Saturday, September 4, 2010

apabila dugaan melanda...itu tanda Allah sayang kita

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]

saya diduga hari ini.Allah duga saya kerana Dia tahu saya mampu.dan sebab Dia, saya mampu berhenti menangis.yang penting.hati mesti kuat dan selalu sabar.izzati, kamu kuat.tabahlah sayang.

Thursday, September 2, 2010

adik, kad raya,salam perantauan,musim bunga & pen bulu-bulu

Salam Ramadhan.Salam 2 haribulan sembilan 2010.

berdasarkan tajuk entri, ada 5 isi penting di dalam karangan ini.
bersedia?haha takde kaitan~

1)Hari ini ialah hari jadi adik saya yang bongsu itu.kalau siapa pernah baca entri ini memang akan mengenali dia.sedikit lah, tak banyak.dapat pulak dengar suara 'lunak' dia sekali.itu nama dia bonus tahunan.haha.apa bendaaa bonus tahunan pulak ni izzati.

HAPPY BIRTHDAY ADIK.ALONG LOVE YOU~
cuba teka mana satu adik saya?yang itu.budak kecik yang ada dalam dua-dua gambar itu.betul.100 markah.haha.

2) selepas mendapat kad raya dari emak.terdetik hati nak membalas.eceh eceh main balas-balas kad raya kan.ehhh jangan ingat zaman sekolah je boleh buat macam itu tahu.mentang-mentang sekarang semua digital, kad raya pun nak digital.no.no.kad raya ialah precious.lebih bermakna jika dapat disentuh menggunakan tangan,dibaca sambil mengalir airmata lalu menitis di atas kad.nampak lebih drama dekat situ kan?kalau kad raya dalam skrin, memang tak dapatlah airmata nak menitis atas kad.haha.

jadi saya bertungkus lumus menyiapkan kad menggunakan perkakas yang ada.membuat kad raya sendirian berhad.sebab ialah Auckland takde jual kad raya.kad birthday ada lah berlambak.haha.sudah pos pun kelmarin.semoga selamat sampai, kad:)

3)tadi telefon emak di Malaysia, emak excited muka anak keluar akhbar.ehem ehem bukan sebab kes-kes panas harap maklum.anak emak masuk akhbar bahagian salam perantauan.siapa hendak tengok muka izzati dan rakan-rakan keluar akhbar sila beli Metro hari ini.pakcik saya excited hendak tengok muka anak saudara keluar akhbar, sanggup pergi beli Metro walaupun dah tengahari.sepupu saya beli Metro, cakap nak kerat nak tampal dekat dinding.ewah ewah terharu disitu.kawan abah saya hampir tak percaya anak kawan dia masuk akhbar.hahaha.bukan senang kau nak masuk paper kalau tak buat kes besar-besaran.

4) musim bunga sudah tiba.semalam pergi winter garden sangat super-teruja sebab ada banyakkkkkkkkkk tulip.ini first time tengok dan sentuh tulip yang real punya, as in reality.sebelum ni main pegang bunga plastik je.yang real sangat sangat cantik subhanAllah.tak sabar nak buat spring photoshoot pakai dress dengan bunga-bunga semua.heee~

5) suka pen bulu-bulu ini.baru beli tadi.notebook itu pun suka jugak.mangkuk besar itu pun suka jugak.tapi lebih jatuh cinta dengan pen bulu-bulu pink itu.haha.sukaaaaaa~

p/s: rasa macam migrain tapi tak tahulah betul ke tak.rasa sakit macam otak-kena-tekan.eh ngeri je kalau bayangkan.haha itu bayangan je lah.ibaratkanlah macam itu.migrain ke tu?

