Friday, August 13, 2010

ingatlah orang yang tersayang

Salam Ramadhan.amacam puasa?hehe puasa-puasa jangan ponteng.tetibaaaa.sejak dua menjak tiga menjak ni banyak baca blog rakan-rakan yang mengulas isu buang bayi di Msia yang sangat super-hangat diperkatakan sekarang.boleh kata tiap-tiap hari ada orang buang baby.dalam tong sampah,tepi surau segala.paling baru saya baca tadi mayat baby dijumpai dalam lubang najis.astagfirullahalazim.dah takde cara lain ke selain membunuh?tak boleh ke biarkan budak tu hidup.what i mean is like, HELLO THAT'S YOUR CHILD.dah pandai buat anak,retilah jaga.hahh kau sekali kena.kalau taknak jaga pun hantar pergi rumah kebajikan or what so ever pusat kebajikan yang ada.berani buat berani tanggung.

bukan nak membanggakan warga NZ ke apa tapi mereka-mereka ni sangat menghargai bayi-bayi mereka.yes of course memang dah tentu agama kita dengan mereka lain.korang pun tahu orang putih hidup macam mana kan.tapi sekurang-kurangnya they will have a baby when they are ready.dan sebelum sebelum itu jika belum bersedia they will use full protection untuk mengelakkan dari membuat anak.ayat dah macam nak melebihi batasan tapi untuk buat anda-anda faham maksud saya, tidak mengapalah mungkin.haha ok abaikan gelak itu.sambung lagi.dan dalam muzium dekat Auckland ini wujud satu bahagian barangan bayi sahaja.yes macam pram, katil, baju-baju baby, toys dan sebagainya.the one yang classic punya style tu.that's one of the way the people here appreciate their babies.sebab kadar kelahiran dekat sini pernah satu masa dulu sangat rendah.banyak baby lahir tapi kebanyakan tak sempat membesar sebab sakit dan what so ever sebab lagi*perlu google untuk maklumat lanjut*.that's why kalau jalan-jalan dekat Auckland tak pelik tengok a white guy tolak pram with a baby inside sambil pimpin tangan his other two children.so sweet is it?jadi mereka tidak akan buang anak sebab susah nak dapat anak.bila ada anak akan ditatang bagai air sirap penuh jag.orang dekat Msia pulak senang sangat nak buat anak lepas tu senang-senang buang anak.booo-ya?

fareha tulis pasal kahwin.nak jugakkkk.haha.kadang-kadang rasa ada bagus jugak kahwin awal.boleh kurangkan kemaksiatan dan menghalalkan apa yang haramm.gituhh~boleh buat seseorang rasa lebih bertanggungjawab .dan matang mungkin.but it depends on people kan.macam saya, nak kahwin awal tapi mak tak bagi.hahaha okay gatal disitu.pernah berani-berani tanya mak pasal kahwin tapi mak cakap 'kerjalah setahun dulu...'.jadi begitulah ceritanya.hehe~

caucincau.sini takde soya cincau T____T

Thursday, August 12, 2010

hari ini penuh cabaran

hari ini 1st of Ramadhan di New Zealand.cuaca Auckland seram-seram sejuk macam biasa.baju tiga lapis pun belum pasti boleh menyimpan haba sepenuhnya.baiklah ayat berita terkini perlu ditukar kepada ayat lebih informal.bertukar!!haha over over.hari ni ada school-visit.macam biasa tiap-tiap hari khamis kitorang ada school-visit.tapi hari ni super-duper busy mengalahkan busywoman.gituhhhh~8am-2.30pm is for school-visit.3pm-5pm ada kelas Esol 201 dan jam 6pm-7pm adalah test EDUC223.

