Saturday, April 3, 2010

takde koje

RankNEWS Ranking
Favorite (Top) to
Least Favorite (Bottom)

okeh ini namanya takde keje pekdah nak buat padahal assignment kena submit minggu depan...
-____________-'
credits to ikha
*jatuh cinta balik sebab tengok ryo...bwahahaha~tapi hati masih teguh bersama Yo~ong Hwa...*wink~
hukhuk...pape pun En.KAN tetap nombor satu...wheeeeee~♥

Friday, March 26, 2010

'street artist' at Queen St.

Assalamualaikum w.b.t
Entri kali ini adalah kesinambungan dengan entri ini
cuma kali ini versi foto pula
mempersembahkan...
'street artist of Auckland City'


'homeless&hungry'...tapi sangat berbakat...sebak tapi hanya mampu membantu sekadar yang ada...to this guy-all the best and be strong to face the life...

inilah uncle 'patung' yg saya pernah cerita dalam entri ini..seronok sebab dapat bergambar dengan dia=))

to uncle...hope you always happy and be strong to face the life...I'll always pray for your happiness=))

nampak tak betapa tabah mereka mengasah bakat semata2 untuk mencari rezeki dengan usaha mereka sendiri...bukan hanya dengan menadah bekas di tepi jalanan...

sekian episod kali ini...daaa~

Thursday, March 25, 2010

tag dari cik rose~

assalamualaikum w.b.t~
hai sume...episod kali ini ialah menjawab tag dari blog cik rose nina
*semoga die berpuas hati=p

1. Spell your name backwards.
run itazzi*canggih je bunyinye..haha

2. Where are you right now?
on the chair,in front of my laptop,in the room(345),at HUIA Residence,Grafton,Auckland*penuh kau ak bagi..haha

3. What is the closest object to you?
keyboard laptop...skinship gitu yaw~

4. Do you talk to yourself?
yes..a lot..haha..mengomel sendirian..apekah?=p

5. Who knows a secret about you?
emm..me myself??

6. How long is your hair?
not short...lol~

7. How much money do have on your wallet now?
do I really need to mention it here??*takot nanti ade org nak peras ugut..bahaya taw~

8.What is/are the latest movie that you have watch?
Alice in The Wonderland=))

9. Do you like anyone now?
yes.*this question don't ask 'who' right??=D

10. When was the last time you lied?
I've done it few times*tapi yg kecik2 punye hal je okeh..tak penah tipu besar punya

11. When was the last time you cried?
yesterday...because I just knew that he's sick-___-'

12. Is your birthday on a holiday?
YES!summer kot kalau kat sini?kalau kat Malaysia pun cuti jugak boleh??

13. What do you spend most of your money on?
for now is...my dear D60 baby la kot...in future...marriage la kot...*gedik je..haha~

14. Last thing you cooked today?
oh hari ni belum masak lagi sebab lepas workshop tadi saje gedik pegi dressmart..haha~

15. What are you listening to?
bunyi angin dari tingkap-bunyi kete kat Grafton Rd.-bunyi helikopter kat Hospital-_-'

16. Why is the sky blue?
sebab bukan warna warni=p

17. What do you do when you first wake up?
bukak mata-termenung-tengok jam

18. Where is your cell phone?
tah mana tah...dalam beg kot

19. Have any regrets?
of course*mengimbau kejadian semalam-___________-'

20. Do you use an alarm clock?
absolutely yes...cellphone tu kire alarm clock la kan?=p

21. What is your cellphone network?
maxis & Vodafone...celcom bersemadi kat Malaysia=))

22. Single?
will be marry soon*haha..~

23. When do you give your cell number to someone?
bila admin suh letak kat group fb..haha~

24. What do you feel when someone asked you your number?
takde rase pape..kalau org tu kacak..rasa 'ada kupu2 dlm perut'..haha~

25. Have you tried asking someone their number?
mestilah ada..kalau tak cane nak dpt nombor org laen?

*sekian episod kali ini..babai!

Wednesday, March 24, 2010

a very bad dream

I was like fooling myself because I was part of the team
the team is good, very good
and most of them were awesome
but...
because of my nervousness
and because of my little-tiny skills in basketball
I was like 'don't-know-what-to-do' during the match
maybe I become more nervous because of our opponent
they were like SUPER huge!!
I mean they were very tall and very big!
I am 167cm but still counted as one of the shortest??
a big apologize to my team mates
so sorry guys
all the best for the next game!
and I am paying my fault by booking the basketball court for my team on this Sunday
*haha...Chris is the one who ask for my ID..lol~
btw thanks Chris for giving me chance to be part of the team
and Saifful, you know how nervous I am
-_-'
next, maybe I still part of the team
but...
I prefer to watch the game
and you will see me taking pictures ONLY
very glad to have my 'tough' camera bag
my dear D60 baby was protected from the heavy rain
but me myself
fully W E T
......

Sunday, March 21, 2010

mari baca sambil tengok gambar

assalamualaikum w.b.t
hai semua pembaca sekalian
episod kali ini ialah 'mari baca sambil tengok gambar'
jadi entri kali ini adalah cerita yang berkaitan dengan gambar yang ada kat bawah nih...


satu perkara yang betul-betul buat saya seronok sangat hari nie ialah pegi warehouse.eh ape kaitan pulak?*tibe~betol lah kan.kalau saya tak pegi warehouse hari nie mesti saya tak jumpa barang2 comel tuh(sila jeling gambar atas nih).oh seronok gila boleh?memang kepala bisnes lah kat sini.nak tunjuk kekreatifan sikit guna barang2 NZ nak buat aksesori.chewah~.dulu masa duduk JB gila bayang dok cari barang2 comel camni.kat sini berlambakan kat warehouse.oh boleh mula bisnes lepas nie.haha.ade ke orang nak beli?tak tahulah.belum cuba belum tahu.eh dah ada orang berminat ke tuh?jangan malu jangan segan selalulah lawat online shop saya okeh?sekarang maybe belum buat lagi kot sebab assignment berlambakan...tunggu cuti easter nanti okeh?

murah gila coklat kat sini.memang tak payah tanye sebab ape kalau tiba-tiba balik Malaysia gemok.yang coklat besar punya dalam gambar nih dibeli oleh Cik Farry ye kawan-kawan.harga??$3.99 je..percaya tak?hah cepat pegi warehouse kalau nak..heee~*promoter tak rasmi..haha~

nama dia Basher.Basher comel kan?mesti Basher bangga sebab dapat buat sis Farry senyum memanjang hari nih...heeeee~

