Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa!

Assalamualaikum :)


SELAMAT BERPUASA, semua!

Saturday, July 30, 2011

Auckland Muslimah Netball Competition

hari ini, kami ke Zayed College for Girls kerana dijemput menyertai Auckland Muslimah Netball Competition.I'm one of the players, Fareha too *she's a pro, mind you* together with other 8 Malaysian students yang juga kaki-kaki athletic belaka. on the other hand *ayat essay*, aku sorang bukan kaki athletic.mungkin aku lebih kepada kaki pelastik [?].*kaki malas bersukan neh sebab tu banyak lemak HAHAHA*

buktinya, first half game yang pertama, entah berapa kali referee tiup wisel khas untuk aku sebab block orang rapat sangat.KAHKAHKAH.

NOTE: aku GoalKeeper [GK].niat asal, mengambil kesempatan atas ketinggian 167cm kurniaan Ilahi ini, rupa-rupanya geng lawan lagi hebat ketinggiannya dari perempuan 167 sentimeter yang tak handal jadi defender neh.HAHAHA.

I'm a dead meat, man.satu kelemahan besar, kalau nak bertanding sukan-sukan nih aku punya berdebar sampai rasa nak terberi-beri *you know what I mean* secara bersambungan.HAHA.dengan aku punya muka tu serius sampai kalau orang tengok boleh pelik.

apasal GK tu muka nak emo sangat heh.

KAHKAH.


well.it was a great experience.get to know other Muslims around Auckland,met great sisters and make friends.also, we got to learn something just by observing others.

kami main 2 games je.so macam tak berapa nak berpeluh sangat.eceh.satu menang, satu kalah.dapat nombor dua dalam group, tapi tak dapat pergi final.tak kisahlah sebab kalah bergaya.giteww.HAHA.but we won The Most Disciplined Team.O-M-G comel boley ada kategori camnih?nomnomnom *tetiba*

inilah The Most Disciplined Team untuk tahun 2011 *tetiba lagi*.oh ya, dua orang tu kena sorok sebab tak pakai tudung, and they aren't in our team.'saja masuk gambar sebagai memori' kata aku.

ada cerita best di sebalik wajah kanak-kanak riang 10 orang gadis/wanita dalam gambar nih.

kami masuk kategori Youth, bermaksud pemain ialah berumur di antara 16-29 tahun.team yang berperang rebut bola dengan team kami kebanyakannya ialah gegadis 16 tahun*rasanya sebab muka cam bebudak lagi*.
waktu nak balik, ada lah berborak sikit-sikit dengan diorang (me, Fareha & Ema)

*mind you, it's a 16 years old Somalian girls talking to us*
Where do you live?
We are living in the city, Auckland City.
hooooo,so where do you guys go to school?
oh we didn't go to school.we're studying at Uni.
What?*mata terbulat*.How old are you guys?
Most of us are in our twenties, we are 22, some of us 23 and our captain is 29 years old.*senyum*
WHAT?OMAIGAD you guys looks so much younger!I thought you're 16 or something!
No.No.We're already in our twenties.*sengih lah kan dah orang kata nampak muda HAHA*
Oh no.I'm 16 but already looks like an old woman, imagine how I'll look like when I'm 22.with all the wrinkles and everything.you guys are in your twenties but still looks like 16!WOW.

hai, kami awet muda.bye.HAHAHA.

tamat kisah awet muda.
____________________________________________________________________

should I continue?ada sikit je lagi.

sebelum balik rumah, kitorang singgah Ayutthaya Thai Restaurant.mencekik barang sepinggan dua kononnya penatlah sangat main bola jaring HAHAHA.

habis makan, aku dengan Fareha mintak diri dulu.sebab bukan jauh sangat dah rumahnyahh.sebelum balik rumah, haaaaaa ni part penting ni.kitorang singgah The Three Eye.eh.The Third Eye.

actually, kedai ni lama dah bertapak dekat K'Road tu.sebelum ni main jeling-jeling je sebabnya kedai tu sungguhlah meriahnya sampai rasa takut nak masuk.ala-Indian-style dengan bangles, saree, gelang rantai and everything.

unexpectedly, ada pashmina cantik-cantik dijual dalam ni :)

thanks to Ema sebab bagitahu sini ada pashmina murah & gorgeous.