school-visit hari ni agak menarik.Remuera Intermediate.taknak cerita banyak tapi sekolah ni sangat awesome.awesome macam mana?dalam computer lab semua komputer iMac.ada technology class yang ajar budak-budak sewing, cooking.even ada kelas HIP HOP wa cakap luuuu.siapa nak ajar hip hop dekat sekolah wehhh.tapi sini ada.memang tip top punya sekolah.paling terbaik dah tentu cikgu-cikgu dia.rileks gila kot masa assembly siap buat drama.paling tak boleh blah pengumuman pasal siapa ada hilang duit, 'if anyone lost their money, please see me and tell about the amount also the serial number.' haha siapa hafal serial number duit dia?memang lawak sempoi gila.haha.and yes the school is awesome:)

ni waktu rehat.jakun tengok pokok sakura.cantikkkkkk kot.rasa macam dekat Jepun.ni kalau menipu gambar ni dekat Jepun ni orang percaya nih.haha~kalau tengok budak baju kurung pink tu memang dia pelik.cerita asal?angah cakap 'okay buat gaya power rangers!' budak baju kurung pink sangat patuh kepada arahan.akhir sekali dalam gambar ni orang lain semua normal tetiba dia sorang jadi power rangers.haha gilaaaaa~alahh mesti korang kenal lah budak baju kurung pink tuh.haha~

ini bunga sakura.bukan para-para sakura.bukan jugak cardcaptor sakura.kura-kura lagilah bukan.haha~

habis school-visit masuk kelas Esol201 pulak.rasa nak pengsan ada sebab penat pergi sekolah lepas tu ada kelas lagi.writing lagi.siap selalu kena aim pulak dalam kelas hari ni.izzatiii izzatii..

lepas kelas pergi solat Asar.masa tu dah pukul 5.15pm.test pukul 6pm.bukak puasa pukul 5.44pm.tiba-tiba teringat yang test ni kena bawak student ID.check beg.SAH!student ID tertinggal dekat bilik.ini kes naya.sangat menganiaya hati.i was like.OMG.my hostel is like 3km from university kot.waktu perjalanan biasa 30 minit.dan saya hanya ada 45minit untuk berjalan balik dan berjalan datang ke universiti kembali.dannnn puasa kot?badan dah lembik punya gagahkan diri berjalan laju balik HUIA[hostel saya].dengan baju kurung semua dah hilang ayu dah biarpun pakai kasut bunyi 'tuk tak tuk tak' jalan.sampai bilik apa lagi capai student ID,tukar pakai sneakers.lantaklah orang nak cakap apa.baju kurung comel dah tetiba sneakers kotak-kotak.haha layannnn~jatuh saham takpe asalkan tak terlepas test.bahaya oh.tetibaaa test tak payah tunjuk student ID pulakkkkk.*pengsan*

tetiba test pulak susah gila.berselirat otak rasa nak fikir jawapan.nasib baik MCQ[multiple-choice questions].kalau ada yang tak tahu nak jawab macam mana pejam mata lepas tu tunjuk jawapan guna pen.teknik lama dah tuh.dari PMR lagi.haha~tapi dalam hati Tuhan je tahu.Ya Allah hati dah habis redha dah nih.dahlah tak study mana,tak pasal-pasal kantoi test ni nanti T____T

lepas test rasa nak makan habis-habis.bukak puasa pun pow fries fareha sikit lepas tu muneera bagi donut sedap, lepas tu terus masuk test.pergi Munchy Mart dekat universiti konon nak beli air SAHAJA.tetiba ada Corntos murah.tahu tak Corntos?haha dekat sini ada jugak tahu.murah pulak tuh. 2 for $1.50.mula-mula nak ambik 2 je tetiba TERambik 4 pulak.kongsi dengan Fareha.heeeee~tetiba*lagi* masa nak bayar, cashier tu hulur sebotol Vitamin Water.izzati macam biasalah modal dia.buat muka pelik.HAHA.dia cakap 'you are fasting right?this one free gift from boss for Ramadhan.' sambil senyum.dalam hati ni, ALHAMDULILLAH~

dapat dua sebab sekali dengan Fareha.heeeee~ada hikmah segala perkara yang terjadi hari ini.mengajar saya erti bersabar dan redha dalam semua perkara.dan Allah bagi ganjaran rezeki Vitamin Water free untuk saya hari ini.Alhamdulillah thanks to Allah:)

p/s: terima kasih daun kari kepada makngoh selamoh dan miss faten sebab buat entri pasal blog worldofsizuka dekat blog diorang.JASAMU DIKENANG SELAMANYA~=')

Wednesday, August 11, 2010

pada suatu hari....