Basher nyorok dalam beg warehouse sebab takut kena ngorat..haha~

oh dah makan kat Angie's Kitchen.komen?hmmm..kalau duit banyak boleh lah nak makan kat sini.kalau duit tarak sila masak sendiri*macam tak bese..haha~

perhatian kepada mak ndak,kakngah,kaklong dan keluarga sekalian, biskut ping pong ada kat sini.jadi sila jangan risau kalau stok saya habis.ngeeee~saya boleh pegi beli kat Lim Chorr Supermarket kalau dah habis nanti.cuma saya risau uncang Teh O kegemaran ada tak kat sini.-_-'.

oh apekah ini??inilah akibat 'over excited' main basketball.kempunan ke hape saya pun tak tahu.azmi cakap salah urat.saya pun tak tahu.tapi lepas 3hari dah hilang.mungkin sebab empunya badan buat tak tahu je so urat tu balik tempat die semula..haha~

nasi goreng buatan NZ..hahah~tipu sangat.yang masak kitorang2 jugak.

yang nih dah memang berkurun lama dah.yelah kan.orang jakun first time naik flight.bila time makan excited gila sebab makanan penuh satu tray.tengah2 makan risau pulak sebab tok cakap toilet dalam flight takde air.kalau nak membuang dah jadi masalah besar pulak.makan cukup2 je lah kan.sempat seludup ferrero rocher 4biji bawak bekal mase turun flight.haha~



ah saya rindu budak 3 orang nih.amani-najiha-syahirah.nanti saya balik tahun depan diorang sume dah besar.ntah ingat ke tak kat saya nih.oh semalam webcam dengan aqil&arfan.terkejut diorang nampak saya dalam laptop kakngah.aqil siap jerit nak bagi saya dengar suara comel die.oh rindu~


oh rindu nak drive kereta saga hijau.rindu patung pink yang godek2 dalam kereta tuh.adik sila jaga patung pink tu elok2.nanti kalau along balik tengok benda tu takde siaplah.encik hippo pink dapat ikut sebab kalau tak bawak encik hippo pink nanti encik KAN merajuk.=)

saya rindu encik KAN.sekarang pun tgh ym dengan dia.hihi~

*tu je untuk hari nie.babai!

Saturday, March 20, 2010

m a l a s

assalamualaikum
belum ada rasa nak update blog
yang penting autumn memang sejuk gila
kalau winter tak tahulah mungkin boleh jadi gila
ah sejuk sejuk
sedapnya kalau dapat makan biskut pingpong cicah teh o
yum yum yum~
assignment banyak takleh nak elak
tapi trip pergi rotorua buat aku terkinja-kinja
lol~
*ngarut je nih sebab tengah sakit leher...sila abaikan
terima kasih

Wednesday, March 10, 2010

the street life*Auckland Version~

assalamualaikum ya habibi ya maulana
*hape mimpi nih~
sudah lama kemalasan mempengaruhi saya
dan kali ini saya bangkit untuk mengupdate blog terchenta
dan episod hari ini ialah the street life*Auckland version~
korang mesti dah sedia maklum yang saya nie suka jalan2..sangat suka
*kalau ada yang belum maklum nie meh akak nak story meh
saya dan kawan kamceng (Fareha,Farry nama femes)sangat suka pergi ke Queen St.
oh sangat ke?takde la obses kot..lol~
tapi Queen St. memang meriah kot
macam2 gaya orang kita leh tengok
satu perkara yang sangat menarik perhatian saya tentang Auckland
'susah nak jumpa peminta sedekah'
sebab utama
sepanjang apa yang saya tengok setelah bermastautin kat sini selama sebulan
peminta sedekah susah nak jumpa
tapi kitorang selalu jumpa 'street artist'
apekah?
'street artist' adalah artis yang menghiburkan orang ramai di Queen St. dalam pelbagai cara
menyanyi-bermain muzik-bermain gitar dan pelbagai lagi
kebanyakan orang menghargai mereka dengan cara 'membayar' ke dalam bekas yang berada di hadapan mereka setiap kali mereka membuat persembahan
(lebih kurang macam beri sedekah)
tak kiralah kotak ke ape ke
dan apa yang buat saya terkejut ialah mereka akan 'pause' persembahan mereka semata2 untuk mengucapkan 'thank you' kepada orang yang memberikan mereka penghargaan itu
serta merta hati saya terusik
tulus suci hati mereka...ikhlas menghiburkan warga kota yang sibuk di jalanan
Ya Allah...bantulah mereka(bisik saya dalam hati)
dan serius mereka sangat berbakat
pagi tadi sewaktu berjalan di Queen St.
masa saya dan Farry berjalan melintasi sebuah 'patung'
saya dapat rasakan yang 'patung' itu bukan sebuah patung
lepas tu saya pusing dan serta merta terkejut
kerana memang lelaki itu bukan patung
seorang lelaki tua yang hanya mempunyai tangan kiri manakala tangan kanan palsu(lengan&tapak tangan disambung dengan besi) membuat pertunjukan dengan menjadikan dirinya seakan2 robot
dia hanya berdiri tegak dengan sesuatu gaya untuk jangka masa yang lama
dan ketika itu saya terlihat seorang kanak2 kecil menghampiri beliau dan meletakkan sekeping not di dalam case yang berada di hadapannya
serta merta dia bergerak seakan robot dan menunjukkan ibu jari tangan kirinya tanda terima kasih kepada kanak2 tersebut
sayu hati bila tengok betapa tabah pakcik tu berdiri di jalanan semata2 untuk menyara kehidupan dengan menghiburkan orang ramai dengan aksi robot beliau
saya akan sentiasa mendoakan pakcik
perjalanan diteruskan
kali ini terserempak pula dengan seorang lagi 'street artist'
pada tanggapan saya juga seorang lelaki tua kerana dia memakai topeng gorila yang ganas
tetapi mengalunkan muzik merdu daripada 'seruling' beliau
duduk di tepi Valleygirl sambil memainkan 'seruling' tanpa jemu
saya ada sedikit perasaan takut untuk mendekati beliau namun saya beranikan juga
setelah saya meletakkan sedikit 'penghargaan' ke dalam bekasnya
serta merta dia berhenti mengalunkan muzik dan mengucapkan 'thank you so much'
di sebalik topeng itu...saya dapat melihat sepasang mata yang mempunyai seribu harapan
*oh taknak elaborate beria sebab nanti terover feeling..haha~
oh tiba-tiba sebak
stop
sudah sudah
tanggungjawab saya untuk membantu sesama manusia
tidak kira agama mahupun warna kulit
semoga mereka beroleh kehidupan yang lebih sempurna
*tak tahu kenapa feeling lebih sangat..okeh okeh
tutup episod hari ini
bersambung~

