung dah daughter.jadi baby second nak son pulak.dan dan...haha sesuka hati kan nak selang-seli.betul lah.kalau anak sendiri boleh ke suka hati nak daughter lepas tu nak son?kena merancang lebih teliti mungkin.haaaaah sudaaaah.dah masuk bab alam perkahwinan dan beranak ini bermaksud sudah lari dari landasan kebenaran.hahaha.bukan bukan.landasan kebenaran juga tapi belum sampai masa.kan.

ini baby bongsu yakni adik paling terkecil dan termuda sekali.cuba teka beliau daughter atau son?cepat cepat cepat.haha.beliau adalah son yakni sesuka hati akulah nak letak beliau son atau daughter.haha.tapi mungkin son lebih COOL dengan beliau.sebab warna agak melampaui batas dan menyerlah.jadi son lebih sesuai.anak gadis tak boleh menyerlah-menyerlah sangat.beliau 'my baby orange polaroid'.belum pernah mencuba baby yang ini sebab fulus masih jauh untuk dicapai.sabar ok baby.nanti bila poket mummy ada fulusnya,mummy belikan film baby ok?hoih hoih saya tak gila.ini monolog kasih sayang antara mummy dan baby.haha.oh ya dan beliau adalah polaroid kamera.sangat gojes kan beliau.kan mummy dah puji baby sendiri.habis tu siapa lagi nak puji you baby.mummy je.haha~

oh ini bukan baby saya.ini baby khairul.baru tiba dari Canada semalam.puiyoh jauh gilaaaaaa kan.tapi memang berbaloi-beloi penantian beliau selama 3 bulan shipping.sekarang masa untuk Ah Long kutip hutang.hahaha.it's showtime!

saya sangat sayang baby-baby saya dan juga baby khairul kerana saya bersusah payah kerana beliau.haih semua pun mummy perlu bersusah-payah.macam mana kalau ada baby yang real nanti.wah wah berangan dah.haha sudahhhhhh.

tadi ada orang gila buzz dekat ym.mintak maaf ye semua.zaman berborak dengan orang yang tak dikenali dekat ym dah jadi zaman purba kala.ada orang cari jodoh guna ym.and i was like ???.one word GILA.synonym CRAZY.kadang-kadang sampai rasa annoying gila rasa nak hentak laptop dekat kepala orang itu.tapi mana boleh.laptop itu nyawa.laptop itu jiwa.lebih sayang laptop dari kepala orang itu.MESTILAH.dan biasalah alasan baik punya yang saya selalu guna kalau diorang dah sibuk nak berkenalan sangat.

'oh sorry i need to send my husband to work now'
'i am too busy with houseworks and my child'
'i'm married and have 4 children'
'i am fat-ugly old woman with 89kg weight'

lepas tu memang macam suis automatik weh.erm okay nice to meet you watever.HAHA.tapi ada yang gila taknak percaya memang aku report as spam.padanlah muka engkau.nak cari jodoh pergilah agensi cari jodoh.senget betul.menserabutkan kepala otak dan neuron je.lagi satu diorang ini dari serata dunia tahu.budak-budak kita ada.alah budak-budak yang baru nak naik ni.sangat mentakutkan.kalaulah diorang tahu dengan siapa diorang berhadapan.

oh ya hujung minggu ni perlu membawa baby-baby beriadah rekreasi supaya menjadi sihat dan kuat.Mt.Eden mungkin?heeeeee~

Tuesday, August 3, 2010

raja monopoly.ngahaha~

siapa cakap izzati tak terer main game komputer?jangan ingat tangan yang main masak-masak tanah dalam tempurung ni sebarangan tahu.haha.tengok tengok tengok.tengok siapa bankrap dulu.KAHKAH.gila jahat kan aku.tapi nak buat macam mana.ada orang terer main zombie.ada orang terer main cooking academy.ada yang lain terer main burger island dan sewaktu dengannya.saya?kali ni cover monopoly pulak.i am the king of monopoly.kan.hahaha.siapa nak lawan monopoly dengan saya?addicted oh main benda alah nih.rasa macam zaman dulu-dulu main saidina tak pun jutaria.haha seronok pegang duit tebal-tebal.bina rumah berderet-deret.cumanya monopoly ni macam pening sikit.macam kena fikir lebih sikit.bukan macam saidina sesukahati bina rumah hotel bersepah sana sini.haha.lepas tu ini versi digital.nak pegang duit tebal-tebal?mimpi lah kau.haha.semua klik sana sini je.tapi bila menang dan victory boleh print screen macam ini.wah seronok tak terhingga.HAHA.