Zaman kanak-kanak tadika,
'Siapa puasa penuh hari ni dapat 10hinggit!' apa lagi berlumba puasa dengan sepupu semua.kalau biasa tiap-tiap hari puasa pun berlari sana sini macam tak puasa.haha memang tak puasa pun.tapi bila tok cakap 'siapa puasa penuh hari ni dapat 10 hinggit!' excited tak ingat dunia dahh.memang hari tu tak bergegar langsung rumah tok.bila cari mana budak-budak yang biasa menggegarkan rumah tok, semua tersadai atas lantai.nak puasa penuh punya pasal.boleh pulak tak logik gila tengah-tengah semua lembik dan kelaparan tu tetiba 'siapa kentut nih?hahhhh tok cakap kalau kentut batal puasa!' lepas tu semua pakat risau.macam mana nih.kalau kentut batal puasa.nanti tak dapatlah duit.kena tahan kentut lagi.hahaha mana datang tok cakap.suka-suka hati je buat hukum sendiri.punya nak berlawan siapa dapat 10 hinggit hari tu sampai kentut pun boleh batal puasa.memang tak tahu hukum betul.

Zaman darjah tiga,
[Hari 1st puasa dan cuti] 'Along,adik nak air teh o.' Kakde ke Ijat yang mintak saya pun tak ingat.elok je saya buat air teh o letak gula semua lepas tu siap amek cawan lain nak RASA.hahaha.gila senget masa tuh.tengah syok-syok minum baru teringat 'Emak!along TERminum air teh adik!' punya heboh satu rumah.haha.bising gila cakap 'TERminum lah bukan sengaja.mak cakap kalau TER takpe.'patutlah rasa best je minum masa tuh.macam lama tak minum teh.puasa rupanya.hahaha.masa ni hal hukum kentut boleh batal puasa tuh femes lagi dekat sekolah.sampai cikgu pun pening.bila dengar je kentut batal puasa, budak-budak darjah satu pakat minum air paip semua.hahaha~

Zaman sekolah SHAH PEKAN,
bila sampai je waktu bukak puasa, mesti ada bunyi meriam.kalau sebelum tu bising, masa bunyi meriam tu diam 5 saat, habis bunyi meriam semua 'aaaaaaaaa' tanda senang hati dah boleh isi perut.masa tu perang bunyi biji kurma dalam tray.sana 'ting' sini 'ting' sampai ada yang sanggup buat balingan jarak jauh semata-mata nak menghasilkan bunyi paling 'ting'.haih memang tak matang.kalau tetiba ada bunyi 'tang' pulak?apa tu?haaaaa itu nama dia makcik DM tengah hempas tray.tetibaaaa.haha.masa ni mitos kalau kentut batal puasa dah semakin hilang ditelan arus zaman.ok ayat karangan BM tingkatan lima untuk dapat A.muahaha~

Zaman di IPTI, Johor Bahru
'weh kalau nak gi bazar nak kirim nasi lemak kukus satu!kau pergi bazar stadium ke yang dekat Giant sana?' ayam percik, rangka ayam, nasi ayam, ayam golek, semualah.abc rock, air kathira,air tebu,air soya panas sejuk suam-suam kuku.nama pun duduk maktab.mana boleh masak.nak bukak puasa antara makan dekat surau atau makan dekat luar.sekali-sekala tekak nak rasa makan sedap pergi makan luar.paling dekat cenderawasih.oh itu pujaan hati.tak percaya pergi tanya budak IPTI.biasa makan mana?mesti jawab CENDE.nama famous itu.'kau dah beli tiket raya?cepat weh dah banyak habis dah.tak balik beraya lah aku.' tapi serius tak pernah terjadi lagi tak dapat balik raya on time.haha.musim-musim macam ni banyak ulat tiket.kalau jalan-jalan cari pasal dekat Terminal Larkin tu memang boleh jumpa banyak pasal.