Thursday, March 4, 2010

tak suka

salam dan hai teman-teman sekalian
melonjak-lonjak rasa jantung ini nak gosip dalam blog pasal kejadian yang baru je berlaku tadi
*maaf kalau bahasa agak kasar~
memang nak baran lah nie kan
sebelum nie memang tak pernah la pulak nak hangin satu badan dengan omputih kat 3rd floor nih
syok2 tido lepas penat maen basketball pagi tadi
tibe2 rasa nak tercabut jantung bila ada org ketuk pintu kuat gila
nasib baik tak roboh kalau tak nanti aku tak dapat balik deposit $100
manalah aku tahu ada mesyuarat tergempar kat common room tu
kau pun ketuk bilik aku tak cakap ape2
aku ingat budak2 kulit putih kurang waras main ketuk2 pintu
memang dah biasa sangat dah
aku tahulah korang tu budak2 lagi
tapi matanglah sikit
pergilah enjoy-party-pub-sosial habis
tapi jangan kacau hidup aku dengan kawan aku
jangan ingat aku tak perasan korang pandang senget kat kitorang sebab kitorang pakai tudung
mata hitam,kulit sawo matang,saiz kecik dari korang...kami tak segan
tak boleh ke kau 'beradab' sikit nak bagitau aku yang ada meeting kat common room?
ini suka hati je jerit 'Oi!Oi!'
kau ingat aku pekak ke hape?
nasib baik aku perasan kau jerit kat aku
kalau aku buat tak layan je mesti kau dah malu kat mamat2 hensem dalam common room tuh
*hensem la sangat~
dengan kitorang kau bapak kerek
jumpa kat kitchen buat tak nampak
muka poyo habis bajet kau cantik sangat
mata kau tajam sangat ke sampai nak jeling2 masakan kitorang tuh?
yang pasti tomyam yang kitorang masak lagi sedap dari brownies kau tuh
dengan bebudak laki sama kulit dengan kau boleh pulak menggedik jerit2
kau buat aku menyampah tahu?
kau ingat kau tu superior sangat?
padan muka last2 aku tak pergi meeting tuh
kalau aku datang nanti mesti kau bajet bagus sebab berjaya panggil aku datang meeting
nasib baik jiran aku novea si comel dan bukan kau minah omputih poyo yang kerek dan kurang ajar
----------
----------
----------
alhamdulillah lega rasa hati dah lepaskan semua
sekian untuk hari ini


Tuesday, March 2, 2010

shopping & shopping

hai kawan-kawan
*ade ke orang bace nih?
tak kisah la kan
hari ni cam dah dapat topik nak bebel2 kat sini
mm..kalo dikira-kira dah dekat 3 minggu kot kitorang menjejak kaki di bumi Auckland nih
terkejut tak kalau saya bagitau yang kitorang dah tahu 'port2' best nak shopping?
hahaha
over over excited
dalam kepala fikir nak shopping je
mana taknya..baju dah 5helai kot beli kat sini
hahaha..summer special kan
baju pun harga $5 je sape taknak beli
memang konfirm rambang mata
dahlah cantik gila
kalau kat Malaysia mau dekat RM50 tuh
kat sini senang2 je dapat $5
lepas dah syok beli 2 helai konon2 baru nak menyesal
lalu sebelah glassons buat2 tak pandang je sebab takut kena goda dengan dress cantik kat dalam
-_-'
belum cerita hal memasak lagi
senior2 kat sini dah tunjuk 'port' baik punya nak cari bahan2 masak
memang terbaik~
Asian Food Market,Countdown,Foodtown,Downtown,Lim Chorr
hah...ape lagi
memang banyak lah!
paling terbaik Avondale lah kan
murah gila kot sayur kat 'pasar tani' tiap2 hari Ahad
tapi tambang bas pulak mahal sebab Avondale duk kat ceruk bandar
bayangkan eh
10 batang lobak merah hanya $1
sape nak bagi tuh?
2 buku bunga kobis yang besar punya $1.50
stok 2minggu tuh kot~
belum cerita pasal epal lagi
kat sini epal Royal Gala memang sedap gila
sekilo $1.99
???!!
boleh kurus duk kat sini kalau buah-buahan murah gila
takyah makan nasi pun takpe
lagipun saya sekarang nih tengah giat nak turunkan berat badan
seronok pegi gym
tambah seronok bila berat dah turun 2kilo
^_^


Monday, March 1, 2010

its her birthday!


HAPPY BIRTHDAY
to
NURUL FAREHA MD NOOR
sweet 21st
smile always & be happy
may Allah bless you
ganbatte kudasai!

semester dah start
lecture pun dah start
ganbatte!
*siyes tatao nape rase malas sangat nak update blog walaupun tenet laju bak kuda belang
-_-'

Wednesday, February 24, 2010

of Rainbow's End=)

Cadbury Land Castle

The Enchanted Forest yang menakutkan

ini adalah The Invader ye tuan-tuan & puan-puan

Welcome to Rainbow's End Theme Park!!


hai kawan-kawan!
semalam geng-geng HUIA pergi melawat theme park
erk...melawat?tak sesuai!
pergi bermain di theme park
oohh seronot!
first time main go kart okeh tapi dah macam professional gitu
hahaha
selekoh baik munye
abang hensem kulit gelap yang jaga tempat go kart tu pun dah bosan tengok kitorang kot
asik asik budak nih asik asik budak nih
*ohh tapi sudah tentu abang hensem botak macho cakap english kan..hakhak
konon-konon pack spaghetti bolognise untuk lunch
tibe-tibe tak bawak sudu mahupun garfu ataupun sewaktu dengannya
nak guna tangankah?
oh tidak~
kerana kami yakni sizuka,hanis & fareha sangat bijak untuk buat muka tak malu mintak garfu kat akak rambut gold mata biru cantek kat fastfood booth tuh
hahaha~
mesti korang nak tahu ape kelainan theme park kat NZ nie berbanding Malaysia kan?
mereka banyak game yang super duper extreme
mana taknya
sampai ade yang fenin-fenin muntah-muntah lepas maen game
tapi opkos bukan sizuka kerana sizuka adalah pencinta game di seluruh alam semesta!
over~
agak frust sebab FEAR FALL masih under maintainance
(FEAR FALL nie adik beradik SOLERO yang kat Genting tu)
tapi ROLLER COASTER & THE INVADER pasti paling top di dalam carta
walaupun nampak simple je tapi lepas naek memang tudung rosak habes
hilang segala keayuan bila naek ROLLER COASTER yang berlipat-lipat tuh
ntah berapa kali je kepala sizuka berada di atas
waktu-waktu lain kebanyakannya kepala senget ataupun ke bawah
boleh bayangkan?
THE INVADER memang super fabulous sangat tau
kalau tengok dari bawah macam kapal UFO
boleh fenin kot sebab THE INVADER nih pusing-pusing sambil meluncur laju sepanjang rail tuh
ooh terlupa!
kat sini ada 3D Motion Master yang sangat2 best
beza dengan yang kat Genting adalah...
kat sini movie 3D pasal Save The Dinasour
walaweh...ton jerit kuat gila kot sebelah sizuka sebab nampak T-REX menggarang depan mata
hahaha~
lagi satu theme park kat sini ada Cinema 180°
bapak best macam real je
walaupun kita just berdiri atau duduk je dalam cinema tuh tanpa sebarang pergerakan
tapi skrin yang 180° tuh buat cerita tuh macam real
sampai pening dibuatnya bila keluar cerita naek roller coaster yang laju gila
memang patut datang NZ
*promote pulak kan~
kesimpulan episod kali ini ialah
.................
seronot!