ini apabila sudah tiba the end of the game.Sizuka's Victory.sukaaaaaaaaaaa gila.hahaha.komputer kalah.king of games pun kalah.eh bukan.king of zombie.haha ampun ampun pakcik syaff.eh pakcik pol.aku menang kan?nak lawan lagi?hahaha~

ini buktinya assignment berderet tapi takde keje nak buat.hish hish hish.ko baca ni pol?pergi buat assignment sana.haha lepas ni challenge apa lagi?aku on je game lain.tumblebugs pun layan.cuma zombie bukan bidang kepakaran aku.itu hak milik kau sepenuhnya.haha~

kongsi-kongsi

this video make me cry.betapa mulia Nabi Muhammad S.A.W .the best of mankind.mesej yang cuba disampaikan oleh Maher Zain sangat menyentuh hati.dan kalau pertama kali anda menonton video ini.cuba tengok berulang kali.beritahu saya kalau ada yang tak rasa apa-apa lepas tengok video ni.




mood pagi ni agak perlahan.macam biasa ada homework.dan kena buat.sekian.
*haaaaah ada ke yang pelik tetiba izzati post entri macam ni?jangan pelik wahai rakan-rakan semua.sekarang kita kena saling beringat.sekarang sudah akhir zaman.saya nak beringat.dan nak kawan-kawan saya pun beringat.jadi sekali-sekala saling mengingati tak salah kan?:)*

Monday, August 2, 2010

durian,ikan patin dan...raya?

sekarang memang kempunan ikan patin.mak aih tak pernah tak makan ikan patin berbulan-bulan macam nih.tunggu hujung tahun depan kiranya boleh cakap bertahun tanpa ikan patin.haruuuuu haruuuuu.perut merana ikan patin masak tempoyak.sabarlah wahai perut.kan.padahal bersabarlah izzati.hoho.dekat sini takde ikan patin.kalau ada tak tahu apa nama dia.cat fish ke?itu ikan keli kalau tak silap.dekat sini tak selera makan ikan.tak sedap.semua ikan besar gila.mana nak jumpa ikan kerisi comel comel sepuluh ekor sekilo macam beli dekat pasar dengan mak dulu.pernah kepala ting tong sikit cakap dekat abah masa telefon 'abah pos ikan patin sekilo sini.hantar naik kapal terbang'.abah cakap dah pening agaknya budak ni tak dapat makan ikan patin.haha.saya pening kalau tak dapat makan ikan sungai.tetiba.haha.haaaaaa siapa nak beli ikan patin?contact abah saya.tauke ikan sungai live from Sg.Pahang:D
gambar ni google je.tak mampu nak tenung lama-lama.tergugat iman.

ini lagilah.tak pernah pernah buat rekod setahun tanpa memakan durian.tak pernah langsung.tiap kali musim durian yang paling awal bangun pagi-pagi pergi cari durian bawah pokok sebelah rumah adalah saya dan adik saya.WOW kan pokok durian sebelah rumah.memang WOW.haha.seronok gila.dengar bunyi berlari semua sekali pergi berebut nak kutip.macam banyak padahal kadang-kadang sebijik je.heboh je lebih.haha.lepas tu makan fresh fresh macam tu.durian panasssss.memang sangat terbaik.eh eh eh Auckland ada durian.adaaaaaaaa.tapi frozen durian.dahlah frozen.mahal lagi.rela puasa durian dua tahun.tengoklah balik nanti memang saya qada' semua sekali.haha.sepupu-sepupu ke adik-adik jangan gatal tag along dekat gambar durian yang korang upload dekat facebook.memang akan ku remove tag itu.terseksa jiwa tahu.