Zaman sekarang di Auckland,NZ
'hari ni nak masak apa?dah kering idea nih.sahur macam mana?bukak puasa macam mana?' alhamdulillah sekarang winter.maghrib pun masuk pukul 5.45.tak merana mana.bayangkan kalau Ramadhan waktu summer.menderita perut.pukul 9.00 baru masuk maghrib.hoho.pulak puasa lambat sehari dari Msia.raya nanti pun lambat sehari.dah takde nak chop chop tiket raya.kenang daku dalam doamu je lah.tetibaa.tiada ayam golek,tiada nasi kerabu,tiada kuih-muih.sabarlah hatiiii~takde keje pagi-pagi hari.tapi dah sah dah.patut pun mak nak jahit baju oren tuh.berbaju orenlah saya raya tahun ni.selamat hari raya oren.tetiba kau puasa pun belum dah ucap hari raya.booooooo~ntah apa yang saya garis tu pun saya tak ingat.haha.oh ya.mesra dan prihatin.ecewahhhh.mesra mengumpul duit raya dan prihatin kepada jumlah duit raya?apa kata anda?haha.

suhu terbaik hari ini.4 celcius dan saya menggigil di luar sana.hari esok sangat mencabar.super-mencabar it is.jika ianya 1st of Ramadhan, saya ada school-visit 8am-2.30pm,kelas ESOL201 pukul 3-5 pm.pukul 5.44pm berbuka puasa insyaAllah dan Test 1 Educ223 jam 6-7pm.OH SWEET~*pengsan*

Tuesday, August 10, 2010

saya rinduuuu...

Malaysia.dan orang-orang di Malaysia semestinya.hujung tahun ni kebanyakan kawan-kawan saya akan pulang ke tanah air dan bertemu insan tercinta.ecewah.izzati?oh tak.saya tak balik.tak percaya?betul lahhh.tak balik.kawan-kawan yang pelik sikit ada tanya 'eh izzati kau tak balik?kau tak rinduuuu.............mak kau?' haha okay ayat macam nak terbocor rahsia dekat situ.baiklah keputusan muktamad.izzati tak balik Malaysia.izzati hanya akan balik Malaysia hujung tahun depan.baiklah muktamad.tutup kes.tetiba mana datang kes pulakkk.haha.

tahun ini dua kejadian besar saya sudah dan akan terlepas.pertama, sepupu berkahwin bulan Jun yang lalu.tiada muka izzati yang menyibuk buat hantaran dan mengisi gula-gula dalam kotak.tiada juga wajah izzati menyibuk tiap-tiap kali orang mahu ambil gambar.mana izzati?beliau di depan laptop di New Zealand dan menatap wajah riang gembira sepupu di hari perkahwinan.sadisssss memang sadissss.kedua, hujung tahun ni bapa saudara pula akan melangsungkan pernikahan.emak bertanya abah, 'taknak hantar duit dekat along ke biar dia balik pejah kahwin nanti?'.lalu abah menjawab, 'takyahlah.biar duduk sana.bukan apa pun.' lalu saya berfikir.mungkin abah merajuk dengan anak beliau.sebab masa abah sibuk tanya nak balik ke taknak, saya dengan cool menjawab, 'tak balik kot bah.nak kerja waktu summer nanti.hehehe.' padan muka izzati.tapi nanti ada benda yang kawan-kawan [yang pulang ke Msia] akan terlepassssss.sekali seumur hidup mungkin.haha.apa dia?apa dia?hahhh tunggulahhh.surprise surprise.

kawan-kawan dekat Msia mula puasa besok kan?selamat bertarawikh okay semua.kami di New Zealand mungkin akan berpuasa hari khamis.huyeh!ok bukan huyeh.sebab nanti raya mungkin akan lambat sehari*sob*.bersabarlah hatiiiiii bersabarlah izzatiiii.nasib baik masa itu cuti mid-sem.takdelah sadis sangat kutip duit raya dalam kelas.ehhhhh duit raya?hahaha.mak nanti jadi wakil along kutip duit raya dekat rumah tok ye.cakap dekat makcik pakcik semua, jauh dimata dekat dihati, duit raya jangan buat-buat lupa pulak.sekian,pantun dua kerat dari anak saudara tersayang dari perantauan.haha~