Wednesday, September 1, 2010

Kamala,IFTAR merdeka dan kepak ayam??

awas entri ini panjang sebab banyak gambar.awas lagi kan.baiklah baiklah.

semalam.antara hari yang paling menggembirakan dalam sejarah.Hari Merdeka.itu satu.selain itu ialah [apasal ayat macam nak buat karangan BM]semalam dapat melepaskan gian.aiyooo gian apa pulak budak ini.gian photoshoot HELLO.akhirnya semalam dapat photoshoot model cantik pula itu.ecewah ecewah.special thanks to Kamala sebab melayan kerenah saya semalam.posing itulah, inilah.senyum tak senyum pandang tak pandang.senget tak senget.saya ini memang macam-macam.lokasi macam biasalah.yang sebelah HUIA, hostel saya itu.haha.Auckland Domain, memang engkau berjasa sangat baik kepada izzati.

mari tengok gambar,


mencelah!Kamala ialah coursemate saya.21 tahun.model-material [angah cakap].Malaysian [sebab itu senang nak suruh posing, kalau saya mintak orang putih jadi model, confirm terjakun akak hendak mensuruh beliau posing.ntah ntah siap boleh miscommunication.haha].eh Kamala aku terpromote kau.hihi.

baiklah.terus tengok gambar.



yang bawah ini bukan Kamala.haha.ini cerita lain.

petang semalam lepas habis photoshoot, kami bertungkus lumus [eceh bertungkus lumus lah sangat] untuk IFTAR Merdeka B.Ed.TESOL Ch.1 Live In Auckland.nama program itu izzati buat sendiri.hahaha.tak tahu nama program ini apa.yang kami tahu ialah, yang perempuan,masing-masing ambik beras,masak nasi,buat nasi goreng.yang lelaki, bekerja dengan ayam, memperap dan membakar.oh itu terlalu stereotype izzati.haha bukan bukan.semua kerja ialah sepakat membawa berkat.semua pun lelaki dengan perempuan yang buat.bakar-bakar pun ada perempuan buat tahu.talk to my hand lah weh.tetibaaaa je kau izzati.

jom tengok gambar dulu.tengah-tengah gambar nanti saya mencelah.eceh bagitahu awal-awal.haha.





ini menu kami untuk IFTAR semalam.nasi goreng pelbagai-jenis-dari-pelbagai-chef dan ayam BBQ.yummy~semua ialah rempah ratus sendiri.disini saya ingin menyatakan rasa kagum kepada rakan-rakan sendiri di atas kebolehan tersembunyi anda-anda semua.lepas ini marilah kita buka restoran.hahaha.


semua orang memang happening gila.of course lah motif utama program ini bukan hanya untuk makan-makan tapi lebih kepada untuk gathering together.duduk di negara orang, sendiri tanpa keluarga.waktu ini rakan-rakanlah insan terpenting untuk bersama-sama menghadapi hari-hari mendatang.sobs.tetiba sebak.okay teruskan~

antara orang-orang kuat program.chef besar, tukang bakar, tukang-buat-happening dan tukang-kejar-kamera.hahaha.

B.Ed.TESOL Ch.1, i love you all, friends~
"satu hari nanti, aku mesti rindu gila dekat korang weh" [Aten,2010]

p/s: pagi tadi waktu sahur baru tahu perempuan tidak elok makan kepak ayam terlalu banyak.sebab ialah disitu doktor suntik steroid untuk menggemukkan ayam.whatever lah kan.itu hal doktor, kita tak payah tahu.yang penting perempuan jangan makan kepak ayam banyak sangat.bahaya untuk ovari.
"bersama-samalah menjaga ovari kita" [Yumna, 2010]

Tuesday, August 31, 2010

Malaysia & Azman:)