tak lama lagi nak puasa.lepas tu raya.dan beraya di perantauan.dan hari raya ketiga dah masuk kelas.dan tiada lagi moment mengutip duit raya.tiada moment berperang tepung dan telur sambil buat kuih raya.untuk jangka masa dua tahun ini.*sob*sob*.kau sedih sangat sebab tak dapat kutip duit raya kan izzati?haha.betul jugak tu tapi takdelah sebab tu je.first time beraya jauh dari family.sebak tahu.pulak nanti ada yang pasang lagu raya P.Ramlee ke Sudirman segala.mana tak haru.kalau menangis boleh buat dalam hati takpe.ini kalau lagi simpan lagi rasa nak raung kuat-kuat.sudaaahhh tak mahu sedih sedih.puasa pun belum.HAHAHA.kan dah over kau dah nak cerita pasal raya sekarang.izzati izzati izzati.kan.tapi rindu bazar ramadhan.boleh beli air tebu,air cendol,air kelapa,ayam percik.ayam bakar,nasi kerabu dan sewaktu dengannya.dekat sini TAKDE semua tu.semua kena masak sendiri.tengoklah kot-kot tetiba wujud bazar ramadhan dekat Auckland ni memang saya roger korang semua.

dapat award ni dari Cik Kepa.
Thanks Cik Kepa di atas kesudian anda menghulurkan anugerah ini kepada saya.tanpa anda siapalah saya.kan tetiba nak tacing.haha.

Sunday, August 1, 2010

gusti wrestling wwe

siapa suka tengok gusti dulu-dulu?siapa kenal The Rock?siapa kenal Stone Cold Steve Austin?dulu saya sebut nama dia 'setonkol stib ostin'.dulu masa muda-muda saya suka tengok gusti.tiap-tiap malam kalau tak rasa mengantuk bukak tv3 tengok WWE.hoih sape terkejut bila tahu izzati masa zaman muda minat tengok WWE tu?haha.tapi sumpah diorang memang ganas gila.tumbuk sepak terajang terbang terbang lalu menghempuk kepala musuh dengan kerusi besi.lawan dalam sangkar.uuuuuuuu ganasssss~sekarang dah takde masa nak layan WWE.namun nama-nama besar dalam WWE masih boleh sebut dengan jayanya.haha.punyalah impak WWE kepada insan kecil macam saya.dulu la kecil.sekarang dah besar.haha.kalau tak silap dulu saya pernah kumpul sticker penggusti wwe.selalu beli dekat pekansari.haaaaaaaah?haha saya pun nak gelak.

5 Ogos ni ada WWE Smackdown Live Tour 2010 dekat Auckland.whoot whoot mereka datang Auckland!punyalah seronok tapi mesti kena kecewa sebab poket bocor dan tak mampu untuk mengeluarkan $50 untuk sekeping tiket.wak lu tiket paling murah tu $50.haha~simpan dalam hati je lah.mungkin boleh tengok dekat SKY tv nanti.diorang cakap Rey Mysterio ada.wah wah wah.saya suka tengok dia.sangat hyperactive kalau lawan.kejap sana kejap sini.tahulah kecik.lepas tu bila menang macam best je kan.hahhhhh dah mula nak cerita pasal dulu-dulu lagi.dah dah sambung lain~

ini Big Show dengan John Cena.tak tahu mereka ada tak nanti.tapi saya selalu tengok mereka lawan dekat tv3 masa dulu-dulu.asal MC jerit BIG SHOWW!terus cari-cari mana Big Show.haha punyalah kan.padahal Big Show tu antara manusia terbesar dalam sejarah WWE.tak susah nak cari dia.erm saya suka masa dia ada rambut dulu berbanding sekarang.kan sesuka hati kau nak komen rambut dia.haha.John Cena sangat cool.dan juga sangat besaaarrrrr.eh kenapa mereka mesti besaaarrr ye?oh ya kan dah nama pun gusti.otot-otot mesti kena bagi kembang setaman.kalau kecik mesti habis kena lanyak dengan orang-orang besar macam Rikishi.hah siapa ingat Rikishi??saya ingat.haha~

mereka ialah half-brother.siapa tahu?saya tahu.haha.dulu saya paling banyak sticker The Undertaker sebab dulu saya rasa dia hensem sangat dengan rambut panjang mengurai dan muka garang arrrr.the best moment bila dia masuk dengan motor besar dia tuh.masa tuh rasa macam nak melompat 'go undertaker!'.haha dah over dah aku nih.muka dia garanggggg.takot~adik dia Kane sekarang tengah meletop.dulu Kane rambut panjang.nak sama geng dengan abang dia mungkin.sekarang Kane dah takde rambut.hah kau nak komen rambut Kane pulak izzati?haha dah dah.taknak komen.tapi saya suka dia masa dia ada rambut dulu.kannnn nak komen jugak.haha~