Saturday, February 20, 2010

i got mine=D

at last!
i got mine~
thanks to khairul-fareha-hawa for the suggestions and recommendations
i love it~
*tu je nak cakap..cam penat nak cerita banyak..
babai!

Thursday, February 18, 2010

uncle bas hensem dan kacak



hai kawan-kawan sekalian
episod hari ini ialah jalan-jalan lagi ok
dan tanpa henti
hahaha
cukup cukup
destinasi hari ini sebenarnya agak mustahil untuk dituju tanpa bantuan pakcik reception huia,olivia dan map Auckland serta encik google
DRESS SMART
oh kalau korang tourist korang mesti tahu tempat ni
ala ala factory outlet gitu
oooh baju-baju sangat superb murah
goyah iman bila tengok SALE berlambakan sana sini
tambah pulak seronok main swipe card je kan
bila gabra terus check baki takot over spend
hahaha
*salah satu adalah kerana belum habis bayar rent huia
*wink~
sudah tahu bercanda pula kan
mustahil kalau saya tak beli sesuatu
teruja tengok Hanis & Harliana cari baju untuk floor diorang
walaupun saya dan Fareha kebingungan kerana tiada khabar berita dari Hamish
(RA kami..aww~)
kami tidak pulang dengan tangan kosong...hahaha
beli T-shirt kat ESPRIT warna coklat-coklat manje
tiba-tiba tema floor 3 adalah biru turqoise

oh macam frust tapi apakan daya
rezeki nak dapat baju baru
hahahaha
walaweh~
terpaksa buat decision terbaek dalam waktu terdekat nih
apekah?
haha..nantikan episod akan dtg

perasan tak entri ni takde kaitan ngan tajuk?
cam tah hape2 ade jugak kan
ok ok
ini fakta ok
pakcik bas kat sini sangat hensem
oh tapi ada makcik jugak yang bawak bas
sekaligus la ye
sebenarnya dari dulu lagi saya sangat impress dengan gaya pemanduan driver2 bas tegar kat Malaysia
tapi bila sampai sini lagi jakun dibuatnya
selekoh baik punya
lek abes
nak kuar dari parking pun hensem bergaya
cool maintain kacak
tak tahu adjektif ape lg dah nak guna
dahla jalan kat Auckland nie berbukit bukau
tak pelik la orang buat penggambaran The Lord of The Rings kat sini
ekekekeke~
kalau saya amek lesen memandu kat sini sumpah gagal
tiap kali naek bukit mesti mati enjin punya lah
kalau kat Malaysia..jalan bukit takdela ekstrem mana kan
setakat Genting Highlands la kot yang penat tukar gear
kat sini boleh kata everywhere on earth
turun bukit naik bukit
kalau naik shuttle bus tuh rasa macam naek roller coaster ooh
gayat je bila turun bukit
hahaha
sumpah macam orang jakun
respek gila la driver bas kat sini
muka maintain je putar stereng
bas belok baik punya
adakah ini tandanya cinta?
ahh bukan bukan
merepek lagi
so kesimpulan hari ini
hari ini tak masak
sebab dah makan sushi+bubble tea yg besh kat Dress Smart tadi
(rujuk gambar atas)
babai!

Tuesday, February 16, 2010

freakin' excited

assalamualaikum
hai kawan-kawan
bila internet laju bak cheetah
rasa liat pulak nak update blog
*teruk teruk sila jangan ikut ok kakak2 adik2
oh hari ni sizuka kurang sihat
pening pening ohhh
oppss over~
masih berdukacita kerana cash sudah hampir habis
*ada $5 je lg dalam purse
-_-
dan kad bank masih belum digunakan
sizuka sangat banyak berjalan
agaknya nanti balik Malaysia kaki berotot baik punye
haha~
tapi serius agak penat kot
cuma tak berpeluh sebab angin sejuk bangat
mandi pun guna paip kaler merah boley?
haha...
malam2 seronok tido dengan comforter biru comel
orang putih semua panas tapi orang melayu sejuk
sekarang musim panas
orang2 tempatan kat sini (Auckland) pakai shorts, skirts
dan semua yg simple2 je la
panas kan
tapi sizuka dan kawan2 pegi hantam pakai sweater
tak ke pelik diorang tengok??
buat2 tak tahu je lah kan
sebab walaupun bilik cantik sizuka ni takde kipas langsung
tapi sangat sejuk ok macam bukak kipas siling no 5
kalau kat Malaysia,bila bangun pagi selimut ntah ke mana
kat sini bangun pagi masih setia bersama selimut
sejuk ooh
haa!sekarang dah start orientasi
dah belajar kenal2 kawasan
nanti seminggu dua memang master la nih
ekekekeke~
tapi orientasi kat sini memang sangat best dan memang best
kalau kat Malaysia
nak mandi pun macam tak sempat
program tak habis2 7pagi-11malam
kat sini tiap2 hari program start 10am lepas tu tengahari dah habis
petang dah boleh pegi jalan tengok kapal ala 'Titanic' kat Harbour
dah boleh pegi makan kebab sedap kat Queen St.
dah boleh bajet picnic kat Auckland domain
tangkap gambar banyak2 kasi havoc kat Facebook
over lagi~
lagi satu kawan-kawan sila sokong sizuka untuk mendapatkan figure seperti orang Korea ok
ganbatte kudasai!
fats!!run away!!

Monday, February 15, 2010

craving~


ahhhh...really~
craving for it...
gosh~i really need to start saving
BEST OF LUCK my dear me!!

Saturday, February 13, 2010

shopping di Auckland

sizuka di atas Grafton Bridge

serius sangat excited beli chocolate m&m guna mesin ni
oopps tapi chocolate comel skittles tu tak boleh makan...haram

barang-barang memasak kami
eh Glade tu bukan...hehe

U.O.A...dreams become reality

my sweet bed
*sweet sgt...lol~

hai semua
dah makan?
saya baru lepas makan
for the first time memasak kat Auckland
memasak bukan kerja susah
tapi mencari bahan-bahan untuk memasak agak susah
kalau di Malaysia
masuk je mana-mana supermarket dan kita boleh pilih apa-apa je yang kita nak masak
kat sini (Auckland)
proses pemilihan sangat mengambil masa
mengapa?
kerana kami perlu mencari produk yang halal
dan produk yang halal agak susah untuk didapati di sini
perlu cari label HALAL
dan kalau takde terpaksa check kod-kod yang terdapat kat kandungan makanan tu
oohh dan akhirnya alhamdulillah mendapat apa yang dicari
dan saya bersama Fareha dan Hanis seronok menikmati hidangan hasil air tangan kami yang pertama di Auckland
oohh disini sangat banyak berjalan
sehingga saya berfikir mungkin ini salah satu cara terbaik untuk menguruskan badan
yeay!
seronok jalan-jalan tapi sakit kaki
sekarang musim panas tapi saya masih belum dapat menyesuaikan diri
ohhh sekarang pukul berapa?
3.48pm?
waktu di Auckland lebih 5 jam dari waktu Malaysia
jadi waktu kami sekarang ialah 8.48pm
^_^
nanti kita cerita lagi ok!
nak solat maghrib!
adios!