Salam Ramadhan & Salam Merdeka.tetiba rasa rindu dekat sekolah.ehhhh tetiba kau izzati.apa kaitan sekolah dengan merdeka?ehem ehem.seingat saya, kalau hari merdeka dekat sekolah dulu mesti ada countdown malam merdeka. 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 merdeka!oh iya? lebih kurang macam itulah.besoknya kan cuti.cikgu-cikgu sejarah akan 'memaksa' kami-kami ke dewan menonton filem patriotik.bila cuti pelajar mahu tidur, cikgu.tapi hari merdeka, jiwa mesti merdeka.itu cikgu sejarah cakap.dipaksa itu istilah awal-awal masa belum start filem lagi.sejurus filem bermula, adegan airmata memang tak henti sampai filem habis.sejurus filem habis.tisu tisu tisu.masa itulah cari tisu.masa sedang menonton tak risau tisu dok ceruk mana.hahaha.

itu cerita zaman sekolah.dipendekkan cerita...
Happy Birthday Malaysia.i miss you.semoga negara kita akan selalu aman dan harmoni sepanjang zaman.semoga negara kita akan dijauhkan dari malapetaka dan bahaya.semoga keadaan negara kita akan kembali normal.semoga rakyat kita akan jadi normal seperti dahulu kala.kerana zaman sekarang ini sudah banyak abnormal dan cacat cela sana sini.orang tak habis habis buang bayi.tak faham.orang tak habis habis bunuh tetak orang sana sini.orang tak habis habis culik budak.orang tak habis habis buat benda-macam-tak-ada-otak.i mean...kalau pakai otak tak boleh ke?orang utara cakap akai ada ka?saya tak faham.macam-macam video dah ada dekat fb itu.macam-macam.kadang-kadang rasa penat tau.sekejap video ni sekejap video ni.oh Allah,lindungilah kami~

siapalah Azman dekat tajuk entri izzati tuh.oh?siapa dia ini?ini ialah rakan seperjuangan saya disini.ini Azmanuddin.tak pasal pasal tetiba melekat gambar dia dekat sini apahal.oooooh hello sabar sabar.Happy Birthday Angah.[kami ramai-ramai panggil beliau 'Angah']YES birthday dia sama dengan birthday Malaysia.menarik bukan?alahhh kalau nak cakap lahir sama dengan hari merdeka ramai lagi kot masuk paper. shut up.tahu email beliau apa?anakmerdeka_89@yahoo.com.sori angah ter'promote' dekat sini.hehe.jangan siapa berani hantar spam dekat beliau.kalau ada saya saman.ada siapa lagi emel dia beralamat anakmerdeka?saya rasa tak ramai mungkin.kalau ada anda di luar sana, tahniah saya ucapkan:)

matahari di NZ semakin memanas.tangan ni makin menggigil nak pergi shooting.oh oh dan oh.mid-sem holiday adalah sangat bahagia.bahagia sebab dapat bangun lambat.itu satu.dan bahagia lain-lain ialah kita cerita lain kali.haha.

selamat jalan romeo.tetibaaaaa~

Monday, August 30, 2010

hujung minggu

Salam hari Isnin.Salam Ramadhan ke-19 di NZ dan ke-20 di Msia.

ini cerita hari semalam.
bila sudah menetap disini.eceh menetap?haha.hujung-hujung minggu adalah masa untuk kami bertukar profession menjadi emak-emak mencari groceries di supermarket.macam biasalah yang biasa baca blog saya ini, Foodtown-Countdown itu sudah biasa dengar.itu adalah tempat kami bermain.eceh bermain kau kata?bukan.itu tempat kami menghabiskan duit shopping groceries.kakaka~

anak gadis seusia kami mungkin ada yang belum pening kepala memikirkan hal groceries.mungkin juga yang dah ada sampai histeria memikirkan hal groceries.histeria?hish melampau.semua masih sibuk shopping-baju-sampai-tak-cukup-duit.yang itu kami masih sama.hahaha.yang lain sikit ialah, eh barang masak cukup tak?ada nak kena beli ke?nak pergi mana?jom pergi ramai-ramai. hah kau lepas itu satu troli penuh.satu kaunter banjir dengan barang kitorang aje.haha.