biasalah kan adik beradik saya memang suka bahagi bahagi orang ni minat siapa orang ni minat siapa macam bahagi Power Rangers dulu.angah geng The Rock, kakde geng Stone Cold, saya geng The Undertaker.yang adik bawah-bawah belum masuk era meminati WWE lagi masa tu.haha.kalau perasan yang minat WWE ni semua perempuan.kahkah.memang memang memang pelik.mungkin sebab tu semua garang.haha mungkinkah?*tetiba macam lepas ni ada episod baru 'jawapannyaaaaaa?'*

dah izzati orang tak faham apa kau mengarut.haha.

Saturday, July 31, 2010

dicabar dan mencabar

misi 2 tahun sekarang dah jadi misi 1 tahun dan 3 bulan.nanti balik Msia nak semua orang terkejut 'wah izzati dah kurus!'.boleh eksyen pakai baju masa zaman anak gadis muda remaja umur 15 tahun dulu dulu.haha.betul tak tipu.salah satu misi ala-ala 'melarikan diri ke negara orang' adalah untuk menyahkan lemak-lemak berkolestrol tinggi dan menjadi slim shady.wah gituh kan~
ini masa sangat baru keluar sekolah menengah.abaikan editing melampau tu.haha.nak jadi balik macam ni.tapi nak lagi kurus dari ini.boleh?tak pasti masa ni dah pergi PLKN atau belum.tapi macam sangat yakin baru lepas habis PLKN.sebab tu kurus.haha.tapi bukanlah semalam habis PLKN hari ini sudah ambil gambar ni.mustahil sebab masa PLKN saya burn sangat teruk.mustahil sangat cerah macam ini.haha.

ini gambar hujung tahun 2008.tak pasti nak kata kurus atau tidak masa ni.sederhana mungkin.tapi mungkin juga era tumbesaran lemak-lemak bermula masa ni.duduk JB best weh.nasi goreng ayam,mi bandung,nasi lemak kukus,nasi ambeng,nasi ayam penyet.siapa taknak makan.tambah lagi ABC Special Plaza Larkin.siapa taknak.aigoooo~
duduk rumah 3 bulan sebelum berlepas ke NZ memang perut sangat bahagia.tiap-tiap hari mak masak best-best.tiap-tiap hari makan banyak.dan tiap-tiap hari lemak bertambah dengan bersungguh-sungguh.sungguh sangat banyak penambahan berat badan sebelum ke NZ.sampai di NZ mengambil masa 3 bulan untuk kembali kepada saiz asal masa dekat maktab.dengan usaha yang sangat keras dan kental.

ini sekarang.erk beberapa minggu yang lalu sewaktu Cendol's Winter Trip.misi sekarang adalah untuk menturunkan lagi 10kg.tak tahu mungkin atau tidak mungkin.namun akan berusaha bersungguh-sungguh sewaktu Ramadhan ini.5kg pun akan sangat berbaloi-baloi.sudah ramai di Msia yang mencabar saya.inginkan perubahan sewaktu saya balik nanti.akan kubuktikan!*tetiba semangat membara*haha~

siapa lagi nak cabar?haha.cepat cepat.bagi semangat.kalau ramai lagi yang cabar baru saya rasa tercabar.kalau sikit orang cabar mungkin saya rasa macam 'oh sekeping dua coklat ni boleh lagi nih'.HAHA.oh ya mungkin ada yang pernah baca entri girls are meant to be round bukan?betul tapi takkan kamu mahu jadi round?mungkinlah bukan round.mungkin sedikit sfera.tapi bukan round.betul?

duduk dekat NZ sangat mencabar kalau nak menturunkan berat badan.coklat murah sangat!

p/s: siapa nak cakap saya kurus boleh cakap saya kurus.ataupun sederhana.sebab saya tinggi dari gadis-gadis biasa.tinggilah sangat kan.167 cm.BMI sekarang pun dah normal.tapi terlalu dekat dengan obesiti berbanding kurang berat badan.haha.tapi saya taknak aneroxia herbosa.ke berbosa?ke barbosa?ah abaikanlah.tapi nak turun berat badan.tu je.jadi tolong cabar saya please?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...