Monday, August 9, 2010

tak tertahan~

title macam biasalah.nak drama tapi bukan drama airmata.drama mata air.eh bukan.drama air mata kucing.sekejap.AIR mata kucing atau AIR MATA kucing?tetiba.haha.actually sejujurnya dah lama menahan hati dari mentulis entri tentang puasa, Ramadhan dan sewaktu dengannya.punyalah 'sabar sabar Izzati.tunggu besok nak puasa, malam ni baru tulis entri ucap Selamat Berpuasa dekat semua orang.baru gempak.baru cool.' namun kecundang di tengah jalan.tapi tak kena langgar sebab semua orang pergi kenduri.eceh apakah yang engkau mengarutkan ini.haha.
ehem-ehem*batuk*batuk*
disini saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat Islam di serata dunia.tapi disebabkan saya tulis dalam bahasa melayu jadi sepenuh hati saya yakin bahawa warga Malaysia sahaja memahami isi hatiku ini.tetiba nak novel.haha.okay okay serius.siapa yang dah habis ganti puasa syabbas bete.me tumse intezar karoongi.hapelah yang kau cakap ni izzatiiii.

bonda di Msia sibuk bertanya taknak buat salam perantauan ke wahai anakku.lalu anak beliau berkata.'tak perlu emak.nanti along pos gambar banyak-banyak balik rumah.berkualiti tinggi dan tidak akan dijadikan pengalas ketupat sewaktu hari raya nanti.kalau buat salam perantauan tetiba hari tu along keluar paper haritu pulak abah tak beli paper bagaimanakah?don't worry mama.i love you.' yang penting emak jangan lupa kirim kotak hikmat untuk raya anak disini.mana nak cari rempah rendang dekat sini.ibuuu ibuuu engkaulah ratu hatikuuu.anak emak dah nak belajar masak macam-macam dah ni.emak sila gembira kerana anakmu sudah semakin dewasa.kannnn.padahal dalam hati sedih.biasa bulan puasa emak selalu tanya 'anak mahu makan apa?' dan anak pasti meng'order' bermacam-macam jenis makanan.sebab itu anak emak bagai dipam-pam.haha.sekarang anak emak disini.emak pula disana.rindu emak~adik-adikku, sila jaga emak dan abah elok-elok.jangan malas membantu emak di dapur mahupun di halaman rumah.cuma jangan ganggu emak di mesin jahit.nanti baju raya yang orang tempah semua senget memang huru-hara.

ini hadiah untuk anda semua.sila gembira.saya pun tak faham mengapakah bahasa entri malam ni macam berlakon teater.padahal bukan apa pun.belum nak raya lagi pun.puasa pun belum.haha.sila ambil lepas tu cakap.eh bukan cakap.mana boleh cakap dalam blog.tulis 'Salam dari Auckland'.ecewah macam salam perantauan pulak dah.haha.semua ambik ambik lepas tu gantung dekat blog masing-masing.satu untuk satu blog.jangan lawan tauke.tauke pun ada satu ni je dalam blog dia.haha.

sayang fareha sangat-sangat sebab teman saya makan dekat Ayutthaya tadi.risau kempunan Chicken Fried Rice masa bulan puasa nanti.jadi habiskanlah segala kempunan dalam masa dua hari ni.cuma awas jangan sumbat semua makanan macam lepas ni dah tak jumpa makanan.haha.tong jadinya nanti.

Sunday, August 8, 2010

awas.entri ini banyak gambar.

dah bagi amaran dekat title entri.ntahlah ada orang berani nak klik ke tak.haha.eh yang tengah baca ni kira berani lah kan sebab klik jugak.sebab tak tulis situ 'amaran keras'.jadi ini amaran kurang keras.hahaha.tengok dah mengarut dah.jomlah tengok gambar.malas nak jadi pengulas berita harian.tetiba.bila masa berita harian ada pengulas?


hasil terbaik photoshoot hari ini.oh ya hari ini berkunjung ke Mt.Eden.niat asal nak mendamaikan hati menenangkan jiwa.bila dah bawak 'baby' maka terjadilah photoshoot.haha.