tapi semalam ialah hari lain dari yang lain.tiada Foodtown mahupun Countdown di hati.semalam bertukar arah ke New World.idea asal dari Timai yang menjumpa pamphlet New World sewaktu terawih.weh murah weh!ada SALE. LIHAT.itulah beza kami dengan anak gadis biasa.kini kami sangat mendambakan SALE di supermarket sama seperti mendambakan SALE di Cotton On.hahaha.dan iya memang murah sampai nak gila.terutama untuk peminat-makanan-sihat iaitu Fareha.memang heaven beliau semalam.

untuk peminat-makanan-kurang-sihat iaitu izzati, marshmallow sangat bagus untuk kesihatan.tetibaaaaa.bukan bukan.marshmallow ini menarik hati tapi mahal sangat.$4.50 sebungkus marshmallow gemuk-gemuk ini.mahal??masa tak ada duit memanglah mahal.nanti dah ada duit, barang $10 pun kau rembat je bila dah suka.haha.at the end, saya ambil juga sebungkus.tapi bukan yang itu.yang sebelah dia.kecil sedikit dan lebih comel sebab bentuk love love.ah kau jiwang.hey takkan semua yang love love itu jiwang kot?motif lain beli marshmallow bentuk love itu ialah untuk fotografi.oh macam-macam pengorbanan demi fotografi.kannnn~

siapalah tak jatuh hati dengan aiskrim super-comel macam ini.super-murah pula itu.dua tiga bulan ni tiap kali pergi shopping groceries memang tak lepas kalimah 'astaghfirullahalazim' dari bibir.rambang mata it is.tengok barang-barang memasak dan memakan rasa macam tengok baju-baju cantik bergantungan.haha.

namun, walau se'best' mana pun makanan itu.kami masih menjaga halal haramnya.insyaAllah.
tetiba tukar jadi tazkirah pulak.sambung sambung.oh ya semalam dah beli tepung,mentega segala untuk projek kuih raya.eceh eceh eceh.tapi adik aku pulak tak bagi lagi resepi kuih dari emak.sabarlah hati~

oh ini?cuba klik tengok apa jadi.ewah ewah pandai kau pancing orang ye izzati?haha.gambar masih belum cukup banyak.sekarang baru ada design sempena hari raya, dan quotes of life.yang lain-lain sudah ada tapi belum diupload.ecewah.sekarang izzati ialah super-busy.gituhhhh~

adios!rajin-rajinlah jenguk sana ye:)

Friday, August 27, 2010

tsk~

awas.ini entri nangis-nangis.

saya dapat parcel.benar jangkaan tentang notes di dalam kotak pos itu.pulang dari kelas, ada 3 notes.bermaksud 3 parcel.2 parcel mengandungi maxi dress.tapi bukan mahu cerita tentang itu.kegembiraan sebenar adalah apabila melihat parcel dari emak di Malaysia.berbunga-bunga hati dapat parcel raya.

macam biasa.MAF memang tak pernah puas merampas barangan yang emak pos.dulu sup bunjut, kini serunding.tsk~emak kirim kerepek bawang kegemaran anak.emak kirim keropok ikan igauan anak.anak sebak dalam gembira=').

tetiba terjumpa sampul surat putih celah-celah keropok. apa ini? tengok nama. oh ini untuk saya.terus membuka tanpa getar.hati gembira bukan kepalang.dalam parcel ada makanan dan ada surat dalam sampul putih.duit raya kah?surat cinta kah?tapi semua itu tidak tepat.

tak tahu masa ni rasa sedih ke gembira.speechless.saya tahu ini kad raya yang bunyi bunyi itu.sebab bahagian tengah dia tebal.saya sentuh.saya pegang.tapi tak berani buka.