and SPECIAL THANKS to my partner-in-crime, Fareha sebab belanja pashmina.OMG touching boley.tayang tangat tekat awak!tweet tangat!*ewww*

kami ialah golongan yang baru bergiat dalam bidang pashmina.sila beri tunjuk ajar.*tetiba*

Klik HERE for Fareha's version of Auckland Muslimah Netball Competition.she wrote something that I didn't.I wrote it at first, but didn't know how to describe it in such a beautiful way as she did :')

Thursday, July 28, 2011

spontaneous Thursday [?]

sekarang, tepat jam 11.50pm 28 Julai 2011.bangun pagi besok haruslah Facebook dengan Dashboard dibanjiri status/entri/luahan perasaan pasal Msia VS Singapore malam nih.pape pun, Go Go Harimau Malaya!

errr ada sape-sape nak sponsor baju Harimau Malaya yang kuning hitam tu tak?aku tengok macam boleh tahan hensem jugak baju tuh.*muka suci mata berkerdipan*

balik Malaysia nanti beli lah izzati oih.

OK.

herm.semalam aku cakap nak post entri lori gula mencurah ke ladang gandum kan?TAK JADI.aku pun tak tahu benda apa aku buat sampai tak sempat nak post entri tu HAHAHA.

dah khusyuk sangat main Tetris Battle dekat Facebook...memanglah hape benda pun tak jadi.

errr ada yang nak challenge?sempat lagi HAHAHA.

oh ya.blog ni sebenarnya still under construction.so, jangan terkejut gugur jantung ke apa kalau hari ni tengok blog ni rupa lain, besok rupa macam lain.HAHAHA.mr.novio punya pekerjaan kreatif lah nih.

mr.novio punya pout dah macam Angelina Jolie NGAHAHAHA.

Wednesday, July 27, 2011

less-words wednesday: Ramadhan :)

mulanya, aku nak buat tajuk entri ni wordless wednesday 02.sebab wordless wednesday versi pertama *berbelit lidah* dah ada dekat bawah ni.TAPI aku baru perasan dah lebih dari 24 jam aku tak membebel dalam blog sendiri panjang-panjang [?].makanya, aku tukar tajuk jadi less-words wednesday.(sukahati)

OK.kita tengok less-words ke tidak.

puasa dah dekat.haaaa siapa tak ganti puasa lagi :P

juga, TERperasan halaman photography tutorial aku tu lama tak berupdate.duhhh.mungkin aku dah kekontangan kebolehan & idea.boleh tak aku nak buat tutorial pakai shawl pulak MUAHAHAHA (sengal).

p/s: berusaha keras lukis kartun punyalah bagi nak nampak macam manusia.at the end of the day, aku rasa tak comel pulak muka diorang.mungkin kena buat plastic surgery sikit.

chop.patut ke buat tutorial lukis kartun?

OH-EM-GEE KABHI NEHI

NOTE: aku bakal menge'post' entri lori gula mencurah ke ladang gandum besok.bersediaaaaaaa HAHAHA.

wordless wednesday.what say you?

gambar sudah terdelete.jangan refresh banyak kali.


designed by : mr.novio
what say you? = apa kata anda?

p/s: direct translation is not good for your health :P

Sunday, July 24, 2011

jakun

Hello & Assalamualaikum.

sad to say, these few days (or weeks I must say), this blog will be flooded with colourful-and-not-pretty-hand-drawings made by the owner of this blog HAHAHA.is this even a bad news?why are you laughing, man?yeah for some doodlers perhaps.mungkin ada yang boleh pengsan tengok lukisan aku nih which is O-M-GEE what she's drawing?

LOL

dear babes and dudes, (cehhh bajet omputih) this is what we called JAKUN.you know what, mr.novio (oh I like using this word) just installed Adobe Illustrator, Adobe Photoshop & Adobe Lightroom in my laptop.which is O-M-GEE how awesome is that?but sadly this 21-going-22-years-old-lady didn't know how to use it, yet.HAHA.n-o-o-b.

actually mr.novio said it's not that difficult.YES he's a multimedian so memang ada logika kalau beliau cakap benda Adobe ni macam kacang kuda whatever it is punya kacang kan.but for me, which is a language-student-and-an-english-teacher-to-be, O-M-GEE kenapakah complicated sangat heh?

n-o-o-b

HAHA.tapi semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku sepertinya rajin godek-godek adik beradik Adobe ini.namun hal photo editing, aku masih setia dengan Photoscape.bukan senang nak berpaling arah ok.

