tiap-tiap hari sabtu mesti makan best sikit daripada hari biasa.motif?sebab hari sabtu best.haha.takde kaitan.sebab nak menggembirakan hari sabtu.kan.supaya hari sabtu lebih istimewa dari hari-hari lain.dan...dah dah dah.macam biasa hari sabtu bangun lewat sikit dari biasa.Fareha datang melepas di bilik,bergelak ketawa dan berkaraoke segala.sehinggalah Nisya memunculkan diri beliau di pintu bilik saya dan mengatakan beliau bosan.hamboih cari aku bila bosan je kan.haha.dan beliaulah yang muncul dengan idea ingin berganding bahu memasak untuk lunch hari ini.macam seronok.tambah excited bila dengar menu.
tomyam+ayam goreng+sambal belacan.okay sambal belacan idea saya.haha.hati berbunga-bunga kembang.yeay hari ni dapat makan sambal belacan!terus tetiba perut rasa lapar semula.kan.

kalau terus menerus tumbuk sambal dekat atas meja dekat kitchen tu boleh runtuh oh.taknak tanggung.haha.rela tumbuk sambal atas lantai.itu yang kaw-kaw punya sambal tu.

akak ni lagi hebat.punya bersimpuh bagai nak tumbuk sambal.haha.sampai dua orang tumbuk sambal kan.nampak over disitu.bernasib baik tiada orang putih terfikir nak masuk kitchen tengahari nih.kalau tak mahu bulat mata dia tengok akak ni bersimpuh atas lantai tumbuk sambal.tambah pulak bila tengok
LESUNG KAYU.dekat sini memang tak jumpa lesung batu.kredit kepada
Syida kerana meminjamkan kami lesung kayu beliau:)

akak ni pulak taiko chef untuk hari ni.kan taiko
Farry tetiba.haha.beliau sangat excited dapat makan sangat super-sedap hari ini.merujuk foto diatas beliau sedang menggoreng ayam.dengan sangat tekun okay.

ini hasil usaha gigih Chef Nisya.taiko kedua misi memasak hari ini.haha.ini tomyam baik punya.memang kung habis.boleh dah kalau nak lawan ayutthaya ni.kalau tiap-tiap minggu makan macam ni memang aku tak pergi makan ayutthaya dah.kan.

lunch hari ini sangat terbaik.dan sangat kenyang alhamdulillah.walaupun poket kering tiada fulus.makanan menjadi ubat penawar duka.kan ayat nak novel.haha.dan apabila Farry menyebut dekat Hawa [tetamu jemputan] bahawa masak sebab dia punya birthday yang dah lama lepas, makcik tu nak tacing tacing kan:P
sambil makan kakak-kakak saya [sebab Nisya,
Farry &
Hawa dah 21, saya belum lagi.HAHA]semua bercakap macam-macam.sekejap ini sekejap itu.gelak.ini itu ini itu gelak.lepas tu siap berjangkit pasal hal orang sarung cincin lama-lama semata-mata sebab nak tunggu orang snap gambar.dan dan dan macam-macam lagi.tak boleh blah ada yang dah jadi macam
pegawai agensi cari jodoh.sape weh sape?sape makan asam dia rasa masam.tiba kan.haha.nasib baik takde yang tercekik sebab sambil makan sambil nak gelak kuat-kuat.nasib baik RA tak datang ketuk bilik sebab bising sangat.
tapi makan memang sedap dan sambal belacan habisssssss.seronok!
gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati
*sekarang saya boleh dengar suara diorang gelak dekat 351 lagi.suara hawa paling kuat.*haha~