Thursday, February 11, 2010

Auckland,New Zealand

hai kawan-kawan
saya di sini
Auckland,New Zealand
setelah menempuh perjalanan 10jam menaiki kenderaan MAS
alhamdulillah
english yang dah berkarat perlu dipertingkatkan
tadi dah macam konfius gila bila sampai kastam
hahaha
dah lama tak speaking
3bulan kot duk kat umah
wakakaka~
harap2nya lepas ni speaking berhabuk la ye
sebab nak makan pun semua mesti speaking ok
kalau cakap melayu nanti mat salleh itu tercengang
dan kita tak dapat makanan
ohhh Auckland sangat cantik
summer pun macam kat Genting boleh tak
and for the first time pukul 8pm terang-benderang ok
pukul 9pm baru gelap gulita
dan seawal jam 6am matahari akan menjelma
sekejap je tido kan?
tapi macam the very very first night saya kat Auckland nie tak tido kot
tak biasa lagi
oohh besok cerita lagi ok?
nanti boleh letak pics sekali
satu lagi!
internet memang awesome!

Thursday, February 4, 2010

kisah saya, sepupu dan facebook

hai semua
terima kasih sebab sudi baca post nie
^_^
okeh...hari ini cerita saya bertajuk 'saya, sepupu dan facebook'
saya suka facebook?
kenapa saya suka facebook?
sebab facebook yang membuat ikatan kekeluargaan menjadi lebih erat
erat??erk...rapat...ngeh3x
suatu fakta yang memang sangat sahih kebenarannya
saya dan sepupu-sepupu saya sepertinya jarang berkomunikasi di antara satu sama lain ketika berada di kampung
malu ke?segan ke?hah saya pun tidak tahu
bagi saya...segan pun ada sebab tak terpikir topik apa yang nak dihujahkan
kalau ada pun setakat sepatah dua patah je
tu pun pasal makan ataupun rebut port nak tido
oohh mungkin tidak bagi saya dan kakngah nani, kakyah
mungkin kerana kami gadis2 so banyak topik yang harus dibincangkan
kahkah~
tapi mungkin ya bagi saya dan mohd aqmal nadzamudin(betul ke ejaan nih?)=p
atau nama manjanya mamal...*wink~
dan juga sepupu2 lain yang masih belum dapat dijumpai facebook diorang
(dalam pencarian-->anak2 pakngah & pakde)
jika zaman kecik2 dulu mungkinlah selalu jugak maen ejek2 kan
ok fine dulu saya gemok dan diorang memang sangat suka ejek ok
memang sangat ingat
hahaha
tapi semenjak kedewasaan ini memang sangatlah boleh dikira menggunakan jari berapa kali kami berkomunikasi antara satu sama lain
kelakar kan?
hahaha...
tapi facebook yang berjaya merobohkan tembok yakni jurang komunikasi saya dan sepupu-sepupu yang lain
seronok dia lain macam bila jumpa profile diorang kat facebook
lepas tu komen-komen kemaen lagi ek
^-^
oohh bak kata mamal..kat kampung speechless...kat facebook cam adik-beradik
wawawawa~


Saturday, January 30, 2010

♥suka dan duka=(


hai kawan-kawan
kalau tengok tajuk entri ni macam suspen kan
takde takde
semua okey baik punya!
^~^
memperkenalkan anak kepada sepupu saya
*err..boleh kira anak sedara saya jugak la kan?
♥Najwa Najiha
♥09 November 2009
saya panggil dia Najiha...sangat comel boleh tak+tembam sangat
comel dan manja
sebelum ni saya tengok mak+makcik+sepupu saya jaga baby macam senang
dodoi-dodoi terus tido
tapi rupanya tak senang jugak nak tidokan budak kecik ni
memang sangat mencabar minda
*eh minda??ngarut~
Najiha sangat suka didodoi
didodoi disini bermaksud dukung sambil berhayun-hayun
*berhayun??bukan seperti buai ok tuan-tuan dan puan-puan
alah macam tak biasa pulak kan
dukung sambil jalan-jalan pastu nampak macam goyang inul sikit
*inul?bukan-bukan..nanti tercampak budak tu
kira macam dodoila sambil nyanyi lagu-lagu merdu
ala-ala lullaby gitu
ooppss tapi kalau saya yang dodoikan Najiha saya tak nyanyi ok
nanti dia tak tido sebab saya asyik nyanyi lagu korea-rock kapak-jepun je..mix ok..haha~
oohh saya akan sangat merindui dia~
*walaupun kau mendera maklong mu ini dengan membiarkan maklong kepenatan mendodoimu sehingga maklong terlelap tapi kau masih berjaga, maklong tetap menyayangimu♥
oohh lepas tu macam tersedar...betapa besar pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya...
saya baru jaga Najiha 8jam dah kepenatan...bayangkan bagaimana tabahnya seorang ibu yang menjaga& mendidik anaknya sehingga besar dewasa~
I LOVE U MAK

ooohh siapakah di atas ini!!
SAMSUNG ES60 secara rasminya telah menjadi hak milik kekal saya bermula hari ini
oohh sangat gumbira sangat ceria
harga memang berpatutan+kaler pink=satisfied!
walaupun hasrat memiliki DSLR belum tercapai
akan kutanam niat itu sehingga tumbuh sepohon pokok
*eh camane tu??
mungkin saya boleh bermula dengan kamera comel saya ini
apa salahnya kan?
kreativiti tak dinilai mengikut kuantiti
kreativiti=kualiti
^_^
-------------------------------------------------------------------------------
saya sangat berduka kerana simcard maxis saya rosak
lalu menyebabkan Nokia 3500 Pink saya meragam
oohhh sangat hiba~
sangat sayang boleh tak

Wednesday, January 27, 2010

kau ingat kau bagus sangat?