at last, saya buka juga setelah cuba bertenang.dengar sahaja bunyi lagu raya dari kad itu, terus airmata bertukar menjadi air terjun yang mengalir deras dari ketinggian 100meter.tiada istilah airmata bergenang.ini terus mengalir deras sederas sungai pahang.TIPU.sungai pahang depan rumah itu tidak deras kecuali sewaktu banjir.oh keluar topik.sekarang bukan topik banjir.sambung cerita.itu automatik.belum baca lagi.kalah tengok cerita hindustan saat hero berjuang melawan orang jahat-heroin nangis sambil tengok hero berdarah-darah.itu pun perlu masa untuk feeling feeling.ini lebih hebat.buka kad-bunyi lagu-menangis tanpa henti.tetiba malu sendiri sebab menangis sampai merah-merah mata.belum baca lagi.bila dah rasa tenang, rasa kuat baru berani-berani baca sambil tersedu-sedan.tsk~

*content kad raya adalah rahsia*

Salam sayang & rindu dari mak, abah dan adik-adik...=')

ini baju kurung untuk raya tahun ini.mesti emak jahit dengan penuh kasih sayang.terima kasih emak.sayang emak, abah, angah,kakde,ijat,kakak,adik dengan semua orang.love you all~

p/s: kz-gallery sudah mula di'kerja'kan.siapa rajin nak tengok apa yang menanti anda di sana sila dengan segala hormatnya dipersilakan KLIK sini :)

macam dah lamaaaa...

Assalamualaikum.Salam sejahtera.Salam Ramadhan.Salam hari Jumaat.Salam tengahari.dan Salam perantauan.*tetiba*.baru tiga hari tak update blog dah rasa menggigil tak tentu arah.rasa macam banyakkkkk benda jadi dalam masa tiga hari ini.rasa nak cerita semua tapi tentulah tidak.bukan semua benda seronok untuk dicerita.sedikit rahsia itu perlu bukan?hehe.bila cakap banyak benda, YES memang banyak.tapi bukak puasa masak apa, shopping apa untuk raya itu, itu semua keluar topik.sebak hati baca blog rakan seronok shopping raya.tengok kan dah keluar topik.dekat raya nantilah baru saya buat entri kasi nangis sikit:P

sebagai mukaddimah [baru mukaddimah?punyalah penangan 3 hari tak update blog] terima kasih berjuta-juta kepada rakan blogger sekalian yang sudi membantu, menolong, mengkomen dan apa-apalah, biarpun anda hanya melihat entri sebelum ini tentang watermark untuk sizuka.eh tetiba rasa macam ghazal untuk rabiah.haha apa bendaaaa.ok abaikan.terima kasih daun kari.dan nantikan kemunculan galeri foto sizuka dengan watermark baru.ituuuu diaaaa.tapi bukan dalam masa terdekatlah.saya baru lepas sesak nafas menghadap assignment.menghadap laptop bekerja dengan microsoft word dan semestinya bukan mozilla firefox.tidaklah sampai twenty-four seven.tapi bukan seven eleven.hape-hape lah izzati.yang pasti ada satu masa rasa macam dah juling mata duduk menghadap benda berteknologi ni.sekarang otak saya sedang kering kerana terlalu banyak memerah idea untuk dimasukkan dalam report yang akan dihantar sebentar lagi.sekejap.harus ke bagitahu yang otak saya sedang kering?haha.saya berasa bahawa saya patut menghargai diri sendiri kerana berjaya mengeringkan otak untuk assignment.motif?saya pun tak tahu.tapi saya nak bagi hadiah dekat diri sendiri.ada cadangan?oh sakit otak.tsk~