Photoscape, I love you :)

eh sempat lagi.

maka, terimalah hasil godekan dan contengan aku yang sangat O-M-GEE.HAHA.

Bradley Coops Impressed

p/s: i told yaaaaa here.matahari & awan memang favourite subjek kalau aku melukis HAHAHA.

p/s/s: beberapa hari ni aku tak boleh bukak GengBlogger.kenapa eh?

Saturday, July 23, 2011

photoshoot in Wellington

I am a person who can't deny her own camera.you know what I mean?luarbiasa YES.ianya sedang berlaku dan aku syak akan terus berlaku tanpa henti.walaupun sedang ada kerja sekolah universiti sekalipun, ah pergi nyah sana.aku akan pedulikan kamera dahulu.aneh tapi benar.cuma jangan tiru aksi ini di rumah KAHKAHKAH.kalau tak, potensi tinggi dapat tepuk berapi dari abah.

taipan aku dah macam tak berapa berkaitan antara satu sama lain.aku syak, aku perlu berhenti sekarang dan hidangkan foto-foto supaya repekan aku tak menjadi puaka niyang merepek.

credits to mr. novio (google translate-Spanish) Khairul, Addy Fitri and Suraya Saderi (can't find her blog's link) for the great moments dan jadik model :P
NOTE: to Fitri's blog readers, Hello.dia baru je post entri pasal ni tadi.terus semangat akakkk :)





























soooooooooooo dah habis dah cerita trip winter break.voleyyy?:P

ok tak HAHA.tengoklah nanti lain kali boleh sambung lagi.just kalau nak cerita pasal tiap-tiap hari macam takkan habis-habis :P

errrr anyone want to book for a photo-shoot?

BAHAHAHAHA perasanlahengkaunih.

Friday, July 22, 2011

tangan tak berseni



tak matang gila punya lukisan BAHAHA.lukis benda-benda lain aku tak reti.tapi kalau lukis awan,bulan, matahari tu memang aku hero ah.eh eh bukan.aku tak reti lukis bulan bintang.KAHKAH.awan dengan matahari je reti.



macam LAME gila kan.tapi aku peduli apa.KAHKAH.tak nampak rupa lukisan pun aku nak main lukis-lukis jugak tak kira.sindrom apa yang melanda sekarang ni aku pun tak berapa pasti.

sindrom nak kahwin mungkin?

KAHKAHKAH.

ok.sudah merepek.

hari ni aku nak bocor satu rahsia negara.dulu masa tingkatan 3 ada subjek pendidikan seni whatever tu.aku memang bukan hero ah subjek tu.tetiba ada kerja sekolah kena lukis bumbung rumah minangkabau.

WHOTTT?

YES bumbung rumah minangkabau.do you know how bumbung rumah minangkabau looks like?

Google

bagi manusia tangan tak berseni macam aku, kerja sekolah ni memang sungguh fear factor.dahlah kena lukis berdasarkan gambar yang diberikan.aik apesal ayat aku skema.kalau boleh main taram je memang aku tak berapa nak kisahlah sebab bab hentam keromo aku pun agak hero jugak HAHAHA.

tapi TAK BOLEH.kena ikut gambar yang cikgu bagi jugak.aku jadi manusia paling runsing dalam dunia.aku lukis-lukis, garis-garis, tak nampak-nampak macam rupa rumah minangkabau.macam rumah minangkerbau mungkin ada sikit [?].

nak kata aku punya rezeki lah kan, hujung minggu tu pulang bermalam.balik kampung lah kiranya.dan berdasarkan pengetahuan aku, bab melukis-lukis ni adik aku (angah) memang hero.i mean, kalau dia lukis memang gaya macam makhluk atas bumi.kalau aku yang lukis, ada gaya makhluk planet namik KAHKAHKAH.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

cikgu, kerja sekolah pendidikan seni yang kena lukis rumah minangkabau tu sebenarnya adik saya yang tolong lukiskan.saya tulis nama je dekat situ.

ampun cikgu.