kawan-kawan
harap maaf jika entri ini agak kasar
namun apa yang terjadi kepada saya hari ini memang sangat mendukacitakan
ooohh ayat sangat skema!
-_-'
bukan setakat dukacita tapi dah memang mendidih dah tadi
alkisahnya
saya nak keluar simpang ke jalan besar
nak dijadikan cerita tiba-tiba kereta sangat banyak dan tak putus2 dari jalan besar
kalau korang pun takkan nak gadai nyawa nak keluar terus dari simpang yang kecik tu kan?
boleh dikatakan agak lama jugak kami (saya & emak) menunggu peluang untuk mencelah keluar dari simpang tu
tiba-tiba...
'WOI!!!'
terkejut gila boleh tak
saya tekan minyak keluar simpang tu bila kereta dah tak banyak
masa tu saya abaikan jeritan yang baru berlaku
lepas tu baru mak cakap mungkin orang tu jerit kat kitorang
a.k.a
saya kerana saya yang memandu
saya pun apa lagi
memang tak puas hati sangat lah
kepada pemandu kereta putih dan kereta biru yang berada di belakang kereta saga hijau WJK XXXX dekat simpang tepi PASAR BESAR PEKAN
ini ucapan saya untuk anda
BUTA ke RABUN ke tak nampak KERETA berderet-deret kat jalan besar tuh???
kau tak nampak ke kereta depan kau nie (kereta saya) ada pelekat P kaler merah??
kalau kau nak bangga kereta kau gear AUTO-tak mati enjin-tak terundur,sila bangga sekarang sebab Encik Saga WJK saya tu manual okey??aku cabar kau bawak kereta aku tu boleh?
kau nie tak sekolah ke tak tengok tv ke...kau tak pernah tengok iklan pemandu berhemah?
lesen kau lesen terbang ke?cikgu sekolah memandu kau tak ajar ke tips-tips menjadi pemandu berhemah??
sape ajar kau boleh jerit2 kat orang lain kalau dia lambat sangat keluar simpang??
apa barang cari pasal dengan pompuan...tak jantan la kau
.........
.........
.........
oohh..kegeraman sudah terubat sedikit
sebaik sampai ke rumah terus mengadu dengan abah
abah saya cakap
'biarkan je orang macam tu...'
dengan sangat macho dan kacak bergaya
abah saya dah memandu lebih dari 20tahun
tapi tak pernah pulak abah jerit kat orang kereta depan kalau dia lambat sangat keluar simpang
so salah siapa??

pesanan penaja:
JADILAH PEMANDU YANG BERHEMAH
INGATAH ORANG TERSAYANG
*terover pulak^~^


Saturday, January 23, 2010

sizuka & incik apek


oohh oohh dan oohh
first time sizuka join contest
dapat top 3
alhamdulillah
thanx a lot to sis ieda
tepuk tepuk tepuk
tak sangka kisah incik apek sizuka menarik perhatian juri2
heeeeeeeeeee
ok lah
tak boleh lama kat sini
kena hantar emel kat sis ieda
dapat hadiah!yeay!
agaknya sempat tak hadiah tu sampai sebelum sizuka berangkat?
hmm~

p/s: tahniah kepada budak kecik di atas kerana telah berjaya memenangi tempat ke-3 My Childhood Photo Contest by sis ieda ^_^
(monolog diri sendiri...haha)

Tuesday, January 19, 2010

saya izzati

oohh rasa segan bila tengok entri jiwang sedih bertakhta di puncak blog
terus tulis entri baru
^-^
baru selesai blogwalking ke seluruh alam blogspot dan tumblr
fuh...macam macam ada
sebenarnya entri ni takde motif pun
tak sabar nak tunggu keputusan contest sis ieda
ntah menang ntah tak
heeeee...tak harap pun cerita incik apek saya menang
tapi kalau menang pun ape salahnya
toink toink
baru ingat
semalam seronok pergi shopping dengan mak
kereta penuh tapi dompet pulak kosong
-_-'
malam tadi saya cuba packing barang-barang dalam luggage yang hensem bergaya
*tiba-tiba rasa macam cerita luggage tak best...tukar tukar
rasa macam nak pergi mandi kat air terjun
bukan jauh pun
setakat 20km je dari rumah
tapi seumur hidup tak pernah pergi makcik ooi
sedangkan Bukit Gambang Water Park yang lebih dari 60km dari rumah tu dah jelajah 3 kali
melampau betul kau ni
memang dasar sizuka*tibe~
cakap pasal sizuka teringat masa pergi KL aritu
jumpe Doraemon,Nobita,Sizuka,Giant ngan Suniyo kat Mines
bukan betul-betul la
kalau betul-betul dah lama heboh satu kampung
tengok profile pic facebook saya tu
betul tak?
ini cerita lain pulak
korang tahu sekarang rumah saya sedang di'renovate'
orang melayu cakap 'bertukar!'
orang putih cakap 'transformers!eh!transform!'
rasa macam nak bagi nama 'banglo idaman di pesisiran sungai pahang'
perasan perasan perasan
jangan terkejut tiba-tiba sizuka jadi ahli bina badan
eh!buruh binaan!
angkat pasir
susun batu-bata
simen sana simen sini(yang nie tipu sebab kalau bagi saya simen saya reti buat lesung batu je)
muscle mengembang baik punya
sekali gus boleh tolong sizuka turunkan berat badan
haih...kalau korang tengok mesti korang cakap
'mana ada gemuk...ok la tu...kau kan tinggi'
menyampah!
bukan menyampah dengan korang tapi menyampah dengar ayat macam tu
cuba bagi ayat mencabar sikit
'kau ni gemuk la...dietla sikit'
eh macam melampau...bukan bukan...macam ni
'kau ni berisi la...kontrol la makan sikit...jom gi jog dengan aku'
ini tidak
kalau aku makan sikit sibuk sindir macam ni
'amboi...diet ke...'
sambil buat muka semanis gula batu
arrrrrr~
memang bikin gua panas
*mode ganas~
hahaha
dah la
banyak mengarut je
babai

Friday, January 15, 2010

...

hello friends
long time no see
i was in KL for my pre-departure briefing at Putrajaya on 13th
so i decide to stay for 4days in KL until today
now i am writing this in my best friend's room at UKM
and this afternoon i'll be back to my home sweet home
less than one month from now
i'll be in Auckland...U.O.Auckland for 2 years until the end of next year
my departure will be on 10th Feb 2010,09.30 pm
it's not true if i said i am not happy
but deep inside my heart
s.a.d
my honey keep on telling me how sad he is
but still he pray for my best
he told me to take care of myself
he said, he will be the one to send me to KLIA this February and he also will be the one who wait for me when i came back to Malaysia next year
12th,13th,14th January me and him spend our time together
i owe him
thanx a lot honey and sorry for make things difficult for you
i love you
yesterday, me and him spent our precious time exploring Petrosains
next, we headed to Times Square to met Zalikha there
-Ampang Superbowl Times Square-
for the first time he won the game with just one point different from me
*before this i was the champion
i feel very happy to see him smile
we enter every shops there and i was thinking to buy something for him
a cardigan for men caught his eyes and he insisted to buy the black one
he told me there's only 2 person who can buy that cardigan for him
m e or h i m
and i am the one who bought it for him
he was very happy and smile along the way back because he wore it right after we paid
he sent me and Zalikha to UKM before 10pm
and he stay for a moment to have some words with me
about my departure and other things
unexpectedly...we cried
i don't know why tears kept running out when i saw him crying
i just never saw him crying right in front of me and now he was
i was a bit worried since he need to drive back to Shah Alam
i try to calm him down but i failed because i was the one who cried my heart out
hopefully...no more tears running out this February

p/s: i.l.y♥

Thursday, January 7, 2010

'My Childhood Photo Contest by Pu3 Pelangi!'