'hey, that's rainbow!' punya excited rainbow sana sini.dah nama panjat bukit lepas hujan.eh ke semasa hujan.apa-apa lah.rainbow bersepah sana sini.sekejap utara,selatan timur barat.oh saya orang pantai timur.tetiba!haha~

ini semua-semua yang gigih memanjat Mt.Eden hari minggu.masa ni dah panas dah.baru lepas berperang dengan hujan.mak aih dah nama atas bukit bila hujan je angin melampaui batas-batas sayuran.okay tipu.mana ada batas sayuran.haha.angin melampau-lampau.saya yang 'berat' ni pun rasa nak terbang.inikan yang sekeping papan.eh siapa?haha~
muka budak-budak seronok kena tiup angin.padahal menggigil sejuk gila kot.siapa suruh gatal panjat Mt.Eden masa winter.haha.

ini kononnya misi mencucuk Sky Tower menggunakan jari sendiri.tengok!guna jari pun boleh!padahal takde motip ataupun kaitan ataupun sewaktu dengannya.tengok gambar orang lain ada cucuk-cucuk menara, sepol pun nak jugakkkkk.muka fareha macam gerun tengok sepol cucuk Sky Tower.'Oh Sky Towerku!'apekah?haha~

close-up photo yang agak disukai.haha.self-potrait mulanya.tetiba lupa nak adjust lens.mahu zoom in ke liang-liang roma di wajahku.tiada lagi kidungmu.haha tetiba lagi.tetiba lagi.

sengih melampau.baiklah sangat melampau.haha.ini muka orang excited sebab asyik ambik gambar orang lepas tu gambar dia paling sikit sekali.haha.takdelah takdelah.tiap-tiap kali lepas ambik gambar orang, mesti ada yang saya dera suruh ambik gambar saya pulak.ayat biasa...'asyik gambar korang je.gambar aku takde pun.*sob*'.buat muka kesian sikit.sedih sikit.lepas tu mesti ada gambar saya sekeping dua.okay tipu.sebelas dua belas keping.haha~

sekarang tengah tunggu bubur kacang hijau masak.teringin kononnya.ececey kannn.dah lama tak balik rumah.ni nak sebak nih.haha tetiba nak drama airmata~

besok ada kelas.semangat pudar.jiwa kacau.kepala pusing.apa lagi apa lagi.lecture 6 jam secara berterusan*pengsan!*[padahal dah tiga minggu tak pernah pengsan pun.terlelap ada.haha]

nisya dah ketuk pintu bilik macam nak pecah.bubur kacang hijau dah nak menjadi!haha excited excited~

Saturday, August 7, 2010

mencintai hari minggu

macam biasa tajuk nak novel sangat.padahal tak langsung.baiklah katakan YA kalau korang mencintai weekend.dan BOO kepada insan-insan yang tak mencintai weekend.tetiba tak pasal-pasal kena boo.haha.eh ehhhhh sekejap.ada ke orang yang tak suka weekend?pelikkkkkk~

semalam lepas call mak, saya try call khairul.tak dapat.frust nak nangis.tetiba kan.haha.tak takk.cuma geram sebab lepas cuba banyak-banyak kali still tak dapat.jadi terus tidur walaupun hati tak tenang.terjaga tengah malam dapat mesej dari khairul.bla bla bla [biasa ayat daring-daring sikit tak perlu tulis dekat sini nanti orang menyampah haha]. dia suruh tengok 'i am sam'.khairul cakap cerita ni sedih.saya baru tengok tadi dekat youtube.memang sedih gila kot.every part of the movie saya nangis.konon nak berlagak macho tahan airmata.tak lepasssss.bergulung tisu habis.okay tipu.tak sampai segulung.tapi dustbin dah penuh tisu.haha.youtube ada.tak percaya pergi tengok sana.semua 13 part.kalau dah tengok buat-buatlah macam belum tengok.haha.part 1 pun dah buat saraf mata merembeskan air mata.tetiba keluar ayat sains dekat sini.