Yang benar,
Izzati, yang kini 22 tahun

agak-agak aku kena denda tak sebab bagitau rahsia ni dekat cikgu aku sekarang?KAHKAH.

p/s: cikgu pendidikan seni aku dulu cantik wohhhh.hari-hari pakai kebaya dengan pin bunga ros besar-besar.hari lain warna lain.selalunya dia memang pakai matching warna dari tudung sampai kasut.kami syak, beliau buat pin bunga ros tu sendiri.sebab boleh kata semua warna ada.DIY orang putih kata.

Wednesday, July 20, 2011

wordless wednesday

p/s: mood berblog entah terbang kemana.hidup sepertinya kusut sekarang.sindrom apakah ini?

duhhhhh.

Monday, July 18, 2011

semester akhir bermula

rasa macam tak sempat nak buat apa-apa these few days.foto-foto berteraburan [?] di serata tempat.hari ni dah mula kelas.DAH MULA OK.kali ni memang bercuti to the fullest wa cakap lu HAHAHA.dan sekarang aku dah jadi macam manusia paling miserable dalam dunia.

mungkin entri pasal holidays kasi up lambat sikit.banyak benda perlu ditangkap (catch-up).besok pun encik K dah nak pulang ke tanah air sobs sobs.aik apasal sebak tetiba neh.

just rasa macam penat nak mula semester boleh tak?


p/s: oh semester cepatlah habis.nak balik Malaysia makan ikan bakar.TETIBA.

Saturday, July 16, 2011

sudah pulang

dengan ini mengumumkan kepulangan hamba ke bumi Auckland.eceh.nantikan entri-entri yang bakal muncul tanpa henti HAHAHA.

p/s: sori tak sempat blogwalking malam ni.beribu foto perlu dikerjakan segera.teeeeheeee :)

GIF not mine Pictures, Images and Photos

Auto 9: StoneGrill

2009

siapa pernah makan dekat StoneGrill?awesome kan?sampai dekat meja tengah mendidih-didih.fuhhhhhh memang terangkat.aku pernah pergi yang dekat Jusco Tebrau City je.nanti balik maktab harus pergi lagi sekali dua kali nih.yiiihaaaaa.

p/s: oh ya.ni entri auto-post terakhir.saje je kan taknak bagi cukup 10.HAHAHA.


Friday, July 15, 2011

Auto 8: Hulu Cat Tea House

Aten, Izzati...Nisa & K.Ayang :)

semoga Hulu Cat selalu buat deal macam gini.lemayan perut oih.serius kenyang.dengan milk tea satu sorang gelas besar jag.fuhhhh.lepas tu semua mabuk susu.pulak-pulak aku.siapa suruh order strawberry milk tea.KAHKAH.

Thursday, July 14, 2011

Auto 7: Harry Potter

yey yey nak tengok.siapa minat Harry Potter dekat sini?selain akulah maksudnya.ada?sep sikittttt.welcome to the club.HAHA tetiba.hari ni Part 2 keluar dekat panggung wayang eceh skema gila.aku teka mesti ramai orang beratur nak beli tiket.huuuuu but who knows kan?actually 3 minggu sebelum tayangan pun dah boleh book tiket.tapi aku tak beli pun.nak merasa adventure sikit berebut tiket dekat kaunter HAHAHA.

macam-macamlah engkau ni izzati.

p/s: aku suka Fred & George Weasley.aku minat Oliver Wood jugak.comel gila oh.tapi waktu HP 1 dengan HP 2 je dia ada.huuu.eh yang HP 7 part 2 ni dia ada ka?

Wednesday, July 13, 2011

segera

AMARAN: entri ini ditaip secara laju-laju.maafkan kesilapan bahasa ataupun kesalah ejaan whatsoever apa aku merepek ni HAHAHA.

ok.Assalamualaikum & apa khabar orang kampung!eceh sempat lagi.padahal aku tengah menggigil kesejukan keketaran ni hah.biasa orang online dalam bangunan kan.aku punya entravaganza, online outdoor bawah pokok wa cakap lu.menghadap laut.semata-mata nak internet FREE KAHKAH.itu pun mujur dekat waterfront ni ada internet free.tadi tunjuk muka dekat city library, hampa.tak ada free internet.duhhhh.