Actually nie first time saya join contest2 kat blog.contest nie dianjurkan oleh sis ieda.
jom ramai2 lawat blog sis!kenapa saya join contest nie?kenapa saya join contest nie?sebab ia best.hakhak.lagipun saya vote kat blog sis untuk contest nie.kenapa?sebab saya rasa saya comel mase kecik.hahaha.cukup cukup.

Post ini telah diedit setelah diperiksa oleh sis ieda


Terms and Conditions of the Contest:

1. Add Url Link ( http://ieda2009.blogspot.com/) pada Bloglist@Blog Roll anda & anda juga diwajibkan untuk menjadi Follower http://ieda2009.blogspot.com/
-siap untuk diperiksa!-

2. Copy & paste banner di atas pada entry/posting anda bertajuk 'My Childhood Photo Contest by Pu3 Pelangi!' & link kan ke ( http://ieda2009.blogspot.com/2010/01/my-childhood-photo-contest-by-pu3.html ) kemudian letakkan pula banner 'My Childhood Photo Contest by Pu3 Pelangi!' bersama link ( http://ieda2009.blogspot.com/2010/01/my-childhood-photo-contest-by-pu3.html ) pada sidebar blog anda
-siap untuk diperiksa!-

3. Upload 2 keping gambar anda. 1 keping gambar anda sewaktu kecil/pada zaman kanak2 & 1 keping lagi gambar anda setelah dewasa.
PERHATIAN: Hanya gambar anda sahaja ya,gambar orang lain adalah tidak dibenarkan samasekali
Anda diwajibkan untuk menceritakan serba-sedikit tentang gambar anda sewaktu kecil/pada zaman kanak tersebut ATAUPUN ceritakan mengenai kenangan yang tidak dapat anda lupakan sewaktu zaman kanak2 anda..

Zaman kecilku
(3tahun)1992
Si kecil yang telah menjadi Si gadis*ececeh~
Aidilfitri 2009

Tanggal 3 Disember 1989(3.30pm)maka lahirlah seorang puteri comel yang diberi nama Nur Izzati*eksyen eksyen. Sesungguhnya betapa indah kejadian Tuhan, si kecil ini dikurniakan kulit yang cerah lagi mulus*eksyen lagi.Bukan bertujuan untuk riak,tetapi ada kebenaran yang saya akan ceritakan kepada kalian.Alkisah, gambar yang tertera di atas adalah ketika saya berumur 3tahun. Jika anda teliti foto yang sebenar, anda akan mengakui bahawa kulit si kecil di dalam gambar itu sangat cerah. Alkisah, datuk saya selalu membawa saya ke pekan untuk membeli barang-barang keperluan.Dan kebiasaannya datuk akan menuju ke sebuah kedai runcit kepunyaan seorang encik apek(lelaki yang berbangsa cina).Saya ketika kecil selalu dipakaikan gaun dan ditocangkan rambut seperti di dalam gambar di atas.Kembali kepada cerita, encik apek nie suka bermain dengan saya ketika datuk memilih barangan.Encik apek mempunyai seorang anak perempuan yang sangat sukakan saya sehingga memanggil saya 'adik'.Namun, suatu hasrat telah mangubah segalanya. Satu hari, encik apek tersebut menyatakan hasratnya kepada datuk untuk mengambil saya sebagai anak angkat dan membawa saya untuk tinggal bersamanya dengan isteri. Ayatnya lebih kurang begini, 'ini budak manyak comel,manyak putih selupa anak olang cina...bagi wa la ini budak,tinggal sama wa jadi anak angkat wa sama bini wa maaa.anak wa pun manyak suka sama dia.wa janji wa jaga baik-baik punya.'Keadaan encik apek yang bagaikan terdesak membimbangkan atuk kerana encik apek tidak mempunyai anak kecil.Selepas kejadian itu,datuk tak pernah bawa saya ke kedai tersebut lagi kerana bimbang saya akan dilarikan oleh encik apek tersebut.Sampai sekarang, mak masih merahsiakan lokasi kedai tersebut daripada saya.Namun jika anda bertemu dengan saya sekarang, saya tidak secerah dulu lagi kerana saya suka main panas.ngeeeeeeeee~
-siap untuk diperiksa!-

4. Pemenang akan dinilai melalui gambar yang chumel,menarik & berjaya membawa saya & juri2 lain,mengenang kembali akan zaman ria kanak2 dulu.
Hanya 3 orang pemenang sahaja yang akan dipilih.Manakala bagi penyertaan yang ke-13,akan mendapat hadiah misteri! :)

5. Apabila semua syarat & peraturan telah dipenuhi, jangan lupa tinggalkan komen berserta URL link anda mengenai contest ini pada ruangan komen N3 My Childhood Photo Contest by Pu3 Pelangi! untuk memudahkan proses blog review.. ^_^
-selesai sudah=)))-

p/s: sis,sizuka letak 2 pic mse kecik..hakhak..konpius nak letak mane satu..dua2 comel..=p..btw thnx sis for the contest.ngeeee~





Tuesday, January 5, 2010

boyfriend baru=p

Hola>

Tajuk entri nie macam tak boley blah. Bikin suspen akak je kan.hahaha.Sila bagi tahu saya kalau ada orang yang tak excited bila dapat laptop baru...ada ke?kehkeh...buat pengetahuan korang, Compact Presario V3000 saya sudah secara rasminya digantikan dengan Compact Presario CQ40 selama lebih sebulan yang lalu. Kemana V3000 membawa diri?Dia kini sudah beralih arah kepada adik saya,angah yang study kat UiTM Segamat tu dan sangat bahagia sekarang...hakhak...saya kini setia bersama CQ40 yang sangat hensem lagi bergaya ini...hehe...tambah seronok bila CQ40 nie guna Windows 7 original...*hidung kembang kempis...banyak kelebihan berbanding V3000 yang dulu tapi tetap sayang dua2...hehe...asik puji je...meh baca yang agak ‘keji’ pulak...