*awas entri ini super-panjang*

hari esok bermula cuti mid-semester.bersyukur dapat merehatkan minda.oh otak saya super-penat sekarang.namun jari masih gagah menaip.maaf jika ada benda dalam entri ini saya tulis macam-bukan-guna-otak.haha.sebentar lagi ada kelas dan...test.oh and right before the holiday?i mean...oh penat.can we just postpone the test?kepala lutut kau. hish kasar.itu contoh menulis-tanpa-guna-otak.haha.oh sakitnya otak [sumpah saya akan ulang benda ni banyak kali dalam entri ni].satu benda sangat bersyukur sekarang ialah 1 Syawal masih dalam cuti mid-semester.jika tidak beraya dalam kelas lah jawabnya.nanti ada pulak lecturer pelik apahal budak sweater colourful itu sebak kadar melampau dalam kelas saya. biasa pagi raya kan ada mak abah semua.ini pagi raya menghadap lecture.pulak kalau lecture-super-bosan-straight-2-jam.mana tak nangis.sebak sakit otak semua ada.tapi bukan saya lah tahun ini.insyaAllah 1 Syawal kami masih bercuti di sini.dapatlah tunjuk skill masak rendang.ecewahhh.macamlah kau nak masak rendang.hey, who said that?

bukan semua perkara buat saya sakit otak.pagi tadi sebelum pergi kelas sempat jeling ke kotak pos.oh ada notes.jika parcel raya yang dikirim emak sudah sampai alangkah berbunga-bunga hati.namun jika benda selain parcel emak tidak mengapa.yang penting saya tahu itu sebiji parcel:)

semalam hari terakhir school-visits setelah 5 minggu kerja pergi melawat sekolah tiap-tiap hari Khamis.dan semalam antara hari paling terseronok dalam dunia.semalam sakit otak memikirkan assignment hilang sekejap.bermusafir dekat jasad lain mungkin.yesterday i have so much fun with the kids. kenapa budak-budak kecil ini super-comel hah?oh my prada, so comel tahu.saya sangat mahu kongsi dengan anda sekeping gambar saya dengan mereka.oh beberapa keping mungkin.haha.tapi saya gerun dengan amaran 'don't publish them on websites' .mana tahu nanti tetiba saya kena saman sebab publish gambar-gambar itu.oh scary~tapi saya akan cuba.tengoklah nanti kot saya buat entri chipsmore-sekejap-ada-sekejap-tak ada.masa tu siapa rajin bukak blog saya ada rezeki lah tengok gambar-gambar itu.yang tidak rajin doa-doa lah moga anda dimurahkan rezeki oleh Tuhan.


semalam masuk kelas Year 1 [5 tahun].Ya Allah comelnya.rasa nak cubit nak gigit semua ada.haha.pulak yang mulut banyak celoteh itu.rasa nak cubitttttt.ini lukisan Jack.teacher beliau cakap this is the best drawing for today.mungkin sebab Jack melukis sambil duduk sebelah saya jadi lukisan beliau menjadi terbaik untuk hari itu.hahaha perasan gilaaaaa~tapi kalau betul?hahhhh pergi muntah sana.

ini buah-hati-pengarang-jantung sepanjang hari semalam.muka innocent tapi comel gila.muka bulat rambut lurus macam Dora-The-Explorer.he's a boy.semalam mula-mula tanya nama, dia tunjuk kotak buku dia ada nama EJ.masa itu rasa oh budak ini takut saya kot.tak banyak cakap.tak best.haha tapi itu mula-mula sahaja.tak lama lepas tu saya cuba tackle dia, layan dia baca storybook.dia mula jatuh cinta.hahaha.seronok baca semua buku yang ada dalam kotak dia tuh dekat saya.