angin dekat wellington ni serius sejuk gila oh.tapi kitorang bukan main seronok pusing waterfront tetiap hari.HAHA.encik K ni pencinta alam & kedamaian.dia suka lah main kejar-kejar burung kejar-kejar itik semua tu.memang favourite.HAHA.

ok dah.tengah sejuk ni pun sempat lagi aku merepek kan.HAHA.takpe takpe.tak lama lagi dah nak balik Auckland.komen-komen semua aku baca je.tak sempat nak balas yawww.tapi jangan risau, iooollss selalu ingat uollsss.thanks sebab sudi bertandang menikmati entri auto-publish buatan sendirian berhad itu.ada berapa lagi pun aku dah tak ingat.huehue.

sebagai penutup, hayati lagu ini.HAHA!taklah.

ok sekali lagi.

nah!

segar dari ladang ok gambar ni.pencinta alam & kedamaian bersama pencinta internet.aik?HAHAHA

Auto 6: Of Tun Teja & Chempaka Sari

tahun 2009

duk belek-belek folder gambar dulu-dulu, terjumpa gambar ni.rasanya mesti ada antara anda-anda yang kenal dengan diorang kan?teeeeheeeee.kitorang satu blok masa dekat maktab dulu.pup pap tahun ni diorang dah final year dekat maktab.diorang ni saya punya senioritas.tak sempat nak jumpa.sobs sobs.kalau nak tahu, ni lah geng rockers Blok F dulu.HAHA rockers lah sangat.

klik sini untuk ke blog Miss Chempaka Sari
klik sini untuk ke blog Tun Teja
stay sini untuk ke blog Sizuka Izzati *HAHAHA*

aik baru perasan.nama aku je tak berapa nak tradisional.KAHKAH.

Tuesday, July 12, 2011

Auto 5: retisss

duduk dalam negara, tak ada peluang jadi retis.duduk luar negara, peluang nak jadi retis macam cerah sikit.KAHKAH.apa ayat aku neh.macam annoying je duhhh -.-.takdelah main-main je.hekhek.apa kau gelak gedik camnih lesing kang.

actually benda ni lama dah.boleh kata few weeks ago.eceh.kitorang punya aktiviti makan-makan macam hebat luar biasa sikit tahun ni.terus jadi salah satu punca duit habis.dan tempat favourite, Bali Star.yezza citarasa Indonesia.ayam penyet dengan ayam balado dia tarrrrbaik.Bali Star ni area Foodcourt, so banyaklah jugak kedai makan lain.memang selalu ramai orang dekat situ.kata tempat makan.HAHA.

tengah syok makan, kami disapa oleh dua orang jejaka.cina.sorang pegang mikropon warna merah, sorang pegang kamera yang macam dalam penggambaran filem tu.aku terpana tengok kamera KAHKAH.takdelah.aku tengah duk makan ayam masa diorang datang tepi meja.

Hello misses, we are from World TV.It's a chinese tv show.We would like to interview you guys about foods here.Is it okay with you?

serta merta aku nervous.HAHAHA.Fareha macam biasalah.beliau memang cool.Nisa pun.dua orang ni memang pandai buat muka chillax.aku je yang tak reti kontrol gabra.ibaratnya kalau lupa pakai nametag dekat sekolah, aku lah muka yang kena cekup dulu HAHAHA.

waktu Nisa kena interview je aku sempat grab kamera

Fareha kena interview dulu, kena cakap depan kamera dengan mikropon merah besar.lepas tu Nisa, lepas tu tetiba aku kena.ingatkan aku terlepas.serius aku ingat aku terlepas.HAHA.tapi soalan dia serius menterkezutkan...

What do you think about Indian foods?Do you like it?

and I was like WHATTTTTT.bukan ke tengah makan makanan Indon nehhh.[dalam hati]

kesannya, aku duk ulang perkataan spice,spicy dan spices secara berulang kali.redundant kata orang putih.KAHKAH.bayangkanlah, dengan mikropon warna merah depan mata, dengan kamera besar dihalakan ke arah wajahku.tak ke blushing tetiba duk ulang perkataan yang maksud dia lebih kurang sama?HAHAHA.

ada junior tengah makan dekat meja tepi belah sana sikit.lepas dua orang jejaka tu berlalu pergi, dia cakap...

fuiyohhhhh retisss tv cina woooooo.

HAHAHA.international retisss.KAHKAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...