Perhatian: CQ40 dibeli dari Landmark JB sebulan yang lalu sebelum saya pulang ke rumah.

yang tak seronoknya bila rupa-rupanya Microsoft Office dalam nie trial 25days...memang sakit hati tahap mendidih...sales promoter kedai tu punya la seronok promote laptop nih...’everything complete...bla bla bla...original...konfirm...harga berpatutan...semua siap install...bla bla...bagus nie dik...baik punya...(ada edit2 sket nih...tapi lebih kurang camni la).Dah nak jadi cite kan...si pembeli merangkap saya tiba2 terpukau dengan kehenseman CQ40 nie terus angguk nak beli sebab dah jatuh cinta pandang pertama...secara tibe2 jadi budak lurus bendul...hakhak...tapi takdela saya nak angkat terus kan...memang berapa kali soal pasal original ke pirate ke sampai promoter tu dah nak termuntah asik jawab soklan saya...hahaha...saya pulak bajet pandai tanya itu ini sampai dia pun dah pening nak jawab...padan muka...haha kejam gila...tak lama lepas tu mak abah pun diam je tanda setuju maka terbelilah CQ40 nih...punya seronok bawak balik hotel taknak tinggal dalam kereta takut kena curi...tak sabar nak balik rumah nih nak tengok muka CQ40 yang hensem lagi kacak. Bila dah tengok CQ40 asik mimpi pasal dia je...haha yang nie tipu...=p. First time bukak CQ40, saya check semua program yang ada siap install dalam nih..memang hensem!movie maker tip top!memang senyum lebar gila...tiba-tiba bukak Microsoft Word... suruh masukkan Product Key...ah!saya pening!mana mau cari!check rupa-rupanya ada kat bawah CQ40 nih.punya konfiden salin nombor kat kertas konon nanti senang nak key in kat Word.dengan konfiden key in ‘Product Key’ yang dia mintak.INVALID!takut mata buat silap saya key in berulang kali...bila dah lama2 tak boleh jugak memang rasa macam direbus nih...sah sah kena tipu hidup hidup...hangat hangat...panas hati tekan2 handphone call tauke kedai...sayang kredit maa tapi lagi sayang laptop...mula-mula bajet cool...okeh...cool bebeh...lama2 akak hot jugak...agak teruk tauke tu dibelasah tapi dia maintain cool...pelanggan kan...mesti hormat...last2 dia mintak maaf pasal pekerja dia yang kureng tu...paling best nak tahu dia cakap ape?dia cakap camni...’awak marah kat saya lepas nie saya kena marah dia pulak(pekerja dia)’...padan muka...sape suruh tipu... ingat budak muka suci macam saya tak tahu pape ke...lepas tu dah pening dah...mana nak cari Mic.Office ori nih...boleh pulak terlupa pasal Cik Abg sndiri...kan dia amek multimedia+pemilik installer2 terhebat...dan akhirnya...he’s my hero...kehkeh...i lap u la!*bajet sweet...=p


p/s: honeybee...ganbatte kudasai!!

Sunday, January 3, 2010

a true story of mine

this is a true story of mine.a reflection to remind myself.to share my feelings with you friends.

When I was in primary school, my family have no car.We lived at a village. So if we need to buy things and needs at the town, abah will borrow his friend's car. Abah will ride his motorbike to the friend's house, took the car and left the motorbike there.I still remember, me and angah will wait for abah under the tree beside our house,very excited. When we saw abah with the car, we'll be jumping here and there. When we back from the town, abah sent us back home with the things, sent the car to the friend's house and took the motorbike back. I can feel that abah really want to buy a car for us, so that it'll
be easier for us to go anywhere we need to. But abah's salary was only enough for the needs of our family. When I got 5As in UPSR, my mother bought me a watch cost RM20 as a present. I'm happy but I cried because I never had a watch before and it was RM20, a very big amount for me on that time. I'm the only one who got 5A's in UPSR at my school. A fact about my primary school,it was in a very rural area,only has about 60 pupils.When I was in Standard 6, there were only 9pupils in my class, all girls because there was no boys age 12 on that time, and we have only 6male teachers including the headmaster. Can you believe it?Yes.I am one of the product of a school in a rural area and I was not shame. My secondary school was SHAH PEKAN(Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan)2002-2006. It was a culture shock for me. A SBP, a school of smart boys and girls and a big school, means thats a lot of students there. I feel very uncomfortable, homesick, scared,weird and those kind of things. All SBPs offered 3foreign language to learn and our classes was according to the language that we choose. I prefer Japanese but the teacher put me in the French class.huh.Weird some more, French is not that easy. The good thing was my new friends were awesome. They thought I was unique because of my 'loghat pekan' which is extremely 'pekat'.haha.One thing,I cried once in my class.It was during my Form 1.Guess what,I was one of the shortest students on that time and now I am one of the highest girl in my class or shoud I say the highest?=p.Back to the story.It was when one of my teacher asked us to buy a book.All students have it except for me.I don't have money so I can't buy it. I told the teacher.Suddenly he took out RM2 from his pocket and gave it to me.He told me to buy the book using the money.Can you imagine how do I feel on that time?Sad, clueless. It was me.YES.and this is my story.
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar,Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Now everything has turn out to be better than before. Alhamdulillah.

I was very glad that you have read this story of mine till the end.Thanks.
Please ignore the grammatical mistakes.Please.Please.Please.
Have a good day!

Friday, January 1, 2010

g i r l s d a y o u t

sila jeling status facebook saya sekarang
haha...bajet best...
g i r l s d a y o u t
untuk julung-julung kalinya saya hang out dengan emak & angah sahaja
girls outing okeh...destination: Kuantan
sahaja okeyh...bermaksud tanpa adik2 kurang matang yang mempunyai sangat banyak kerenah
dan tanpa abah sebagai driver kerana kali ini kitorang telah secara rasminya menggunakan khidmat driver baru iaitu saya...*wink~
sebab tu entri nie tajuk g i r l s d a y o u t
seawal pagi kami bertolak kerana menurut emak,kami perlu pulang awal kerana risau meninggalkan kanak2 ribena yang berada di rumah terlalu lama bersendirian
(erk...bukan bersendirian okeyh sebab mereka 4 orang!)
kegilaan bershopping tiba2 meresap ke dalam jiwa kami tatkala melihat SALE di merata tempat
(tiba-tiba ayat macam tak boleh blah...cam tulis novel pulak...haha~)
namun, mak berjaya menangkis godaan-godaan handbag SENTINI yang sangat over-murah lalu menarik saya dan angah keluar
'girls, masa untuk cari barang dapur...'
...
saya masih menyiasat punca mengapa hari ini saya tidak dapat memandu dengan tenang
namun sangat bersyukur kerana emak sudah mengiyakan kepada abah bahawa saya sudah mula cekap memandu di Kuantan...teeeheeeheee
persoalannya...
adakah kerana saya akan memandu V6 ke Kluang besok?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...