EJ,how old are you?
i am five.*smile*
oh, how long have you been in New Zealand?
MANY-MANY years.*confident*

sekarang tak boleh cakap dia tak best.sebab dia memang best.haha.baca storybook with the right intonation, facial expression comel-comel,body gestures segala.siap baca sambil tunjuk pictures lagi.mungkin itu sebab kenapa saya nak jadi primary school teacher mungkin.i enjoy working with small children.ooohhhh sejuk hati.paling tak tahan semalam tengah-tengah belajar dia tak fokus.sekejap pusing belakang senyum dekat saya.pusing-senyum-pusing-senyum.nasib baik tak kena tangkap dengan cikgu.kecik-kecik dah pandai usha ye.haha.ada video yang saya rakam semalam nampak dia asyik pusing belakang tengok dekat saya.oh kenapa saya tak boleh upload sini?kalau tak mesti korang dah boleh geram-geram tengok dia.
psst.semalam ada jumpa budak serupa macam Farid Kamil in terms of perwatakan.dia itu memang super-comel dan lebih cool,dia dari Romania:)

hari ini skype session.Junior is away, he's sick.kesian Junior.I miss him walaupun dia selalu misbehave depan komputer.hari ini student masih comel dan petah berkata-kata. 5 years old dan super-cool.sebab beliau agak bright jadi hari ini dapat main game yang saya prepare untuk Junior.alhamdulillah dia gelak sakan.gelak sakan itu bermaksud beliau respon.kalau tak ada perasaan, itu saya risau.haha.

tak nampak sangat muka dia kan?jadi saya selamat.mungkin.jika saya rasa tak selamat nanti saya removelah.kakaka~

eh ada kelas lah.tengok membebel punya lama.aigoo pengsan.oh sakit otak macam mana nak jawab test.doakan saya berjaya menjawab test dengan betul.sekian sahaja untuk hari ini.

tahniah kerana berjaya menghabiskan entri yang agak macam satu bab buku teks sejarah ini.tapi saya rasa entri saya mungkin lebih menarik berbanding satu bab buku teks sejarah tingkatan lima.kecuali jika anda akan menghadapi SPM.kalau itu, buku sejarah akan menang.yang lain saya menang.haha~

Monday, August 23, 2010

kalau....

kalau saya transform blog lagi satu kz-gallery jadi blog untuk galeri fotografi, siapa sokong?rasanya entah ada orang tahu ke tidak wujud blog nombor dua sizuka ni.kihkih.dah lama ada blog nombor dua ni sebenarnya.motif adalah untuk business semata-mata.kalau korang jenguk-jenguk blog tu memang tak banyak benda sangat.sikit-sikit ada lah.tapi tak bersungguh pun.sebab itu income pun lambat.haha.aikkkk dah keluar tajuk pulak.okeh okeh.saya ingat nak transform blog tu jadi galeri fotografi.tapi bukan galeri fotografi biasa.saya ni minat-macam-nak-gila gambar yang ada quotation best-best.kalau jumpa gambar yang ada quotation best+quotation tu pulak berkaitan dengan gambar memang rasa kagum-nak-pengsan.haha.jadi plan saya adalah untuk buat blog itu jadi blog foto bersama quotations di mana foto adalah hasil kerja saya dan quotations adalah ihsan abang google.habis tu nak izzati pulak fikir quotations?kirim salamlahhhh.izzati tak kreatif langsung nak berbahasa indah bak purnama bagai.mengarut dia handal lah.hahaha.

kiranya saya nak buat macam blog koleksi foto-foto untuk kegunaan semua orang.nak letak code supaya nanti kalau ada siapa berkenan boleh copy je code tersebut.kiranya macam siapa-siapa rasa jatuh cinta dengan gambar yang saya ambik tuh boleh la mencilok gambar tersebut dari blog sana.erk ada ke?haha~kalau nak letak semua koleksi hasil kerja saya mungkin belum lagi kot sebab encik FlickR masih berjasa:)tapi masalah negara kan, saya tak reti macam mana nak letak code untuk gambar tuh dalam entri.kan biasa ada orang-lebih-terer-hal-blogspot boleh letak code tu cantik-cantik dalam kotak.OMG itu saya memang tak retiiiiii T___T kepada orang-terer-blogger, boleh tolong ajar saya tak?heeee~

p/s: siapa sokong?ke ada yang rasa macam ridiculous je buat benda-benda macam nih?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...