sebenarnya kekonon entri hari ni nak buat movie review lah kononnya.berapa kali konon kau nak letak izzatiii.haha.tetiba rasa macam tak reti nak buat movie review sebab asyik nak rasa sebak je kalau review movie ni.tetiba kannn.tapi seriously this movie will make you cry.i bet you lah.siapa tak nangis datang balik sini bagitahu saya.even me crying my heart out bila tengok episod berapa pun dah tak ingat.macam semua episod je.haha.even ada baca komen dekat youtube 'i can't watch this movie now.i need to prepare to cry a lot.' 'my tears just can't stop flowing down.' dan bermacam lagi.ada yang cakap macam ni, 'Sam is not just a father.He's a papa and he's a daddy.A true daddy.'

khairul,i watched this movie and i cried.yes tak cool nangis depan laptop but the movie is awesome.sangat mentacing[touching]kan hati.it's about a low-IQ father with a smart-adorable daughter.however the community just think that it's not suitable for the daughter to be with his father because she'll not develop herself.kawan-kawan Sam pun sangat sweet dan kelakar.betul jugak orang ada cakap, kadang-kadang ada benda yang orang kurang upaya LEBIH dari kita yang normal.in terms of loving and saying truth for all the times.they don't know how to tell lies.but normal people do lie A LOT.kann?

'low mental ability won't make you unable to love'
'lucy,i want you to read because i am your father '
'daddy,i don't want to read if you can't'

siapa teringin nak tengok 'i am sam' cepat klik sini.lepas tu datang sini bagitahu korang nangis ke tak.heeee~oh ya this movie is quite old.i mean dah lama keluar.it's 2001.but who cares?haha~

nak tambah sikit.budak kecik Lucy Dawson tu nama dia Dakota Fanning.dia jadi Jane dalam Twilight Eclipse.hahhhhh cepat google!haha~

Friday, August 6, 2010

entri takde motif

nama tuan blog ini izzati.sizuka adalah nama komersial untuk tujuan promosi.haha.
anak jati Pahang.warganegara Malaysia.kod tengah kad pengenalan '06'.
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim [2007-2009, 2012]Uni.Of.Auckland, NZ [2010-2011]
lepas 3 Disember dah boleh daftar mengundi.haha.


sumpah monyet tu macam energetic gila.haha.tetiba tak faham motif letak biodata dekat sini.haha.tetiba je tak pasal pasal lepas 2 tahun lebih blogging baru terasa hati nak tulis biodata.aigooo pengsan.kann tetiba nak pengsan.tak sesuai.haha.malas nak tulis lebih lebih.biar korang tahu sikit.sikit aje lah.nak lebih kena baca blog ni secara istiqamah.haha.kawan-kawan confirm dah kenal secara mendalam.ini untuk orang-orang yang baru-baru singgah dekat blog nih.yang baru nak bermesra-mesra klik 'sizuka-world-of-life' kalau ada update.haha macamlah ada kan.tapi ada jugak sikit-sikit.kepada yang sangat rajin singgah itu JASAMU DIKENANG.

duk tengok monyet-monyet ni rasa macam comel gila pulak kan.haha.nak buat entri ni macam annoying sikit lah.letak monyet-monyet menyibuk nih.haha.


siapa suka makan roti dengan aiskrim?saya sukaaaaaaaaaa.sebab petang tadi baru lepas makan roti dengan aiskrim neapolitan.walaupun winter,aiskrim tetap menjadi pojaaan hati.haha.lagipun hari ni rasa mood macam tak bagus mana.rasa macam tak sedap hati semua ada.lepas telefon mak tadi baru rasa ceria sikit.kannnn.homesick rupanya.haha~

dah cakap tadi entri ni takde motif sangat.nahhhh nih monyet insaf dah pakai tudung.tapi tetiba cacat pulak sebab tak pakai baju.sila jangan tiru aksi ini.haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...